Pages

Wednesday, May 20, 2015

Jelajah Bumi Ceylon 09 - Ella - Part I : Ella Gap, Ella Rock & Little Adam's Peak

Flashback sikit !

Akhirnya selepas lebih 7 jam perjalanan dari Kandy, keretapi berhenti di destinasinya Ella !

Boleh di katakan separuh daripada penumpang yang tinggal selepas station Nanu Oya tadi turun di Station Ella ni. Memang tinggal kosong la train tu untuk perjalanan selepas ni. Dah boleh berlari lari dalam tu. Tapi sapa nak heran? Kebanyakkannya memang mengimpikan sampai ke destinasi mereka di Ella ni.

Semua orang berpusu pusu turun dan keluar dari station keretapi Ella.

Station Ella Ratu Rock

Jadual perjalanan keretapi dari Ella

Station keretapi Ella yang kecik dan comel

Keluar dari station keretapi Ella ni, banyak kenderaan dah siap sedia menunggu tetamu masing masing. Baik van mahupun Tuk Tuk semua dah bersedia untuk mengangkut tetamu mereka yang tiba untuk di bawa ke hotel dan penginapan masing masing.

Aku masih kebuntuan. Aku dah booking penginapan aku di Ella untuk malam ni, tapi masalahnya aku kena cari sendiri di mana penginapan aku tu.

Aku dah prepare map mana nak tuju, jadi aku jalan kaki je bersama sama dengan sebahagian penumpang yang memilih untuk berjalan sendiri.

Peta dan tarikan Ella

Keluar dari station keretapi dan jalan turun bukit sampai la ke Ella Junction. 

Ella Junction adalah simpang 3 di Ella di mana terdapat banyak kedai kedai kecil dan menjadi pusat utama Ella termasuk bus stop, station teksi dan kedai kedai. Ada jugak penginapan di kawasan ni.

First time aku sampai sini aku tak tahu apa menariknya kawasan Ella ni dan kenapa ia begitu popular dan menjadi destinasi pelancongan bagi pelancong pelancong asing.

Nak kata sebab gunung ganang, kalau mat salleh, sah sah negara mereka lebih lawa kawasan gunung ganangnya. Atau mungkin dia orang ke mari sebab nak trekking dan mendaki Ella Rock. Batu yang menjadi tarikan utama di kawasan Ella ni.

Kebanyakkan orang yang datang ke Ella ni akan mencari penginapan yang mengadap Ella Rock ni. Dan aku tak terkecuali. Aku dah dapat penginapan aku di sini dan aku cuma perlu cari arah tuju untuk sampai ke kawasan tu.

Sampai di Ella Junction tu, aku tanya orang, dan ada je yang tunjuk based on nama penginapan aku.

Tapi agak pelik, 2-3 orang aku tanya semua suruh masuk laluan ni. Laluan sepi macam ni buat aku cuak. Kot la ada ular ke apa... naya aku. Tapi sebab aku percaya kata orang, aku follow jer lah

Kebetulan masa lalu dalam semak ni, jumpa lagi sorang pompuan dukung anak dia.

"Sita's Heaven?"
"Yes.. yes.. This way"

Mak ai.. Suruh masuk lagi dalam semak !

Biar betik. Tapi tak de nampak pokok betik !

Nak tak nak aku terpaksa akur. Mencabar jugak nak sampai hotel kalau macam ni punya jalan. Turun naik bukit kecil, akhirnya aku nampak la sign. 

Nampak sign dan laluan mendaki 

Gila !

Aku fikir, kalau malam sah sah aku tak keluar dari hotel macam ni. Jalan bersemak samun macam ni. Kalau ada perogol, mahunya aku kena rogol.

Erk.. Nak ke orang rogol?

Persoalan jugak tu.

Naik ikut laluan tu akhirnya aku sampai ke belah belakang sebuah hotel. Ada ampaian dengan kain kain cadar masih berjemur di ampaian. Ada dua tiga pekerja sedang membancuh simen sebab ada kerja kerja construction di kawasan tu.

Bila aku muncul dengan beg galasnya, tetiba semua memandang.

Sebab orang pandang aku terpaksa tahan nafas walhal lubang hidung dah kembang kempis sebab memanjat jalan tadi. Kena control macho !

