Pages

Wednesday, June 17, 2015

Highlight Trip Penuh Cabaran - Surat Thani & Koh Phangan

Gila mencabar tak tajuk trip ni? Tapi memang sungguh mencabar !!!

Ni highlight-nya dulu....

3 minggu lepas terdetik nak gi jalan jalan sebelum masuk bulan Ramadhan ni, jadi aku came up dengan the idea ke Koh Phangan sebab masa tu check tiket flight agak murah ke Surat Thani, Thailand. So aku ajak IH dengan BW dan masing masing setuju. Lagipun aku belum pegi lagi Koh Phangan dan memang menyimpan impian sejak aku jejakkan kaki di Koh Samui tahun 2012 dulu.

Seminggu sebelum pegi, aku nyaris nyaris back off sebab ada hal pulak. So tinggal IH dengan BW. Tapi tak sedap hati, aku cuba settlekan apa yang patut dan jadi nak join dia orang. 2-3 hari sebelum berangkat IH dengan BW tak jadi pegik !

Argh.................

Tak jadi pegi sudah. Aku gi sorang !

* nanges tepi tiang

Flight departed from KLIA 2

Drama-mama bermula bila 20 minit lepas flight took off from KLIA 2 dan tetiba pilot buat announcement.

"Ladies and gentlemen, our flight is having some technical problem. We are turning back to Kuala Lumpur"

Zappp !! Dup dap dup dap.

Terus senyap. Pastu tetiba ada orang menangis ketakutan kapal terbang terhempas, ada yang tetiba berdiri peluk beg masing masing bla bla bla....

"Ya Allah.. kalau memang dah ditentukan aku mati macam ni. Aku redha !"

Oh.. sungguh drama. Cuak? Tak usah cerita lah. Muka masing masing pucat lesi.

Alhamdulillah, pilot terus patah balik dan selamat landing di KLIA2 semula.

Avani Gold Coast Resort Sepang

Semua penumpang kena menunggu dan 2 jam lepas tu baru kami boarding balik ke Surat Thani.

Naik kapal terbang lain pulak. Ada penumpang yang trauma dan tak jadi boarding dah

Dan due to flight delayed, aku terlepas ferry ke Koh Phangan on that day !!! Nasib baik ferry ke Koh Samui masih ada petang tu jadi penumpang lain dapat naik ferry ke Samui. Cuma ada few orang je la yang ke Koh Phangan tersadai termasuk la aku.

Apa apa pun Tahniah kepada team Air Asia kerana handle benda alah ni dengan baik sekali. Start dari patah balik, menunggu, boarding balik semula hingga la sampai ke Surat Thani akhirnya dia orang banyak tolong dan bantu.

Sebab aku missed ferry, aku tersadai di Surat Thani !! 

Ni memang tak de dalam plan aku. So dari itinerary cadangan aku untuk berada di Koh Phangan 3 hari 2 malam terpaksa di cut short. Esoknya baru ambik ferry ke sana dan menginap 1 malam di Koh Phangan sebelum balik semula esoknya.

Meletihkan ! Tapi nak buat cemana. Memang main redah dan belasah je la sebab dah jadi lintang pukang macam ni.

Apa apa pun aku tetap menaruh harapan untuk sampai ke Koh Phangan dan Alhamdulillah, selamat juga pergi dan pulang walaupun penuh cabaran dan dugaan.

* rampas microfon dari Kak Eton dan nyanyi lagu menaruh harapan

Berikut adalah some highlight trip ke Koh Phangan ni.

Trip ke Koh Phangan

Koh Phangan memang terkenal sebagai Fill Moon Party yang mana ramai orang akan ke sana waktu bulan memgambang penuh untuk berparty party. 

Tapi tu bukan la tujuan aku. Tujuan aku cuma nak gi Koh Phangan jer.

Perjalanan ke Koh Phangan ni memang agak meletihkan.

30 minit naik kereta sampai Putrajaya Sentral.
20 minit naik ERL sampai KLIA2.
1 jam 20 minit naik flight dari KLIA2 ke Surat Thani.
1 jam naik bas dari Surat Thani airport ke Donsak Pier
1 jam 45 minit dari Donsal Pier ke Koh Phangan.
30 minit ke resort by tuk tuk or sewa motosikal

Kira setengah hari jugak la perjalanan. Sebab tu kalau tersangkut mana mana di perjalanan akan affect jugak masa untuk sampai ke destinasi.

Apa apa pun untuk sampai ke Koh Phangan boleh ambik mana mana tour dari Surat Thani airport sampai ke Koh Phangan. Ferry yang sama ke Koh Phangan akan singgah di Koh Samui untuk turunkan penumpang kecuali last ferry ( yang aku tak sempat naik tu ).

