Pages

Monday, November 30, 2015

Jom Makan : Restoran Golek Golek Suasana Kampung, Gombak

Tinggal di kotaraya yang berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit dan mengadap hutan batu malah terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas pasti akan memberi tekanan. Namun, hujung minggu anda pasti menenangkan jika berkunjung dan menjamu selera di sebuah restoran yang terletak di pinggir ibukota dengan suasana ala ala di kampung halaman sendiri. Tapi kampung I kat Hitaly, so how?

* mati la tak nak kalah

Aku ada terbaca berkenaan restoran ni. Memula macam tak leh terima jugak nama Restoran Golek Golek macam tu. Nak kena bergolek baru dapat makan ke?

Dan keinginan nak mengusha lebih mengujakan sewaktu ke Zoo Negara hari tu dan aku memang plan nak singgah makan di sini.

Aku bagitau OR pasal nak gi makan kat sini, dia diam malas layan bila aku sebut nama restoran ni Golek Golek. Mesti dia pun tak percaya dan ingat aku kelentong !

Eh. Tak kelentong lah. Orang Hitaly jujur dan berbudi pekerti !

Memang benar nama tempat makan ni ialah Restoran Golek Golek Suasana Kampung yang terletak di pinggiran lebuhraya MRR2 di Gombak.

Kenapa suasana kampung? Jawapannya kat sini !

Rumah tradisi Melaka yang menjadi tarikan utama di restoran ni.

Menurut info, katanya ni restoran dimiliki oleh Ahadiat Akasyah dan isterinya. Ahadiat Akasyah merupakan penulis novel kegemaran muda remaja. Aku pernah dengar nama dia, tapi sebab aku ni jenis tak baca buku lagi lagi novel novel ni so aku tak berapa tahu buku apa yang dia tulis.

Lepas melawat Zoo Negara dan hari pun dah menjelang petang, kami pun terjah tempat ni. Perut pun dah lapar.

Tapi sebab lokasi restoran ni terletak opposite jalan so kena u turn dulu. Jauh lak nak kena u turn.. sampai ke Sri Gombak sana. Pastu terlajak...  makin jauh la jadi nya.

Tapi orang kata, Usaha pasti jaya ! 

Sanggup u turn dan patah balik sebelum akhirnya berjaya jugak sampai. Tapi sampai sampai hari tu tempat ni masih belum di buka !

Sampai je pekerja dia baru sibuk angkut angkut barang. Kalau baca dia tulis start pukul 6 petang. Tapi masa sampai, staff dia cakap Western je start pukul 6, yang lain start pukul 7, tapi hari tu western pun belum bukak sebab air tak der !

Hish.

Nak masuk ke tempat ni agak tricky jugak lah. Dari highway arah dari Gombak kena slow slow then nampak Shell belah kanan dan exit ke Restoran Golek Golek ni belah kiri highway. Ada tulisan kena perhati betul betul.

Pintu masuk dekat exit MRR2 area Gombak dari arah UIA

Dah masuk simpang tu kena mendaki bukit agak steep jugak la. Kalau jatuh tu memang bergolek berguling ! Sebab tu la agaknya nama resto ni Golek Golek kot ! Hehehee.

Then atas bukit baru nampak resto ni. Tempat parking di sediakan di belakang kat area kuari, tapi masa aku hari tu sebab terlebih awal, boleh je parking kat tepi jalan bawah resto ni.

Usha dulu kawasan !

Rumah tradisi Melaka yang berumur ratusan tahun

Rumah ini lah yang menjadi tarikan utama di sini. Suasana di sini seolah olah menjamu selera di rumah tradisional Melaka yang berusia ratusan tahun. Di sini disediakan ruang makan klasik dengan berlatarbelakangkan  rumah kampung. 

Tedapat jugak hiasan hiasan lama seperti tempayan, congkak, replika kapal serta bingkai-bingkai gambar lama, malah jeriji besi bercorak bunga sangat membangkitkan suasana rumah lama itu. 