Pastu ada yang panggil salah sorang daripada mereka dan lelaki itu datang ke arah aku.

"You have a booking?"
"Yes"

Aku tunjuk kertas yang aku pegang. Dan dia panggil sorang lagi dan suruh aku ikut mamat tu ke lobby. 

Rasa sangat lega walaupun tadi aku risau betul ke aku tuju tempat penginapan aku ni? Jalan macam masuk dalam hutan. Tapi mamat yang sambut aku sorang lagi tu bagitau aku, aku ikut tu jalan short cut. Ada jalan lain ikut laluan depan tapi agak jauh juga.

"What is your name?"

Aku pass kertas yang aku pegang pada dia. Dia ambik dan check dalam buku dia.

"I am sorry. I thought you are not coming. We are fully booked now Sir"
"What?"
"I am sorry Sir"
"But I have a confirmation from booking.com"
"Yes.. But we have no room at the moment"

Shit !!

"So what now?"

Dia terkebil kebil buat tak tau. Menyirap bandung laici dah aku jadi nya.

"Nevermind. Is there any way to get out from here?"
"You can use this road Sir"

Macam tu je ? Aku penat lelah jalan ke sini dan ini yang aku dapat?

Langsung dia tak de rasa bersalah. Langsung tak de nak suruh aku duduk dulu ke. Bagi air ke. Lap lap peluh aku ker.

Aku ni penat ! Naik train 7 jam. Menapak cari tempat ni macam tempat jin bertendang gayanya.. last last dia cakap bilik untuk aku tak der?

Damn it !

"By the way Sir, can you please cancel your booking? If not, I have to pay them commission 5 dollar"

Aku pandang dia atas bawah. Nak jugak aku sepak dia. Dah kau tak bagi aku bilik pastu kau nak suruh aku cancel? 

"I dont have access to the internet"
"You can use our wifi here"

Lagi sekali muka dia nak kena makan penampor dengan aku. Nak jugak aku letupkan kepala dia dengan bom C4 biar berkecai !

Aku buat bodoh je terus aku blah. Tak de masa aku nak tunggu lagi. Apa apa dengan booking.com kau jawab la sendiri !! 

Menyirap betul aku time tu.

Ni hotel nya. Sita's Heaven or rather Sita's Hell !

Sedih tau tak?

Hancur luluh hati aku. Berat bawak beg lagi. Berat naik turun bukit lagi. Macam ni jawapan yang aku dapat. 

Tapi aku fikir, kalau aku buat muka sedih depan dia pun dia apa pedulik? Sementara hari masih cerah ni aku kena cari option lain. Memang la masa booking tu aku tak bayar lagi dan booking.com pun tak mintak secured by credit card tapi dia confirm ada bilik untuk aku, tapi macam ni pulak jadi nya.

Lagi aku fikir, lagi sakit hati.

Aku jalan je keluar ikut jalan yang ada. Plan aku nak pegi ke jalan besar or Ella Junction tadi dan cari penginapan di situ. Tak pe la kalau penginapan aku tak de nampak Ella Rock ke apa, janji aku ada tempat berteduh malam ni.

Kalau tak, memang naya !

Lebih kurang 50 meter aku blah dari Sita's Heaven tadi tu, aku terserempak dengan sorang pompuan dukung baby. Dia senyum, aku senyum lah. 

"You leaving?"
"Now. I've just arrived. I have a booking at Sita's Heaven but somehow they said they are fully booked"
"Oh.. You looking for a room? I have a room. You wanna take a look?"
"Where?"
"But it is a homestay. Not hotel"
"How much?"
"USD 20 per night. Without breakfast. Come.. have a look first !"

Haaaaaaa...

Tuhan kan selalu membantu orang orang teraniya kan? Lagi lagi doa orang musafir macam aku ni.

Tanpa membuang masa aku terus je ikut dia dan dia bawak aku sampai ke rumah dia.

Rumah dia betul betul di pinggir tebing tinggi

Terdiam kejap aku.

Tak tau nak fikir apa. Betul ke dia bawak aku ke rumah ada penginapan? Atau dia nak rompak aku?

