Pages

Thursday, July 30, 2015

Jom Santai : Fraser Residence, Kuala Lumpur - 03 - Facilities

Last sekali, kita tengok facilities di Fraser Residence, Kuala Lumpur ni.

Fraser Residence, Kuala Lumpur

Bangunan hotel

Terletak berhadapan dengan Binjai Kondo ni. Dulu aku berangan nak duduk sini sebab mamat kat opis aku stay sini !! Berangan je la boleh. Nak duduknya tak mampu....

Lobby area

Semalam dah tengok bilik dia, kali ni tengok pool area dia.

Pool area dan semua facilities terletak di tingkat 5. Nak access kena ada kad lah tak leh sewenang wenangnya berkeliaran.

Facilities yang ada

Banyak aktiviti boleh di buat di tingkat 5 ni

Pool area. Yang bestnya area ni tak panas sebab in between 2 towrrs.

Pool dewasa

Ada wading pool di luar. Masa kami stay sini tak ramai sangat guest. Ada pun Arabs jer

Pool dia sebelah sebelah je so boleh santai dan tengok tengokkan bebudak mandi

Pool kanak kanak. Yang bestnya pool budak budak ni lagi besar pada pool dewasa dan dalam tu penuh dengan bola. Anak anak aku suka hati mandi kat sini.

Segala bola bola yang ada

Itik itik ni pun ada bersepah sepah

Ada slide jugak untuk budak budak

Kerusi santai

Children's playground

Kidz room. Dia orang boleh lepak main main dalam ni.

Dekat tingkat 5 ni jugak ada jacuzi dan sauna

Steam room. Sempat jugak la aku turun malam tu dengan harapan sempat kurus walaupun duduk sekejap dalam ni.

Jacuzzi hot dan cold. Ada bahagian untuk lelaki dan perempuan. Yang bestnya.. tak de orang ! Cuma pak guard la dua tiga kali lalu usha aku tengah pose pose bergaya mewah di hotel tumpangan

Gym ada di tingkat paling atas. Tingkat S

Peralatan banyak dan mencukupi. Orang pun tak der. Anak anak aku je datang main.

Bilik Yoga

Dan ni view dari tingkat paling atas

Kotaraya Kuala Lumpur

Now bab makan !

Selain daripada makan malam di hotel ni, kami siap pegi breakfast sebab breakfast adalah included sekali dalam harga bilik.

Ruang makan di level sama dengan lobby dan reception

Pilihan nakanan macam biasa lah. Not bad jugak Cuma tempat tu agak limited sebab ramai orang. Aku siap nampak ada golongan sekumpulan Asoh Asoh seludup makanan keluar

Dan budak budak suka je kalau makanan dia orang ada

Overall, puas hati dapat stay sini walaupun cuma 1 malam jer.

Bilik besar dan bersih. Keadaaan hotel masih baru. Kelengkapan semua tip top cuma 1 je yang tak de kat sini tapi ada kat Fraser Place. Games Room !!!!

Masa kat sini Hero tanya jugak ada bilik PSP ke tak. Aku tanya kat receptionist tu dia kata memang tak der kat hotel ni !

Lagi aku suka shower Gel dia yang maha wangi. Dan hotel yang sangat kids friendly.

Tu semua benda benda yang aku suka dengan Fraser Residence KL ni.

Benda yang aku tak berapa suka dengan hotel ni. Layanan awal yang tak berapa mesra. Tapi overall aku rasa service dia OK juga.

Kalau stay sini, mintak high floor dan nampak view KLCC.

Aku recommend bagi yang mencari penginapan di tengah ibukota tapi dalam suasana yang masih tenang dan mendamaikan.

Insya Allah, ada rezeki boleh gi StayCation lagi !

TAMAT

4 comments:

  1. Suka breakfast spread buffet kat Malaya !!! Macam macam ada !!!

    Binjai Kondo rasanya waktu saya masih kat Malaya dulu baru nak jual/bina. Harga for 1 bedroom pun dah nak dekat RM 600 ribu dulu !!!

    Rasanya la nih mau juta juta kot????

    ReplyDelete
    Replies
    1. breakfast ni tgk hotel jugak la.. kalau 4-5 star shud be ok. kalau yang lain lain tu setakat apa ada je lah.

      binjai ni dah juta juta dah.... kita hanya mampu memandang je la....

      Delete