Pages

Tuesday, July 21, 2015

Postcard from USA - 01 - Washington (WA)

Salah satu projek suka suka yang aku nak buat adalah post entry Postcard from USA.

Postcard postcard ni aku beli sendiri masa aku bertapa di sana dulu. Simpan je sampai sekarang. Tu pun ada jugak yang dah hilang.

Aku memang panjang langkah masa belajar sebab tu la bengap sikit tapi aku berkesempatan travel ke semua States di Amerika ni kecuali Alaska dan Hawaii. Memang hajat hati aku nak repeat tapi macam mustahil jer nak cover semua belaka.

Aku akan share sikit sikit pengalaman mana aku sempat singgah. Tak leh tulis panjang panjang nanti sedih rindu kampung halaman. Hahaha. Gambar terpaksa cilok internet sebab gambar dulu dulu pakai filem dan semua ada pelakon tambahan.

Apa apa pun semoga postcard postcard ni memberi inspirasi untuk orang lain melawat USA kelak.

Untuk entry pertama maka terimalah Postcard from USA dari kampung halaman tercinta !

* matilah perasan tak berhabisan

Seattle

Aku suka Seattle. Breezy dengan angin sepoi sepoi bahasa. Nyaman dan sejuk.

Tapi yang tak best.. selalu hujan !!!

Most of the time hujan jadi nak bergerak pun selalu terbatas.

Space Needle. Mercu tanda Seattle

Downtown Seattle

Dulu kalau rindu nak makan makanan Malaysia ada satu kedai nama dia Rasa Malaysia. Tak sedap sangat tapi boleh la kalau rindu dendam dengan makanan kampung halaman.

Nak masak sendiri tak reti !

Tak tau la wujud lagi ke tidak kedai tu.

Negeri Washington ni letaknya di hujung atas sekali bersempadan dengan British Columbia, Canada di bahagian Vancouver. Atas sebab itu few times jugak lah aku sempat ulang alik ke sana.

Tapi kawasan pedalaman Washington banyak ladang ladang jagung dan gandum

Kalau drive pun bosan gila sebab jalan lurus memanjang manjang

Snoquolamie Falls lebih kurang setengah jam dari downtown Seattle. Lawa jugak air tejun ni. Time winter beku terus

Ni Port Angeles. Bandar pelabuhan yang selalu aku pegi kalau nak ke Victoria Island belah Canada. Aman daman sentosa ja pekannya. 

Ada National Park hutan misty misty kat situ. Lawa jugak lah. Tapi agak menakutkan.

Kalau yang suka mendaki boleh trekking ke Mt Olympus atau Mt Rainer. Tapi aku sejak zaman berzaman lagi memang tak rajin nak trekking trekking ni. So berkubur hasrat macam tu je lah.

Now, postcard from Washington, USA.

Available  Mrs Smile

Available Nina Garcia

Available

Available Nana Tron

Sol Duc Falls, Port Angeles

Map WA

Bagi sesiapa yang nak poskad ni boleh request, aku buleh bagi.

Sila tinggalkan di ruangan komen mana satu korang nak. Tapi nak tunggu aku pos tu mereput jugak la sebab aku dah lupa jalan nak pegi pejabat pos !

krik krik krik....

FYI, Pearl Jam & Nirvana adalah antara band yang berasal dari Seattle, WA.

pic from internet. postcard are mine.



Oh where, oh where, can my baby be?
The Lord took her away from me.
She's gone to heaven so I've got to be good,
So I can see my baby when I leave this world.

We were out on a date in my daddy's car,
We hadn't driven very far.
There in the road straight ahead,
A car was stalled, the engine was dead.
I couldn't stop, so I swerved to the right,
I'll never forget the sound that night.
The screaming tires, the busting glass,
The painful scream that I heard last.

When I woke up, the rain was falling down,
There were people standing all around.
Something warm flowing through my eyes,
But somehow I found my baby that night.
I lifted her head, she looked at me and said;
"Hold me darling just a little while."
I held her close I kissed her - our last kiss,
I found the love that I knew I had missed.
Well now she's gone even though I hold her tight,
I lost my love, my life that night.

