Pages

Monday, November 30, 2015

Jom Makan : Restoran Golek Golek Suasana Kampung, Gombak

Tinggal di kotaraya yang berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit dan mengadap hutan batu malah terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas pasti akan memberi tekanan. Namun, hujung minggu anda pasti menenangkan jika berkunjung dan menjamu selera di sebuah restoran yang terletak di pinggir ibukota dengan suasana ala ala di kampung halaman sendiri. Tapi kampung I kat Hitaly, so how?

* mati la tak nak kalah

Aku ada terbaca berkenaan restoran ni. Memula macam tak leh terima jugak nama Restoran Golek Golek macam tu. Nak kena bergolek baru dapat makan ke?

Dan keinginan nak mengusha lebih mengujakan sewaktu ke Zoo Negara hari tu dan aku memang plan nak singgah makan di sini.

Aku bagitau OR pasal nak gi makan kat sini, dia diam malas layan bila aku sebut nama restoran ni Golek Golek. Mesti dia pun tak percaya dan ingat aku kelentong !

Eh. Tak kelentong lah. Orang Hitaly jujur dan berbudi pekerti !

Memang benar nama tempat makan ni ialah Restoran Golek Golek Suasana Kampung yang terletak di pinggiran lebuhraya MRR2 di Gombak.

Kenapa suasana kampung? Jawapannya kat sini !

Rumah tradisi Melaka yang menjadi tarikan utama di restoran ni.

Menurut info, katanya ni restoran dimiliki oleh Ahadiat Akasyah dan isterinya. Ahadiat Akasyah merupakan penulis novel kegemaran muda remaja. Aku pernah dengar nama dia, tapi sebab aku ni jenis tak baca buku lagi lagi novel novel ni so aku tak berapa tahu buku apa yang dia tulis.

Lepas melawat Zoo Negara dan hari pun dah menjelang petang, kami pun terjah tempat ni. Perut pun dah lapar.

Tapi sebab lokasi restoran ni terletak opposite jalan so kena u turn dulu. Jauh lak nak kena u turn.. sampai ke Sri Gombak sana. Pastu terlajak...  makin jauh la jadi nya.

Tapi orang kata, Usaha pasti jaya ! 

Sanggup u turn dan patah balik sebelum akhirnya berjaya jugak sampai. Tapi sampai sampai hari tu tempat ni masih belum di buka !

Sampai je pekerja dia baru sibuk angkut angkut barang. Kalau baca dia tulis start pukul 6 petang. Tapi masa sampai, staff dia cakap Western je start pukul 6, yang lain start pukul 7, tapi hari tu western pun belum bukak sebab air tak der !

Hish.

Nak masuk ke tempat ni agak tricky jugak lah. Dari highway arah dari Gombak kena slow slow then nampak Shell belah kanan dan exit ke Restoran Golek Golek ni belah kiri highway. Ada tulisan kena perhati betul betul.

Pintu masuk dekat exit MRR2 area Gombak dari arah UIA

Dah masuk simpang tu kena mendaki bukit agak steep jugak la. Kalau jatuh tu memang bergolek berguling ! Sebab tu la agaknya nama resto ni Golek Golek kot ! Hehehee.

Then atas bukit baru nampak resto ni. Tempat parking di sediakan di belakang kat area kuari, tapi masa aku hari tu sebab terlebih awal, boleh je parking kat tepi jalan bawah resto ni.

Usha dulu kawasan !

Rumah tradisi Melaka yang berumur ratusan tahun

Rumah ini lah yang menjadi tarikan utama di sini. Suasana di sini seolah olah menjamu selera di rumah tradisional Melaka yang berusia ratusan tahun. Di sini disediakan ruang makan klasik dengan berlatarbelakangkan  rumah kampung. 

Tedapat jugak hiasan hiasan lama seperti tempayan, congkak, replika kapal serta bingkai-bingkai gambar lama, malah jeriji besi bercorak bunga sangat membangkitkan suasana rumah lama itu. 

Sebab aku sampai awal dan restoran masih belum di buka. So boleh jalan jalan tour naik rumah ni dulu melihat kawasan. 

Ayuh turut serta !

Rumah lama suasana kampung

Ruang utama. Ada meja dan sesapa berminat boleh makan dalam rumah ni

Hiasan

Bahagian belakang 

Salah satu ruang. Boleh makan di sini

Seterika lama jadi penyendal pintu

Bagi aku kondisi rumah dari luar nampak elok, tapi bila naik atas dan masuk dalam rasa macam nak roboh jer. Lagi lagi kalau badan gergasi macam aku ni yang buat lawatan tapak.

