Pages

Thursday, October 15, 2015

01 - The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Berjaya Hills

Trip romantika di amor tanpa budak budak.

Highlight dah keluar dulu : Highlight Cuti Sekolah Jun 2015

Trip ni tak berapa di rancang sangat. Memandangkan budak budak aku dah export balik kampung time cuti sekolah, jadi tinggal aku dengan OR je. Terkebil kebil tengok muka masing masing.

"Yang, awak bosan tak tengok muka saya?"

Diam tak jawab. Diam tandanya setuju lah kan?

Tak pe.

Jadi apa kata, kita pegi bercuti cuti dengan riang. Boleh tengok pokok pokok... bukit bukit... takde la bosan sangat. Ya tak? Hahahaha

So aku pun merancang lah untuk gi cuti berdua ni. Memula nak pegi Pangkor Laut, tapi bilik penuh. Last minit ya pun. Jadi, terbatal yang tu. Terfikir lagi satu tempat yang aku nak try yang mana selama ni tak leh pegi sebab budak budak memang tidak dibenarkan menginap di resort ni.

Khas untuk dewa-sa dan dewi-si jer.

Tempatnya tak lain dan tak bukan, The Chateau Spa & Organic Wellness Resort di Berjaya Hills.

* percikan bunga api di angkasa

Aku booking sehari sebelum. Nasib jugak la masih ada bilik kosong. Pagi tu lepas hantar budak budak balik ke kampung, kami balik rumah angkut baju dan terus ke Berjaya Hills atau lebih dikenali sebagai Bukit Tinggi.

Sempat gi Kampung Baru dulu cari makanan tengahari. Jolly katak je berdua kalau budak budak tak der.

Entry ni banyak gambar je sebab tak tau nak cerita apa. Terima kasih kepada OR sebab paksa rela snappy kan gambar.

"Yang.. tak payah nak jadi Cleopatra. Ambik ni, lakukan tugasan !"

* campak SLR atas riba OR.

Ayuh mulakan !

Jalan Kuching menuju Selayang. Perut dah kenyang ni lepas makan di Kg Baru.

Somewhere in Selayang

Somewhere in Batu Caves

Menuju ke Gombak

Batu Caves

Tol Gombak

Perjalanan menuju ke Berjaya Hills

Terowong Karak

Karak highway

Selesa Homes

Lepas sikit pada Air Terjun Lentang tu nampak sign Berjaya Hills. Dah nak sampai la tu

Tapi belum sampai resort nya lagi.. Baru di simpang jer dulu

Jalan sunyi dan bengkang bengkok menuju destinasi

Ada guard house. Biasanya kalau masuk area Bukit Tinggi nak ke Colmar Tropicale tu kena bayar. Dewasa RM 13 sorang. Tapi sebab aku cakap kami ada booking, dia lepaskan jer. FOC

Persimpangan dilema.

Berjaya Hills

Jalan menuju ke resort

Resort The Chateau dah mula kelihatan

Masuk

Kalau nak tau resort The Chateau ni terletak berhadapan dengan tempat parking Colmar Tropicale Resort. Tapi kami tak gi jenguk pun. Masa last day pun tengok orang ramai bebenor. Terus terbantut nak merayap ke sana.

Lagipun kami sampai hari dah petang.

Masa kat entrance ada pak guards menanti.

"Bonjour ! May I know your name Sir?"
"I am Invisible Man.... ! Oh my god, you can actually see me??????"

Agak agak dia lari tak?

Hehehe. Lepas verify nama terus dia bagi aku drive masuk.

Terus park kereta di concierge. Ada dua tiga orang lagi menunggu.

Dengan pantas dia orang meluru ambik beg apa semua. Semua beg dan plastik dalam kereta aku dia angkut.

"Yang. Yang. Cakap dengan dia plastik Giant tu jangan angkut. Tu sampah tu !"

Isk. Memalukan je la orang tengok tetamu taraf VIP ni bawak plastik Giant !

Tapi pekerja pekerja resort ni OK. Siap bagi ucap selamat cakap French. Tetiba aku rasa macam berada di tempat asing. Macam bukan kat Malaysia dah.

"Where should I park my car?"

Aku tanya dia.

"We will park for you Sir"
"Really?"

Wah.... terharu. Tetiba terasa diri ku begitu berharga.

"By the way, If you're thinking of washing my car too. Just make sure you wash the tires first before tackling the body. And be sure to use a separate wash mitt on both, Is it OK? Oh later, dont forget to finish it with a shiner to keep tires looking new and to prevent the body from cracking or discolouring. Thank you. Merci beaucoup !!"

