Pages

Wednesday, November 11, 2015

Trip Sedetik Tak Lebih Koh Phangan - 07 - The Coast Resort, Koh Phangan

Selepas mengharungi perjalanan yang jauh dan begitu mencabar untuk sampai ke Koh Phangan ni, akhirnya aku rasa lega sebab akhirnya aku sampai juga ke destinasi.

Dan destinasi yang di maksudkan adalah The Coast Resort, Koh Phangan.

Memang plan aku nak bersantai santai je kat Koh Phangan. Lagipun lepas jadi haru biru, sebarang plan nak gi snorkeling terbantut. Nak explore Koh Phangan lelebih pun rasa tak sempat. Tak boleh aku nak buat redah keliling pulau macam aku buat masa di Koh Samui dulu tu.

Apa apa pun, dah sampai di resort ni rasa lega sikit lah. At least aku dah tak de terkejar ke mana mana dah. So boleh santai dan lepak lepak saja walaupun aku tau cuma sekejap jer.

The Coast Resort, Haad Rin Nai Beach

Sudah tentunya kedatangan aku di nanti nantikan oleh staff di sini.

Sebaik saja park motosikal kat depan resort, aku terus masuk dengan muka penatnya ke lobby. Dan aku di sambut oleh seorang gadis Siam berskirt pendek. Ada dua tiga orang lagi pekerja lain siap menunggu.

Tak susah mana nak check in. Bagi tau nama dan aku bagi dokumen yang ada. Passport tak de sebab aku tinggal kat tempat sewa motosikal, tapi aku kasik ID je untuk verification.

Dia orang pun tertanya tanya aku datang naik apa.

Nak cakap naik limo kang melampau lak, akhirnya aku tunjuk helmet. Muka suprise je dia orang macam tak percaya.

"Hello ! I saja naik motosikal sebab nak udara segar. Tau?"

* matilah kena cemuh

Terjah dulu kawasan resort.

Kawasan depan resort berhadapan jalan utama

Lobby

Welcome drink dan wet towel disediakan

Mac PC di sediakan di lobby untuk kegunaan tetamu resort

Selesai segala urusan, aku di bawa terus ke bilik penginapan.

Masa tu nampak katil je. Penat sungguh rasa.

Bangunan lobby dari arah resort

Gym yang terletak di bawah lobby

Kawasan resort yang penuh dengan pokok pokok hijau

Kamar penginapan

Gadis Siam hantar sampai ke bilik. Ya aw aw....

Tapi tak de apa lah. Dia just tunjuk apa apa yang patut. Mesra pelanggan kononnya. 

Ayuh tengok suasana dalam biliknya pulak.

King Size Bed

Tilam best gila tapi bantal tak syok. Kedekut lak tu bagi 2 bijik jer

Bilik tak de la besar sangat.. Paling aku tak suka sebab lantai simen je. Tapi maybe sebab resort dekat dengan pantai. Ada mini fridge dan kelengkapan buat kopi.

Standard barang barang dalam bilik 

Bilik belah dalam

Bilik air...

Toilet amenities

Pemandangan di luar bilik

Kawasan lalu lalang depan resort

Macam biasa dalam bilik tak leh hisap rokok.

Ada aku pedulik? Pedulik jugak la... sebab dia siap tulis kalau di dapati merokok, anda akan di halau dari resort ni !

Tapi cuak gak, kalau betul aku kena halau how?

Hahaha. Tapi kat luar bilik boleh je nak isap rokok pun.

Ranked the 3rd best resort di Koh Phangan... aku rasa resort ni memang agak menarik. Yang lebih menariknya bila pegi ke pantai nya.

Jom ! 

* pakai baju mandi dan bersiap siap untuk berseksi seksian di tepi pantai !

Agak agak seksi tak? Hahahaha

Infinity pool

Mostly bilik bilik dia adalah garden view kecuali yang 2 tingkat tu seaview siap bath tub di verandah. Of chos la mahal lagi harganya

Dan yang paling mahal yang ni. Sea Villa. Ada satu family duduk hari tu. Tapi tak de access to pool pun. Just dok belakang pokok tu je lah. Tapi size dia maybe lagi besar la

Pool dan kawasan santai. Area pool dia memang cantik

Kat tepi kolam ada pool bar. Letih berenang boleh terus teguk air.

