Pages

Saturday, August 29, 2015

Postcard from USA - 05 - Nevada (NV)

Orang kata tak complete la kalau pegi US tak gi Las Vegas !

Orang yang kata bukan aku kata. Aku tulis jer....


Of chos aku agree. Although tak nak pegi berjudi pun, tapi tengok tengok kawasan dan experience 'the happening' kat sana memang berbaloi.

Las Vegas yang menjadi tarikan utama ini terletak di negeri Nevada (NV).

Aku sempat ke Las Vegas rasanya 3 kali. Sebelum road trip ni sempat pegi sekali. Masa road trip West Coast ni dan sekali lagi sebelum tu ada side trip dari LA.

Kali pertama ke sini lepas seminggu je sampai US terus drive gi Vegas. Nampak tak lagha hidup time tu?

Dah la antara pesanan terakhir Pakcik James kat airport sebelum aku fly adalah...

"Jangan bawak kereta kat sana !"

Heh.... ko ghase?

Dan padahnya ... aku kena saman sebab tak de lesen lagi time tu. Derhaka lagi.

Drama jugak time tu sebab polis tahan kereta aku tak tahu, sibuk nak keluar dari kereta. Siap polis tu menjerit sambil acukan pistol !

"Get inside the car !!"

* tolong Nyah........... Mak tak bersalah !!!!

Pecah rekod aku naik court dan dibicarakan di mahkamah di Amerika !

* kesat airmata keinsOfan di kandang pesalah

Meninggalkan Arizona, aku bergerak ke state seterusnya, Nevada

Perjalanan agak tandus jugak dan kawasan muka bumi Nevada pun lebih kurang sama macam Arizona. Kering dan berpadang pasir.

Kalau dari Arizona ke Nevada kena singgah satu tempat ni. Wajib !

Hoover Dam. Ada kawasan boleh berhenti dan tengok empangan yang besar gila ni. Dan atas jambatan across the dam merupakan pemisah sempadan bagi negeri Arizona dan Nevada
Perjalanan laluan kering kontang berterusan sampai la tiba tiba terpampang !

Oh yeah. Sin city !

Masa aku sampai tu siang lagi. Las Vegas ni siang siang buta macam pekan mati. Semua orang membuta. 

Tapi bila malam, lampu lampa sudah mula menerangi alam.

Tengok lampu pun boleh ralit. Lagi lagi kalau hotel/casino besar yang siap fountain dan light show. Boleh tengok free je sepanjang Vegas Strip ni.

Malam di Vegas memandikan cahaya

Waktu ke Las Vegas time road trip ni, aku agak excited sebab umur aku dah 21 tahun. Sebelum sebelum tu, pegi Las Vegas masih di bawah umur..... belum mumayiz lagi. Bila dah boleh masuk casino. Muka bongkak je konon konon dah boleh berjudi. Suka suka jer. Sempat lah main slot machines ... tapi hampeh..  banyak kalah jer. Menyesal tak sudah. 

* insaf 

Waktu malam di Las Vegas memang tak tido. Bila siang baru la mengantuk. Tapi siang siang pun ada banyak aktiviti boleh di buat.

Las Vegas di siang hari

Jalan jalan di Caesar's Palace. Dok usha jugak kot jumpa Anita Sarawak time tu. Tapi hampeh laa. Kak Nita pun reti tidor kot.

Dan sesapa jiwa kental boleh try roller coaster atas  Stratosphere ni. Memang padu. 

Aku sendiri pun tak berani nak naik ride ride tu. Sekarang pun tak berani jugak kot.

HRC Vegas yang lama

Untuk side trip lain aku juga pernah sampai di Reno. Satu lagi kawasan resort perjudian yang dibangunkan di Nevada ni.

Reno less happening skit dari Las Vegas

Tapi sebab kedudukan dia di utara NV, cuaca dia agak sejuk berbanding Las Vegas yang kering kontang.

Dekat area Reno jugak terdapat satu tasik yang cantik iaitu Lake Tahoe. Tapi aku lalu time malam so tak sempat nak jengah.

Bagi aku Vegas wajib pegi. Reno boleh skip !

Banyak sangat aktiviti tak sihat di Las Vegas so postcard pun ada satu ni jer.

Postcard from Nevada !

Available

Map NV

Tak jumpa penyanyi/band dari Nevada. Kasik special skit untuk Kak Nita enteprem.

"Kak Nita... bawa daku pergi ke Las Vegas sekali lagi ... pleaseeeeeeeeeeeeeeeeee !!!"

pic from internet. postcard is mine.



