Pages

Monday, November 16, 2015

Trip Sedetik Tak Lebih Koh Phangan - 10 - Sunset @ Koh Phangan

Lepak kejap sambil layan perasaan.

Letih berjalan ukur pantai Haad Rin Nok tadi nok !

Flags

Bar bar santai dah di buka menjelang petang

Memang memula aku nak lepak minum kat situ, tapi macam ada yang belum dibuka sepenuhnya.

Sudahnya aku just lepak lepak tepi pantai belah kiri pantai layan perasaan mengelamun. Memikirkan apa yang bakal berlaku esok dan kesudahannya. Memang trip ni jadi santai semata dan aku tak boleh nak berharap apa apa.

Tapi lamunan aku terkacau sebab aku perasan ada orang beromen kat laut time tu.

Sungguh tak senonoh !

"maksiat ! maksiat !"

* tapi luaskan bijik mata nak skodeng !

Pantai dan pasir memutih

Kalau belah kanan tadi lebih banyak bar dan tempat lepak lepak dan berparty tapi belah pantai sini lebih ramai yang bersantai sebab belah sini lebih banyak resort penginapan. Lebih tenang dan damai. Sesuai kalau nak buat party tupperware !

Resort dan restoran di hujung pantai

Air kat sini lebih sesuai untuk mandi manda. Ramai jugak la yang berenang, snorkelling dan paddling tepi tepi tu dan bersantai

Rata rata area ni memang penuh dengan mat salleh je

Lepak lebih kurang

Tengok tengok orang

Ni resto dan bar tepi pantai berbentuk kapal

Then aku decide nak blah je lah.

Nak gi merayap usha kawasan kawasan lain dekat Haad Rin Nok ni.

Gi ambik motor dan aku start merayap belah belah bawah sampai ke penghujung selatan Koh Phangan ni.

Belah ni ada banyak kedai kedai jual cenderamata

Memang Haad Rin ni kawasan tumpuan pelancong

Pusing pusing tengok kedai then aku sampai di bahagian paling selatan sekali. Kat situ ada jetty khas untuk ke Koh Samui ( dengan jadual tertentu ) dan berhenti di jetty di kawasan Bo Phut di Koh Samui.

Banyak jugak penginapan penginapan lain di kawasan ni walaupun tak de pantai dan kawasan berbatu batu.

Kawasan jetty mengadap Koh Samui

Chalet chalet yang ada

Jetty ke Koh Samui. Tapi sini ferry kayu je la bukan speed boat. Speed boat kena naik kat Thong Sala tempat aku turun ferry tadi

Kawasan jetty nelayan

Kawasan jetty

Tak tau la sapa pakcik ni

Dah usha kawasan aku plan nak balik ke resort aku je la sebab nak layan sunset

Singgah kat 7Eleven beli kudap kudapan dan minuman. 7 Eleven kat Thailand ni kan meriah dengan barang barang. Tiba tiba aku di rasuk syaiton-nirojim dan borong macam macam. Jadi tamak haloba tengok banyak benda.

Balik ke penginapan sendiri. Ada orang mandi kat pool. Aku plan nak mandi jugak since dah duduk sini macam rugi tak mandi. Tapi ramai pulak orang. Segan la aku yang berbadan sado-nan-hado ni nak tayang tayang kat orang. Bukan apa, takut ramai yang muntah belahak tengok nanti.

Sudahnya lepak kat pantai menanti sunset

Pool resort

Ramai yang bersantai santai di tepi pantai. Kesian couple ni, tengah dia orang lepak lepak ada anjing datang kacau. Pastu dia halau anjing tak nak lari. Sudahnya anjing gigit minah tu. Menjerit jerit dia lari. Nasib pekerja hotel datang selamatkan dari anjing gila tu.

Aku pun buat aktiviti sendiri

Layan makan aiskerim

Makan kudap kudapan beli kat 7E tadi

Layan minum kopi yang beli kat 7 E. Siap mintak ais dengan budak resort ni. Gaya kena mewah walaupun kopi beli sendiri.

Sambil menunggu sunset yang bakal menjelma

Atau memang tak menjelma mana.............

Tunggu dan terus menunggu.

Lepak pose pose walrus dan feel feel kacak sambil makan aiskerim Magnum. Pernah tengok walrus kacak sehebat tu?

Layan wifi, menghirup udara pantai, tengok tengok orang. berehat dan bertenang, menunggu sunset yang tak kunjung datang.

Sunset yang sememangnya tak kunjung datang !!

* sigh...

Matahari terlindung di balik awan, memberi harapan palsu pada aku yang pasrah dalam lamunan !



Esok tetap ditangan Tuhan
Bukan aku yang menentukan
Janganlah engkau salah sangka
Masa merubah segalanya

Semangatku bagaikan hilang
Dibawa dirimu oh sayang
Walaupun perit hidup ini
Akan aku tenang selalu

Dibibir ku mengukir senyuman
Dihatiku tersimpan kepedihan
Biarpun engkau
Tiada lagi
Aku setia menunggumu

Biar
Diri
Aku seorang
Hanyut dilautan
Lamunan tak bertepi

bersambung........................

12 comments:

  1. salam monday blueessss
    ari isnin tak elok baca entry entry pepulau neh sume neh..
    bikin ombak rindu sajaaa

    * CNTRL + W *

    ReplyDelete
    Replies
    1. eleh.... dia tu siap kasih sayang dgn biawak komodo tu .....

      cepat update ! aku nak ambik tahu

      Delete
  2. Replies
    1. lagu lama kan...? dulu kakak aku ada keset dia. minat sungguh. satu hari aku tersilap record atas kaset dia tu.. dia mengamuk mcm nak rak belasah aku dgn penyedut vaccum.

      bila ingat penyanyi wann ni mesti aku ingat kakak aku belasah aku dgn vaccum cleaner sebab rosakkan keset dia tu

      Delete
  3. part beromen tu, patut pergi dekat, lepas tu selfie sekali dengan mereka hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang beromen tu jantan !

      aku tak lalu nak tengok lama lama.

      Delete
  4. Meng ...

    Just curios ler kaaannn .... sebab malas nak google hahhahaa

    Kenapa waktu waktu nih low season? Adakah ianya ada pengaruh ribut ker apa ker?

    Sebab kalau ikut teori ler, kalau tempat tuh tak ada ala ala ribut ker apa ker , org akan senantiasa ramai ... tak kira ler season apa kannn ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik la... meh pegawai kiosk pertanyaan menjawab.

      low season could be musim hujan. or musim too hot whereby european kurang datang ke thai ni.. dan satu lagi low seasoned sebab bukan bulan mengambang. koh phangan ni glamer time bulan mengambang je....

      tu je jawapan saya.

      next !

      Delete
  5. Replies
    1. oh... tersalah maksud. anjing tu gigit pario minah tu...

      Delete