Pages

Tuesday, August 11, 2015

Mimpi Yang Semporna - 08 : Ronda Rondi Waktu Pagi Tanpa Mandi Di Pulau Mabul

Hari ke tiga di Pulau Mabul. Kiranya hari terakhir kami di sini. Hari ni kami akan pulang semula ke Semporna pukul 10 pagi nanti dan flight balik ke KL jam 7 malam dari Tawau.

Sebenarnya semalam aku tak lena tidur ! 

Tidur dalam ketakutan. Asal nak lelap je aku cepat cepat sedar sebab takut berdengkur. Aku memang trauma dan tak selesa kalau ada orang rasa tak selesa !

Memula lepas abis lepak lepak kat unggun api tu kami balik bilik jam 11 malam.

Kat hostel tak de apa nak buat, masing masing naik katil dan terus tidur. Masa tu ada sorang je minah dalam tu yang ada. Dia pun tidur awal.

Aku rasa aku terlelap kejap then terjaga. Terjaga sebab berpeluh peluh. Kipas tak boleh menyejukkan tubuh badan. Rasa bahang dalam bilik tu meruap.

Last sekali tak boleh lena.

Aku turun dari katil lebih kurang jam 12 tengah malam. BW dengan IH tengah lena tidur.

Sudahnya keluar pegi pantai. Lepak kat pantai semula. 

Dia orang yang dekat camp fire tu masih mabuk mabuk di sana, aku malas nak gi join dah. Riuh rendah bunyinya. 

Just lepak dan cuba cuba tidur kat kerusi. Cuaca OK dan tepi pantai angin memang kuat. Syok je tidur. Cuma pak guard resort datang sekali tanya sebab dia ingat aku bukan guest kat situ. Bila aku cakap aku guest dia biarkan jer.

Dan dia pun sama. Tidur kat salah satu kerusi kayu tepi laut tu.

Lama gak la aku lepak kat tepi pantai tu. Lebih kurang jam 2 pagi baru aku balik semula ke bilik. Berdoa semua orang dah tidur so kalau aku berdengkur harap harap masing masing dah lena.

Tapi bila sampai tu, tak semuanya ada. Minah 2 orang yang mabuk tu masih di pantai. Yang ada IH, BW dengan sorang lagi minah yang tidur paling awal. Sepatutnya ada 2 orang lagi lelaki mat salleh dalam tu tapi dua dua pun tak der lagi kat katil masing masing.

Sudahnya aku baring dan terlena jugak. Tapi memang tidur tidur ayam lah. Tak sabar nak tunggu siang.

Dan jam pun dah kunci, tepat jam 5 pagi aku dah siap siap bangkit. Masa tu tengok semua ada kat katil masing masing. Slow slow aku bersiap siap dan keluar nak tengok matahari naik !

Sunrise !!!

Tak dapat tengok sunset lawa, sunrise macam ni pun dah kira OK

Aku lepak kat atas jetty

Sebenarnya aku dah siap siap keluar awal dulu. 

Masa lepak lepak tu baru nampak IH dengan BW berlari lari datang.

IH kata selipar dia hilang ! Ntah sapa yang curi.

BW pulak report selipar dia kena muntah orang !!!! Memula aku macam tak percaya, sapa lah bangang nak muntah atas selipar dia tu.

So IH adalah berkaki ayam di Mabul lepas tu !

Abis pada layan sunrise tu nak balik hostel macam tak syok gak. Nak tidur balik kang aku di rundung duka tak selesa. Sudahnya kami pusing Pulau Mabul sekali lagi pagi tu.

Jalan jalan di Mabul di pagi hari. Tiga tiga belum mandi lagi.

Ni menara pemerhati Polis

Matahari dah mula meninggi

Surau di Pulau Mabul

Rumah rumah perkampungan Bajau Laut di belah belakang Pulau Mabul banyak yang di bina di atas air

Ada masad masad

Ni kedai runcit. Kedai runcit dia memang jual barang runcit runcit. Pack kecik kecik berbunjut bunjut. Sabun. Minyak. Kicap dan sebagainya. Sekali pandang macam aiskerim pulak.

Adik ni agaknya mengalami mimpi buruk semalam. Bangun bangun terus duduk atas jetty dan sambung tidur sambil duduk.