36 comments:

  1. Wow us graduate #tepuktangan

    Aku nk LA!ada?hehe byk2 states, xtau ngape LA yg aku teringin nk jejak...kuikuikui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepuk la sampai berdarah tangan tu......

      LA tu Los Angeles ke Lebuh Ampang? hahaha

      LA tu bandar bukan states. tapi ada.. tunggu eh

      Delete
    2. hehehe oo yeke...ok aku tak pandai lg geografi USA ni sbb tak pnah study sgt...hehehe!

      weh apesal ko tak share kat sini pengalaman kat USA??citer la sikit...leh jadi panduan...walaupun dah lebih 15 tahun yg lalu...upss!hahahaha! #tepuktangansampaidarah

      Delete
    3. Oh.dh ada update cite la.gile cntik ladang gandum tuuuuuuuuu....national park.tu, perghhhh....nkpi us!

      Delete
    4. kau la ni DJ...

      aku sebenarnya malas nak mengimbau imbau sgt. nanti sedih rindu kg halaman.

      tapi bila fikir aku belum dokumen kat mana mana lagi. tak pe la ... buat bahan muzium.

      Delete
    5. Yeay br la best kt sidebar tu pun dah update usaa...meng cpt pi afrika!cukup benua ko jejak!keh3!

      Delete
    6. hajat memang ada. tapi duit masih belum kesampaian... hahahaha

      Delete
  2. Meng,
    Simpan dlm scrap book la. Sayang woooo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang dlm scrapbook dah ada. ni yang bersepah merata rata ni

      Delete
  3. Nak, nak, nak jugak .....selain alamat map ke pejabat pos kena sertakan juga ker.....ngengenge..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak yang mana? alamat email la.. alamat pejabat pos nanti aku waze sendiri. hehehe

      Delete
  4. Wahh US graduate #tepuktangan sama ngan DJ ;p

    Poskad Montana plisss..lawa jer tgk scenery dia..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepuk tangan lagi.. tepuk la. tepuk la.... hahahah

      montana? hmmm ada ada. tapi kena tunggu

      Delete
    2. Wahhh..aman sentosa nya view..lawaaaaaaa :)

      Delete
    3. ada time aman. ada time tak berapa aman graseka

      Delete
    4. hahaha..dok pikir menda aman graseka?? owhh retis rupanya..hihiks

      Delete
  5. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Meng...aku nak yang no 1 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh jap. nak clean ke atau nak aku sign bagai?

      * pose pose glamer

      Delete
    2. ko kan retis turun kan lah signature ko kat poskad tu leh aku riak dengan orang kampung cakap retis hitaly kasi poskad ke aku...

      kakak.myra@gmail.com

      Delete
    3. kakak myra oi. kau la email add kat aku.

      diarisuperman@gamil.com

      Delete
  6. JM nk yg no 1 tapi dek kerana Mrs Smile dah book JM nk abam meng boleh..ehh..salah ahahahah

    bagi kat JM mana-mana pun x kisah...janji yang cantik...alaaa...x perlu g pejabat pos sendiri..minta secretary uruskan...kalau secretary pun x tahu meh sini JM kan ado eheheheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya la.. keje keje mengepos ni org lain la buat. hehehe..

      nanti bagi address ya

      Delete
    2. yeay!!! nanti JM email...pastikan bukan poskad kosong....sila sign autograph! untuk feminat nih

      Delete
    3. baik lah. akan di usahakan kelak

      Delete
  7. Postcard - The Forgotten Hobby :-)

    Rasanya dah jarang dengar budak cakap pasal kumpul poskad..mesti best :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya btol.. skrg org main FM je.. tapi le ni pun dah kurang. lepas ni org kumpul benda lain pulak la kot

      Delete
  8. Meng ....

    Vintage dan Classic sangat !!!!

    Kita pun macam nak gi Alaska ... tapi tuh ler ... tak tau bila lagi hahahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala encik Ghaz. dah dekat sgt tu. pegi laaaa

      pegi laaaaaaaaaaa

      pegii................

      * kesat air mata sedu sedan

      Delete
  9. mengggg. Poskad seattle dh ada org cop ke. Nak jadikan inspirasi ! Ko x gi ke museum rock tu?

    ReplyDelete