Pages

Thursday, October 8, 2015

Trip GBS 2015 : Kuantan : 03 - Teluk Cempedak | Teluk Tongkang

Orang kata kalau gi Kuantan tak gi TC memang tak complete la trip tu !

Sapa ntah yang kata gitu?

* pandang kiri kanan.

 Aku lah tu kot !

Hahahaha.

TC atau Teluk Cempedak memang menjadi begitu synonym dengan bandar Kuantan. Ia juga merupakan salah satu tarikan pelancongan warga tempatan dan juga orang luar berkunjung ke sini untuk menghirup udara segar angin pantai.

Pantai Teluk Cempedak, Kuantan

Pantai Teluk Cempedak terletak kira-kira 5 km dari Kuantan, Pahang, Malaysia. 

Ia merupakan tempat perkelahan yang popular dan menjadi tumpuan ramai terutamanya pada hujung minggu. Mempunyai pasir pantai yang bewarna putih melepak dan gebu.

Gebu tu..... !

Seumur hidup aku, baru beberapa kali je aku sampai ke Teluk Cempedak ni. Dulu dulu masa kecik adalah pegi berkelah dengan family. 

Bila dah tua ni memang tak de berkunjung ke sana. Few years back, aku ada ke Kuantan dan menginap di Hyatt Regency Kuantan dekat Teluk Cempedak ni, tapi time tu tak de rasa nak gi checkidaut pun pantai ni.

Maybe time tu busy kot.

Kali ni.. jom terjah !

Parking kereta di sediakan. Parking kena bayar RM 2.10 per entry.

Dan park kereta, mula lah berjalan ke arah pantai

Ada kawasan dataran luas untuk acara acara tertentu di sini

Mc Donald's pun ada. Dah macam kat oversea je McD tepi laut

Awas ! Jauhi maksiat. Nampak je maksiat jangan gi dekat dekat. Lari jauh jauh !

Starbuck pun hada.... !

Pantai Teluk Cempedak. Pasirnya yang gebusssss

Sebab pantai ni memang menjadi tarikan dan ramai orang berkunjung especially during the weekend, jadi kemudahan pun dilengkapi dengan baik sekali.

Ada kedai makan, surau, tandas, menara tinjau, restoran dan macam macam lagi.

Restoran yang ada

Orang berniaga pun ramai. Paling banyak nampak orang jual buah mangga ! Kenapa tak jual cempedak goreng di Teluk Cempedak?

Dan juga minuman aneka perisa....

Ada skill boleh jual cenderamata hasil tangan sendiri

Tak de skill.. Datang je melepak lepak dan tengok tengok orang di sini

Beli beli

Salah satu permainan di sediakan di sini

Istana Takeshi?

Teluk Cempedak ni sebenarnya terbahagi kepada 2 teluk yang terpisah oleh bukit dan batu batu tepi pantai.

Seingat aku dulu dulu kala, kalau pegi Teluk Cempedak sampai hujung ni je lah sebab dulu kalau nak ke sebelah sana kena mendaki naik bukit. Ada laluan bertangga kena panjat bukit.

Sah sah la kalau memanjat ni selagi buleh elak aku akan elak ! Hahahahaha.

Tapi sekarang ada laluan terus ke belah sana. Ada jambatan di sediakan untuk sampai ke satu lagi kawasan yang dinamakan Teluk Tongkang !

Jambatan

Pantai Teluk Cempedak

Sungai yang bau sangat la busuk. Tercemar dek sampah sarap ! Cacat terus jadinya area ni. Harap harap lepas ni jangan la buang sampah kat sini..... sayangi lah alam sekitar kita * pose pose sebagai duta Alam Sekitar

Dan geng geng monyet ni pun banyak ! Nakal lak tu. Abis minuman orang dia sambar. Tak nak kalah.. minum Milo !

Dan kelompok keluarga dia orang yang agak ramai jugak di sini

Laluan ke Teluk Tongkang

Sapa lah berseni sangat neh

Laluan dari Teluk Cempedak ke Teluk Tongkang

Kawasan pesisir yang berbatu batu

Adik ni.. ada jambatan dia tetap nak jalan ikut batu. Dah terpaksa merangkak  

Teluk Tongkang

Pantai Teluk Tongkang ni dia lebih landai. Ombak lesu. Sesuai untuk mandi manda kalau nak compare dengan Teluk Cempedak

Bersantai melayan perasaan pun boleh.

Teluk Tongkang

Ada pondok di sediakan.  

