Pages

Sunday, May 17, 2015

Jelajah Bumi Ceylon 06 - Kandy

Bangkit di hari ke tiga di Sri Lanka dengan semangat membara. 

Semoga hari ini menjadi lebih baik dari semalam !

Sinar pagi dari balkoni

Seperti biasa, bangun waktu Malaysia pastu terkebil kebil tak tau nak buat apa. Nak tidur dah tak lena.

Perlu ke bangun dan berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku tanda rindu dan cintakan tanahair?

Subuh subuh hari nampak je staff hotel bangun aku cepat cepat mintak air panas. Nak buat kopi. Layan kopi secawan bagi memudahkan urusan penyahtinjaan. Kena tinja siap siap sebab aku tak boleh bertinja di tempat awam.

Hari dah cerah.

Misi hari ini adalah untuk ambik train ke Ella. Hari ni aku akan meninggalkan bumi Kandy ni. 

Semalam dah bagitau budak hotel suruh carikan drebar tuk tuk hantar aku ke train station pukul 7.30 pagi dan macam semalam jugak, breakfast aku suruh dia siapkan jam 7 pagi.

Breakfast dengan view gunung ganang

Hotel ni bagi aku OK lah.. Recommend jugak cuma agak jauh sikit dari pusat kota. Jadi kalau tak de option OK jer. Staff dia bagus bagus dan bilik dia pun bersih dan selesa.

Lepas breakfast aku siap siap settle payment, drebar Tuk Tuk dah siap menunggu. Pakcik yang sama yang hantar aku ke bus station untuk ke Dambulla semalam.

Aku bagitau pakcik ni, aku nak pusing pusing area tasik dulu sebelum dia hantar aku ke train station. Dia agreed je. So kami bergerak tinggalkan Senkada Rest tu untuk ke pekan Kandy.

Dia bawak aku ke tasik dulu dan stop untuk aku ambik gambar.

Tasik Kandy ( Nuwara Wewa )

Pulau kecil di tengah tengah tasik

Ada statue Buddha besar di atas bukit

Nyaman area ni.

Lepas tu aku suruh dia bawak aku ke area Temple of the Tooth tu kejap sebab aku nak ambik gambar time siang. Tapi pakcik tu cakap, kalau nak ambik gambar Kandy dia boleh bawak aku naik ke atas bukit. Dekat je. Aku setuju !

Dan dia bawak tuk tuk naik ke atas bukit dulu. Aku tak pasti apa nama bukit tu tapi tak de la jauh mana cuma kalau jalan kaki nak kena mendaki jugak lah.

Layan view Kandy dari atas bukit.

Bandar Kandy

Temple of Tooth Sacred Relic atau Sri Dalada Maligawa

Statue ular tedung kat atas bukit tu

Tasik Kandy

Lepas ambik gambar lebih kurang, kami pun bergerak turun dari bukit tu menuju ke area Temple of the Tooth.

Saja aku nak tengok dari dekat waktu siang.

Clock tower Kandy. Sini ada satu bus station

Bangunan lama yang telah di tukar menjadi sebuah hotel di Kandy

Malangnya bila sampai kat area temple tu, jalan jem. Rupanya ada perarakan budak budak sekolah.

Curious jugak aku nak tau, rupa rupanya perarakan bersempena dengan National Stroke Day

Drebar Tuk Tuk tu just berhenti tepi jalan sebab  perarakan ni dan aku jalan kaki ke arah temple.

Tak masuk dalam jugak sebab nak jimat USD 15. Lagipun aku rasa macam tak de apa nak di tengok kat dalam tu. So aku ambik gambar dari luar je lah.

Sedikit mengenai Temple of the Sacred Tooth Relic ni.

Sri Dalada Maligawa or the Temple of the Sacred Tooth Relic is a Buddhist temple in the city of Kandy, Sri Lanka. It is located in the royal palace complex of the former Kingdom of Kandy, which houses the relic of the tooth of Buddha. Since ancient times, the relic has played an important role in local politics because it is believed that whoever holds the relic holds the governance of the country. Kandy was the last capital of the Sri Lankan kings and is a UNESCO world heritage site mainly due to the temple.

Monks of the two chapters of Malwatte and Asgiriya conduct daily worship in the inner chamber of the temple. Rituals are performed three times daily: at dawn, at noon and in the evenings. On Wednesdays there is a symbolic bathing of the relic with an herbal preparation made from scented water and fragrant flowers, called Nanumura Mangallaya. This holy water is believed to contain healing powers and is distributed among those present.

