Pages

Friday, July 17, 2015

Salam Aidilfitri 2015


Nok gi keda beli halia
Keda tutuk dok dang starang
Hari raya hari mulia
Sambutlah ia dengan girang

Bahang kayu plekong pelang
Pokok pelang sebeloh paya
Ibadat puasa sudah cemerlang
Jangan binasa di hari raya

Osoh beng gi duduk tepi bira
Kekgi tumuh bekok muka
Hari raya semua gembira
Jangan di bawa sedih berduka

Ampunkan sebarang kekhilafan sepanjang kita berkongsi dan berkomunikasi secara maya di sini. 

Sesungguhnya setiap insan itu tidak lari dari melakukan kesilapan. Termasuk la superhero yang tak berapa nak super nih !

Dalam GURAU ada terkata,
Dalam BICARA terkasar bahasa,
Dalam TINDAKAN terguris rasa,
Dalam HIDUP  tak ada yang tak buat dosa..

Satu Syawal menjelang tiba,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.

Kosong-kosong !
* rebah atas riba Najwa Latip

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Supermeng Malaya



Hari raya hari yang mulia
Hari raya hari yang bahgia

Selamat hari raya
Diucapkan bersama
Bermaafan dengan setulus rasa

Tahun ini ku akan kunjungi
Rakan-rakan yang aku sayangi

Di hari raya ini
Kita bersua lagi
Mengeratkan kemesraan di hati

Betapa indahnya di hari raya
Setelah setahun tidak bersama

Berbagai jenis juadah
Untuk menjamu selera
Tangan dihulur bersama
Mengucapkan sejahtera

Selamat hari raya
Selamat hari raya

12 comments:

  1. Selamat Hari Raya Meng & family. Diva Divana pesen apa tahun ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. selamat hari raya fayreen. diva divana baju tak siap.. tapi dia ok je.. ibu dia yang terlebih stress

      Delete
  2. Selamat Hari Raya Meng. Andai ada terkasar bahasa sepanjang kenal ko kat alam maya ni, haraplah dimaafkan. Kosongkosong *xdapat nak rebah kat NajwaLatif, ko chop tempat awal sangat*

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih BK.

      eh. peha dia besar kot. buleh je kita landing sebelah sebelah. hahahaa

      selamat hari raya

      Delete
    2. Korang dua orang kena minta maaf zahir batin kat najwa latif kot. Haha.

      Delete
  3. Meng ...

    Pembayang pantun kat atas tuh memang power !!! Dok faham sebutir habok !!!!

    Hahahahahhahaa

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Meng.. maap zahir batin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you An...

      selamat hari raya. maaf zahir batin

      Delete
  5. Selamat Hari Raya Meng and family. Maaf zahir dan batin.

    p/s: bila nk lepak di putrajaya? Kalo dtg halo2 lah..hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih AJ.

      selamat hari raya maaf zahir batin utk kau seisi keluarga juga..

      aku selalu pegi putrajaya tapi gopoh gapah. tak banyak masa nak bersantai

      Delete