Ni salah satu penginapan yang ada di Mabul ni. Agak scary nak lalu atas jambatan jambatan yang menghubungkan rumah rumah ni. Banyak kayu macam dah reput. Silap silap terjunam jatuh laut kalau badan macam gergasi tua.

Aktiviti pagi hari

Kami pusing Pulau Mabul sekali lagi. Tapi kalau kelmarin kami pusing ikut arah jam, kali ni ikut lawan jam. Barang diingat di Mabul ni tak de kemudahan ATM ke bank ke apa. Jadi bawak cash siap siap. ATM terdekat adalah di Semporna. Tak de jugak kedai runcit 24 jam, yang ada pun kedai kedai penduduk tempatan yang jual keperluan agak limited. Banyaknya jual jajan jer.

Tapi kat resort tu ada la mini mart. Banyak jugak la boleh di dapati dari situ.

Meh aku belanja areal view Pulau Mabul ni.

Ni Pulau Mabul dari udara. Belah kanan banyak penempatan dan penginapan di atas air. Di belah kiri banyak resort dan masih ada kawasan pantai. Di bahagian atas adalah resort resort mewah yang terapung di atas air.

Ini map penempatan dan resorts di Mabul. Map ni the other side of gambar di atas. Yang tulisan merah yang jenis homestay dan tulisan biru jenis resorts.

So bagi yang mencari penempatan boleh pilih mengikut keselesaan dan kemampuan masing masing.

Resort kami di Scuba Junkie ( Mabul Beach Resort ). Layan sunset semalam dekat Sipadan Dive Center.  Sunrise dekat area yang sama.  

Jalan jalan pusing pulau lagi jumpa penempatan dan jumpa kubur sebelum area resort SMART.

Kubur

 SMART Resort Pulau Mabul. Awas ! Hati hati sekali lagi takut di DAKWAH

Sekali lagi pose pose mewah di resort orang !

Dan dan tu BW sakit perut

Kau mampu tumpang memerut di resort mewah orang? 

BW mampu ! Tapi pegi kejap pastu patah balik.

"Kenapa?"
"Tak jadi lah "

Pulak ! 

Tak jadi melepas hajat di resort mewah. Tahik sedar diri.

Then kami just pusing je ikut area SMART Resort kawasan garden.

Ada banyak biawak di sini

Pagi di Mabul

Pepohon kelapa melambai di tepi pantai

Ni Garden Villa di SMART.

Tepi pantai

Water Bungalow dari arah garden area

Dah abis pusing tu ingat nak balik la konon sebab nak breakfast.

Tup tup BW kata dia sakit perut lagi.

Sudah !

Cubaan kali ke dua memerut di resort mewah. Kali ni di Sipadan Water Village pulak.

"Maafkan kami. Kami datang nak tumpang berak !"

Sambil sambil tu usha resort ni jugak

Jauh pulak tu reception area kat tengah. Kat situ confirm la ada toilet

Gambar ini di ambil ketika BW sedang asyik memerut. Kelas kan berak di atas villa terapung ! Mewah sungguh tahik dia

Aku dengan IH jadi pak pacak menunggu.

Tak lama lepas tu BW muncul.

"Berjaya tak?"

Sengeh !

Berjaya la tu.

Memang dasar ponggong tak terdidik. Memilih tempat tempat mewah yang terapung jer !!!

Abis tu kami gi merayap lagi di resort orang. 

Kami pegi panjat menara tinjau ni.

Dan layan view resort ni dari atas.

Cantik dan menawan

Ni areal view resort resort mewah di Pulau Mabul. Yang laluan straight tu SMART resort, yang bengkang bengkok ni Sipadan Water Village, Mabul.

Tengah tengah dok usha usha ambik gambar di atas menara tu. Tetiba kami semua terdiam.

"Kau dengar tak bunyi apa tu beb?"

Aku tanya IH. 

"Orang berdengkur?"
"Haaa... "

Kami gelak gelak. Gila kuat orang tu berdengkur dari salah satu banglo tu sampai ke luar dengarnya.

Haa.... atas sebab tu, aku rasa orang orang macam aku yang kuat dengkur ni hanya layak duduk kat tempat tempat mewah macam ni je kan. 

Hostel hostel I tak main !  

