Pages

Friday, October 9, 2015

Trip GBS 2015 : Kuantan : 04 - Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan

Salah satu lagi highlight trip jalan jalan ke Kuantan ni adalah nak pegi solat di Masjid Negeri Pahang ni !

Dah lama aku teringin nak tumpang solat kat sini. Tak berkesempatan lagi. Selalu aku tengok dalam gambar je la masjid ni.

Kali ni baru berkesempatan nak lihat sendiri masjid yang gah ini. Dah sampai. Maka tunaikan hajat apa yang patut di sini.

Masjid dari arah Padang MPK

Masjid Negeri Sultan Ahmad I ini terletak di Bandar Kuantan.

Masjid ini dirasmikan oleh Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada 21 Oktober 1994 Masihi.

Masjid Negeri Pahang

Nama masjid ini diambil sempena nama pemerintah Pahang pertama, Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah yang ditabal sebagai raja selepas mengalahkan Bendahara Wan Mutahir lewat 1890.

Masjid Sultan Ahmad Shah I ini merupakan masjid yang terbesar di negeri Pahang dan menjadi kebanggaan kepada rakyat negeri.

Menara masjidnya berukuran setinggi 180 kaki dan menjadikan ia antara masjid yang terkenal.Masjid ini mampu memuatkan sekurang-kurangnya 8,000 orang.

Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan

Plak perasmian

Pembinaan masjid ini berdasarkan reka bentuk seni bina zaman Othmaniah, tetapi menggunakan bahan dan teknologi moden. 

Empat kubah separuh bulat diletakkan pada empat penjuru yang mengapit sebuah kubah utama yang mendominasi bahagian atas ruang utama solat. 

Warna biru dan hijau digunakan bagi mewarnai keseluruhan Masjid Negeri ini. Masjid ini juga mempunyai ruang halaman yang mewujudkan suasana keterbukaan dan mengimbangi keluasan masjid ini.

Kubah masjid


Masjid

Tersergam indah

Hiasan dalaman dan luaran masjid ini berdasarkan corak geometri. Jalinan-jalinan geometri telah digarap dengan begitu teliti hingga menjadikan ia sebuah masjid yang indah dan menarik. Cahaya biru dan putih daripada marmar yang bercorak, memberikan sinar yang mampu menggamit siapa sahaja agar berkunjung lagi ke masjid ini. Sinar biru dan kuning pada cermin kaca yang dipilih untuk tetingkap menambahkan lagi keindahannya. Asma’ al-Husna berbentuk khat memenuhi dinding masjid dan ayat-ayat al-Quran menjadi sebahagian hiasan dalam bangunan ini

Layan gambar dalam masjid.

Salah satu kawasan wuduk

Dewan solat utama

Dewan solat

Binaan tiang dalam masjid

Arah kiblat

Mimbar

Bawah kubah utama

Bumbung

Corak di bahagian siling

Dinding kaca berwarna biru

Al kitab

Taman di dalam bangunan masjid

Empat menara masjid diperbuat daripada marmar khas yang berkilauan menaikkan seri masjid ini jika terkena limpahan cahaya lampu. Tambahan pula adunan warna putih yang terpapar daripada kilauan keempat-empat menara kubah tersebut bercampur dengan sinaran lampu kekuningan di bahagian hadapan masjid ini menambahkan lagi keanggunan Masjid Sultan Ahmad Shah.

Pembinaan masjid ini adalah hasil idea Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Mineret dan kubah 4

Masjid ini adalah antara tempat tarikan pelancong ke Kuantan. 

Rekabentuknya elegan dan senibinanya halus. Kubah utama di kelilingi oleh minaret-minaret. Warna temanya ialah biru muda.

Kawasan persekitaran

Klinik di kawasan masjid

Ianya terletak di tengah-tengan Bandar Kuantan, ibu negeri Pahang. 

Terletak di Jalan Mahkota, masjid ini terletak di pusat bisnes yang sibuk. Di sekitar masjid ini terdapat bangunan-bangunan kerajaan, bank-bank dan kedai-kedai. Bersebelahan masjid ini ialah sebuah padang bola yang luas.

Menara jam dan Mahkota Square berhadapan padang MPK

Dan aku sempat snappy few gambar masjid waktu malam. Tapi time tu tak singgah masuk sebab lutut calak !

Masjid Negeri Pahang

Kubah biru. mercu tanda Kuantan

Semestinya, Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan ini menjadi kebanggaan rakyat Pahang seperti mana bangganya mereka dengan Siti Nurhaliza yang berasal dari negeri mereka.

Sumber info : Masjid Negeri Pahang



Langit malam bercahaya
Yang terlihat limpahan sinaranNya
Takkan jemu tangisan rindu
Bagai dekat getaran panggilanMu

Pada mikraj cinta ada rahsianya
Pada mikraj cinta ada jawapannya
Pada mikraj cinta berbahasa agung kalimahNya

Tuhan tetapkanlah
Jiwa hati kami semua
Sehingga bertemuMu menatapMu
Nanti di sana

Tuhan temukanlah
Pengakhiran yang terindah
Sehingga bertemuMu
Menghadapmu di syurga

Takkan jemu tangisan rindu
Bagai dekat getaran panggilanMu

Pada mikraj cinta ada rahsianya
Pada mikraj cinta ada jawapannya
Pada mikraj cinta berbahasa agung kalimahNya

Bukalah mata hati
Bukalah cermin mimpi
Moga jalanku tidak keliru
Berkelana mencariMu

Tuhan temukanlah
Pengakhiran yang terindah
Sehingga bertemuMu
Menghadapmu di syurga

Ya Tuhan sembuhkanlah
Jiwa-jiwa yang berduka
Kembali berbicara
Dan mengukir senyuman

Tuhan temukanlah
Dengan hikmah mikraj cinta

8 comments:

  1. Pic yang sangat cantik... Terang n jelas. Syabas uncle meng...very good job. Suka menghayati setiap pic yg dipaparkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi menghayati setiap pic yang dipaparkan.

      * skima nya ayat

      Delete
  2. kahkahkahhhh!!

    puas aku pikir apakah lutut calak itu!!!

    ReplyDelete
  3. tengkiu buat prebiu tang kuantan... actually xde apa² pun.. hahaha.. tp deep inside.. best.. hahaha..
    ooo, ada waris kat sini eh, mesti sempat zaman masjid kubah.. masjid lama, sebelum dibina masjid negeri yang baru sekarang.. next time datang mesti pekena mee calong.. kopok² bese doh..

    apa² pun, mmg syok la terjah blog ni.. mmg superbmeng !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama...

      gi kuantan hari tu tak sempat nak makan kat luar sebab makan umah member aku tu pun dah kembong perut. Next time je la kalau pegi JJCm kat sana.

      Kat tanjung lumpur tu glamer gak bab bab makan ni kan?

      Delete
    2. tg lumpur tu mmg glam bab mkn seafood,ala2 mcm bagan lalang. tp aku sendiri jarang gi sana.. klau peak time, mmg slow la, tunggu order.. klau seafood, aku gi sara thai je.. never fail.. terbaek!

      Delete
    3. terima kasih. ada rezeki panjang umur.. insya allah boleh aku cuba ke sana

      Delete