Pages

Monday, May 25, 2015

Jelajah Bumi Ceylon 14 - Whale Watching, Mirissa

Pagi hari ke 5 di Sri Lanka !

Pagi ni aku memang dah kunci jam awal sebab nak bangun nak pegi tengok whale tu. 

Semalam budak jual tiket tu dah cakap, Pagi jam 6.30 ada tuk tuk akan datang pick up aku kat hotel. Aku kena tunggu tepi jalan dan dia akan bawak aku ke jetty. Dari jetty tu baru naik bot ke tengah laut untuk tengok paus.

Excited jugak aku sebab seumur hidup aku rasanya baru sekali aku tengok paus. Tu pun mass dekat Port Washington naik ferry ke Victoria Island di Canada. Tapi time tu sejuk, nak keluar dari ferry pun menggigil. Kali ni aku berharap ada peluang ke dua untuk aku tengok lebih dekat lagi.

Lagi pun, apa guna berbadan paus kalau tak tengok sedara sendiri kan?

Peristiwa terkunci dari luar chalet tu aku cuba hapus dari ingatan. Malu memang la malu tapi tu je choice yang ada. Minah tu segera suruh pekerja dia pegi bukak bilik aku dengan kunci pendua. Malangnya kunci tu pun tak boleh buka jugak. Last sekali dia orang kepak tingkap bilik tu je. Nasib la boleh. Tu pun sebab tingkap tu memang tak berkunci !

Cis !!

Apakah ada rancangan jahat nak biarkan tingkap tak berkunci dan senang senang nak masuk bilik orang?

Aku tak tau. Aku menuduh je tu bagi menutup malu. Hehehehe.

Pagi tu bangun dan bersiap siap akhirnya aku keluar tunggu tepi jalan. Tuk tuk bakal datang jam 6.30 pagi. Tengok jam macam masih ada masa aku nak ke pantai, kot kot aku boleh usha sunrise. 

So aku crossed restoran yang aku makan semalam tu untuk ke pantai. Tak jauh pun.

Sunrise di Mirissa Beach.

Sunrise tak menarik mana. Tapi boleh lah.

Aku just jalan ke depan sikit sebelum aku rasa matahari memang tak naik lagi ni, so aku patah balik. Cuak jugak kot drebar tuk tuk tunggu aku dah dan dia nampak aku tak de tepi jalan tu terus dia tinggal.

Rugi lah sebab aku dah bayar semalam.

Masa jalan nak patah balik tu, masa tu masih di pantai so aku menapak dengan laju jugak la. Tiba tiba aku terpandang sesuatu.

Dalam hati dah fikir.

"Hahahaha malaun mana la yang mabuk sampai tertinggal seluar dalam tepi pantai. Buruk betul perangai"

Aku dok gelak gelak dulu. Pastu aku berhenti kejap, tengok nampak macam kering dan elok jer. Tengok jenama... eh... !

Seluar dalam aku !!!!!

Aku check lebih kurang dan memang pasti tu seluar dalam aku !!

Nak tergelak pun ada. Nak maki diri sendiri pun sama banyak. Perati sekeliling kot ada orang nampak ke tak. Ada tadik dua tiga orang yang dah start jogging dan keluar ambik gambar jugak.

Ambik spentot tu terus masuk dalam beg.

Al kisahnya macam ni. 

Semalam masa aku balik bilik, aku bukak short sekali dengan spentot kat dalam tu. So aku mandi apa semua tak de la tarik spentot dalam short tu. So pagi tadi aku pakai spentot lain, then aku sarung je short yang sama tanpa menyedari spentot masih ada kat dalam.

Dan maybe sebab aku berjalan, dia melorot turun dan aku tak perasan !!!

Hahahahahaha.

Gelak sebakul.

Sumpah seranah pada diri sendiri. Ingat semalam dah abis malu, tapi hari ni lebih malu. Nasib la pagi ni harapnya tak de orang perasan. Hiks.

Aku crossed balik ke penginapan dan sedang elok tuk tuk sampai. Dia pun macam tau je aku yang nak naik, terus aku naik dan dia bawak aku ke jetty !

Sampai di jetty matahari baru nak muncul

Mentari pagi di Mirissa

Bot nelayan pulang dari menangkap ikan

Jetty tempat naik bot untuk tengok whale ni tak jauh mana dari tempat penginapan aku. Tapi sebab aku tak tau nak tuju ke mana sebab tu lah memang ada tuk tuk ambik. Tapi dalam harga tiket tu dah bagitau, balik nanti cuma sampai di jetty je, kalau nak balik ke penginapan aku kena cari tuk tuk sendiri.

Tu deal untuk semua orang. Aku setuju je plus memang tak jauh mana pun aku nak jalan kaki. Cuma aku kena pastikan laluan yang betul nanti.