Sebab aku sampai awal dan restoran masih belum di buka. So boleh jalan jalan tour naik rumah ni dulu melihat kawasan. 

Ayuh turut serta !

Rumah lama suasana kampung

Ruang utama. Ada meja dan sesapa berminat boleh makan dalam rumah ni

Hiasan

Bahagian belakang 

Salah satu ruang. Boleh makan di sini

Seterika lama jadi penyendal pintu

Bagi aku kondisi rumah dari luar nampak elok, tapi bila naik atas dan masuk dalam rasa macam nak roboh jer. Lagi lagi kalau badan gergasi macam aku ni yang buat lawatan tapak.

Keadaaan dalam agak sempit dengan ruang ruang kecil seperti dapur. Ada meja makan dan sesiapa yang berminat boleh menjamu selera kat atas tu.

Kebersihan agak meragukan dalam rumah sebab macam banyak habuk !

Paling aku tak boleh sebab lantai kayu.... kalau aku berjalan macam nak roboh jer aku rasa.

Tapi kalau berminat apa salahnya makan dalam rumah tu. Selain dari memberi kelainan boleh juga merasa santap di dalam rumah lama bersuasana kampung especially kalau yang tak de kampung !

Now tengok kawasan persekitaran.

Selain daripada meja meja yang di sediakan di luar rumah. Ada jugak bangsal di bina. Tapi sekali pandang pun tau macam nyamuk sangat la bermaharaja lela di sini !

Rumah tradisi dari arah belakang

Dari arah sisi

Tetiba aku rasa macam Maya Karin mengintai kat tingkat tu., Ghaaaaaaaaaaaaaaaa

Hari dah pun petang.. tapi kami masih menunggu restoran di buka

Salah satu tarikan di sini, meja makan dari mesin jahit Singer.....  Princess pun bukan main lagi menjahit kat sini. Meja dah out of the box tapi kerusi plastik tu macam tak leh blah !

Bangunan tempat bayaran dan dapur western di sini

Motosikal lama. Agkanya Ahadiat Akasyah punya. Di letak sebagai momentos

Kawasan kawasan baru. Pondok yang di bina untuk menambah tempat ruang makan

Surau juga di sediakan

Lama betul rasanya kami menunggu. Dari orang tak de sampai la ada orang datang dengan tujuan yang sama.

Datang untuk menikmati hidangan di sini dalam suasana kampung !

Princess pun dah kebosanan. Abis gambar dah dia snap

Now cerita pasal makanannya pulak.

Menu kat sini sebenarnya yang paling utama adalah Ikan Bakar dengan Sambal Petai. Ada 3 jenis ikan tersedia iaitu Siakap, Ikan Sebelah Nabi dan Ikan Pari. Makanan laut lain adalah sotong, udang, lala, ketam dan kerang.

Lauk lauk masakan Melayu pun ada macam Gulai Lemak dan sebagainya.

Selain tu ada masakan Chinese Cuisine jugak selain daripada Western Food !

Katanya ikan bakar di sini di bakar menggunakan arang dan tiga jenis sambal dibuat sendiri sebagai penambah kelazatan !

Tengok menu Western food dulu.

Lilin dan pelita sudah di pasang. Menyemarakkan lagi suasana kampung halaman

 
Boleh order jika mau

Macam macam ada.

Menjelang malam baru la restoran beroperasi. Waiter datang hantar menu dan ambik order. 

"Suasana kampung ni kita makan apa Papa?"

Hero tanya.

"Kalau kampung Papa mesti la makan Carbonara. Marinara. Erra Fazira......."

Hehehe. Italian kan?

Nak order pun masalah jugak sebab tak pasti apa yang sedap. Lagi pun aku ni bukan la peminat ikan ikan bakar ni so aku kena cari option lain untuk diri sendiri. Nasib baik la staff dia agak helpful jugak membantu apa yang patut di recommend untuk santapan di sini.