The temple sustained damage from bombing by LTTE terrorists in 1998 but was fully restored each time.

Pintu masuk ke dalam temple

Temple ni terletak di tepi tasik. Kalau tak masuk dalam boleh je jalan ikut tepi laluan ni ke arah bangunan utama temple. Ada lalaun ke belakang lagi keliling tasik dan ada lagi bangunan bangunan penting yang lain yang boleh dilihat. Tapi aku tak de banyak masa so malas nak usha.

Sri Dalada Maligawa

Sri Dalada Maligawa (Temple of Sacred Tooth Relic) di Kota Kandy merupakan kuil Buddha paling suci di Sri Lanka yang dibangun pada tahun 1600 sewaktu pemerintahan Raja Vimaladharmasuriya I. Setelah itu, muzium ini direnovasi pada abad ke-18 sewaktu Raja Kirthi Sri Rajasinghe bertahta. Konon katanya, kuil ini memiliki nilai sejarah yang tinggi kerana menyimpan keramat yakni relik gigi Buddha.

Dengan bangunan besar dua tingkat yang di bahagian bumbungnya dipenuhi ornamen-ornamen teratai yang terbuat dari emas. Bangunan Kuil Sri Dalada Maligawa memiliki taman di bahagian tengahnya. Di tengah taman itu ada sebuah rumah kayu dua lantai yang diukir indah. Disitulah tempat persemayaman gigi Buddha yang berada di dalam cawan emas berbentuk bunga teratai.

Sesapa berkesempatan ke Kandy boleh masuk dan tengok. Tapi katanya tak boleh nampak direct sebab boleh tengok rumah kayu tu dari jauh je dan gigi itu dikeluarkan setiap 5 tahun untuk festival Esala Perahera.

Statue di laman kuil Sri Dalada Maligawa

Lepas melepak di sekitar kawasan tasik dan kuil ni lebih kurang, aku gi cari drebar tuk tuk tu. Ada dia sedia menanti tepi jalan. Perarakan tadi pun dah clear, jadi aku suruh dia hantar aku terus ke train station je sebab kalau ikutkan mamat hotel tu train akan berlepas sekitar 9 pagi. So aku tak de banyak masa.

Haaa jumpa semula bangunan penjara di mana aku diturunkan sewaktu balik dari Dambulla semalam.

Sampai di bangunan station keretapi Kandy

Sampai di Station Keretapi Kandy, aku bayar drebar tuk tuk tu. As agreed harga tuk adalah 200 Rupee. Tapi sebab dia bawak aku jalan jalan de tour tadi dia charge additional 100 Rupee. Bagi aku OK lah.

"Come again to Kandy Sir"

Aku gelak gelak.

Terus aku angkat beg dan masuk ke bangunan station keretapi untuk beli tiket.

Dalam bangunan ada kaunter khas untuk 2nd Class dan First Class. Aku sendiri pun contemplated nak naik 2nd class atau First Class. Dari pembacaan aku First Class memang selesa lah dan biasanya di penuhi oleh pelancong asing tapi 2nd Class memang boleh blend dengan locals.

"Ticket to Ella for one person. How much?"
"2nd Class. 200 Rupee"
"Oh. How much for First Class?"
"1000 Rupee but you have to buy over there"
'"What time the train departs to Ella?"
"Train departing now. Platform No 2"
"Huh? What time is the next train?"
"11 O'clock"

Note : 100 Rupee = RM 3.00

Congak congak. Still aku cheapskate dan aku beli yang 2nd class jer ! Dan bergerak sekarang !!! Tak nak buang masa.

Dapat tiket terus berlari masuk ke platform No 2.

Dalam train station Kandy

Sampai kat platform No 2 tak de lagi train sampai. Penat je aku berlari

Sempat ambik gambar sekitar jap

Train dah sampai !

Waktu train berhenti aku main naik je. Tak tau gerabak mana satu sebab 2nd Class train ni memang tak de reserved seat. Asal boleh jer.

Tapi waktu tu memang dah ramai orang dalam train ni. Nak tak nak memang kena berdiri. Nasib baik boleh letak beg kat para atas. So aku kena berdiri.

Seat dia mengadap dan ada meja kecik di tengah tengah.

Suasana dalam train 2nd class

Tak lama lepas tu train mula bergerak meninggalkan station Kandy.