Keadaaan dalam agak sempit dengan ruang ruang kecil seperti dapur. Ada meja makan dan sesiapa yang berminat boleh menjamu selera kat atas tu.

Kebersihan agak meragukan dalam rumah sebab macam banyak habuk !

Paling aku tak boleh sebab lantai kayu.... kalau aku berjalan macam nak roboh jer aku rasa.

Tapi kalau berminat apa salahnya makan dalam rumah tu. Selain dari memberi kelainan boleh juga merasa santap di dalam rumah lama bersuasana kampung especially kalau yang tak de kampung !

Now tengok kawasan persekitaran.

Selain daripada meja meja yang di sediakan di luar rumah. Ada jugak bangsal di bina. Tapi sekali pandang pun tau macam nyamuk sangat la bermaharaja lela di sini !

Rumah tradisi dari arah belakang

Dari arah sisi

Tetiba aku rasa macam Maya Karin mengintai kat tingkat tu., Ghaaaaaaaaaaaaaaaa

Hari dah pun petang.. tapi kami masih menunggu restoran di buka

Salah satu tarikan di sini, meja makan dari mesin jahit Singer.....  Princess pun bukan main lagi menjahit kat sini. Meja dah out of the box tapi kerusi plastik tu macam tak leh blah !

Bangunan tempat bayaran dan dapur western di sini

Motosikal lama. Agkanya Ahadiat Akasyah punya. Di letak sebagai momentos

Kawasan kawasan baru. Pondok yang di bina untuk menambah tempat ruang makan

Surau juga di sediakan

Lama betul rasanya kami menunggu. Dari orang tak de sampai la ada orang datang dengan tujuan yang sama.

Datang untuk menikmati hidangan di sini dalam suasana kampung !

Princess pun dah kebosanan. Abis gambar dah dia snap

Now cerita pasal makanannya pulak.

Menu kat sini sebenarnya yang paling utama adalah Ikan Bakar dengan Sambal Petai. Ada 3 jenis ikan tersedia iaitu Siakap, Ikan Sebelah Nabi dan Ikan Pari. Makanan laut lain adalah sotong, udang, lala, ketam dan kerang.

Lauk lauk masakan Melayu pun ada macam Gulai Lemak dan sebagainya.

Selain tu ada masakan Chinese Cuisine jugak selain daripada Western Food !

Katanya ikan bakar di sini di bakar menggunakan arang dan tiga jenis sambal dibuat sendiri sebagai penambah kelazatan !

Tengok menu Western food dulu.

Lilin dan pelita sudah di pasang. Menyemarakkan lagi suasana kampung halaman

 
Boleh order jika mau

Macam macam ada.

Menjelang malam baru la restoran beroperasi. Waiter datang hantar menu dan ambik order. 

"Suasana kampung ni kita makan apa Papa?"

Hero tanya.

"Kalau kampung Papa mesti la makan Carbonara. Marinara. Erra Fazira......."

Hehehe. Italian kan?

Nak order pun masalah jugak sebab tak pasti apa yang sedap. Lagi pun aku ni bukan la peminat ikan ikan bakar ni so aku kena cari option lain untuk diri sendiri. Nasib baik la staff dia agak helpful jugak membantu apa yang patut di recommend untuk santapan di sini.

Salah seorang pekerja dia.. No ! Dia bukan isap vape !

Dia bakar papan telur ni untuk halau nyamuk. Idea yang menarik, tapi bila asap banyak sangat nak makan pun susah ! Rasa makan dalam suasana jerebu jer

Pelita di atas meja

Buku menu. Dah boleh siap siap order

Antara menu menu nya

Sebab orang pun tak ramai. Dah aku amok la kalau aku yang paling awal datang tapi dapat makanan lambat kan?

Tapi makanan tak de la lama mana menunggu. Maybe sebab orang pun tak ramai.

Jadi..... buka kan selera... pandang dan nilai lah rupa makanan makanan di sini !

Air kedondong satu jug ! Sedap. Tapi last last tu macam berpasir tekak jadi nya

Milo Tabur untuk Hero

Highlight of the menu. Ikan Pari Sambal Petai... aku pandang sepi jer. OR cakap sedap. Dia yang abiskan dengan Hero dan Princess

Kacang Botor dengan Bendi. Terselit jugak petai sebijik dua.... Agak OK lah sayur dia

Sotong Goreng Tepung dengan Telur Masin. Sedap tapi terlalu garing sampai aku rasa macam makan kertas je.