* mati la kena pelempang

Padahal situ je yang mampu.

Lagi lagi kalau ada Residence Manager kerek macam Kak Yah Cirit tu. Menambah nightmare tiap tiap malam.

Tetiba dendam kesumat merasuk jiwa semula.

Takkan ku biar makcik tu terlepas tanpa mendapat pembalasan dari si pitung !

* ketap ketap bibir......... tarik nafas ..................

Alamak !

Aku lak rasa nak memerut.

* tahan kentut



Tak ku biar cinta ku ini menjadi hambar
Terlalu sunyi mengapa kini aku sendiri
Seangkan dulu kau yang menemani

Tak ku biar luka ini tak ditampal
Dan menangis sendu hati ku
Siapa tahu
Sakit di hati ku rawat sendiri

Kau bisikkan seribu janji
Semakin ku menjadi sangsi
Luka lama kembali berdarah
Mengapa engkau mengulangi

Tak ku biar kasih ku pudar
Dan rindu ku menjadi tawar
Engkau dulu aku sayangi
Tak mahu aku membenci

Apa yang aku kesalkan
Kasih di depan kau tinggalkan
Harapkan kasih orang tak ketentuan
Apa yang kau rentangkan
Kau hebahkan keaiban ku
Ke mana nak ku campakkan wajah ku

Aku bimbang engkau datang mengharapkan
Kemaafan oh... dari ku
Dan mengubati luka ku yang lalu
Namun ku punya perasaan
Tak ku biar resah berpanjangan

bersambung................

18 comments:

  1. Akan ku tunggu sambungan cerita 'memerut' mu Meng.
    - nak memerut pun memilih jugak korang ni ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...

      memerut tu tak leh sembarangan.. nanti tahik tak cantik !!!

      memang kena pilih laa gamaknya...

      Delete
  2. Cuba ko merrayap kat resort mewah terapung tu memlm...fuh lawa dan sgt romantis hingga rasa menyesal x bwk pakwe !

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah la kan. tak terfikir pulak hari tu.....

      x pe la.. next time la kalau repeat boleh buat mcm tu..

      Delete
  3. lawa betul resort2 mewah tu semua
    bile la nak ade fulus berkepuk2 nak melepak kat situ

    eehh ade org kate kalau kite tetiba memerut kat satu2 tempat, tu tandanye kite akan dtg balik situ ...
    so adekah kemungkinan besar BW akan merepeat sesambil fefeeling diva di Sipadan Water Village itu? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah... tak tau la betul ke tidak Azra. kalau betul dia kena heret bf dia la gi sana honeymoon nanti ke apa...

      tak leh gi duduk situ menumpang ambik gambar pun jadi laaa....

      Delete
  4. Lawa nya. Tgk byk2 kali pun still rasa lawa dia punya resort

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezza. Lawa.

      Tumpang tengok je la kan kita kita ni...

      Delete
  5. hahaha..curlass korang, nk memerut pon pilih tempat mewah!

    Sunrise lawa! Resort mewah pon lawa..tp mcm seriau pulak pikir kalo dilambung ombak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah.. nak buat cemana.. bontot terlebih di didik sejak kecil supaya bersopan dan bersantun di tempat orang !


      ombak rasanya tak kuat sgt area ni sebab dasar dia cetek jer.. tak tau la musim tengkujuh cemana..

      Delete
  6. rase2 nak tukar kerja jagi anggota SMART...boleh duk resort mewah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh anggota smart belum tentu buleh dok situ.

      Smart tu maksud dia Sipadan Mabul Resort.

      Delete
  7. Meng ...

    Hahahahaha ... tidur berndengkur !!! I mula mula macam tak caya jer I berdengkur kan ... pass tuh install apps kat iphone, and pagi tuh aiiyyoooooooooo berdengkur sakan !!!

    Pernah dulu waktu my anak kecik, dia tidur sekali ... then satu hari tuh ...

    "Ayaaahhhh pllleeaasseeee ... don't make that sound! I am scared !!!"

    Hahahhahahahahaa merayu sang anak !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.... my hero dgn princess memang dah lali kalau papa dia berdengkur dgn ria.

      Hero tu siap boleh berduet lagi... berbalas balas pantun.... !

      Delete