Pages

Friday, June 26, 2015

Restoran Asli Kampung Siam, Seksyen 13, Shah Alam

Kalau mengantuk kita buat apa ?

Ya.. betul.. pakai seksi seksi dan tido.

Kalau lapar pulak kita buat apa?

Ya betul........... kita tengok blog orang dah bayangkan makanan yang sedap sedap. 

Rasa bersalah jugak nak bubuh entry makanan di bulan puasa ni tapi aku tau, iman korang lebih kental dan tak tergoyah dengan entry picisan seperti ini.

Hari ni aku nak membawa sekelian manusia merasai secara maya makanan di Kampung Siam. Nama kedai dia pun tak pelik.. Restoran Asli Kampung Siam yang menyediakan masakan ala ala 'To Thai For !'

Nak tau asli ke tidak..to die for ke tidak?

Meh ! Untuk makluman aku pegi makan sini sebelum bulan puasa lagi.

Terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Dekat dengan rumah sajork.

Plan nak makan kat sini adalah spontan. Keluar rumah berbelah bahagi tak tau nak makan mana. Godek godek handphone maka terciptalah sejarah buat pertama kalinya aku jejakkan kaki ke sini walaupun dah pernah nampak berkali kali.

Siapa yang tau Seksyen 13 tu kat mana, kedai ni letaknya sederet dengan Nasi Lemak Cinta Sayang. Dekat lot kedai yang banyak selepas Giant Shah Alam tu.

Misi kami adalah hendak makan Thai food dari Thai Village

Duduk duduk dan tengok setting kedai dulu.

Kedai dia agak cozy jugak. Ada banyak meja dan luas juga dan time makan dihiburkan dengan lagu Siam !

Setiap inci dinding dan bumbung di letakkan dengan  sarang telur ni. Tak tau la untiuk apa. Kedap bunyi atau saja tak mau membazir dan menjimat cat untuk cat dinding

Di beri buku menu

Sebab hari tu aku tak tau nak makan apa dan mood menurut perintah. Jadi aku biarkan je OR yang order. Ikut suka dia la dia nak order apa. Tapi aku tau kalau dia order mesti dia order ikan. Dan aku ready nak makan ikan konon kalau dapat ikan yang garing macam kat Bagan Lalang hari tu sedap jugak la aku cubit bahagian tepi tepi nya.

Jadi.. mari kita tengok apa dia order.

Sizzling Beef. Sampai je berasap macam kubur pontianak. Aku try makan.. ternyata daging dia liat dan tak memenuhi piawaian. Rejek !

Dan aku kata dia mesti order ikan. So ini Siakap bukan senohong atau gelama ikan duri. Masak 3 rasa tapi tak tau mana rasa rasa tu. Paling tak best, ikan langsung tak garing. Dan aku langsung tak boleh nak makan ! Rejek !!!

Telur dadar adalah wajib order

Dalam banyak banyak tu kena la ada habuan untuk aku dengan Hero sebab kami pencinta ayam. Jadi Chicken Pandan untuk kami yang tak dapat sentuh ikan dan daging tadi.

Nampak macam mengiurkan Chicken Pandan ni.

Tapi !

Masa aku ambik tu, aku nak bukak gulungan tu. Pusing punya pusing, pusing punya pusing.. last sekali selak baru jumpa ayam tu. Dan saiz dia punya la kecik.

Kecik means kecik gila.

Dah la tak leh order 3. Kena order 5 minimun. Dan harga seketul RM 2. Tapi bila tengok jer.

Tengok laa betapa last kelepet baru di letak ayam yang besaiz lebih kecik pada telur ayam tu

Bukan nak exaggerate tapi bandingkan isi ayam tu dengan garfu tu.... sama besar jer

Dan rasa adalah out !

Memang semua bagi aku out. Tak de la authentic rasa Thai dan tak de la inzal mencanak canak ke dinding.

Makan sekadar menghidup kan ruh

Nasib la harga tak melampau sangat. Tapi kira macam tak puas hati jugak lah. Wet tissue tu kena bayar gak la

Please come again?

No.. I wont. I am sorry !

Tak tau apa benda yang best aku nak rekomen kat sini

Mungkin Mango Chicken yang to 'Thai' for... 

Tahap kebersihan

Hampa jugak lah dengan overall makanan di sini.

So aku tak tau nak rekomen ke apa. Personally, aku memang tak rekomen lah sebab tak sedap mana. Tapi kalau nak mencuba jugak.... sarang telur aku bentangkan.

Tak berapa dipersilakan !

Restoran Asli Kampung Siam/Restoran Thai Village, Seksyen 13 Shah Alam
No. 52 & 54 Jalan Renang 13/26
40100 Shah Alam, Malaysia
Phone 03-5511 0232

10 comments:

  1. situ yang sedap adalah soft crab masak apa ntah..lupa
    yang lain...butter prawn
    yang lain...errr ..errr..
    kbai

    ps: sensitif aa mention giant shah alam..tempat cuci mata tuh...
    (dibaca: cuci mata as cuci deria mata tengok barang giant je..haha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh begitu ya kak anash?

      tapi nak repeat mcm dah malas dah. Mungkin org lain buleh try la kot.

      cuci mata ke cuci poket? hehehe..

      Selamat berpuasa kak anash.

      Delete
  2. daging liat, ikan x garing, ayam pandan cenonet...hurmm...mmg x kan mkn kat sana

    psst : mcm lah si JM suka mkn di luar...mkn d rumah wlaupun x pandai masak

    ReplyDelete
  3. Sarang telur?
    Tak bau hanyir ke bang.. soalan ikkhlas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak de la.... bersih bersih semuanya... maybe dulu restoran ni nak buat studio rakaman.. pastu tak jadi dia buat restoran. kot

      Delete
  4. Sebab bukan senohong gelama ikan duri...tu rasa dia out kot Meng. Sedih lah kedai dah cun, tetiba rasa x best.

    Selamat berpuasa Meng!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq. selamat berpuasa to u too..

      siakap tu kalau garing aku ok lagi buleh la jamah jamah. kalau lembek semacam tu.. erkkkkk tak buleh sentuh laaa

      Delete
  5. Nama dah ckup siam dah tp fail..bru nk try..maka memadamkan hasrat yang murni..Incik Supermeng cu try makan kat Phad Thai, Taipan USJ tomyam & ayam pandan (bukan ayam pondan) die sgt menggoda jiwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. USJ berapa tu? nanti nak pi try test acu cuba...

      Gi la try kg siam ni kot la mereka dah bertambah oke ke skrg ni..

      Delete