Salah seorang pekerja dia.. No ! Dia bukan isap vape !

Dia bakar papan telur ni untuk halau nyamuk. Idea yang menarik, tapi bila asap banyak sangat nak makan pun susah ! Rasa makan dalam suasana jerebu jer

Pelita di atas meja

Buku menu. Dah boleh siap siap order

Antara menu menu nya

Sebab orang pun tak ramai. Dah aku amok la kalau aku yang paling awal datang tapi dapat makanan lambat kan?

Tapi makanan tak de la lama mana menunggu. Maybe sebab orang pun tak ramai.

Jadi..... buka kan selera... pandang dan nilai lah rupa makanan makanan di sini !

Air kedondong satu jug ! Sedap. Tapi last last tu macam berpasir tekak jadi nya

Milo Tabur untuk Hero

Highlight of the menu. Ikan Pari Sambal Petai... aku pandang sepi jer. OR cakap sedap. Dia yang abiskan dengan Hero dan Princess

Kacang Botor dengan Bendi. Terselit jugak petai sebijik dua.... Agak OK lah sayur dia

Sotong Goreng Tepung dengan Telur Masin. Sedap tapi terlalu garing sampai aku rasa macam makan kertas je.

Gulai Lemak Udang Galah. 5 ekor RM 15. Telur dadar

Hidangan sekeluarga

Princess nak makan Lala. So kami order Lala Cili ni... aku tak tau la rasanya ni Chinese Cuisine kot. Bila aku makan ni campur dengan kuah kuah selera kampung tadi terus lari rasanya.. Macam tak blend dah rasa. Terus menyesal

Dan macam biasalah, kalau tak de ayam tak sah. Order BBQ Chicken Wings dari dapur Werstern. Sampai lambat dah abis makan baru ayam ayam ni tiba

Overall, food dia quite good. Sedap la especially gulai lemak dan sambal tu. Memang betul betul rasa macam makanan kampung !

Tapi untuk aku tak sangat la sebab kampung aku kan di Hitaly !

* mati la tetap tak nak kalah.

Service pun OK cuma hari tu aku pegi terlebih awal. Maybe hari tu orang tak ramai so dia orang agak attentive jugak.

Price bagi aku agak OK jugak. Total cost semua tu RM 114. 

Paling penting... kena dengan selera. Sedap di rasa. Jadi kesimpulannya memang boleh di cuba !!!!!

Jangan lupa untuk merasai masakan suasana kampung di Restoran Golek Golek ni

Lepas makan ada rasa nak bergolek golek? 

Ya.. Kenyang. Alhamdulillah.

Recommended !

Barang di ingat, restoran ni hanya di buka pada hari Jumaat, sabtu dan ahad sahaja ! Jangan pegi salah hari pulak, silap silap kang ada entiti lain pulak yang menunggu sambil bergolek golek !!

RESTORAN GOLEK-GOLEK SUASANA KAMPUNG.
Alamat: Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM10, Gombak , 68100 Selangor
No. Tel: 017-407 0007
Waktu operasi: 6 pm - 12 am
( 6pm Western Food Only. Masak masak starts at 7pm )

Landmark: Exit dari Gombak/UIA nak masuk MRR2 ke arah Ampang, betul betul setentang dengan Restoran Skhumvit (dulu Kunang-Kunang) dan Shell. Kalau ikut MRR2 dari Ampang, dia belah kanan so memang kena u turn kat area Gombak.

FB: Restoran Golek-Golek Suasana Kampung

Jangan lupa pakai aksesori dari daun kelapa jurai jurai atas kepala untuk effek yang lebih kedesaan. Nah ! Ambik mood lagu suasana kampung.