Tandas awam pun ada.

Peringatan. Tolong jangan kotorkan pantai ni. Kesian aku tengok orang kerja kutip sampah tu. Jauh nak tolak tong sampah tu !

Di Teluk Tongkang ni ada Adventure Park... boleh naik ATV dan ada aktiviti aktiviti lasak juga.

Duduk bersantai di Pantai Teluk Tongkang menghirup udara petang memang berbaloi dan mengasyikkan.

Tempat yang sesuai kalau rindukan angin Laut China Selatan. 

Dan pastinya kalau dambakan ketenangan, di sini mungkin tempat yang sesuai untuk mencarinya.



Di masa berpisah
Mengapa hati ku rasa sedih
Jumpa tak lama
Bersua dikau kekasih

Janganlah kau sayu
Airmata jangan dibuang
Kalau rindu
Pesan saja di awan petang

Dendam tetap menggoda
Merayu dalam jiwa
Kasih tak kan lama
Kita kan bersua jua

Bilakah masanya
Hari yang berbahagia
Kita bersama
Hidup selama-lamanya

Sebab ada satu je cara nak sampai ke Teluk Tongkang ni iaitu ikut jambatan dari Teluk Cempedak tadi tu, maka.. kalau nak balik kena la patah balik semula ikut laluan yang sama !

Jambatan  

TC

Jadi.. bersedia lah untuk menyahut 2 cabaran getir yang sama macam waktu memula datang tadi

Cabaran bau sungai yang busuk kohong tu dan jugak cabaran berdepan dengan monyet monyet yang durjana ! 

Apa apa pun, maju terus Teluk Cempedak !

14 comments:

  1. ni lg 1 tmpt kenangannnnn... hehe.. dulu2 aku ngan kwn2 penah jugak overnight kat teluk tongkang tu.. tp masa tu x selawa ni lg.. buat la unggun api sbb sejuk gila. aku pun xtau dr mana dtg kekuatan nak jungle trekking memalam buta pegi teluk tongkang tu. kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu dulu tak de jambatan tu kan? Kena trekking. Dulu dulu tempat org merendek je TC ni.. jauh jauh masuk dlm hutan.

      Hebat lah kau boleh trekking memalam ke teluk tongkang.

      Delete
    2. xde lg jambatan tu. masa tu panjat2 batu pastu meredah pokok2.. hahahaha TC dan merendek mmg x dpt dipisahkan :D masa tu dh nak cuti sem.. ke last sem kot, lepak la dgn kwn2 ramai2.. bila tgh mlm sejuk gilaaaa LOL

      Delete
    3. bukan org kata ada hantu ka sini?

      ayokkkkkkkkkkkkkk

      Delete
    4. masa tu antu pun takut ngan kitorang... hikhikhik

      Delete
    5. Bahaya tu.... boleh turunkan ilmu..

      Delete
  2. Wahhh..mcm best jer telok cempedak skrg..

    seingat aku last aku pergi masa zaman2 sekolah rendah dulu..ikot rombongan cik kiah..hehe

    Ingat lagi pasir putih gebu gebas tue..alhamdulillah masih putih gebu lg pasir dia eh meng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasir pantai dia masih gebus.. Bersih lagi cuma tak sesuai utk mandi manda sebab laut dia curam.

      Setakat nak gi makan angin boleh la setakat nak kembung perut.

      Delete
  3. Waahhhh.... Meriahnya dah pantai Teluk Cempedak skrg.... Last pegi masa sek ren dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Dah berubah. SIap ada Mc D dengan Starbucks !!

      Dah maju !

      Delete
  4. masa saya datang awal tahun , jambatan tu teruk betul. ada yang pecah, silap hari bulan boleh terbolos. kami tak teruskan perjalanan sebab ada group monyet/ kera apa entah datang. bahaya kan sebab bawak budak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Monyet memang bermaharajalela dan durjana lak tu.

      Suka ambik makanan org dan capai capai topi dan tarik tudung. Tak berhemah betul monyet2 di sini.

      Delete
  5. air sungai busuk kohong tu jugak yang mengalir ke laut tempat mandi manda tu ?

    dah lah ko berbusana muslimah dik... panjat batu lak ..
    haishh....

    tak pasal pasal jatuh ..kena lak abang meng tolong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.

      Abang gabra kalau gadis gadis menjerit ni. Rasa nak bagi CPR terus menerus..

      Aci kan Doktor?

      Delete