Pages

Thursday, September 3, 2015

2015 : Birthday Si Hero

Hujung bulan Ogos setiap tahun adalah tarikh yang di nanti nanti kan oleh Hero sebab masa tu lah jatuh birthday dia.

Sebelum birthday macam biasa la dia akan ayat aku nak apa sempena birthday dia. PSP lah, Game lah. TV lah. Handphone lah dan macam biasa aku tak layan.

Instead tahun ni sempena birthday dia tahun ni aku bawak dia jalan jalan dan celebrate lebih kurang.

Tak payah jauh jauh.. celebrate kat kota jer

Destinasi kami adalah ke Zoo Negara !!!

Aku pernah bagitau kan, aku sendiri pun tak pernah sampai Zoo Negara ni !!!

* nangis di tepi kaki gajah.

Jadi, kali ni.. pasti kan jadi.

Tapi masa kami sampai kat Zoo Negara tu orang punya lah ramai. Maybe weekend kot dan parking tak der !... Memang planning OR bawak bekal untuk makan makan dulu. Sudahnya lari kejap dari area Zoo dan riki punya riki kami gi picnic kat Taman Tasik Ampang Hilir !!

Lepak lepak santai

Piknik ala kadar

Ada drama tak best berlaku di sini.. Tapi nanti la aku citer

Lepas abis piknik lebih kurang baru la kami ke Zoo Negara semula.

Akhirnya.... sampai juga. Dah tengahari tu orang dah ramai keluar so parking pun dah OK sikit walaupun terpaksa pusing pusing keliling mencari

Sudah tentu tarikan di Zoo Negara kini adalah Giant Panda. Ni lukisan je ni.

Bertemu dengan Pak Belang

Raja Hutan yang macam dah tua jer

Harimau Bintang yang bunting !

Badak putih yang handsome lagi sado !

Kuda belang yang berbelang belang

Princess panggil ni Garifah !

Orang Utan

Flamingo 

Seladang

Dah tentu lawatan ke Zoo Negara tak sah kalau tak gi tengok Panda. Tapi Panda Liang Liang dah beranak so kena kuarantin. 

Nak tak nak kami masuk jugak la jengah.

Giant Panda Conservation Center - GPCC

Xing Xing !

Kejenya makan jerr. Dah beranakkan si Liang Liang dia relaks jerr buat tak pedulik

Menjadi tontonan umum

Dan dah berada di kawasan belah belah sana, kami singgah makan malam di Restoran Golek Golek Suasana Kampung.

Rumah lama yang menjadi tarikan

Tempat makan yang agak lain suasananya

Makan Ikan Bakar Sambal.. walaupun aku tak makan pun... 

Dan cari masa kami bersantai sekeluarga lepak lepak di hotel.

Tujuan bawak dia orang lepak santai ni sebab minggu seterusnya aku ada trip keluar negara tanpa dia orang !

Dah lama tak merayap. Kegatalan sudah melanda diri !

Hotel pilihan. Saujana Kuala Lumpur

Lepak santai

Menikmati suasana

Damai

Dan acara berakhir dengan acara tiup tiup lilin sempena meraikan birthday Hero di Tony Roma's.

Anak Papa dah besar !

Dear Anak Papa,

Papa tahu.. semua manusia menginginkan sesuatu dalam hidup. Tapi abang kena pandai bezakan yang mana kehendak dan yang mana keperluan. 

Papa tahu.. semua manusia ingin menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Atas sebab itu kita kena selalu berusaha untuk menjadi lebih baik. Andai kita gagal, jangan terlalu kecewa. Redha dan jalani hidup seperti biasa.

Papa tahu... bukan semua manusia dilahirkan beruntung. Jangan dibandingkan diri Abang dengan orang lain. Andai kita tak cukup kaya. Syukurlah. Kita masih mampu berpakaian, makan dan minum. 

Papa tahu... semua orang mahu cemerlang. Andai kata kita tak cukup bijak, syukurlah sebab kita masih punyai akal fikiran untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.

Papa tahu... semua orang berhak membuat pilihan walaupun pilihan itu salah. Supaya kita belajar untuk lebih bertanggungjawab. Be accountable dalam apa jua keputusan yang kita buat.

Semoga panjang umur dan sihat selalu. 

Terima kasih kerana menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Papa tak de banyak duit nak mewah mewahkan dengan material dan harta benda, Papa cuma ada kasih sayang yang Papa tahu Insya Allah tak akan berkurangan.

Happy birthday, 

Semoga menjadi anak yang soleh. Mentaati perintah Allah dan dengar cakap Papa. Papa tak menginginkan seorang anak yang SuperHero. Cukuplah seorang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Amin.

Stay rock'n macam Papa. Jangan stress stress. Hidup adalah untuk dinikmati bukan disesali !