Agak agak kalau aku cakap macam tu kena curah dengan air kumbahan tak?

Lepas tinggal kereta kami di bawa naik ikut tangga tangga ni. Oh jangan risau, kalau pemalas nak naik tangga ni, ada lif kat sebelah.

Dan di atas kami di sambut oleh seorang wanita separa rupawan. Rasanya gadis Pinoy.

"Bonjour Madame Monsiuer !" 

Apa ntah dia merapu cakap French.

"Bienveniue ...Momsiuer Supermeng"
"How do you know it is me??"

Hahaha Aku saja je nak test cemana dia sure aku yang datang !

"The guards just have informed me"
"Ooooo"

Aku kampung !

Betul jugak ek? Dah tentu mereka dah siap siap walkie talkie sesama mereka tentang kehadiran aku ni.

Lepas tu kami di bawa masuk ke VIP Room dan menunggu.

 Awek Pinoy mintak deposit RM 200. Aku tak de credit card so aku kena bayar cash. Debit Card tidak di terima

Oh.. dapat welcome drink. Lemon Grass with Mint. Sedap gak la

Sebab aku jakun, aku minum habis.

Registration apa semua cepat jer. Minah tu la pegi uruuskan segala. Kami lepak je menunggu kat bilik VIP tu. Feeling feeling jadi VIP.

Tak lama dia muncul dengan resit dan apa semua dan ready untuk bawa kami ke bilik. Bangunan resort ni ada 2 bahagian, 1 tower building dan 1 lagi yang all suites.

Tower building.

All suites building. Yang ni suite yang mahal mahal, ada balcony dan jacuzzi.

Memang boleh feeling feeling kat sini. Paling penting tenang dan damai.

Tak de suara budak budak menjerit atau berlari lari.

Semuanya tenang dan romantis.    

Boleh feeling feeling tetiba macam berada di Perancis.



Je vous parle d'un temps
Que les moins de vingt ans
Ne peuvent pas connaître
Montmartre en ce temps-là
Accrochait ses lilas
Jusque sous nos fenêtres
Et si l'humble garni
Qui nous servait de nid
Ne payait pas de mine
C'est là qu'on s'est connu
Moi qui criais famine
Et toi qui posais nue

La bohème, La bohème
Ça voulait dire on est heureux
La bohème, La bohème
Nous ne mangions qu'un jour sur deux

Dans les cafés voisins
Nous étions quelques-uns
Qui attendions la gloire
Et bien que miséreux
Avec le ventre creux
Nous ne cessions d'y croire
Et quand quelques bistros
Contre un bon repas chaud
Nous prenaient une toile
Nous recitions des vers
Groupés autour du poêle
En oubliant l'hiver

La bohème, La bohème
Ça voulait dire tu es jolie
La bohème, La bohème
Et nous avions tous du génie

Souvent il m'arrivait
Devant mon chevalet
De passer des nuits blanches
Retouchant le dessin
De la ligne d'un sein
Du galbe d'une hanche
Et ce n'est qu'au matin
Qu'on s'asseyait enfin
Devant un café-crème
Epuisés mais ravis
Fallait-il que l'on s'aime
Et qu'on aime la vie

La bohème, La bohème
Ça voulait dire on a vingt ans
La bohème, La bohème
Et nous vivions de l'air du temps
Quand au hasard des jours

Je m'en vais faire un tour
A mon ancienne adresse
Je ne reconnais plus
Ni les murs, ni les rues
Qui ont vu ma jeunesse
En haut d'un escalier
Je cherche l'atelier
Don't plus rien ne subsiste
Dans son nouveau décor
Montmartre semble triste
Et les lilas sont morts

La bohème, La bohème
On était jeunes, on était fous
La bohème, La bohème
Ça ne veut plus rien dire du tout

Nanti sambung perihal resort ni...

bersambung.................

4 comments:

  1. aku dah serik ke bukit tinggi...drive kereta dgn muatan 5 org yg badan 3 org nya adalah sgt sado....tetiba kereta jd lowered...hahahaah...terus masuk wad icu kereta tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik bas je buleh.

      Ada bas rasanya dari kl.. ke van. aku pun lupa.. hehehe..

      lain kali yang sado sado tu suruh jogging jer. sampai atas sana.. baru bertambah sado.. hehehe

      Delete
  2. pandai OR snap gambar. Cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kalau 10 yang di ambik 2 je yang terpilh. tu pun jenuh nak kena trim kasik vertical.

      tapi ok la. tak de rotan, akar pun berguna juga.... kan kan kan

      Delete