"This is the room. Right now we only have one room. But we are building more rooms in the future"

Dia tunjukkan bilik untuk aku. Rumah tu ada 2 pintu. 1 tu rumah tempat mereka tinggal dan satu lagi dia orang jadikan penginapan. Ada binaan yang sedang dibangunkan di kawasan bawah sikit rumah ni.

Pintu belah sini rumah dia orang. Pintu belah sana tu penginapan

Dan dia tunjukkan aku bilik. Ada 1 queen size bed. Bilik bersih. Siap kelambu.

Dan bilik air juga besar dan bersih. Ada water heater lagi

Dan bila dia tunjuk aku view depan rumah tu.

Belah kanan Ella Rock. Belah kiri Little Adam's Peak.

Dan aku terus je bersetuju ! USD 20 lebih murah daripada yang aku book di Sita;s Heaven tu. Cuma kat sini tak de breakfast la tapi aku boleh order je dengan bayaran 400 Rupee ( RM 12 )

Dia cakap kat aku, rumah dia je antara 3 penginapan yang boleh nampak dua dua mercu tanda Ella ni. Ella Rock dan Little Adam's Peak.

Whoa..... 

Oh. salah satu penginapan yang nampak view yang sama macam ni adalah Sita's Heaven tadi tu !

View yang boleh tahan. Nampak Ella Gap in between dua bukit bukau ni

Little Adam's Peak. Bukit yang menyerupai Adam's Peak sebenar yang terletak di Hatton 

Tak de choice lain dah dan aku rasa penginapan ni cukup baik untuk aku berehat malam ni. So aku bersetuju.

Memula aku risau sebab bilik tak de kipas, tapi dia kata dia boleh bagi kipas. So aku lagi la OK. Aircond memang tak de lah. Lagipun kawasan ni pastinya sejuk kalau time malam malam.

Dia jamu aku dengan teh Sri Lanka. By the way buku tu bukan aku yang punya. Memang ada atas meja tu

Dan aku sempat la berkenalan dengan mereka.

Minah yang tegur aku tu nama dia Aisha. Yang dia dokong tu anak dia. Aisha ni tinggal dengan mak dengan mak ayah dia dan sorang adik lelaki.

Ayah dia ada tegur aku masa tu tapi dia sibuk kat belakang. Mak dia aku tak jumpa lagi.

Dia orang agak friendly dan buat aku rasa sangat happy. At least boleh la mengubat rasa duka di hati dengan pekerja Sita's Heaven yang macam pundek tadi tu.

Ni nama homestay mereka. Yang penting ada Wi Fi !! Dan wifi dia laju gila.

"Do you like to have dinner tonite?"
"You can prepare dinner?"
"Yes.. what do you like to have?"

Dia siap passkan aku buku menu. Memang aku kena makan. Satu hari aku tak makan hari ni !

Aku ragu ragu jugak sebab dia cakap nama dia Aisha tapi dia pakai skirt. Yang tak lalu lagi pakai sleeveless dan bulu ketiak bersepah !

Hahahaha.. 

"Sorry to ask, are you Muslim? Because I am"
"Yes"

Yeay !!! Tapi macam tak melambangkan pun kan. Lantak dia lah.

So aku order Chicken Curry Set !

"What time do you like to have your dinner?"
"Hmmm 7.30?"
"No problem"

Dan dia masuk dalam rumah untuk siap siapkan makan malam aku.

So dengan masa yang ada, aku turun kat kawasan depan homestay dia tu melayan perasaan sambil menikmati suasana kehijauan Ella Gap. Kawasan lembah di antara Ella Rock dan Little Adam's Peak !

Ella Rock dibelah kanan

Ella Gap tengah tengah

Ella Gap

Little Adam's Peak di belah kiri.

Apa lagi yang aku harapkan. View yang paling menarik dan superb aku dapat selepas hampir kecewa dengan layanan tempat penginapan yang asal yang sepatutnya aku menginap.

Kini aku rasa lega dan tenang hati. Terima kasih Tuhan kerana mempermudahkan kesemuanya.

Alhamdulillah. Hari yang berseri. Tiada tangis lagi !