Berdoa moga dipelihara oleh Allah selalu. 



Yeah yeah yeah yeah
Mmmm

Bila berdepan tak bisa berbicara lidahku kaku
Jadi inilah hatiku didalam lagu
Aku tahu dahulu aku sering ingkar
Tahu aku selalu buat harimu sukar
Aku tahu ke arah kau ku tuding jari
Kerna satu aksimu selalu mengguris hari
Aku faham bila kau kurang memahami
Kenapa senang ku ingat susah ku memaafi
Suruhanmu sangat susah aku taati
Ini semua salahku tidak dinafi
Ku pikul dosa-dosaku ke akhir nanti
Kerna mengajar aku inilah cara lelaki

Aku tahu esok lusa kau pasti pergi
Aku tahu kau akan aku kebumi
Ku lakukannya tanpa airmata di pipi
Lihat kau akan hidup dalam anak-anak ku nanti

Hari ini ku tahu
Memori menghuni di pemikiranku
Ooo..
Akan mengungkap waktu
Sejarah masa depanku
Itu aku tahu

Aku tahu
Aku sering pergi
Menyepi berhari aku mencari rezeki
Ku kembali senyumanmu aku nikmati
Tawamu ku kecapi dan kasihmu ku selami

Ku tak marah kau kacau tidurku tiap pagi
Genggamanmu kecil hanya muat satu jari
Tapi didalam kampung hatiku kau gergasi
Tak sabar untuk hari kau sebesar aku nanti

Kalau aku berjalan ku mahu kau berlari
Ku tadahkan bahu kau capailah matahari
Ingat kau gergasi di bumi gegarkan paksi
Terima kasih kerna mengajar aku jadi lelaki

Kau perlu tahu esok lusa ku pasti pergi
Kau perlu tahu aku akan kau kebumi
Lakukannya tanpa airmata di pipi
Lihat aku hidup di dalam anak-anakmu pasti

30 comments:

  1. Happy birthday hero. Moga menjadi anak yang soleh. Sayangi kedua papa n mama.

    ReplyDelete
  2. happy birthday hero.Hug n kiss untuk hero.Pesanan papa touching sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you CC..... ala dia bukan baca pung... aku je yang terlebih emo

      Delete
  3. Happy birthday, Hero. Semoga cemerlang di dunia dan akhirat. Touching lak baca amanat papa Hero nih. * Bak tisu selai.. nak hembus hingus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. * hulur tisu dengan monopod...

      jangkitan kuman nanti.

      Tq Fayreen !

      Delete
  4. Selamat hari lahir Hero ... Moga menjadi khalifah yang berjaya dan mentaati perintah Allah dan papamama nye...


    ehemmm.... papa Hero mau kemana kali ni.... !!!?

    ReplyDelete
  5. happy birthday Hero. ingat pesan papa tu okay. semoga berjaya dalam pelajaran dan menjadi orang berguna untuk keluarga . :)

    ReplyDelete
  6. ni pegi zoo nk puaskan hati papa ke hero? ahaks.

    happy birthday hero! may Allah bless you and your family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... puaskan hati bapak dia ni la dulu.. ahaks.

      Tq John

      Delete
  7. Touching sungguh pesanan papa hero nih

    Happy Birthday Hero..Semoga Hero menjadi anak yg soleh dan bahagia dunia akhirat..Allahuma Amin.

    p/s: papa rock nk p mana tuh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Doa kan yang terbaik je la buat dia.

      Papa rock gi ngorok. Hahahaha

      Delete
  8. Bro Supermeng, tlg sampaikan kat Hero ya:
    Happy Birthday. Semoga dipanjangkan usia, murah rezeki, berjaya dlm pelajaran, menjadi anak yang soleh dan menggembirakan keluarga serta diberkati Allah SWT.

    ReplyDelete
  9. Happy Birthday Hero!!
    Semoga sentiasa di bawah rahmat Allah...

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Alahai.. tak payah la. kang ramai pulak peminat dia

      Delete
  11. Sanah helwa ya habibi.
    Semoga Allah pelihara Hero dengan pekerti dan iman sebaik dengan nama Hero.
    - ngences la Meng. Tergolek-golek jer udang dalam bekas mee goreng tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Auntie Sham... Harap harap la dia membesar bagai johan... badan dah johan dah tu.. hehehehe..

      Udang dgn ayam kfc.... ayam kfc sedap lagi kot. heheheheh

      Delete
  12. Buat Hero ...

    Uncle doakan agar Hero menjadi penyejuk mata buat kedua ibubapamu ....

    Meng;

    So touching ler note kepada Hero tuh !!! Apa reaksi Hero bila baca note tuh???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Uncle Ghaz.

      Dia belum baca lagi.. tunggu nanti2 dia besar kot dia terjumpa blog ni... dia tau la kot..

      Delete