Mula mula tu memang penuh sesak manusia dalam tu. Macam naik bas jugak seat dia 2-3 so aisle tu macam sempit gila. Bersesak sesak macam dalam bas semalam. Tapi kali ni aku dah set mind aku. Apa apa pun, aku kena get used to this. Get used to ramai ramai orang. Get used to bersesak sesak dengan manusia. Kena lebih banyak bersabar !!!

After all, aku yang pilih nak duduk 2nd Class. Kalau aku nak poyo poyo sangat berambus duduk tempat lain !

* mati la tazkirah diri sendiri.

Train bergerak perlahan meninggalkan Kandy menuju ke arah selatan.

Few times train berhenti di station station dan orang turun dan naik, tetap aku tak dapat seat. Ada jugak pelancong asing macam aku, mostly semua tak dapat duduk sebab dah penuh dengan locals.

Dan dalam dilaluan dalam train yang sempit tu la ada je peniaga peniaga yang meniaga.

Paling tak boleh blah orang jual Vadai. Aku rasa 40 kali sejam dia lalu.

"Vadai Vadai Vadai Vadai......"

Sebut laju laju dan berulang ulang kali. Naik muak telinga aku dengar. Lagi kalau dia lalu laluan tu sempit so aku nak kena bagi dia lalu. Terpaksa la aku mengecilkan tubuh badan.

Masalahnya yang jual bukan sorang dua. Ramai lak tu. Dan dia lalu ulang alik berkali kali....

Lepas yang ni lalu, yang lain pulak.

Skrip yang sama.

"Vadai Vadai Vadai Vadai......"

Laju lak tu dia sebut. Pencemaran bunyi betul.

Masa dalam train tu aku berdiri la kat golongan aci aci ni. Seronok la dengar mereka bersembang sesama mereka walaupun aku tak faham sepatah haram. Salah seorang daripada mereka adalah Markonah ( bukan nama sebenar ).

Markonah yang duduk tepi tingkap tu selaku charperson berbincangan mereka.

Apa dia bincang aku tak faham.

Tengah ralit ralit melayan perasaan tetiba train bergegar dan tak lama train berhenti. Lama jugak lah train stall macam tu je tak bergerak. Rengsa pulak di buatnya. Dah la dalam train tak de aircond tapi ada la kipas kat atas.

Orang dah mula turun naik train. Macam ada sesuatu berlaku. 

Markonah dengan geng geng dia makin sibuk berbincang. Datang dua tiga orang menyampaikan maklumat.

"What happened?"

Aku tanya Markonah. Nak jugak la aku tau apa dah jadi.

"Two goats killed"

Dia bagitau aku.

"What? The train hit the goats? Oh my goat !"
"No.. not goat.. Person. Person. 2 person"
"Oh you mean two got killed?"
"Yes. Jump. Jump"

Wah.... Bersungguh Si Markonah ni menyampaikan berita kat aku. 

Siapa lah terjun dari train ni? Bunuh diri kah?

Macam macam berlaku. Buat aku rasa lebih teruk. Adakah hari ni bakal menjadi hari yang lebih buruk dari semalam? 

Risau pulak aku di buatnya. 

Naik train.. ada pulak orang bunuh diri. Bongok betul pegi terjun dari train. Terjun la train lain ! Hish !!

Dan kami semua tersadai buat beberapa ketika.

Sempat aku usha. Nampak ramai orang berpusu pusu kat belah belakang train.

Memang ada kejadian berlaku.

Risau lak aku. Cepat je nak buat penilaian bahawa aku dengan Sri Lanka ni memang tak de chemistry ! Sejak dari semalam semuanya mendatangkan problema dan masalah. Memang tak serasi.

Aku dan Sri Lanka tak secocok bersama !!



Kamu gak good looking for me
Kamu juga gak impressing me
Gak bisaku paksakan hati
kita gak ada Chemistry

Seminggu kau dekati aku
Takku rasakan getaran itu
Percuma buang buang waktu mu
tak coba dekati aku

tak peduli apa yang kamu rasakan
yang ku tau ini bukan salahku
Karena bukan kamu yang aku mahu
untuk jadi pacarku.

Berhenti berhenti dekati aku
Kutak mau melukai hatimu
Kerena bukan kamu yang aku mahu
Untuk jadi pacarku

Seminggu kau dekati aku
Takku rasakan getaran itu
Percuma buang buang waktu mu
Tuk coba dekati aku

Aku lepak je la dalam train. Ada dekat 30 minit kot. Sempat jugak curi curi duduk sebab bebudak remaja yang ada tu asyik ke belakang tengok apa yang berlaku. Bila dia orang datang aku terpaksa bagi balik seat mereka.