Rindu, rindu daku saat ini
Ingin jumpa bertegur sapa
Tiada, tiada rasa lebih indah
Bila engkau tersenyum manja

Bawalah daku pergi
Dari gelisah ini
Bawalah daku pergi
Dari sepi hati ini

Bawalah daku pergi
Setulus hati yang suci
Bawalah daku pergi
Biar mati pun ku jalani

Jauh, jauh terasa di hati
Bila engkau tiada di sini
Syahdu, syahdu ucapan mu kasih
Tunggu jika dikau mengungkap kata

8 comments:

  1. Aku dulu kali pertama kesalahan trafik pom keluar kerete. Yala, nak minta maaf
    Tapi polis tu cam gelabah sket, nasib baik takde pistal je.

    Masuk mahkamah, lepas ni nak mintak visa mesti kau tanda pernah melakukan kesalahan.

    Haha. Lawak lah Meng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann? kita mana tau.. ingat mcm nak bersopan santun. nasib tak kena tembak.. ekekekek

      Delete
  2. umur 21 tahun dah jejak kaki ke sana? thumbs up...ehh..lupa lak..dulu study kat sana kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. umur 18 trang tang tang dah sampai US... suci sungguh masa tu.. ahaks

      Delete
  3. Hahaha dah pak james pesan, xsmpi sminggu ko lupa diri kann...terussss sedass kena...haha tp serius ke ko msuk court kt sana?xde effect study plk eh...hehehe

    Mcm macau plk aku nengok vegas ni...tp ni lg besar laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik court la dah buat salah... kesalahan lalu lintas je... masuk dlm kandang pesalah kejap. pastu hakim tanya reason tak de lesen.. pastu kena denda usd20.

      cuak badak nasib tak kena jail.

      vegas ni lagi besar pada macau DJ.. kalau aku dgn kau berjalan mau cramp kaki dua dua..

      * nanges la kita tepi jalan.

      Delete
  4. Meng ...

    Hahahahahahahahaaa ... rasanya masing masing ada pengalaman kan dengan polis amerika ...

    Sadis sadis sadis kalau di ingatkan balik ...

    Kita org gi travel ... dulu mana ada GPS ... ntah macam mana, ada jalan TOL kat depan, la la tuh gak kawan aku kata salah salah ... so drebar macam panik , terus buat U-Turn ...

    Tak lama lepas tuh, dua tiga buah kereta polis kejar kita orang ...

    Ahhh sudah !!! Macam you gak, kita pull over, my friend siap kuar dari kete .... apa lagi , siap ada healer pelbagai DONT MOVE GITU !!! Pass tuh semua polis ala ala AIM kat kita orang .... memang rasa nak terkencing waktu tuh !!!

    Kita orang semua siap kena gari and polis tuh baik gak ... check kete pelbagai, dan dia orang siap kuarkan sleeping bag suruh kita org duduk ....

    Orang ramai gak tgk wayang free kita orang, sebab kete polis memang banyak ler ngan siren pelbagai ...

    Dalam setengah jam gitu, datang ler ketua dia, siap mintak maaf pelbagai ... katanya, dia orang tengah memburu geng Vietnam and bila kita org buat UTurn kat Tol tuh, kete dan description kita orang match ngan fugitives yang dia orang tgh kejar tuh !!!

    Dia orang kagum ler gak sebab kita org dari Mines pelbagai ... siap ler bergambar (Salah dulu tak ada selfie , IG atau FB jer!!!)

    Itulah ala ala mimpi ngeri gitu !!!

    P.S - Tahun 1995 siap gi travel agent nak buat booking gi Vegas nak tgk Kak Nita !!! Agent (dulu tak ada internet kan) siap call Ceasar Palace tanya ada tak show Kak Nita ... memang tak ada ... last last, baru dapat kesan, rupanya Kak Nita bukan buat show kat Main Hall ker atau apa, cuma dia macam nyanyi kat lounge / bar kat Caesar jer ... nyanyi petang petang gitu !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. ada gak dengar dia nyanyi mcm kat lounge je kan? tu pun bar bar yang tersorok. tak pe la kak nita. pada tak der.. kurang2.. nyanyi kat vegas kan??

      kita ni nyanyi kat bilik air jer.. hiks..

      dasyat betul pengalaman kena dgn polis tu.. i kena dua tiga kali gak la... mcm biasa lah kat us kalau stop tak complete stop .. polis nampak memang kena la...

      pernah jugak kereta rosak. polis tolong. siap bagi pisang sebab sejuk gila time tu.. hahaha

      lawak btol kalau ingat. kenangan zaman muda mudi

      Delete