Tempat santai di restoran di belah tepi

Pantainya... 

Santai

Tempat ni memang privacy

Dan syok bersantai di sini time low season sebab orang tak ramai

The Coast Resort

Cuma laut dan pantainya tak berapa inzal untuk berenang sebab berbatu batuan

Tapi kalau untuk santai dan berehat... tempat ni memang best. View mengadap Koh Samui

Aku memang rekomen kalau sesiapa ke Koh Phangan untuk stay sini especially honeymooners atau pun puak puak belia muda mudi yang nak bersantai. Memang time low seasoned orang tak ramai dan boleh istirehat.

Pantai dia memang kureng skit tapi kalau sunset memang cun. Lokasi agak best sebab walaupun terletak di Sunset Beach (Haad Rin Nai ) tetapi kalau jalan kaki cuma 5 minit je ke belah Sunrise Beach ( Haad Rin Nok ) dan jugak kedai kedai dan 7eleven.  

Harga tengok season lah.. boleh check Agoda - The Coast dan website mereka The Coast Koh Phangan

Aku just lepak lepak je petang tu kat resort ni. Ambik angin hilangkan penat sambil bersantai dan bermalas malasan....... Sambil sambil tu usha orang kiri kanan sambil cuci cuci mata. Hampir hampir terlena di hembus angin berpuput lembut.

Besar harapan aku awalnya konon ada masa untuk explore Koh Phangan ni sehabis mungkin, tapi malangnya itu tidak akan terjadi !

Untuk masa masa yang ada, aku just lepak lepak je lah tepi pantai, Santai !




Tuai padi yang ku tanam atas bukit
Longlai habis jiwa hamba sakit-sakit
Walau malang nasib hamba rasa cinta tidak mati
Kepadamu oh wahai tuan puteri
Walaupun aku bertepuk sendiri

Habis semua bahasa indah merayumu
Tak sepatah bahasa yang lembutkanmu
Terpaksalah aku akur bersama cinta yang hancur
Mungkin kerna saat dan detik ini
Si putera beraja di hati

Mengapakah... kekasih ku menyisih
Takkan kau tak nampak aku ini merintih
Mahu apa pada diriku ini
Sayangku padamu sudah melebihi

Memang ketara nampak genting
Kasihku ini hampir diranting
Terpaksalah walau diriku gering

Tuai padi orang curi
Kerna aku tiada sakti
Tak bermakna budi-budi
Yang kuhulur selama ini

Kajang hamba hanyalah mengkuang lalu
Masakan kau sudi beradu
Memang jelas kata orang
Kalau sayang pandang-pandang
Kalau benci samalah dengan aku
Memandang pun engkau tak mahu

bersambung...........

14 comments:

  1. Memang CUUUNN sangat resort nih !!! Cantik !!! Rasa macam nak duduk seminggu jer !

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak aii. nak duk seminggu kopak la jadi nya..

      pastu kebosanan pasti melanda !

      Delete
  2. kenapa welcome drinks dgn wet towel ada dua? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la. maybe dia tengok aku dahaga kasih dan sayang kot dia kasik extra...

      peluh yang menitik jugak perlukan 2 towel utk kesegaran liang liang pori

      Delete
  3. it also happened to me...end up santai je depan pantai coz time running out kalau nak explore *zzzZz

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. kalau dah tak de benda nak buat melepak je la samapi hampir hampir mereput .. hehehe

      nasib la tak tersadai lama . kalau lama parah jugak. silap silap naik kulapuk dan teritip satu badan

      Delete
  4. view lawa..org xramai best skit,boleh lah konker kawasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. time x ramai pelancong ok la. kalau tak memang ribu ribu org kat sini. semua nak berparty party

      Delete
  5. anzalna plak aku tgk beach n pool die.. lama x on9 skali on9 tgk makin menjadi2 blog ko meng, bkn main ko kan! penat jeles dah aku ni. lepas tuh aku gelak tgk watermark ko do. finally SM. hahahahahahahahaha malas lettew.

    kimsalam OR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kau memang bijak bistari. aku dah abis idea nak buat watermark tu sebenarnya... main belasah je lah. malas nak tukar tukar dah..

      OR dah jawab salam kau. Salam utk Sarah cikenit jugak

      Delete