Engkau jadi kenangan dalam hati
Terlalu lama engkau pergi
Angin masih begitu
Alur nan biru
Memayungi taman rindu

Kiambang menjadi lambang
Kau bagai bayang-bayang
Kini kuterbuang

Di danau tenang selalu
Seolah tidak tahu gelora di hatiku
Selama hayat ini kusimpan rahsia hati

Kukenang masa nan lalu
Terasa pilu
Ke mana harus ku mengadu

Kiambang menjadi lambang
Kau bagai bayang-bayang
Kini kuterbuang

Di danau tenang selalu
Seolah tidak tahu gelora di hatiku
Selama hayat ini kusimpan rahsia hati
Di sini kuberdiri
Tiada tangis lagi

Lama jugak aku duduk kat bawah rumah tu kat tepi bukit mengadap Ella Gap dengan pemandangan Ella Rock dan Litte's Adam Peak.

Melayan perasan sendiri.

Ella Gap

Sampai lah suasana hampir gelap aku naik semula kat rumah mereka.

Duduk lepak lepak, hisap rokok sambil habiskan teh tadi tu. Tiba tiba sorang perempuan macam baru balik dari somewhere.

"Hi.. so you are the mother?"
"Yes.. How are you?"
"I am fine. What is your name?"
"Neelofa"
"What?"
"Neelofa"

Hahhaha. Dan dan tu aku bantai gelak sendiri. Tak leh nak kever.

"You know what, in my country, there is an actress by the name of Neelofa and she is beautiful"
"Oh.. same like me?":
"Hahaha. Yeah. Same like you...as beautiful as you ! "

Kann ! Ayat tak boleh blah.

Lupa aku nak sambung, Neelofa kat kampung aku tak berkerak ! Yang ni macam dah hampir rentung ! Hiks.

Hahah tapi betul la buat aku ketawa sendiri.

"You just came back from work?"
"No. I went out to get some thing to cook"
"Oh OK. So you'll cook for my dinner?"
"Yes... You like it spicy?"
"Ermmm yeah. But not too spicy"

Gelak gelak sikit dan dia masuk rumah dia. Neelofa nak memasak untuk aku !

So begitu laa Neelofa yang aku jumpa dia Sri Lanka !!! Serious tak tipu. Macam tak caya je aku jumpa Neelofa di Sri Lanka !

Depan penginapan aku

Masa aku masuk bilik nak mandi semua.. tetiba lampu tak nyala. Aku bagitau dia orang, dan dia orang bawak mentol..Dah nak tukar tu sebab pompuan kan nak panjat panjat... last sekali aku yang panjat dan tukar mentol bilik sendiri. Patut bagi diskaun kan?

Lepas mandi dan solat apa semua, aku keluar sebab Aisha dah panggil dan makanan dah disediakan.

Malam tu aku jamu makan nasi dengan kenyang. Sedap !!!

Menu malam tu

Kenyang perut. Suka hati !

Yang tak tahannya. Ada sekor kucing dia orang sibuk mengacau. Dia orang ni ada bela banyak binatang la. Ada burung, ayam, ikan dalam akurium dan juga anjing !

Ada sekor anjing tu kena ikat. Dia kata untuk jaga kebun.

Tapi sekor ni berlegar legar jer. Dia duduk sebelah teman aku makan. Tapi dia tak kacau. Aku kalau anjing jenis tak meleser aku OK lagi. Duduk je diam diam situ

Lepas makan dan kenyang, tak de apa aktiviti yang boleh di lakukan.

Aku just on the phone guna wifi dan wassap dengan kawan kawan dan family. Sempat aku mintak air panas dan buat kopi !

Menu malam. Layan kopi

Dan malam tu aku kat luar sorang sorang dan dia orang kat dalam rumah dia orang. 

Cuma lepas tu Aisha keluar dan kami borak borak. Banyak gak la yang kami borakkan. Then aku terdetik nak tanya mana husband Aisha ni sebab dia ada anak kecik.

"I have no husband"
"Oh. I am sorry"

Dan kami bercerita banyak perkara. Tentang Malaysia. Tentang planning aku esoknya. Tentang Ella dan kawasan tarikan yang aku boleh pegi esok. Tentang keluarga mereka dan macam macam lagi.

Malam tu aku tidur lena di puput dingin bayu pergunungan Ella !

bersambung........