Gulai Lemak Udang Galah. 5 ekor RM 15. Telur dadar

Hidangan sekeluarga

Princess nak makan Lala. So kami order Lala Cili ni... aku tak tau la rasanya ni Chinese Cuisine kot. Bila aku makan ni campur dengan kuah kuah selera kampung tadi terus lari rasanya.. Macam tak blend dah rasa. Terus menyesal

Dan macam biasalah, kalau tak de ayam tak sah. Order BBQ Chicken Wings dari dapur Werstern. Sampai lambat dah abis makan baru ayam ayam ni tiba

Overall, food dia quite good. Sedap la especially gulai lemak dan sambal tu. Memang betul betul rasa macam makanan kampung !

Tapi untuk aku tak sangat la sebab kampung aku kan di Hitaly !

* mati la tetap tak nak kalah.

Service pun OK cuma hari tu aku pegi terlebih awal. Maybe hari tu orang tak ramai so dia orang agak attentive jugak.

Price bagi aku agak OK jugak. Total cost semua tu RM 114. 

Paling penting... kena dengan selera. Sedap di rasa. Jadi kesimpulannya memang boleh di cuba !!!!!

Jangan lupa untuk merasai masakan suasana kampung di Restoran Golek Golek ni

Lepas makan ada rasa nak bergolek golek? 

Ya.. Kenyang. Alhamdulillah.

Recommended !

Barang di ingat, restoran ni hanya di buka pada hari Jumaat, sabtu dan ahad sahaja ! Jangan pegi salah hari pulak, silap silap kang ada entiti lain pulak yang menunggu sambil bergolek golek !!

RESTORAN GOLEK-GOLEK SUASANA KAMPUNG.
Alamat: Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM10, Gombak , 68100 Selangor
No. Tel: 017-407 0007
Waktu operasi: 6 pm - 12 am
( 6pm Western Food Only. Masak masak starts at 7pm )

Landmark: Exit dari Gombak/UIA nak masuk MRR2 ke arah Ampang, betul betul setentang dengan Restoran Skhumvit (dulu Kunang-Kunang) dan Shell. Kalau ikut MRR2 dari Ampang, dia belah kanan so memang kena u turn kat area Gombak.

FB: Restoran Golek-Golek Suasana Kampung

Jangan lupa pakai aksesori dari daun kelapa jurai jurai atas kepala untuk effek yang lebih kedesaan. Nah ! Ambik mood lagu suasana kampung.



Saujana mata memandang
Kehijauan sawah terbentang
Tenangnya sungai mengalir
Perahu nelayan ke hilir

Pepohon melambai-lambai
Beburung terbang berkicau riang
Di sini kasih tertumpah
Indahnya bumi bertuah

Malangnya di sana sini
Hanya ayah tua yang bekerja
Ibunda di rumah menanti
Anak muda ke kota

Hibanya rasa di hati
Ke mana rakanku menghilang diri
Kekasih ku turut tergoda
Tinggalkan ku di desa

Saturday, November 28, 2015

Postcard from Canada - 04 - Calgary & Edmonton, AB

Masa aku buat road trip drive ke Canada tu, selain dari Banff, aku sempat lajak ke Calgary dan Edmonton. 2 bandar utama di Wilayah Alberta.

Kalau ikut KM, perjalanan dari Vancouver ke Edmonton saja jaraknya lebih kurang 1120 KM sehala. Kalau dari LA ke Edmonton jejak 2201 KM one way !

Tapi gigih punya pasal kerah kan tenaga dan pastikan jaya !

Alberta - Wild Rose Country

Jalanraya di Alberta yang penuh dengan gunung ganang

Calgary merupakan bandar terbesar di Alberta yang terkenal dengan hasil minyak dan gas asli nya.

Dengan jumlah penduduk melebihi 1.2 juta orang ia merupakan bandaraya ke 5 terbesar di Canada !

Calgary is a city in the province of Alberta, Canada. It is situated at the confluence of the Bow River and the Elbow River in the south of the province, in an area of foothills and prairie, about 80 km (50 mi) east of the front ranges of the Canadian Rockies. In the 2011 census, the City of Calgary had a population of 1,096,833 and a metropolitan population of 1,214,839, making it the largest city in Alberta, and the third-largest municipality and fifth-largest census metropolitan area (CMA) in Canada.

The economy of Calgary includes activity in the energy, financial services, film and television, transportation and logistics, technology, manufacturing, aerospace, health and wellness, retail, and tourism sectors.The Calgary CMA is home to the second-most corporate head offices in Canada among the country's 800 largest corporations.

Calgary anchors the south end of what Statistics Canada defines as the "Calgary–Edmonton Corridor".

In 1988, Calgary became the first Canadian city to host the Olympic Winter Games.

