Pages

Friday, October 23, 2015

Jom Makan : Viet - Thai Canteen, Cyberjaya

Suka kan makanan ala ala Vietnam dan Thai?

Hmm kalau gi travel ke sana pun belum tentu korang dapat makanan macam ni sebab sana susah nak cari yang halal.

Tapi jangan risau.. ada pilihan terutamanya yang berada di area sekitar Cyberjaya !

Ada satu hari terdampar di Cyberjaya sebab meeting.

Abis meeting dah abis waktu lunch. Cari cari tempat makan tak tau nak makan kat mana. Pusing keliling last last jumpa kedai ni by accident.

Viet - Thai Canteen

Nampak kedai macam menarik. Lagi menarik sebab jumpa parking. Tau tau je la area tu susah beno nak dapat parking.

Kang aku park kat OKU kang jadi viral lak. ! Hehehe.

Masuk, usha lebih kurang jadi kami agreed. Yang penting halal.

"Let's makan di sini ! Perut dah lapar "

Tak tau apa nak expect, tapi tengok menu dia macam makanan pelik pelik jugak lah. Cuma tengok kat dinding banyak gambar orang makan serangga. Jangan la serangga di jadikan menu kot nak rasa macam authentic Vietnam sekalipun !

Usha dalam kedai dulu.

Takde orang.

Tak de orang means 2 jer. Tak sedap atau servis memang pantas !

Tapi sebab kedai nampak macam selesa juga jadi, OK lah kot. Cuba !! Lagipun memang dah lewat waktu lunch. Semua orang dah masuk opis.

Kerusi meja. Lapar punya pasal senget benget ambik gambar. Asal boleh je la sudah.

Gambar kat dinding tu jangan usha sangat kalau lemah semangat

Bunga bunga penyeri suasana

Now tengok menu nya

Menu tak pelbagai. Mana ada je la kami order

Minuman. Macam kurang gula. Bagus untuk kesihatan tapi tak best untuk selera

Chicken Pa Ka Pao. Nasi. Telur dengan ayam kecik kecilan...

Senang makan dalam kertas.. Tak abis bawak balik jer

Member makan beef something. Sama jugak. Minced beef dengan acar septriasa dan nasi panas

Ada kuah sikit. Masam masam jugak la

Ada sorang lagi member order nasi dengan ayam

Somtam konon konon penyedap hidangan

Overall....

Sebab lapar kan? Belasah je lah. Nak kata sedap tu.. hmmm tak berapa kena dengan selera aku. Tapi maybe memang rasa makanan belah belah sana macam tu. Aku dulu pun tak berapa nak try makanan Vietnam masa travel ke sana.

Boleh di cuba bagi yang nak mencari kelainan. Service agak OK sebab tak de orang. Harga pun mampu belasah lagi. Rasa agak kurang.  

Check FB mereka macam ada banyak menu lain juga : Viet Thai Canteen

Tak pasti masih di buka atau dah pun lenyap. Facebook dah tak ada.

Alamat mereka :

Viet - Thai Canteen
No. 6, Block E, Jalan GC 4 Glomac Cyberjaya, 
Cyber 12, Cyberjaya.

Panduan lokasi depan IBM Cyberjaya dekat area area Bank Rakyat Cyberjaya dan area belakang Pelita. Dekat lot kedai banyak banyak tu.

Rasanya mereka baru beroperasi, so kena bagi banyak masa untuk improve mana yang patut.

10 comments:

  1. Uncle ni makan ... Jalan.... Makan.. Jalan... Berat uncle ni brapa kilogram haaaa... Larikkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de la berat sangat.. kalau angkat pakai crane oke lagi...

      Delete
  2. Replies
    1. * asah parang dengan kapak lalu perah asam limau atas budu............

      slurppppppppppp

      Delete
  3. Replies
    1. Somtam tu bukan sayur je ke? semua mcm sama je rasa kat mana mana pun

      Delete
  4. meng somtam dia sedap gak ler...hehehehe ngan lemongrass chicken apetah tuuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke? Kalau Host Abadi JJCM berkata begitu.. uncle redha je la. nanti org lain buleh gi try makan benda benda tu.

      Delete