Pages

Friday, August 7, 2015

Mimpi Yang Semporna - 05 : Diving Di Pulau Mabul

Bangkit hari ke 2 di Mabul dengan misi nak skodeng sunrise !

Sebab semalam kami agak kecewa sebab sunset tak de, since resort kita orang ni agak berdepan dengan matahari naik, so kami nak usha jugak.

Pukul 5 pagi aku dah terjaga. Tu pun BW kejut. 

Lepas bersiap dan settlekan apa yang patut kami bertiga terus bergegas ke pantai.

Sunrise di Mabul

Agak OK jugak la sunrise dia. Memadai la pada tak de langsung. 

Layan lebih kurang

Cukup waktu layan sunrise yang sempurna



Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan slalu memujimu

Di setiap langkahku
Ku kan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Lepas tu tau apa jadi?

Kami balik bilik dan sambung tido !!!!!  Hehehehe

Masih awal lagi kot.

Pemandangan kampung Bajau kat sebelah. Pagi pagi dia orang dah bangun nak ke laut menangkap ikan

Mencari rezeki

Suasana pagi

Balik bilik sambung tido !

Sempat jugak la terlelap seround dua.

Bangun bersiap siap semula dan kami pegi breakfast.

Breakfast ala kadar. Tapi mengenyangkan

Selesai breakfast kami ke jetty semula.

Semalam kami diberitahu since kami ambik Discovery Scuba Diving so kami akan diving di area jetty jer.

Frust jugak la sebab tak pegi jauh jauh. Ingat kan pegi laut dalam ke apa !

Nampak tak berlagak walhal kau tak pernah pun diving ????

Hehehe...

Sempat kami borak dengan makcik Keji sombong bongkak riak berlagak kat reception tu. Kami tanya dia kalau sempat kami nak snorkelling.

Jawapan dia..

"I am not sure. You talk to me during lunch !"

Cis. Dah la tanya sepatah jawab sepatah. Pastu tak moh layan. Kalau mat salleh, elok je cakap bermanis muka. Mentang mentang lah kami minority di sini !!

Nak tanya nak sewa kamera pun jawab acuh tak acuh jer. Podah !

Sudahnya kami redha je la sebab pakej kami ambik tu memang discovery scuba diving je tak de snorkelling. Kalau nak ambik snorkelling kena tambah sikit, tapi kami OK jer cuma sebab layanan macam tak memuaskan dari makcik kokesen tu buat kami berhiba hati.

Dan seperti yang di janjikan, pukul 8.30 pagi kami bertiga kena terpacak di jetty.

Pantai di Mabul Beach Resort di waktu pagi

Jetty Scuba Junkie

Pagi tu di jetty Mabul Beach Resort ni ramai yang dah bersiap sedia dengan agenda masing masing.

Ada yang nak pegi diving di pulau pulau lain dan boat bersiap sedia nak bawak mereka ke sana. Kalau bot bawak orang diving di Sipadan dah gerak awal awal lagi. 

Divers divers yang nak ke Sipadan ni semua yang terror terror lah. Yang dah terror je berpeluang untuk diving ke sana. Tu pun kena waiting list sebulan setengah sebab Sipadan cuma boleh menerima 120 orang divers dan pengunjung sahaja dalam masa satu hari. Ini sebagai langkah menjaga pulau tersebut daripada dibanjiri pengunjung dan bagi menjaga persekitarannya.

Yang tertinggal di jetty hanyalah kami. Para scuba divers yang tak reti nak diving ! 

Kami budak baru belajar.. kalau salah tolong jotoskan !

Apa apa pun, excited jugak nih walaupun tak tau nak expect apa.

Benda pertama yang kami kena buat adalah ambik peralatan untuk scuba nanti.

Kaki itik

Kelengkapan lain. 

Tak kesah la tak reti diving pun, yang penting gaya kena mantap !!

Betul tak uols?

Biarpun bila pakai baju tu perut nampak macam keladi bunting !

Selepas feeling feeling pakai baju divers, then kami di beri briefing tentang aktiviti Discovery Scuba Diving ( DSD) ni.

Buku penerangan

Kami di beri 2 diver masters (DM) pada hari tu. Dua dua local lah. Senang dia orang nak communicate dengan kami. Ada satu geng lagi mat salleh dan DM mereka pun minah salleh juga.