Di sini lah Encik Ghaz kita bermastautin bersama keluarga beliau : Ghazaaz - Maka Terimalah

Layan gambar sekitar downtown Calgary

Downtown Calgary


Calgary

Aku sempat singgah di Canada Olympic Park. Dulu Calgary pernah menjadi tuan rumah Sukan Olympic Musim Sejuk

Bandar dia bersih dan tak busy

Tak de apa yang menarik sangat sebenarnya kat sini

Tapi misi aku dulu adalah nak terjah jugak sebab kat sini ada HRC ! 

Hard Rock Cafe Calgary * sekarang dah tutup

Calgary Tower

Tower. Tak sempat naik

Dan masa trip ni, sebenarnya aku tak de la plan nak ke mana dan ke mana. Tapi masa kat Calgary, datang idea nak drive terus sampai ke Edmonton.

Dengan jarak 300 KM, aku drive ke Edmonton dari Calgary semata mata nak pegi ke West Edmonton Mall.

Edmonton

West Edmonton Mall. The largest mall in North America.

Dalamnya ada ski rink !

Ada indoor waterpark

Kapal lanun

West Edmonton Mall. Kedai kedai tak payah cerita lah

Dan of chos.. Hard Rock Cafe, Edmonton dalam mall ni. Dah tutup.

Edmonton

Gigih kan dulu drive jauh jauh. 

Masa tu ada hati jugak nak drive sampai ke Saskatchewan ( dulu ingat nama ni ingat kat Chef Wan ).. Tapi sebab cuaca time tu sejuk so aku kuburkan harapan lagipun masa driving balik dari Edmonton ke Calgary kena tahan polis sebab speeding ! Hahahaha. Terus insap diri.

Last sekali balik semula ke Vancouver sebelum masuk US balik. Jauh gila rasa perjalanan. 

Tapi road trip ni la antara round trip paling mencabar aku pernah buat sebab pegi berdua je dan cuaca time tu sejuk gila. Dan ini la jugak antara road trip yang paling best yang aku pernah buat masa kat US/Canada dulu tu. 

Kalau ikutkan dulu memang rasa keje gila. Tapi bila fikir fikir sekarang.. aku hanya boleh tersenyum riang. At least.. aku dah terjah memandu sampai ke area yang aku sendiri tak pernah terfikir aku boleh sampai. Tapi sebab masa tu tengah asyik masyuk bercinta.... apa apa pun jadi aja !

Bahana mabuk bercinta. Sekarang apa jadi???  Hahahaha.. masing masing dah bahagia dengan hidup masing masing kot. Menyesal tak pernah.. cuma kadang kadang terkenang jugak situasi  'demi cinta.. lautan api sanggup di renangi..' apa apa pun boleh jadi.

Tu sebelum dapat. Bila dah dapat, suruh gi kedai nak beli gas pun m a l a s !


Map Calgary & Edmonton, Alberta.

Penyanyi Bryan Adams berasal dari Canada.



To really love a woman
To understand her - you gotta know her deep inside
Hear every thought - see every dream
N' give her wings - when she wants to fly
Then when you find yourself lyin' helpless in her arms
Ya know ya really love a woman

When you love a woman you tell her
that she's really wanted
When you love a woman you tell her that she's the one
Cuz she needs somebody to tell her
that it's gonna last forever
So tell me have you ever really
- really really ever loved a woman?

To really love a woman
Let her hold you -
til ya know how she needs to be touched
You've gotta breathe her - really taste her
Til you can feel her in your blood
N' when you can see your unborn children in her eyes
Ya know ya really love a woman

When you love a woman
you tell her that she's really wanted
When you love a woman you tell her that she's the one
Cuz she needs somebody to tell her
that you'll always be together
So tell me have you ever really -
really really ever loved a woman?

You got to give her some faith - hold her tight
A little tenderness - gotta treat her right
She will be there for you, takin' good care of you
Ya really gotta love your woman...

Sebab kedudukan Calgary agak di utara maka winter kat sana adalah tahap gigi non stop berantakan atas bawah, hidung merah macam hidung clown dan cuping telinga menipis bagai di hiris hiris.

Tu la antara sebab sebab aku tak berapa suke bila time winter tiba !

Tapi snow tu sendiri agak lawa kalau di lihat di pandangan mata. Nampak putih bersih suci murni tak syak lagi !

Untuk itu, aku mintak izin En Ghaz... sedut gambar dari blog beliau dan tempek tempek di sini.

Maka terima lah ................... Winter di Calgary, Canada ! ( pinjam ayat sekali )









Klik sini for more winter pix by En Ghaz : Musim Dingin Memberi Salam