Saujana mata memandang
Kehijauan sawah terbentang
Tenangnya sungai mengalir
Perahu nelayan ke hilir

Pepohon melambai-lambai
Beburung terbang berkicau riang
Di sini kasih tertumpah
Indahnya bumi bertuah

Malangnya di sana sini
Hanya ayah tua yang bekerja
Ibunda di rumah menanti
Anak muda ke kota

Hibanya rasa di hati
Ke mana rakanku menghilang diri
Kekasih ku turut tergoda
Tinggalkan ku di desa

22 comments:

  1. hahaha memang menarik nih...aku nampak pari sambal petai tu buat aku lapar memalam nih...

    tapi ahadiat akashah tu memang suka menda2 rare gini la, aku ingt dolu2 tgk rumah dia dalam majalah sangat la nampak 'sepah' tapi dia suka la kot bajet rare dan artistik...kuikuikui...kalo ko yang fit naik nak roboh, aku yang fat camne tah kan...hahahaha tapi takleh blah btol penyendal pintu tu...dah la yang tajam ke luar, mau bersepai kaki kalo tersepak!hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. penyendal pintu tu.. kalau pencuri masuk baling je... memang berlubang kepala kalau kena

      Delete
  2. Meng ..

    Intro yang buat kita tersengih sengih hahahahha

    Sayang , konsep cantik, tapi kedekut nak hire designer ... main pakai muat jer ... kerusi plastic, plastic laaahh janji ada kerusi !!! Hahahahhahaha

    Tapi lauk pauk dia memang Nampak terliur !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia nak cari kerusi cleopatra kot...tapi tak banyak lagi yang terbuang..

      lauk pauk memang oke

      Delete
  3. Macam angker jer kalu terterjah tmpt ni time2 x ramai org..hehe #speku .

    Tapi makanan menu kampung tue cam menggoda jer..tgk gambaq lagi wat che terliuq..haishhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa kalau x kena time memang spooky gak la sebab belakang tu kawasan hutan dan ada kuari....

      usha dulu la. kalau ramai org baru pegi. makanan not bad.

      Delete
  4. banyak nyamuk tu yg tak best..tapi rumah Melaka tu mmg cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn duduk yang belah belah banyak pokok2 tu la. duduk belah depan rumah tu lapang skit... nyamuk cuak skit nak datang kot

      Delete
  5. Replies
    1. tak macam macam jugak.... more to selera kampung dan western je

      Delete
  6. Silap2 kang tergolek ke bwh rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kalu hok naik tu bapok gong berak nanang.... mau rutoh tergolek nyor...

      Delete
    2. Hahaha... Bapok gong berak nanang. Lame dok ddengor

      Delete
    3. sekali sekala keluar bahasa ibunda.. pekat teruh

      Delete
  7. makanan sedap, suasana santai. Kalau ada soft muzik, lagi santai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buleh di ambik fikir oleh tuan kedai tu.... nyamuk kena awasi selalu !

      Delete
  8. baru jer pegi sini cuti krismas ari tu..pegi dah malam..agak gulap gulita dan kedai pun dah nak tutup sampai waiter suh byr siap2 mknn yg western tu...kahkahkahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kesian. tak pe la... lain kali pegi sebelum dia bukak mcm kita orang...

      Delete
  9. Owh....
    Kami selalu lalu sini ke rumah akak di gombak tapi pernah singgah juga rikki dr jauh tapi sebab tempat ni mcm terpencil di atas bukit n laluan nak me atas tu mcm agak mencabar so kami x pernah singgah makan. Sometime rasa macam kg entiti pon ade. Hikhikhik maybe kedudukan dia di atas bukit n jauh sikit dr jln raya also rasa dia je berlampu3 atas bukit itu. Maybe1 day kot boleh try sini 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. kena pegi time ramai ramai skit... tapi kalau nak santai2 oke je kot. boleh di cuba

      Delete
  10. agak2 kalau org tua yg umur dlm 70an larat x dr parking ke kedai tu.... nak bawa ke sane tp tkt dia xlarat nak jln..berape jauh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je bawak kereta sampai atas sikit and drop your mom. then kereta turun parking bawah semula.

      tak jauh mana parking tu tp agak steep and challenging for 70 yo mom.

      Delete