Pages

Friday, November 20, 2015

Santai Hujung Minggu : The Saujana Kuala Lumpur - Room & Facilities

Bahagian ke 2 Santai Hujung Minggu di The Saujana, Kuala Lumpur.

Kali ni kita tengok bilik dan facilities dia pulak.

Kat resort ni, memang tak berapa banyak aktiviti yang boleh di buat kecuali santai santai atau bagi can budak budak mandi kolam jer. Yang menariknya orang tak berapa ramai so agak privacy jugak lah. 

Jom sambung !

Lobby hotel

Bangunan resort

Kawasan lobby !

Reception area

Sebab hotel ni agak lama so perabut dia pun macam agak dah seasoned dah. Tapi sebagai resort 5 Star mereka sedaya upaya untuk memastikan resort ini masih mampu bertahan dan bersaing dengan resort dan hotel hotel 5 bintang yang lain.

Apples

Pengalaman sewaktu check in agak smooth jugak. Cuma pekerja dia macam kurang friendly sebab dia macam malas layan bila aku tanya banyak banyak.

Aku customer kan? Aku kena la tanya sebab tak tau ! Hahahaha.

Bukan aku tanya hobi dia ke, binatang kegemaran dia pun ! 

Ke memang dia rasa annoyed dengan aku kot sebab aku tak nampak kaya? Ah. Lantak lah ! Apa yang penting, bagi kunci bilik. Kami dah ready nak bersantai !

Dah dapat kunci, kami ke bilik. 

Penginapan dia ada 3 blocks di sini. Belah kanan dan kiri. Dan ada yang mengadap garden dan ada yang mengadap tasik dan pool. Aku dapat mengadap pool tapi pokok tu punya la besar, nampak daun daun jer.

Bangunan dia dari luar nampak lawa jugak la. Tapi bila dah masuk dalam bangunan tengah tengah tu terlohong. Bilik bilik semua sekeliling. Dah macam bilik kat Seri Malaysia Hotel pun ada jugak jadinya.

Ruang di tengah tengah

Tapi ruangnya di jaga bersih dan boleh santai santai jugak la kat bawah

Laluan ke bilik bilik

Bilik bilik dia ada Superior, Deluxe dengan Executive Room. Harga bebeza dari satu ke satu yang lain. 

Jom usha bilik nya !

Ada work station dan tv

Tak de sofa. Cuma kerusi santai je

Bilik air pun boleh tahan besar. Separate shower room

Toiletries standard jer

Bilik paling murah

View

Pool dan tasik

Overall, saiz bilik dia standard biasa je la macam hotel hotel 5 bintang yang lain. 

Kelengkapan dan amenities kira OK lah. Perabut agak baru berganti jugak dan interior look agak trendy jugak lah. 

Tilam dan bantal semua OK. Best. Cuma kami tak dapat King Size bed jer hari tu.

Kebersihan bilik pun OK. Siaran TV pun mencukupi.

Overall, bilik dia standard biasa je lah. Tak de la gempak sangat dan tak la buruk mana.

Now facilities yang ada.

Ada gym, pool, meeting room etc. Tapi SPA tak de kat sini. SPA kena pegi The Club Hotel kat sebelah. Tapi hotel tu lagi mewah aku nak gi usha pun segan. Takut kena halau.

Swimming pool dia paling win sebab lawa. Ada pokok pokok dan tempat lepak santai. 


Ada kids pool jugak kat sebelah dan mengadap tasik !

Sungguh tenang jiwa raga di sini



Ada few restaurants jugak di sini.

Selain daripada Senja yang menyediakan makanan Italian, terdapat jugak Grilled house yang di beri nama Charcoal. Rasanya dia masak masak kat sini guna kayu arang kot. Ke tipu jer?

Aku pun tak pasti.

Usha lebih kurang sini.

Charcoal

Kat dalam

Resto. Spread makanan pun not bad !

Variety tapi tak de la sedap mana

Boleh la setakat nak mengisi perut

Jangan risau, kalau stay kat sini tak susah nak makan sebab Citta Mall just across the road dan hotel ni menyediakan transport untuk ke sana dan beberapa tempat lain yang berkenaan.

Shuttle drop off

Pohon kelapak

Tapi kalau drive sendiri pun tak jauh mana !

Recommended bagi yang mencari penginapan ala ala Resort di tengah kota dan tak nak travel jauh jauh. 

Overall, bilik dan facilities up to standard 5 Star Hotel. 

Lain lain biasa biasa je. Boleh la setakat nak lepak santai sehari dua tak buat apa apa.

Refer website mereka for price and information : The Saujana Hotel, Kuala Lumpur

Abis !

Nah lagu dari Kumpulan Saujana.. bukan Hotel Saujana.



Mencinta Mu terangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Tak akan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

9 comments:

  1. Mcm style hotel lama je uncle..... Tp seri suka bantal yg byk kt lobby tu.... Hehehe

    ReplyDelete
  2. Hehehee paling senang dan dekat kalo nak lunch bila supplier tanya mana mau lunch? dari oasis jalan kaki pun boleh tapi berpeluh ketiak la jugak hehehe
    tapi bulan puasa, berbuka puasa kat sini macam dah jadi wajib pulak - makanan boleh tahan sedap. teringat buka puasa tahun ni, durian pun ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup time bulan puasa memang glamer sini org dtg bukak puasa...

      senang nak parking kot. free lak tu

      Delete
  3. pernah stay kat sini 2 kali ..and sekali kat club. club memang mabeles lah..bilik deluxe/superior time aku stay member aku kena kacau ..huhuhu..terus mai lepak bilik aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat club tu ada hantu ? hmmmm high class punya hantu duduk kat hotel mewah mewah jer... ntah ntah siap bukak club peminat di situ. ahahahah...

      aku nak gi the club tu mcm segan. tunggu la nanti buat event ke kat sana....

      Delete