26 comments:

  1. Ella rock, ella gap, angle view mcm switzerland pun ada...cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawa la jugak. tapi bosan tempat ni. nak trekking oke la kot

      Delete
  2. ALHAMDULILLAH..itu perkataan pertama keluar bila dapat tempat stay di Angel View tu...buat baik di balas baik...hukum karma..ehh ye ke

    kalau view di Angel View cantik mcm tu..siap ada dinner lagi...baru lah HEAVEN dari sita's heaven tu...tapi nk ke Angel tu laluan dia ikut semak jgk ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. laluan homestay ni tak ikut semak.. kira ikut laluan yang betul la tapi jalan tak berturap.. cuma rumah dia bawah lereng bukit so kena turun sikit..

      Delete
  3. Alhamdulillah... di permudahkan.... penginapan...

    elok jugak tak cancel booking....

    memang cantek view kat situ....

    kite tunggu sambungan esok hari... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. kalau x memang mati kutu tak tau nak tido mana....

      Delete
  4. neelofa....pergh. hehe. apapun..bagusla kan...experience gak tu..dpt merasa homestay umah lofa neh. :)

    ReplyDelete
  5. best plak entry ni sbb ending dia tu terpujuk la sikit SM lepas susah payah redah bukit semua
    hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol btol.... memang bersyukur sgt sgt lepas dpt homestay ni walaupun setakat rumah je...

      kalau ikut kan panas hati kat hotel tu memang nak mengamuk. tapi dpt view lawa mcm ni terus tak heran dan tak de nak marah2 lagi dah

      Delete
  6. Dah jumpa Ella jumpa pulak Neelopak hontung la.Patutnya ko tunjuk pic neelopak kat dia.

    Ko memang ada luck meng terlepas yang tu dapat hotel yg lagi murah dan ok

    Anjing tu boleh pulak tak usik ko.Sopan sungguh anjing itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki kan. aku percaya tuhan selalu ada...

      anjing tu ok. kesian jugak aku tgk. tapi baik dan jinak je. kalau buleh pegang memang aku pegang

      Delete
  7. adeh senak perut baca entry ni.....2x baca 2x juga gelak
    tunggu entry besok pulak tiap-tiap hari check in kat sini hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi melayani drama drama aku ni. hahahah

      Delete
  8. hahaha nak tgk gambar nelopakkkk!

    ReplyDelete
  9. biar betul laluan cam nak ke kebun....
    perjalanan beranjau untuk bertemu dengan makcik neelofa....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ikut short cut. kalau ikut laluan betul agak jauh jugak la...

      Delete
  10. Soalan aku..mmg org2 Ceylon ni English diorang okay eh..ke org2 yg kebetulan ko jumpa jek meng? From your story telling mcm diorg ni can speak English very well..hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang oke ada yang tak. literally dia orang ok sebab english di ajar di sekolah. lebih kurang mcm kita di Malaysia la. tapi kalau gi kampung2 skit tanya makcik2.. memang payah skit laaa

      overall.. communication not a problem di sri lanka ni

      Delete
  11. Neelofa nih mmng nama Sri Lankan ker? (Dah google dah ... dia nih pandai kan!)

    Kalau rajin, tolong ler letak komen kat booking.com tuh !!! Biar semua orang tau !!!

    Sebab saya kalau guna booking.com, suka baca komen komen dulu , at least kita boleh agak agak apa yg akan kita hadapi !

    ReplyDelete
    Replies
    1. neelofa artis malaysia ni rasanya arab2 kot bukan sri lanka.. dia cantik dan cerdik juga rasanya....

      tu la ingat nak gak tulis kecoh2 kat page hotel ni biar dia orang kena. tapi tu la... nanti la rajin2 skit

      Delete
  12. Bahahaha! Aku nampak semak tu, aku tunggu je statement ko takut kena rogol. Memang dah hagak. Huntunglah Meng, Neelopak masakkan. Aku dapat imagine ko gelak xleh cover. Lawak ok! Bab kejadian hotel reject tu jadi kat aku masa kat Istanbul aritu. Tapi aku siap dah tidur semalam, esok pas balik dari berjalan seharian...tetiba kena halau. Mampu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. kau lagi kelakar kalau mcm tu. tapi at least dpt gak la bermalam ye tak..

      kalau aku mcm tu.. aku tinggal air liur basi banyak banyak kat bantal dia.... hahahhaa

      Delete