Dengan geng geng remaja tu aku tanya lah apa yang sebenarnya terjadi.

"The train hit the tuk tuk"
"Anyone dies?"
"No... just injured"

Cheh !

Ternyata Markonah telah menyebarkan berita pelesu kepada aku !

Damn u Markonah !!!!!!

bersambung...............

18 comments:

  1. ingat dapat tengok gigi buddha tu nak tau besar mana..,
    adoiiii berapa jam pulak nak berdiri dalam train tu....
    kalau saya sementara nak sampai mau berapa ketul vadai masuk perut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak buleh kot.. gigi yang tak besar tu duduk pulak dalam cawan duduk tgh tgh taman.. mana nak nampak cam tu

      vadei tu nampak sedap. nak beli tapi sebab berdiri takut buruk la org tengok tgh makan.. masa petang vadei dah sejuk...

      Delete
  2. Drama habis. tak makan Kottu kat Kanday ka Meng?

    -hannan-
    -www.kembaraanakmuda.com-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat Hannan. keluar pagi balik dah malam. kedai pun dah tutup

      Delete
  3. Replies
    1. haah. ramai lak tu org jual. x tau mana satu yang sedap. tapi nenas dgn asam nampak sedap. cuma tak terbeli sampai sudah

      Delete
  4. hebat MARKONAH!!!! dia duduk je kat tepi tingkap tu leh tahu 2 person got killed...siap jump2 lagi..kah kah kah...tifah tertifu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. nak kata ada wassap.. phone pun tak nampak di tangan.. hebat sungguh hebat

      Delete
  5. arghhh baru siri ke 6 citer sri lanka ko, macam2 drama ko kan meng...kejap ko jadi sri lankan, kejap india...tapi paling takleh blah jepun tuh!hahahaha!meng cerita ko membuat kan aku pikir banyak kali nakpi sri lanka...aku tak dpt byg nak kena naik bas ngn local..kena berdiri tgh2 aisle yg sempit...silap2 aku tak muat pun nak masuk tgh aisle tuh!hahahaha!

    takleh bayang camne ketapi leh langgar tuk2?hadoi macam-macam laaaa...gigih ko kan kedekut nak beli 1st class sedangkan rm30 je kann...hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. aku rasa org org yang fresh authentic dan trendy macam kita ni kena belajar buat akrobatik mcm citer matrix tu.

      senang nak elak elak..

      lagi haru kalau bawak beg lagi.... org nak lalu pun tak muat. mula la terasa mcm kena molest je dlm bas...

      tu la. memang silap aku x beli first class tu tapi rasanya skrg ok kot. x menyesal.. cuma letih je la nak kena berdiri.

      Delete
  6. nampak gaya aku pegi sri lanka ambik pakej je laa..

    aku baca pasal sebut vadei laju laju tu tak pasal aku pun tetiba otomatik tersebut vadeii vadeii vadeiii vadeiii.. sib baik bos tak dengar. hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je tak ambik pakej... naik la train yang first class.. bus yang private. tak payah bersesak sesak dgn local...

      kalau bos dengar.. belanja la dia vadei satu.. hahahhaa

      Delete
  7. vadei...sedap tu kalo makan...ko test ke? hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak try tapi sebab berdiri.. x terbeli. petang dah sejuk. malas laaa

      Delete
  8. Drama drama drama ... hahahhahaha kira agak murah gak ler ya tambang dia !!!

    Agak agak berapa seketul Vadei dia jual eh?

    Teringin sangat nak borak ngan Markonah !!! Sebab dia pasti mengalahkan pemberita CNN !!! Hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambang memang murah.. so kira option tapi sebab nak bajet la nak blend dgn local la.. end up jadi la macam ni sengkak sengkak....

      vadei tu rasanya 4 ketul 100 rupee.. murah gak la..

      hahah markonah tu dia asyik bercakap. dia diam time tido jer

      Delete
  9. sadis la kalau asyik vadai vadai boleh mendatangkan amarah.Kalau aku baik naik yang 1st class je dari stres dgn kelin kelin tu semua.

    Markonah yang kapuchi sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. kalau aku tau aku naik first class jugak. tapi sebenarnya ok je.. cuma kena bertabah la... bila dah balik ni rasa seronok pulak dgn pengalaman ntah hapa hapa nih

      Delete