Dua dua mamat DM kami ni yang memberi penerangan tentang apa nak buat dan cemana cara cara nak diving ni nanti. Dan dia orang jugak la yang akan bawak kami turun ke dasar laut !

Bukan boleh sesuka hati jer nak turun.

Sebab kami tak de underwater camera, salah sorang mamat tu dengan baik hati bagi kami sewa GoPro dia dengan bayaran RM 20 sekali dive. Kami dive 2 kali hari tu so RM 40.

Kira OK lah tu sebab kami memang tak de underwater camera.

Kami diberi penerangan macam ni. Ni satu lagi group DSB yang ada. Tapi dia orang mat salleh so DM dia minah salleh..... sedap je jamu mata kan? Kalau aku fokus dah lari ke lain dah tu (pengakuan berani mati)

Kami di beri penerangan lebih kurang 20 minit. Cara cara nak mengawal pernafasan dan penggunaan kelengkapan menyelam.

Memula theory je la dulu. Then lepas tu baru la bersiap sedia untuk turun ke laut !

Kami diving macam ni je lah. Dekat dengan jetty

Dah ready, kami pun pakai tong gas apa semua. Berat jugak tong gas tu, tapi bila dah masuk laut jadi tak terbeban dah. Ringan jer.

Aktiviti bermula !

Memula kita orang di suruh turun di platform dekat dengan jetty tu. Slow slow. Tapi OK la masih jejak lantai lagi. 

So kami kena cuba praktikkan apa yang di ajar tadi slow slow.

Memula cuak jugak la. Panik jugak bila turun dalam air tu. Tapi mamat DM tu OK lah. Dia pun agaknya dah expect yang kami sure gelabah.

Sorang mamat tu jaga aku dengan BW. Sorang lagi dia jaga IH sorang.

Tengah nak start tu BW tetiba surrender !!!!

Kecut kah sheols?

Sheols tak selesa kot. So dia decided tak nak turun. So DM aku tu jaga aku sorang je lah. BW pose pose tepi platform kat jetty tu mengenang nasib diri.

So dengan bantuan dan tunjuk ajar DM ni, akhirnya aku berjaya turun ke dasar laut dan buat pertama kalinya merasainya sendiri, cemana rasanya menyelam di lautan !!!

Slow slow mamat DM tu cuba bawak aku turun dari platform kayu tu. Apa yang penting adalah menjaga penafasan dan sentiasa equalize kalau telinga rasa bengang macam naik kapal terbang tu.

Cara cara tu semua di ajar !

Paling penting, jangan PANIC !!!

IH dah turun dulu dan mamat DM dia yang pegang kamera. So dia ambik gambar IH dulu then bila aku turun baru la aku join sama.

Dalam laut ni sebab kita tak leh nak bercakap, paling penting adalah memahami isyarat tangan. OK, Tak OK. Nak naik. Nak turun.. semua ada signal dia.

Jangan silap bagi signal sudah.

Ada sekali tu aku mintak naik ke atas sebab aku rasa sesak nafas. Ni masa awal awal gak la sebab biasalah perokok, rasa semput dan tak selesa nak bernafas pakai tong tu dalam air.

Platform kayu

Untuk sesi diving pertama, mamat DM tu tak de la bawak aku jauh ke bawah. Sebenarnya bawah pada platform kayu tu memang dah dalam gila. Dia cakap first tu dia bawah aku turun sampai 12 meter jugak lah. Tu pun dua tiga kali aku terpaksa equalize.

Memula je rasa tak selesa berada di bawah laut dengan alat alat penafasan tapi lama lama bila dah terbiasa jadi OK.

Masa aku naik lepas abis diving tu IH dah naik. Dan mamat DM tu bawak BW turun diving. So berjaya jugak BW diving hari tu.

Sesi pertama ambik masa sejam di dalam laut.

Selesai sesi pertama kami naik untuk lunch !

Selesai sesi pertama. Yang tengah laut tu oil rig yang turut merupakan sebuah diving resort. Seaventures Dive Resort. Kalau stay situ kira diving kat situ je terus.

Selepas selesai sesi diving pertama pagi tu, kami balik ke lobby untuk makan tengahari.

Sesi ke dua akan bersambung lebih kurang jam 2.30 petang.

Kali ni masing masing terlebih excited sebab dah rasa OK sikit. Dah tak cuak nak turun laut. DM kami pun macam dah OK sikit so kali ni kami di benarkan turun lebih dalam.

