Dalam kawan kawan GBS aku, yang paling muda dari segi tahun dan yang paling muda dari segi tarikh celebrate birthday adalah MH !
Jadi orang lain semua dah sampai turn masing masing, bulan Oct lepas maka tiba lah birthday MH !
Jom selebrate !!!
Macam biasa kalau nak berkumpul ni payah, bila ada plan tak semua yang free. Kali ni CP tak dapat turut serta. IH datang dari luar kota semata mata nak celebrate. Aku dengan BW memang warga kota so memang tak de hal.
Dah diskus diskus memula nak keluar malam, tapi sebab ada hal yang tak dapat di elakkan, maka kami bertemu untuk lunch !
Port pilihan di Souled Out at Nexus@Bangsar South
Biasalah kalau plan ni ada je sangkut sana sini.
Memula nak jumpa jam 12 tengahari untuk lunch. Pastu tangguh kol 1 pastu jadi kol 2 last last pukul 3\baru bertemu 8 mata !
MH ambik aku macam biasa sebab aku malas nak drive.
IH ambik BW dan kami bertemu di sini.
First time aku sampai di Souled Out sini. Pernah ke Ampang satu ketika dulu, tapi yang sini memang lagi besar dan syiok.
Layan gambar setting restonya dulu !
Souled Out
"Assalamualaikum" Jemput masuk.
Setting meja
Orang tak ramai pilih la nak duk mana
Boleh lepak kat bar
Santai santai dengan rakan rakan
Atau pilih meja meja yang berkenaan
Kami duk jauh skit dari orang sebab selalunya kang kalau borak sudu garfu akan berterbangan
Dah duduk maka kami di beri buku menu.
Buku menu yang colorful. Sedap mata memandang. Makanan tak tau lagi sedap ke tak
So nak order apa kat sini?
Yang penting misi memang nak makan jadi kena order la makanan ikut citarasa dan selera masing masing
all day dining. Western
Asian? Dapur Asian ni tutup jam 3. Then sambung balik kol 6. Nasib baik kami sempat order hari tu sebelum kitchen tutup
Northern Indian?
Yummeh
Desserts di lupa jangan !
Okey. Jauh kan !
Kita order mana yang boleh di minum je lah
Waiter ambik order. Dah advance sekarang..
Sebab dah lama tak jumpa, so start dengan agenda gossip gossipan. Borak borak. Gelak gelak.
Then minuman sampai dulu.
Bloody Eclipse tu aku punya. IH order Iced Lemon Tea
Dalam dia ada durian belanda. Sedap gak. Ulam ulaman tidak di lupa untuk kekal muda !
Air BW yang ada honeymellon tu. MH minum kiwi smoothie
Barang di ingat, air kosong tak de. Kena order air mineral je. Sebotol RM 2. Okey. Sebab air manis sangat jadi aku perlukan mineral water tu.
Now makanan tiba.
Di persilakan masuk mengadap di Balairong Seri makan makanan untuk santapan di Raja !
Birthdayboy ambik Indian Meal. Nasi beryani dengan ayam kurma. Aku jamah sikit. OK lah.
IH lagi la asian. Ikan sardin dengan nasi. Apa kelas menu tak international ! Eh.. Jepun ke ni?
BW order tenderloin steak. Aku tak rasa pun so tak tau sedap ke tak.
Aku punya ! Sizzling Chicken Chop. Apparently sedap gak !
Masa tengok portion makanan agak kecik, tapi bila makan sungguh kenyang !
Haloba punya pasal order lagi benda alah ni.
Cheese Nachos. Rupa kurang elok sikit, rasa so so lah
Menu atas meja
Santapan
Bila dah kenyang, mulut borak borak, tangan gatal je buat benda bukan bukan.
Pinggan tu memang ada smiley face. Tambah olive jadi hidung, sos cili jadi mata !
Nachos jadi klip rambut. Terus jadi macam anak Che Ta
Tak gempak la nak celebrate birthday kalau tak de cake !
Jadi kami order cake tanpa lilin untuk celebrate birthday MH.
Pavlova
Nampak lawa tapi rasa masam. Tak sedap. Banyak sangat passion fruit
Lava cake dengan ice cream. OK la ni
Alhamdulilah. Makan sampai kenyang.
Semua habis kecuali nachos tu sebab dah sejuk tak sedap sangat. Makanan kira OK lah. Portion kecik skit tapi just good enough for 1 person.
Harga kira OK la. sekali sekala. Semua tu harga RM 264 tapi sebab bayar pakai Debit CIMB dapat 10% diskaun.
Makan sudah. Borak tak abis abis lagi.
Lama lama duduk kat situ di pandang serong oleh orang lain.
Angkat kaki, lari tempat lain !
Btw. Happy biurthday MH ! Semoga panjang umur, di murahkan rezeki dan dapat habiskan PHD tahun ni. Terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik untuk kami semua. Semoga tahun ni berjaya pakai gelaran Dr MH !
Woot ! Woot !
wahhh... meriah sambutan hari lahir ..
ReplyDeleteselamat hari lahir juga lah untuk MH.. ermm Dr MH .. :) ..
saya kan... asal masuk je blog ni kan...
kalau tak jalan2 ... makan2... makan2 .. jalan2.... hehehehee
sonok je tengok... pastu leh la buat rujukan... :)
nak pegi mana.. nak makan mana... kompom rujuk sini... hehehe
okey.... bagus la tu.. buleh proofread.... baca dulu then pegi.. tengok pengalaman sama ke tidak. kalau tak.. bagitau sini balik semula supaya org lain tak tertipu ... aha
Deletethenfksss anyway
Happy Birthday MH..semoga korang jadi sahabat dunia akhirat..Amin..*tetiba (hihiks..padahal x kenal pon sapa MH)
ReplyDeletetak kenal tak pe.. doa dan ingatan tulus ikhlas tu yang penting..
Deletebila ko lepak ni Meng? Aku baru je lepak Rabu lepas...bestkan tempat ni...klu tgh musim world cup, memang sesuwai lepak sambil tgok bola sampai kul 3-4 pagi...pastu gelas berderet deret..hehehe..nanti jom kita lepak sesama ek..sambil berasap..hiks
ReplyDeleteaku lepak masa halloween rasanya... sebab ingat ada party party haloween kat situ malam tu
DeleteBertuah MH dikurniakan para sahabat yang superb di sisi.. HB2U MH..
ReplyDeletekita org yang bertuah sebab ada kawan sebaik MH.... sungguh baik orangnya
Deletecantik ye...
ReplyDeleteyang mana satu yang cantik?
DeleteHoneymellon? Aku ingat rahang boyo
ReplyDeletekalau rahang boyo.. mutoh belana ssitu
Delete