Pages

Tuesday, August 25, 2015

02 - Weekend StayCation Special - Lexis Hibiscus, Port Dickson - Resort

Dah sampai Lexis Hibiscus, Port Dickson.

Ayuh tengok area resortnya dulu.

Ni papan tanda di simpang jalan. Dah sampai ni masuk je lah.

Dan ikut je laluan ke pantai di mana terletaknya resort

Nampak bangunan resort. Ada 2 bangunan. Tower dan jugak bangunan parking

Ada parking kat depan lobby tapi valet kot. Penuh je. Tapi parking agak mencukupi kat parking bertingkat tu. Pegi je parking kat sana dan turun lif ke lobby semula.

View di depan bangunan lobby dari tempat parking

Ni pintu masuk ke lobby

Dah parking masuk ke lobby. Lobbynya agak luas tapi seat agak limited.

Boleh check in terus di sini

Macam aku hari tu masa check in bilik belum ready. So dia suruh tunggu dulu. Padahal time tu dah pukul 4 lebih.

Terpaksa la menunggu. Sambil sambil tu lepak lepak tengok persekitaran resort ni.

Bahagian luar resort mengadap laut. Ada cafe dan pool di sini

Pandang terus nampak laluan ke bilik

Tower building dalam pembinaan. Nanti bakal ada skyvilla di sini bagi yang tak nak duduk atas air

Villa villa di atas air

Public pool di tepi laut

Pool dewasa. Ada jugak kid playground, kid pool dan gym di kawasan ni

Infinity pool

Ada banyak pokok pokok. Landscape menarik juga la

Ni villa villa yang paling dekat. Mengadap tower

Pantai yang masih dalam pembinaan

Ni tower dari tengah laut

Di bahagian tengah tengah

Laluan menuju ke villa villa

Villa villa yang ada

Ada yang mengadap laut dan ada yang mengadap tower. Agak tak berapa privacy kalau mandi dan mengadap orang ramai di sini

Ni laluan dalam tower ke ballroom

Laluan ke ball room

Ballroom

Viewing area di tingkat 2 mengadap laut

Pandangan dari atas

Sebahagian daripada resort

Villa villa di Lexis Hibiscus Port Dickson

Resort yang agak berbeza daripada resort resort lain di Malaysia ni. 

Kawasan resort agak luas dan memerlukan kegigihan untuk bergerak. Ada buggy disediakan tapi servis agak slow. Ada perkhidmatan sewa basikal disediakan bagi yang berminat. Nak jalan kaki ambik angin petang petang pun boleh juga tapi tak semua kawasan dibuka sepenuhnya.

Boleh datang dan spend banyak masa di villa saja. Sebaiknya request villa yang mengadap laut lepas. Lebih privacy dan lebih tenang jiwa raga.

Lepak lepak layan angin bayu laut selembut sutera. Ya ke selembut sutera?



Dalam hidup tak seindah yang tersirat
Dalam cinta tak seasyik yang diduga
Dalam hati ada cinta yang terbiar
Entah bertahun ku siram kasih
(Yang) bersarang dalam jiwa

Dikau hadir bagai selembut sutera
Terpesona dalam diam ku terlena
Membuai impian cinta kita
Sehingga ku tenggelam
Dalam arus yang menyeksakan

Kasih tidak pernah ku meminta
Selain cinta dan kejujuran hatimu
Cinta dalam meniti usia
Punah semua saat yang bahagia

Di mana kelembutan yang ada dulu kasih
Merana dalam senyuman ku meratap sedih
Selendang sutera yang menjadi saksinya
Kisah cinta yang tertulis kini telah berakhir

Dengarkanlah ucapan sendu hatiku
Kenangilah erti cinta yang bermula
Kembalilah agar bisa ku merubah
Terangi hati agar bersinar di dalam percintaan

Oh kekasih simpan kenangan buatmu
Untuk daku yang masih ada di sini
Kerasnya hatimu untuk kembali
Tak terdaya ku tanggung penyeksaan
Yang abadi dalam selembut sutera

bersambung...........

4 comments: