Pages

Friday, July 24, 2015

Jom Kudap : Sangkaya, Uptown Damansara

Acara lepak lepak dengan GBS tidak berakhir di Rimba & Rusa tu jer.

Sesekali terlepas keluar kena la meraikan dengan gaya lebih ranggi dan style muda mudi !

Lepas abis makan di situ, kami ke Ikea kejap sebab BW nak cari barang.

Orang di Ikea agak ramai.. beratur punya la panjang... hujung hujung beli jam dinding harga RM 2.90 jer.. Letih !

Then lepas tu kami gi lepak sambil kudap pulak di salah satu tempat yang tengah menjadi kegilaan.

* tak tau la sapa yang gila

Tapi to those who are nuts about coconuts....  sila lah berdampingan dengan anash coconutz Sangkaya !

Sangkaya

Ya.. Nama dia Sang Kaya... khas untuk orang orang kaya. Tapi boleh ke Sang Miskin pegi lepak lepak di sini?

Aku tau tempat ni pun tengok tengok FB orang. Terasa jugak nak mencuba. So masa yang ada kami gi try.

Yang lawaknya. Memula dari Ikea kami ke outlet dia di Damansara Uptown. Pastu lalu kat depan tengok orang ramai pulak. Parking pun tak der. Jadi kami gigih ke outlet di SS15 Subang Jaya.

Pusing pusing SS15 dah jumpa tempat nya, rupanya kat situ lagi ramai orang !! Parking lagi macam harom !

Sudahnya... hahahahah patah balik ke Uptown Damansara.

Punya la gigih demi Sangkaya ni !

Outlet di Damansara Uptown

Pengenalan mengenai Sangkaya

Sangkaya is a Malaysian founded creamery brand.

We are founded on the philosophy of manifesting the true values of coconut as a consumable, a super food that was acknowledged as the all life-giving from many a centuries ago.

We believe by starting with our premium coconut ice cream; we are set out to influence a trend as we introduce to the world a different class of indulgence.

Sangkaya lets you discover a personal euphoria with a line- up of ice cream flavors that is unique in its own right – the first creamery in the market with coconut milk as the mother base for fresh dairy, cream and egg replacement. The health-conscious and vegans are now entitled to enjoy real ice cream too.

Our products are freshly made daily. We use the best ingredients available, proudly sourced from our home grown produces.

As we continue to innovate our menu, think of us as a lifestyle embodiment of true Asian food culture, with that millennial Midas touch. And we are relentless in our mission to bring coconut back in fashion.

Sila translate sendiri.

Dalam erti kata lain. Sangkaya ni adalah outlet yang menyediakan snacks dan desserts berasaskan kelapa.

Mengambil peluang kehebatan Coconut Shakes, aku rasa mereka menubuhkan cafe ni dan menjual kudapan berasaskan kelapa.

Untuk yang gilakan kelapa

Tapi bukan santannya

Tapi ice cream !

Outlet dia biasanya kecik jer. Boleh order dan makan kat situ atau pun tapaw jer. 

Menu dia agak sedikit dan very limited tapi semuanya berasaskan kelapa ! Bukan kelapa sawit atau kelapa laut Afrika di sini !

Tengok menu.

Aiskerim dalam cones, cup ataupun air kelapa dan juga coconut shakes

Tapi yang menjadi signature nya adalah aiskerim kelapa dalam tempurung kelapa 

Harga. Boleh pilih jenis yang kita suka dan tambah topping sesuka jiwa raga

Minuman air kelapa biasa dan juga coconut shake juga ada

Cara cara nak order.

Datang ke outlet mereka dengan bermanis muka !

Beratur. Kalau orang ramai dan rasa tak sabar.. tolak je semua orang biar jatuh bergelimpangan. Pastu ketawa kuat kuat dan syorkan kepada mereka supaya minum Milo untuk lebih sihat dan kuat ! Pastu terus ke depan cashier dan buat muka garang ! 

Tenung muka cashier, pastu tenung menu depan mata. Tenung cashier sekali lagi dan bersuara... "Underneath pokok kelapak I will wait for you"  ....... Kalau tak kena pelempang boleh terus je order ! Pastikan wang yang di bawa mencukupi.

Pilih topping yang di sukai. Sila berebut kalau ramai orang. Kerap ulangi. "Cop. Cop Twi !! Cop Twi " Supaya orang lain tak abiskan tetoping tu semua.