Kawasan jetty Mirissa tu agak besar dan luas. Ada port nelayan dan ada jugak port untuk bot tengok paus ni. Ditunjukkan bot yang akan bawak aku. Masa aku sampai orang tak ramai lagi, so aku masuk bot dulu. Bot 2 tingkat so aku pilih duduk kat deck atas.

Bot yang bawak pegi tengok paus

Sebab orang tak ramai lagi so aku kena la tunggu orang lain sampai. Sebenarnya banyak bot bot seperti ni dan masing masing dengan penumpang masing masing yang dah pun beli tiket.

Sebab menunggu orang lain, aku layan dulu suasana di sekitar kawasan jetty di Mirissa ni.

Jetty nelayan

Bot Whale Watching yang sudah siap sedia berangkat

Tak lama menunggu tiba tiba suasana jadi riuh rendah. 

Tetiba ramai manusia datang dan naik bot. Dan semua cakap Cina ! Ayoyoyo. Aku dah agak dah ni mesti set set Chinese Mainland. Dia punya riuh dan huru hara macam dia orang je yang hidup dalam dunia ni.

Dah la tu ramai pulak tu.

Nasib aku la tak baik. Ni bahana beli tiket murah dapat la naik sekapal dengan cha ya cha ya yang terlebih meriah !

Nak tak nak bertahan je lah. Bila bot dah penuh, kami di bawa ke tengah tengah lautan untuk melihat paus puas di Sri Lanka ni.

Bot kami bergerak meninggal jetty menuju ke tengah laut

Ni set set Mainland. Yang terkangkang ni paling bisng... Borak macam kat pasar. Pastu tengah tengah ramai orang tu dia bukak payung lah. Ikut suka hati dia jer.

Kami dibekalkan dengan simple breakfast

Bot bergerak lebih kurang 1 jam ke tengah laut. Masing masing dengan misi yang sama, nak skodeng paus !

Lepas sejam tu bot bot yang membawa penumpang untuk tengok paus ni akan berada di satu port yang sama. Ada few boats lah, masing masing juga dengan misi nak cari paus.

Tup tup !

Nampak hembusan paus muncul

Masa tu tau je la puak puak ni bising dia ya ampun. Kalau aku jadi ikan paus boleh kena serangan jantung walaupun jauh. Bising bebeno. Macam dia sorang je yang nampak.

Pastu siap terjerit jerit..

Contoh jeritan macam.

"Haaa tu dia. Tu. Kat sana ! Kat sana !! Wahhh besarnya.. Wah seronok nyaa"

Macam tu aku translate ! Masalahnya aku tak tau dia bercakap dengan sapa? Aku nampak dia sorang sorang je. Kawan kawan dia kat belakang sana.

Pastu glepor glepor seruh sereh bak kata orang Hitaly.

Nak je aku sepak dah sound tempek kat telinga dia.

"Kau ni dah kenapa?"

Masalah betul. Pastu bila dah nampak paus tu, dan dan semua ke depan. Aku dah ambik port baik kat depan duduk, tetiba dia orang berdiri dan halang aku.

Cis !! Kurang asam betul lah.

Lambaian terakhir paus sebelum menghilang

Ni lah amoi yang kecoh tu. Pastu ambik dengan handphone je.. riuh macam apa. Sampai kaki aku pun di pijaknya

Banyak la bot lain yang turut serta di kawasan sekitar. Ni trip bot mewah ni

Bot bot ni semua menunggu. Kalau nampak first paus tu muncul nanti masing masing akan bergerak menghampiri. Paus ni pulak bijak jugak, dia muncul dalam area yang sama je. Maybe kawasan permainan dia orang kot.

Cuma dia orang muncul tak lama. Dan jarak pun memang agak jauh jugak la. Bot akan pegi mendekati mereka tapi tak de la dekat sangat takut terganggu.

Selepas tu satu demi satu muncul.

Busss !

Last !

Sekor lagi....

Menjunam semula. Masa part menjunam ni semua orang akan menjerit GOALLLLLL !!!!!

In all dalam masa sejam tu ada 5 ekor muncul. Tak tau la yang sama atau lain lain. Saiz lebih kurang sama je. Tak de besar dan tak de la kecik. Dah nama pun paus kan?

Biasanya kalau whale watching ni jangka waktu di tengah laut mengikut jumlah paus jugak lah. At least dia orang tunggu sampai tengok 2 paus. Tapi macam aku agak lucky gak la dalam masa sejam boleh dapat 5 ekor. 

Ada tu 2-3 jam tak muncul muncul dan bot belayar sampai ke tengahari.

So aku pun puas dengan apa yang aku tengok. Cuaca lak dah start panas. Last sekali bot menyusuri pulang ke jetty semula selepas hampir 3 jam di lautan.

Samudera sepi

Puas hati dapat tengok paus di lautan sepi. Satu pengalaman yang bakal jadi nostalgia untuk diri sendiri.