Aku dengan IH satu DM dan BW dengan sorang DM yang lagi satu.

Selain menyelam sudah tentu ada aktiviti snappy snappy dan bergaya macam pro walhal terumbang ambing lagi. Apa yang penting... posing kena padu !!

Dan saksikan gambar gambar dasar laut yang sempat kami snappy !

Hi penyu !!! Ada 2 ekor penyu sebenarnya. Maybe tengah tido sebab tu macam tak berapa nak melayan peminat.

Ikan ikanan

Ni lepak lepak

Dasar laut ada kapal tukun.

Ikan 

Segerombolan ikan ikanan

Tukun

Mari menyelam

Aksi dalam laut padahal tak de arah tujuan pun.

Tiba tiba laut menjadi merah !!!!! Jeng Jeng Jeng

Hahaha Tak tau la kenapa jadi merah lak kamera tu. Ting tong kot. Darah tinggi sebab banyak kena air masin.

Memang sesi ke dua ni begitu mengujakan.

Agak lama jugak la kami di bawah laut tu. Menyelam sambil berenang tanpa tujuan. Tengok apa yang patut. 

Aku rasa ni pengalaman yang sangat berharga jugak la. Walaupun belum ada lesen tapi peluang macam ni tidak seharusnya dilepaskan. 

Kena cuba sekali seumur hidup. 

Nak ambik lesen tu tak tau la bila.. tapi mungkin ini permulaan untuk sesuatu yang baru dalam hidup !

Overall, aku gembira dan puas hati. Seronok dan thrill. 

Dengan jayanya kami diving hari ni menambah satu lagi rekod terbaru untuk diri sendiri yang berjaya dikecapi.

Tra la la.....

bersambung....................

16 comments:

  1. well done meng! hehe...aku pun takat DSD jer..buat kat bali few years back. xtau bile nk try lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u..

      well... dah tua baru nak start. hahahaha... suka suka je tu. kat bali dulu ingat mcm nak try jugak tapi tengok air dia mcm tak menarik jer. takut menyelam tak nampak apa apa je

      Delete
  2. Bestnya Meng oii. Tepeklaa gambo pakai wetsuit tu sekeping dua... plis... plissss. Muka tu pastelaa dengan apa2 imej. Tang perut tu kami tak kisah, sarat macam mana pun kitorang terima supermeng seadanya. Hiks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. be careful what u wish for..

      hahahaha

      kang ada yang tak lalu makan setahun...

      Delete
    2. eh gambar menyelam tu dah buh la gambar aku.. cuma dari sisi lain je so keladi bunting berjaya di sorok..

      hahahaa

      Delete
  3. Comel je muka penyu tu...cam muka ko eh Meng? :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaa.. time mengantuk mcm tu lah. layu je mata... hahaha

      Delete
  4. Cantiknya sunriseee....

    Tahniah meng berjaya pose2 pro diver..!!

    Diving x masok list lagi..i is cepat panic bab2 air ni..hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. posing tu memang kena mcm pro. diving tak pe sebab dlm air org tak nampak. hahahaha

      tak pe. nanti dah ready buleh la choba !

      Delete
  5. Meng ...

    Memang seronok diving nih !!! Kita muda muda dulu, siap ambik cuti dua minggu pergi ke Perhentian and ambik course sana !!! Fefeeling mat salleh gitu ... sebab semuanya mat/minah salleh ... walaupun kat negara sendiri hahahahhaahhaa

    (Namun aktiviti diving terpaksa di hentikan atas sebab sebab kesihatan ! So kalau telinga kita ada buat surgery ker apa ker, mmg tak di advise utk diving !Hahahhaah )

    Tak apa, next time ambik Diving course ... memang seronok !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. i see..

      tak pe la En Ghaz. At least been there done that. Dah merasa pengalaman sendiri...

      kalau ada keterbatasan kena buat hobby lain pulak lah. Sky diving????? ada bran?

      Delete
    2. Insya Allah kalau kemaruk nak menyelam lagi... baru bermotivasi nak ambik lesen diving nanti....

      Delete
  6. Hye.di sini kalau bagi yang tiada lesen diving pun boleh dive ke? Mahu kepastian sebab kiranya mahu cuba tapi tiada lesen diving.tq😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ambik yang discovery.. tapi ada guide tagged along

      Delete