Pages

Thursday, October 1, 2015

Jom Makan : Kedai Sebelah, Kelana Jaya

Ronda ronda cari kedai makan nak makan malam.

"Nak makan kat mana Yang?"

OR tanya.

"Tak jauh. Dekat jer. Makan kat Kedai Sebelah !"
"Sebelah mana?"
"Kedai Sebelah laa"
"Errrrrrrrrrrrrrrr"

Macam biasa aku akan gelak gelak dan dia dah start tak nak layan.

Ingat aku tipu ka? Memang wujud kedai macam tu. Kedai Sebelah nama nya . Terletak di Kelana Jaya !

Kedai Sebelah

Unik pulak nama kedai nya. 

Kami pegi pun sebab ada hal di Kelana Jaya. Pusing pusing so jumpa kedai ni. Rasanya baru jugak kot di buka. 

Dari pemerhatian aku, Cafe ni milik muda mudi yang berjinak jinak nak bukak cafe. Pekerja dia pun rata rata muda belia. Aku suka konsep dia.. simple dan bersih !

Kedai Sebelah

Cuma sign dia tu kecik sangat, kalau rabun macam aku ni kena perhati betul betul baru nak jumpa kedai yang betul. Tapi kalau nak cari, letaknya dekat sebelah Sangkaya Kelana jaya.

Usha kedainya dulu.

Ada few seating kat belah luar. Dan ada yang belah dalam. Orang agak OK.. kerusi mencukupi.

Konsepnya layan diri. Tengok menu, pilih makanan dan bayar terus kat kaunter.

Tengok menu menunya..

Menu dia agak limited. Tak banyak sangat. Tapi ada la start dari breakfast, lunch dan juga dinner. 

Apa? Tak nampak?

OK. Zoom sikit !

Drinks !

Meals

Apa yang agak mengejutkan aku, harga dia agak murah ! Kira untuk cafe trendy macam ni harga dia tak de la melampaui norma norma masyarakat sangat. Kiranya masih mampu untuk duduk baik untuk student mahupun yang bajet sederhana.

Ada juga menu menu bajet macam Nasi Bujang dengan harga RM 4 sepinggan.

Kira OK la tu.

Setting dalam kedai. Barang barang dapur. Tak pasti di jual atau untuk display semata

Dapat seat

Pegi order makanan di kaunter. Bayar terus siap siap

Nak order apa?

Ikut la selera masing masing. Tapi ni apa yang kami order.

OR order Cappuccino. Harganya dalam RM5. Taste quite good. Dan gelas pun boleh tahan besar. Hero order air tin.

Aku minum Alfogato. Harga dia RM 5. Not bad ! Agak pahit sikit sebab ice cream dah kena paw.

Nasi Goreng Embah Special. Untuk aku dan Hero. Nasi Goreng, ada ayam goreng dan telur goreng. Harga RM 8.50. Nasi Goreng dia kering sikit sebab panaskan dekat microwave agaknya tapi ada rasa. Kiranya boleh lah..... Mengenyangkan !

Hero cukup suka kalau ayam goreng macam ni

OR makan ni. Pasta Olio Aglio. Harga RM 6. Tambah udang RM 2.

Nampak sedih jer tapi berasa lah. Portion pun kira OK lah.

Hero dengar aku sebut, terus dia tanya.

"Papa, apa nama makanan ni?"
"Oglio Olio"
"Oh.. abang ingat Papa sebut air liur air liur"

Kakakakakaka...

Dan sebagai pencuci mulut kami sudahi dengan ....

Bread pudding with ice cream. OR cakap sedap. Bagi aku manis sangat. Budak budak suka la ada ice cream ni.

Dan memang specialty di sini jual ice cream. Agak murah gak la. Cone dalam RM 1.50 each

Lunch set juga di sediakan. Kalau booking nak buat makan makan private pun boleh rasanya.

Pendek kata, sangat berpuas hati !

Makanan agak sedap. Harga memang berpatutan dan paling best.... kat sebelah jer !!!

Nama je la Kedai Sebelah tapi jauh gak la kot kalau nak pegi unless memang duduk area Kelana Jaya.

Kos makan aku lupa tapi memang affordable with the ambiance dan taste... aku highly recommended !

Cuma parking susah sikit nak dapat kot area ni..... dan aku harap dia orang akan tambah menu supaya lebih banyak choices.

Apa apa pun, boleh check FB mereka : Kedai Sebelah

Interior pun menarik dan santai

KEDAI SEBELAH
D-G-02 , Jln SS6/20A
Petaling Jaya, Malaysia
Phone : 011-2318 1463

Semoga Kedai Sebelah maju jaya !

I like !

12 comments:

  1. Sorry ....saya lihat suasana cafe ni serabut je... Tgk makanan dia pun biasa2 je... ,!,!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serabut skit la kalau org ramai sebab meja dekat dekat.. Yes makanan dia memang biasa biasa jer..

      Tapi sebab kedai dia comfortable dan harga sangat la berpatutan... kira sebab tu la OK skit

      Delete
  2. hehe..ade satu lagi 'warung kita' rasanya dulu kat KL Sentral. each time nk gather before g klia, bebudak slalu quote 'warung kita' ...ade yg blur...warung sapa?

    anyway..harga dia not bad utk cafe cam neh. selamat menjamu selera meng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... ada kat JB nama Warung Mana Lagi.

      Senang kalau org tanya. Nak gi makan mana?

      Warung Mana Lagi......

      rasanya Sultan Johor yang bagi nama tu,

      Delete
  3. Sempoi jer nama kedai.."kedai sebelah" . Leh wat bahan sakat org tue..hehe.

    harga pon sedap ler dgr..idok lar mahai mcm rega cafe2 setara dia kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. makanan biasa biasa.. cuma environment agak trendy dan harga berpatutan. Tu plus point nya

      Delete
  4. siapakah yg paw aiskrim tu?..hehe..oklah harga minumannya RM5 je..reasonable..

    mcmanalah rupa Nasi Bujang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa lagi.. budak yang tak suka nak order makanan. Macam trauma je kalau tgk makanan. Kalau gula gula dgn aiskerim baru la gembira muka

      Nasi bujang tu ada kicap dgn telur mata je kot. Ayam seketul.

      Delete
  5. uiii sedap la pulak!!

    ehh menggg aku baru abis baca blog ko dari entry pertama sampai la smlm..phiuuuuuu 2 bulan ok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. * tepuk !!!

      Berjaya jugak akhirnya..

      Oke la tu 2 bulan. Hahaha...

      Terima kasih kerana membaca. So soalan cepu emas..

      Berapa berat badan aku?

      Hahahahaha

      Delete
  6. dekat sangat dah dengan umah ni..lenkali lepak kedai sebelah jgn lupa ngajak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh.. kau kan dah kawasan parlimen lain? aku pun jarang jarang gi situ.. jem dowh

      Delete