Sampai di Surat Thani airport boleh pilih mana mana ferry services

Ada dua tiga ferry company yang available. Raja Ferry, Lomprayah dan Seatran. Masing masing ada pro and cons. Aku pilih Lomprayah sebab bot dia lebih laju dan on time.

Jadual ferry Lomprayah dan harga untuk ke Koh Samui dan Koh Phangan

Catamaran Lomprayah dari Donsak Pier ke Koh Samui/Koh Phangan

Seatran dan Raja Ferry guna ferry besar macam ni. Harga murah sikit tapi agak slow. Masa trip ke Samui dulu aku naik ferry besar ni

Bot dan ferry ni akan singgah di Koh Samui untuk turunkan penumpang sebelum ke Koh Phangan

Bot nelayan di jetty Koh Samui

Sebenarnya masa aku sampai di Airport Surat Thani lewat petang tu, ada bot malam ke Koh Phangan. Tapi bertolak jam 11 malam dan sampai 7 pagi esok nya. Gila la kematu aku duduk dalam bot macam tu. So aku opted untuk ambik overnight stay provided by Air Asia.

Sepatutnya aku stay 2 malam di Koh Phangan dan aku dah pun booked hotel di sana. Tapi sebab jadi macam ni, terpaksa lah bermalam di Surat Thani.

Hotel yang di sediakan oleh Air Asia Thai. Bun Hotel. Bun untuk buncit?

Macam tau tau je aku nak datang

Di Koh Phangan aku sepatutnya menginap di Palita Lodge ni di area Haad Rin Noi ( Sunrise Beach ) untuk malam pertama.

Palita Lodge

Betul betul tepi pantai

Malam ke 2 aku stayed di The Coast Resort Koh Phangan di Haad Rin Noi ( Sunset Beach )

Resort yang sangat lawa

Santai

Malangnya sunset tak berapa nak ada. Tak de rezeki

Anyway resort memang banyak so boleh pilih mengikut kemampuan dan keselesaan masing masing.. Tapi kalau full moon mungkin harga bilik agak mencanak sikit. Pantai pantai belah sunrise di Koh Phangan lebih cantik dan boleh mandi. Belah sunset agak berbatu batu dan airnya tak berapa menawan.

Untuk bergerak di Koh Phangan, aku sewa motosikal je. Sebaik ferry berlabuh aku sewa moto dengan harga 200 Baht sehari ( RM 20 ) dan cari resort sendiri dan esoknya patah balik ke jetty dan pulang motosikal.

Agak drama sebab ferry gerak pagi dan aku nak pulang motosikal tapi kedai belum bukak !!

Mengaum kejap depan kedai tu. Kalau terlepas ferry mahu menangis tak berlagu lagi...

Motosikal di Koh Phangan. Kali ni tak de drama jatuh moto dah tapi jalan dari jetty ke resort aku agak mencabar naik turun bukit

Makanan halal di Koh Phangan agak susah sebenarnya dari pembacaan aku sebelum pegi. So aku stock up sikit makanan in case lapar ke apa. Tapi rezeki agaknya.. aku jumpa satu kedai halal di Koh Phangan ni.

Siap tulis Makanan Halal. Tapi tak reti cakap melayu pun

Warung ni terletak tepi jalan dari area jetty ke arah Haad Rin Beach. Dalam 3 KM dari arah jetty lepas sikit pada pasaraya Big C. Belah kiri. ( Depan ada station minyak nama Nice Moon ).

Budget di Koh Phangan pun masih OK. Aku cuma bawak 300 Baht and big chunk of this pegi ke tambang ferry. Lompayah High Speed services tu mahal sikit harga dia, dalam 800 Baht one way. Kalau ferry/bot lain murah sikit. Hotel aku dah book siap siap. Lain lain duit untuk makan dan beli belah lah. Tapi tak de apa nak di beli pun.

Itinerary aku di Koh Phangan ni memang tak de. Sebabnya dari 2 days aku cuma tinggal half day je nak explore Koh Phangan ni. Memang tak leh nak buat apa. Gi santai santai je lah. Kalau ada masa sepatutnya boleh explore ke bahagian Thong Nai Yai Beach atau snorkelling ke Koh Tao.

Apa apa pun layan sedikit gambar trip Surat Thani dan Koh Phangan aku ni.

Central Plaza Surat Thani. Sebab di Surat Thani tak tau nak buat apa.. aku gi mall ni je. Dekat dengan hotel

Besar jugak mall dia.

Kerusi dia berbentuk petai. Jangan lepas duduk, kentut bau petai sudah

Dan ni gambar gambar di Koh Phangan.

Welcome to Koh Phangan

Ada kapal tentera

Pantai di Thong Sala ( kawasan jetty )

Koh Samui dari Koh Phangan

Resort

Chalets

Welcome to Haad Rin. Full moon party beach

Haad Rin Nai yang terkenal sebagai tempat full moon party

Bot bot di Koh Phangan

Full Moon Party

Bulan tak mengambang so agak lengang orang

Kawasan batu batu

Kalau time full moon party... dekat 20 - 30 ribu orang berada di pantai ni

Dan anjing pun banyak !