Dulu...
Kita mengaduni nikmat cinta
Walaupun di pisah dua dunia

Laut...
Biru ku utuskan satu nota
Walaupun berabad dialun ombak
Ku kan setia

Nostalgia mewarna awangan
Percintaanku makin mendalam
Menghiasi ruang kesepian
Cinta abadi

Bagai rimba cinta yang berbunga
Disirami sungai kesaktian
Kehadiranmu ku nantikan

Aku tenggelam di dalam
Syahdu bisa rindumu
Belum puasku menyentuh hatimu

Aku rasa sesapa ke Mirissa patut try pegi Whale Watching ni. Satu pengalaman yang menarik juga dan bukan senang nak tengok live macam ni.

Perjalanan balik ke jetty. Ada je lah set set mainland ni nak jadi Kate Winslet

Bot lain pun sama sama pulang

Overall OK lah. Lagipun tak lama sangat sebab aku pun tak nak berlama lama. Kalau dah cecah tengahari payah pulak sebab aku belum check out hotel aku lagi tu.

Masa sampai kat jetty lebih kurang 10.30 pagi. So aku fikir aku tak berapa rushing. Masih ada masa.

So aku jalan kaki balik ke penginapan.

Lalu kawasan jetty

Tengok nelayan nelayan Sri Lanka bekerja

Sama sama menjahit pukat

Yang berkumpul dan berborak

Hasil tangkapan

Jalan kaki sampai chalet penginapan. Panas membahang. Dapat coke perghh rasa nikmat tak terperi. Sebenarnya aku jarang minum coke coke ni tapi air ni je yang ada di jual

Aku masih ada masa sejam lagi. Aku fikir fikir sebelum aku check out, aku nak pegi usha Mirissa Beach sekali lagi...........

* perhati kiri kanan takut ada yang perasan kejadian tragis penuh ngeri pagi tadi.

Hopefully tak de !

bersambung..................

20 comments:

  1. Sakit perut aku gelak baca bab spentot sendiri yang tercicir tu rupa-rupanya. Pssst... Victoria Secret ke atau jenama apakah? Motif animal prints ke jenis ada lace siap ngan reben kecik as pemanis kat depan?? Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan la VS tapi jenama jugak la. tu yang sayang nak buat tak tau....

      muahahaha

      Delete
  2. kira nya kena ade lense jarak jauh la gini .. klu nak skodeng paus....

    baca cerita ni .. memang macam nampak sangat kecoh nye amoi tu....

    (membayang kan muka Meng menahan perasaan -- sakit nya tu di sini -- bila amoi tu kepochi..)

    hhhehehee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. kena lense boleh zoom jauh sebab paus ni muncul ntah dari mana mana. cuma ada sekali tu dia muncul sebelah bot lain.

      untung la dia orang tu semua senang nak ambik gambar...

      Delete
  3. Wuhahahaha...nak kena pantun 2 kerat tema spentot....
    Annoying betul org bising2 ini....paus pun malu2 nak tunjukkan body...
    humpan si bising tu jadi umpan paus baru tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau umpan minah ni takut paus makin lari.... bingit

      Delete
  4. sumpah lawak trip meng ke sri lanka nih... tak tahan tergelak and senyum aje sepanjang membaca ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. gelak slow slow na...

      aku pun x tau apsal trip sri lanka aku ni penuh dgn drama mama

      Delete
  5. Kelako betoi la meng.....sendiri punya spentot cicir.......kah kah kah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ter oke..tak sengaja !!!!

      kalau siang buta maunya aku tak ambik balik dah

      Delete
  6. Bang,
    Lalu ke tekak bfes macam tu.. kalau Sham mau susut berkilo dah.
    Maklum jer la.. pagi-pagi dah mencarik nasik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lalu ! tapi tu je yang ada.. belasah je la alas perut

      Delete
  7. Meng ...

    Hahahahahaahaaa ... pernah terjadi gak kan ... hahahahhaaa

    Tersengih sorang sorang baca !!!

    Memang betul ler set set mainland nih ... kat sini, kalau gi Outlet, dia org datang berbas bas ... pass tuh, kalau ambik beg coach tuh macam ambik beg plastik jer .... kaya dia orang nih hahahahahaah !!!

    Dan dia orang suka masuk kedai APPLE gak ... beli handphone macam kita beli mainan utk anak anak jer !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. kaya sungguh dia org ni and paling penting

      THEY ARE EVERYWHERE !!!!!!!!!!!!!!!!!!

      Delete
  8. kejap ko terkunci kat luar, sekejap tercicir spentot...apa masalah ko kat srilanka ni meng???hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau la Dj.. aku rasa kena mandi bunga je kan... semua drama bangang2 lak tu

      Delete
  9. Histeria gelak kat cite spentot. Ntah2 time ko jenjln tu spentot dah hanging kuar tp org otel buat bodo je hahaha cuba ko igt balik meng! Org otel ada senyum kambing kt ko tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. motip ketawakan orang yang malang??

      aku pun terfikir gak cam tu.. lagi lagi pagi tu ada org nampak masa aku berjalan ke pantai..

      * malu..................

      Delete