Pages

Monday, September 7, 2015

Jom Ngopi : Garage 51 by Coffee Societe, Bandar Sunway

Dinner for two !

Saja gi dating berdua dua je. Handbags tinggal. Lagipun aku nak gi tengok wayang citer tak sesuai dengan mereka.

Dah lama nak try ke Garage 51 ni, tapi asyik tertangguh je. Kali ni pastikan jadi !

Garaage 51 terletak di Bandar Sunway. Kenapa 51? Sebab tu alamat kedai dia.

Tak susah nak cari tapi berpusing pusing jugak lah Miss Waze ting tong !

Dah jumpa. Nasib orang tak ramai dan parking pun OK. Hujan gerimis menyambut ketibaan kami.

Area tu banyak student Sunway University so ramai golongan muda belia lepak di sini. Yang tak berapa muda dan belia macam kami pun boleh menyentel.

Masuk dah usha kawasan.

Ada Beetle VW ni kat luar. Macam boleh lepak makan sini kalau tak malu di perhati

Aku mati mati ingat Garage 51 ni gudang besar yang di convert jadi cafe. Tapi rupanya rumah kedai biasa jer.

Boleh lepak kat luar kalau mahu

Salah satu setting table yang lain dari yang lain

Atau lepak kat dalam kalau rasa perlu

Tengok setting dalam cafenya dulu.

Garage 51 ni rumah kedai tapi ada bahagian atas jugak. Kiranya 1 setengah tingkat. Boleh lepak kat bawah atau pun kat atas.

Ni level bawah. Atas tu nampak tempat makan makan area yang tersedia.

Kami lepak kat bahagian bawah je

Kawasan dalam cafe ni dari bahagian atas. Kalau nampak musuh tengah makan kat bawah, terus je baling kerusi sampai musuh cedera.

Retro sikit. Tempat barista

Petugas bertugas

Garage 51 ni menyediakan makanan ala ala western dengan pelbagai jenis coffee dan ada jugak cakes. 

Usha menu dulu

Ada set lunch. Set dinner. After 6 dan macam macam lagi. Tak tau nak order apa. Tengok menu dan main order ikut selera tekak.

OR order Aglio Olio with Tenderloin Beef Australia apa benda ntah aku lupa nama dia.

Dia ambik dinner set comes with 2 tarts.. Ni tinggal satu je.

Aku punya Grilled Chicken with mushroom and wedges.

Perut Melayu, makan kena ada sos jugak

Habuan untuk kami

Macam biasa OR makan tak abis. Sudahnya aku yang abiskan dia punya makanan kecuali beef tu. Aku try makan tenderloin tu tapi tak kena dengan tekak. Tapi abaikan sebab aku memang bukan pencinta daging yang sejati.

Olio dia agak masin sikit. Tapi kira OK lah. Portion biasa je tak banyak mana.

Aku punya Grilled Chicken tu sedap !!! 

Serious sedap. Tapi portion ayam tu kecik gila. Macam anak ayam je. Yang lain lain penuh dengan wedges dan ada mushroom seketul. Anway not bad sebab memang kena dengan tekak beta.

Beta suka !

Tapi air dia kureng skit. Cappuccino dia kurang kaw dan Ais Lemon Tea agak tawar. Harga air pun agak mahal jugak. Segelas Ice Lemon Tea RM 8. Cappuccino macam biasa belas belas.

So coffee dia bagi aku fail sikit walaupun katanya di datangkan khas dari Melbourne, AUS.

Selain daripada tu ada jugak cakes cakes.

Tapi time aku pergi hari tu macam tak banyak choice dan nampak tak berapa menarik. So kami tak order pun desserts !

Lihat sendiri

Kalau rasa berkenan di hati boleh cuba

Apa yang aku suka dengan Garage 51 ni, ambiance dia agak damai jugak. Walaupun ramai orang tapi sebab space dia agak luas so tak rasa pack.

Service pun agak OK. Pekerja dia agak attentive. Makanan sampai cepat. Maybe tak ramai orang time tu tapi kira OK la sebab aku di layan dengan baik !

Cuma harga makan dia agak mahal lagi lagi kalau nak compare dengan portion yang agak sedikit. 

Cost kami makan di atas tu semua dalam RM 82.

Apa benda ni? Buat kopi?

Recommended untuk di cuba at least sekali.

Banyak jugak menu menu lain yang boleh di usha. Tak pasti la yang lain sedap ke tak, tapi tengok pada gaya ramai orang lepak especially students so maybe taste agak OK jugak lah.

Port yang menarik untuk bersantai sesama rakan dan taulan. Dengan musuh pun boleh, tapi make sure musuh tu bayar !

FB mereka : Garage 51 Malaysia

Garage 51,
51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway.
Open 11am-11pm

Tetiba terasa nak layan lagu lama. Song from garage....



You and I together in our lives
Sacred ties would never fray
Then why can I let myself tell lies
And watch you die every day?

I think back to the times
When dreams were what mattered
Though talking youth naivete

You said you'd never let me down
But the horse stampedes and rages
In the name of desperation

Is is all just wasted time
Can you look at yourself
When you think of what you left behind
Is it all just wasted time
Can you live with yourself
When you think of what you've left behind

paranoid delusions they haunt you
Where's my friend I used to know?
He's all alone
He's buried deep within a carcass
Searching for a soul

Can you feel me inside your heart as it's bleeding
Why can't you believe you can be loved

Oh I hear you scream in agony
And the horse stampedes and rages
In the name of desperation

is it all just wasted time
Can you look at yourself
When you think of what you left behind
Is it all just wasted time
Can you live with yourself
When you think of what you've left behind

You said you'd never let me down
But the horse stampedes, it rages
In the name of desperation

The sun will rise again
The Earth will turn to sand
Creation's colors seem to fade to grey
And you'll see the silky hands of time
Will write your final rhyme
And end our memory

Oh no... I never thought you'd let it get this far booooyyyy
Oh I never thought.. I never thought you'd let it get this far boy oh no
I never thought I never thought you'd let it get this far boy noooo
I never thought you'd let it get this far boy

10 comments:

  1. Hiasan dalaman kedai nampak simple dan kemas !!!

    Kalau dua orang makan dah 80 lebih, kira agak mahal ler jugak kan !!! Tapi tak apa, rakyat Malaysia kaya kaya !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan mahal la. tapi kalau kedai cantik... bayar mahal tentunya kita expect makanan mesti la sedap.. kan???

      Delete
  2. unik sebab table top belakang & sofa dari tong minyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya unik juga.. tapi kalau duduk takut sakit badan. ke sebab dia tak nak bagi berlama lama?

      Delete
  3. Meng aku tbyg klo aku nmpk org kt kafe amek gmbo naik atas, turun bwh dpn kaunter bagai, ko lah org nye woi...gigih!hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh. aku akan pastikan time tu clear. tak boleh kantoi nanti malu sekampung..

      kalau ramai orang, sah sah aku tak berani nak naik atas tu.. tapi tu buat buat gi toilet sebenarnya.. pastu cilok naik ke atas kejap nasib tak de orang

      Delete
  4. Rm82 untuk berdua?
    (errr..terus terjelepuk jatuh hujung meja, pastu kira duit syiling dendiam bawah meja ....)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal jugak la kan? tapi sekali sekala tak apa la kot..

      lepas ni menabung semula....

      Delete
  5. Replies
    1. kann. lagu zaman sekolah sekolah lagi... hapal lirik bukan main.. sebab dulu sapa pandai nyanyi lagu omputih, kira power....

      padahal sepatah haram tak faham

      Delete