Koh Samui dari kejauhan

Tiada drama seluar dalam tercicir kat sini

Pantai Koh Phangan

Overall letih gak lah. Tapi aku tak kecewa sebab aku memang tak letak expectation apa apa time travel. Aku just go and enjoy cara aku sendiri. Lepak santai tengok tengok tempat orang dah memadai.

Bagi yang nak ke Koh Phangan.. boleh pegi especially yang gemarkan pulau dan pantai.

As of now... back to reality. Simpan rindu pada angin pantai dan pulau. Lepas raya nanti boleh jalan lagi.



Sunyi sepi malam tanpa sinar bulan
Sesepi diriku sendiri dalam penantian
Tak tahan rasanya gelora di jiwa ingin segera bertemu
Duhai kekasihku, duhai pujaanku
Aku rindu kepadamu

Sekian lamanya kumemendam rasa
Tak tertahan lagi rasa gundah didalam dada
Teringat dirimu, terbayang kau selalu
Setiap malam-malamku
Datanglah sayangku, hadirlah kasihku
Wulan ini merindumu

Betapa indahnya dunia terasa
Bila kau ada di sisiku
Alangkah syahdunya seakan terasa
Bagaikan ku di alam surga

Bawalah diriku oh sayang
Kuingin selalu bersamamu
Tak sanggup lagi diri ini berpisah denganmu kasih
Cintaku sayangku kasihku
Kuserahkan hanya kepadamu
Semoga tuhan merestui
Bahagia selamanya

20 comments:

  1. Salaaam! Lama x jengah blog orang!
    Besnya ko sempat merayap pulau sblom pose.
    Walaupun ada reminder Ilahi skit suh pasung kaki nyengket tu (mesti cuak gils time pusing blk kan) Whats on ur mind time tu ?

    Selamat sambut Ramadhan Al Mubarak Meng & family

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. selamat berpuasa too..

      whats on my mind? hahaha.. ntah tak sempat nak fikir. tapi sempat snappy je... hahahah

      Delete
  2. Wah bang.
    Waghih siap tunggu ko datang..
    - Supergirl takde ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pelik apsal dia ada situ. supergirls terkandas kot.. kapal terbang delay lebih lama. hahaha

      Delete
  3. yang ni ke cite flight delay di IG tu..alhamdulillah syukur lah ...kesan masalah tu selepas 20 min berlepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya iya. alhamdulillah. selamat pegi dan selamat balik

      Delete
  4. ahaks...ada 'adik' menunggu di Bun hotel rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... pelik jugak. lupa nak tanya org hotel tu apa motip dia duk situ

      Delete
  5. mmg betul2 mencabar...dari betiga nk pegi tinggal sorang, flight delay, half day je di Koh Pangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. macam tak berbaloi je kalau nak ikutkan. tapi x pe la.. pengalaman berharga

      Delete
  6. Unik ler kerusi petai tu...! cuak ler bila flight pusing balik... tp knp ade yg dok pelok bag...? kalu mo mati x ingat bag dah... x penting dah itu bag....hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah la apek tu. tetiba semua org senyap.. dah nak landing. dia bangun bukak compartment atas ambik beg peluk kuat2..

      pastu dah kena marah.

      ada jongkong emas kot

      Delete
  7. part ambik beg tu aku rasa sbb jika 'landing' atas air...blh jadikan pelampung....sbb aku tak reti berenang so aku rasa tindakan aku pun akan sama....hahahahaahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada emas kot dlm beg tu.. kalau boleh terjun.. selamat la beg dia kot ...

      Delete
  8. wah..memang teringin nak g koh phangan dan koh tao..tapi memang kena stay lama la nak explore semua kan..then yang hotel AA provide tu sebab atas dasar flight delay atau abg meng sendiri book hotel situ ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hotel kat surat thani tu yang AA bagi. yang kat phangan tu booking sendiri laaa

      Delete
  9. Salam abang supermeng, nak tanye kalau pergi koh samui bulan 5 sesuai ke x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai jer.. thailand sama je dgn malaysia.. cuma kdg hujan kdg panas..

      bulan may tu panas tapi dgn el nino ni. maybe bertambah panas..

      redah jer.... tak payah la berbikini.. rentung karang

      Delete
  10. abg supermant ... berapa tu bajet dah smpai pulau tu .. bulan 12 pon okay kan pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesedap hati je kau sebut nama aku. bunyi mcm terlebih jawa lak.

      bajet tu ikut kemampuan lah. tapi dalam USD30 sehari all in buleh survive. Bulan 12 rasanya musim monsoon dan hujan gak tu.. kena double check !

      Delete