Pages

Saturday, July 11, 2015

Istimewa Raya 2015 - Nostalgia Kad Raya

Entry ni istimewa skit sebab nak mengimbau nostalgia raya dulu dulu kala yang mungkin jauh berbza dengan cara sekarang. 

Dulu dulu, salah satu petanda bakal tibanya hari raya adalah kita sibuk dengan kad raya. Dulu aku tak de la gigih sangat beli kad raya, tapi kadang kadang kena beli sebab nak balas orang hantar. Beli yang pack yang murah murah je. Pastu stress gila dalam pack tu tetiba ada untuk Cikgu la. Nenda lah. Ayahanda dan Bonda lah. Tak de nya aku nak hantar kad kad raya kat parent sendiri !! Dekat cikgu pun tak hantar. Segan !

Tapi tu la kenangan kad raya. 

Dah lama aku tak dapat kad raya. Ada dapat sebenarnya tapi orang kata setakat dapat dari customer /supplier tu tak sama macam personalized kad yang kita dapat.

Tahun ni aku dapat kad raya !!!!!

Thank you DJ.

OR aku tanya.

"Yang. DJ tu apa?"
"Dara Jelita !"

Teka sapa yang pengsan?

DJ yang sememangnya jelita

Siap dengan duit raya untuk Hero dan Princess. TQ Auntie DJ !

Nak baca apa blogger terhebat Malaya ni tulis?

Tu baca peta sebab sesat tak jumpa kampung halaman nak balik raya ke?

Ingat lagi pantun glamer dalam kad raya dulu dulu.

Pecah kaca pecah gelas, Sudah baca harap balas.

Tak pun.

Pecah kaca pecah gong. Sudah baca harap gantung !!!

Okey. Tahun ni aku gantung kad DJ kat peti sejuk..... Kalau lapar harus je ingat kat Host Abadi JJCM neh.

Thank you again Wanderlust DJ

Kau just remind aku yang raya semakin hampir. Masih banyak benda yang belum settled ~!



Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang damai selalu
Nun di sanalah tempatku bertemu
Aku dan dia

Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dengan lagu
Dendang perantau

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dengan lagu
Dendang perantau

8 comments:

  1. Dulu duk hostel, lagi gigih keluar outing semata cari kad raya. Sebab duk jauh, haruslah hantar kad raya kat Bunda. Ko pernah dapat x kad yang buka je ada lagu & lampu2? Epic sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kad berlagu dan berlampu tu paling epic !

      tapi harga pun mahal... lama lama boleh bingit telinga.

      Delete
  2. ahahaah Dara Jelita katanya tapi yang pasti suara DJ mmg menggoda....first time dgr..ehh...suara DJ mcm ni...unik!!!! kalau boleh hari2 nak dgr...mmg sesuai jadi DJ!!!

    Tapi x puas hati sbb dalam kata-kata di atas card tu ada 'cover' satu perkataan tu...jeng..jeng..jeng..

    X dapat lagi kan kad raya dari JM? tunggu!!!! tapi bukan Dara Jellita tetapi hanya Jari yang Manis..org nya 'busuk' hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. suara menggoda ke? mesti suara sedap. boleh jadi DJ radio pulak. tambah lagi satu posisi untuk DJ !!!

      kad dari Jm tak dapat lagi tahun ni. tahun lepas ada la.. thenfks anyway

      Delete
  3. Hahahaha ok aku pengsan dulu dengar nama Dara Jelita tuh!kahkahkah!aku terharu la ko buat entry ni meng...sobss...srotttttt....hehe haa pi cpt setel kn keje2 tuh! Minggu dpn nk ghayerrr!hehehe

    Hamboi ko JM xabes lg isu suara aku knnn...hahaha!nmpknya lps ni btol2 kna aply jd hos jjcm!kuikuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. thanks DJ. gigih kau tempah kad raya. anyway bagus la demi kelangsungan nostalgia raya..

      Delete
  4. bagi alamat, aku nak pos kad raya gak...eceh...hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha.. tahun depan je la. raya tahun ni dah nak abih..... stock duit raya utk 2 tahun tau. hahahhaa

      Delete