Pages

Wednesday, May 27, 2015

Jelajah Bumi Ceylon 16 - Galle - Part I : Galle Fort

Dari Unawatuna Beach aku akan bergerak ke Galle !

Unawatuna Beach

Masa aku jalan keluar tu ada gak la tanya tanya tuk tuk untuk hantar ke Galle. Saja pancing. Tapi rata rata memang mahal lah. So aku decided naik bas je lah walaupun sebenarnya dari Unawatuna ke Galle tu lebih kurang 5 kilometer jer.

So jalan kaki dengan harapan nak singgah kedai FM tadi nak beli FM Sri Lanka. 

Tup tup ada tuk tuk berhenti waktu aku tengah berjalan.

"Tuk Tuk ?"
"Galle Fort?"
"OK"
"How much?"
"400 Rupee"
"No thanks"
"How much you want?"
"250 Rupee"
"No.. more 350 Rupee?"
"Nevermind"

Aku kan suka suka je buat jual mahal.

Tak lama lepas tu dia tak gerak gerak. 

"300 Rupee Sir?"
"No thanks"

Tetap kedekut.

"OK... OK.. Come"
"250 Rupee?"
"Yes"

Hahaha ! Aku menang dengan jaya nya !

* chicken dance

By the way, Galle tu sebutan dia GOL.. Jangan di sebut GALE pulak.

Mamat tuk tuk

Dok borak borak jugak la dengan dia. Dia sibuk nak bawak aku pusing pusing Galle. Aku tak nak. Pastu dia tau aku nak ke Colombo, dia siap nak antar pakai tuk tuk. Gila tu jauh ! Dia nak 1500 Rupee. 

Aku tak nak jugak !

Pinggir pantai. Galle Fort di hujung sana tu

Dia ajak layan borak borak dan aku layan macam tu je lah. Kami melepasi kawasan pinggir pantai di Galle. Ada banyak orang jual ikan, dia tanya aku nak berenti ke tidak, aku cakap tak mau lah.

"I tak boleh pegang pegang ikan ni. Nanti tangan I gatal"

Statement nak kena penumbuk.

Aku rengsa sebab dia sibuk ajak aku pegi bermasaj masaj !

Akhirnya dia turunkan aku dalam Galle Fort. Tu pun puas aku suruh dia berhenti. Dia saja je masuk ke dalam padahal aku nak memulakan perjalanan awal dari pintu gerbang lagi supaya aku tak perlu patah balik ke depan dan ke belakang. Siot je !

Dia turunkan aku dan aku bayar dia

Suasana dalam Galle Fort

Sepatutnya waktu sampai tadi, aku suruh dia hentikan aku dekat main entrance so aku boleh plan perjalanan aku dalam Galle Fort ni. Sebab dia masuk sampai ke dalam, dah aku terlepas beberapa bangunan penting.

So nak tak nak aku terpaksa la patah balik semula nak gi ambik gambar kat main entrance tadi tu.

Galle Fort

Galle Fort merupakan sebuah kawasan yang terletak di Teluk Galle di pantai barat daya Sri Lanka. Di bina pada tahun 1588 oleh Portugis kemudian ditambah dengan hasil binaan Belanda pada abad ke 17 dan 1649 dan seterusnya. 

Galle Fort merupakan sebuah monumen sejarah, arkeologi dan seni bina yang berusia lebih 423 tahun tapi masih mengekalkan kesenian buatan dan architecture nya.

Galle Fort telah di iktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah kriteria "sebuah bandar yang menggambarkan interaksi seni bina Eropah dan tradisi Asia Selatan dari 16 hingga abad ke-19."

The Galle Fort, juga dikenali sebagai Kota Belanda dan masih bertahan walaupun sebahagian besar bandar Galle musnah akibat tsunami pada tahun 2004 dulu.

Bangunan pertama yang aku tuju adalah bangunan tepi pantai yang penuh dengan pengaruh Portugis. Sekali pandang macam berada di Melaka cuma skala di Galle ni lebih kecil saiznya.

Bangunan lama yang di jadikan restoran dan kedai kedai

Pantai Teluk Galle

Bangunan bangunan lama yang masih di jaga. Yang menariknya tiada bayaran di kenakan untuk masuk ke Galle Fort ni. So FOC !!!!

Ni main entrance tempat aku memula masuk tadi. Aku patah balik ke sini

Nampak map ni study jap. Mana nak pegi dan mana harus aku tuju

Ini adalah muzium maritime

Pakcik ni sesuka hati je panggil aku suruh tengok ular dia menari nari. Nehi Nehi Nehi !!!

All Saints Church. Antara bangunan penting di Galle Fort

Dalam gereja All Saints

Deretan kedai kedai dan bangunan lama masih terpelihara

Orang pun agak ramai, tapi baiknya kenderaan bermotor tak boleh masuk kecuali tuk tuk dan ada few kenderaan penduduk kot

Salah satu pintu rumah di Galle Fort

Sekolah Arab

Kat sini pun ada jual FM. Tapi puas aku tunggu orang jual nya tak der... 

Di kawasan tebing pantai. Di batu sana ramai puak puak local terjun ke dalam laut.. Baju baju putih tu semua budak sekolah Islam.. Ada rombongan kot

Lighthouse Galle Fort

Tempat terjun mengadap Teluk Galle

Aku just pusing pusing berpandukan beberapa bangunan penting yang aku tengok kat peta tadi. 