Dan cedok sesuka hati tanpa mempedulikan orang lain. Sikap tamak haloba harus tertanam di dalam jiwa seawal time parking lagi !

Boleh lepak tumpang makan di sini. Tapi tempat makan dia simple simple jer dan semuanya layan diri. Sila buang sampah sendiri.

Dia ada jugak la pekerja tukang kutip kutip. Mamat Nepal ke apa hari tu. Bau dia tengit gila. Terus potong rasa aiskerim ni. Padahal jauh jugak dia berdiri time tu.

So nak tengok gimana rupa kudapan Sangkaya ? Ayuh kita ke gelanggang jutawan !

Air kelapa biasa

Signature Sangkaya

Kecik jer. Harga RM 9.90

Sudu dia lagi kecik. Sesuai sangat la nak kasi banyak kali kaut.

Untuk kami bertiga. Makan sambil borak borak. Lepas abis aiskerim tu boleh korek korek ada isi kelapa.

Bagi aku sedap jugak lah benda alah ni.

Sekali sekala boleh di cuba. Tapi harga kalau fikir memang macam kurang masuk akal. Dekat RM 10 untuk semangkuk kecil !

Tapi ini lah option yang ada. Pilihan di tangan anda !

Memang boleh buat tokey Sangkaya menjadi kaya dan Sang Miskin menjadi.... hilang pertimbangan ?

Overall boleh di cuba.

Mungkin nanti mereka tambah pelbagai lagi penghasilan dari kelapa ni, jual rebung ke, pelepah kelapa atau mungkin....

Bra tempurung kalis mercun. Ada yang mau?

Mereka ada outlet merata rata juga. 

Refer FB mereka :  Sangkaya

Dan ini website mereka : Sangkaya Malaysia

Selamat mengudap ! 

18 comments:

  1. Yezza sangkaya dh buka kt ioi city mall, leh laaa pi terjah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila terjah. Host Abadi JJCM tak leh melepaskan peluang kekelapaan seperti ini

      Delete
  2. bang meng, sangkaya kt nu sentral rm 10.90 setempurung, chocolate sauce pun xde...bagi saya pun eskrem ni sedap .lain kali kena try yg cha yen pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa harga dia beza beza ek? sewa kat nu sentral lagi mahal kot...

      cha yen tu teh ais kan? perisa kelapa gak kot

      Delete
  3. hahahahahaha
    hahahahah
    hahaha
    haha
    adeh...
    *kesat air mata guna tisu cap 'giant' takala terbaca nama sendiri di blog ini*
    kompom kena rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. tersedak tak? ingat kan kak anash tuan punya sangkaya ni

      Delete
  4. hahaha..tips nk order tue x tahan..ganaih betul..hehe

    Nmpk cam sodap jer..meriah ngan kekacang..i like! nnt nk terjah lar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila... tapi org biasanya ramai.. dan byk outlet tu tak de tempat duduk rasanya. kena tapaw dan makan sambil berdiri

      Delete
  5. sedap gilos..dah banyak kali pi kat outlet damansara tu...order 1 makan berebut berdua..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya yang berebut tu buat makanan jadi sedap.. hahaha

      Delete
  6. tersama pulak entry kita hari ni hihi.
    kesimpulan aiskrim sangkaya memang sedap!

    ReplyDelete
  7. hahahah baru je makan semlm. okla sedap jugak tp agak overpriced la bagi aku. sesekali craving boleh la makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh. orang england teringin nak minum air kelapa ya? hahaha.. welcome back John !

      Delete
  8. Meng kembali menyengat dengan ayat ayat yang membuatkan kita tersengih sengih !!!

    Terus teringat kat Marsha or Linda ker ... apa ler jadi ngan dia orang skg nih kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi.. ingat marsha ajer..

      marsha ada lagi.. nyanyi dgn belakon tak popular mana.. penuh controversy jer... linda tu dah lenyap. kawin dah kot.

      Delete
  9. Ko tabah ada kawan mcm BW 😂 aku rasa mesti korang dah lama kawan kan!

    sangkaya ni.hemm. no komen.
    Aku tunggu orang kita ciplak lumpia. Atau kepek tauhu bandung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah dah terlebih tabah dah.. tapi dia lagi tabah sebab ada kawan macam aku. hahahaha

      tauhu anora kau dah try? sedap gak weh..

      Delete