Leceh jugak berjalan sebab aku dengan beg beg lagi, tak bebas. So nak jalan jauh jauh pun penat. Cuaca mendung tapi hangat. 

Jalan punya jalan membawa aku ke Meera Mosque di Galle Fort ini.

Sedang direnovasi

Air kolah depan masjid

Aku masuk untuk mengerjakan apa yang patut

Sempat la berselisih dengan dua tiga orang yang masuk ke masjid untuk solat juga

Selesai solat aku keluar semula. Berjalan kaki ke jalan jalan dalam kawasan Galle Fort ni.

Kawasan dia tak besar dan jalan dia biasanya akan bertemu jugak. So chances untuk sesat tu tak mungkin la kot. Lagipun semuanya dalam kawasan yang sama. Cuma kena pandai dan tau mana nak pegi dan apa nak tengok je lah.

Ada banyak rumah rumah orang, rumah tumpangan, restoran dan jugak kedai cenderamata. Rasanya penduduk asal masih mendiami kawasan ni kot. Tapi memang rata rata yang ramai berkeliaran adalah pelancong.

Salah satu pintu masuk kedai

Jual rempah ratus

Tuk Tuk di depan Clan House

Aku rasa Galle Fort ni memang best. Mungkin sebab kawasan dia tepi laut so angin bayu dan nyaman je rasa suasana kat sini. Dengan bangunan bangunan lama masih elok terjaga. Tempat pun bersih so aku rasa best la jalan jalan kat sini.

Memang jatuh cinta pandang pertama dengan Galle ni.

Tempat ni wajib pegi bagi sesiapa ke Sri Lanka !



Kau ukir padaku senyuman hai manisnya
Kau renung mataku rasa luar biasa
Bagiku dirimu adalah segalanya
Bagimu diriku hanya teman biasa

Mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
You are my crush masih rahsia
Ingin ku ucapkan ‘I love you’ kepadamu
Tapi…tak termampu

Senyummu dan ketawa buatku tergoda
Hatiku takkan berubah hanya dirimu saja
Bagiku dirimu kurniaan terindah
Bagimu diriku bercinta takkan pernah

Mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
You are my crush masih rahsia
Ingin ku ucapkan ‘I love you’ kepadamu
Tapi…tak termampu

Tiap kali berjumpa
hati terasa ada cinta
Namun tak mampu luahkannya
lidah kelu tak terkata
Kini ku tertanya-tanya
sudahkah engkau berpunya
Jika masih tiada siapa
ingin ku mulakan langkah

Bila ku ingin bicara kata tak mampu terluah
Kerana pesonamu membuat ku merasa
Sebuah cinta dan harapan
penuh dengan oh cabaran

Rasa macam dah abis jalan kat Galle Fort ni, aku pun bergegas nak keluar ke main entrance. Cuaca pulak mendung macam nak hujan. 

Ayuh bergerak dengan lebih pantas. Tak boleh berlama lama sebab aku kena cari train tiket ke Colombo petang ni jugak jugak !!!!!

Berjalan tanpa tujuan patah balik ke main entrance, akhirnya aku sampai di Galle Fort Hotel. Lawa betul hotel dia dengan binaan lama tapi masih di terjaga. So aku pun buat buat la masuk nak ambik gambar.

"Yes Sir how may I help you?"
"Oh... I like to have a drink here"

Ahaks !

Sebab nak cover malu la tu. Terperangkap !

bersambung..............

14 comments:

  1. Okeh..aku bc posting ceylon ni dr awal sampai la ni. Haha.

    Fyi aku promo blog ko kt grup backpackers buddies malaysia di fb..so maybe ko akan nmpai high traffic jgk yg nk menerobos masuk ushar garing blog ni dlm tempoh terdekat. Hiks.

    Thanks meng. Enjoy reading ur ceylon trip so far. (matilaa padahal ada beratus lagi blog ko sejak setahun dua lps yg x terjengah pn..hiks).

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala jgn la promoto2 beno. aku malu kalau ramai2 baca...

      * flip hair...

      tima kasih AJ....

      Delete
  2. Bang,
    Memang kompom la.. sama jer fm dia orang ni kat mana-mana pun.
    Tapi sana femes gak tang batu permata.. ada beli utk OR tak?

    ReplyDelete
  3. Seronok layan trip di Sri Lanka.....

    next...nak baca lagi hehe

    ReplyDelete
  4. Aku pon sebut GALE 😆
    Okeh now aku tahu nyebutnya..

    Muka dahi licin ni mmg dicop kaki masaj kot *maap peminat meng, iolls hanya speku je dahi beliau licin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak la licin mana.... ada parut jatuh tangga lagi.....

      Delete
  5. ada gambo macam di Jonker Street Melaka

    ok..baru dapat baca blog nih dengan aman. sebelum tu asyik la gambo dalam blog nih tak kuar

    penemuan yang bagus
    (dah kenapa komen sopan sangat nih?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab internet data dah abis ka? kena throttle kot tu yang gamba tak keluar...

      Delete
  6. suasana macam di tanah air sendiri kan...tak suka pokcik ular tu..

    ReplyDelete