Pages

Friday, May 15, 2015

Jelajah Bumi Ceylon 04 - Sigiriya Rock - Part II

Angin sepoi sepoi bahasa Tamil di kawasan atas bukit ni.

Tapi perjalanan mendaki setengah mati tadi tidak berakhir di sini. Sememangnya menjadi impian semua yang datang untuk memanjat sampai ke atas batu Sigiriya Rock ni. Baru lah rock !

Kalau setakat datang, bayar mahal mahal pastu pakai high heel, apa barang?

Hehehe. Tapi track dia tak susah pun sebab bertangga. Kalau pakai selipar pun OK. Aku bawak kasut dalam beg in csse lah, tapi aku rasa lebih selesa pakai Croc jer.

Lion Gate permulaan untuk mendaki separuh lagi menuju ke puncak Sigiriya.

Kat kawasan dataran ni, ada disediakan tangki air. Aku tengok ramai je orang pegi minum. Tapi aku tak lalu nak minum. Nasib baik la aku bawak air mineral botol besar. Tak de orang jual air kat sini, jadi pastikan bawak siap siap dari luar ! Dan aku ada jugak la bawak biskut untuk alas perut. Rasa lapar pun ada jugak sebenarnya.

Air aku pun dah tinggal sikit je sebab dah belasah minum seawal awal tadi. Cuaca panas gila sebab waktu tengahari berdiri. Lagipun aku kepenatan. Tak fit memang buat perjalanan aku sendiri lebih mencabar.

Lagi haru, aku rasa penat dan mengantuk ! How?

Sami sami sama sama mendaki ke atas

Sudahnya, aku jumpa satu port cun. Ada bangku boleh berbaring dan tau apa jadi?

Aku terlelap kat situ. Hahahaha. Selamba badak je aku tidur. Tak tau la berdengkur ke tidak. Tapi tak de pulak orang baling batu ke apa, jadi aku rasa aku tido tak berapa bunyi sangat. Rasa je lah !

Apa apa pun, tidur yang sekejap tu memang buat tubuh jadi segar bugar semula. Kalau tadi penat dan panas cuaca buat aku keletihan. Panjat 10 anak tangga pun rasa macam nak pengsan. Tok sah cerita la berapa kali berhenti. Tapi trick dia, buat buat ambik gambar walaupun hidung tengah kembang semangkuk mintak nyawa !

Port aku tidur ! Hahaha

Bangkit dari tidur tu aku perasan ada ramai budak budak sekolah. Kalau bebudak ni naik mesti lagi lambat aku nak sampai atas. Jadi.. tanpa membuang masa Puan Puan dan Tuan Tuan. Aku gagah kan diri yang gajah ni naik anak anak tangga tu sampai ke atas.

Ayuh kita mulakan !

Mendaki dari Gerbang Lion Gate tu tak susah mana. Sekejap jer cuma laluan tu agak sempit, so kalau ramai orang terpaksa la kena tunggu. Laluan naik dan turun ada tangga khas jadi some part memang tak bertembung.

Budak budak sekolah berbaju putih. Kalau dia orang naik sebelum aku, ntah pukul berapa aku balik Kandy nanti

Sayup pandangan

Pandang dari atas ke bawah di Lion Gate

Ini laluan tangga ke atas. Sebelah dia tu bagi yang nak turun

Ada bukit di belah sana

Berkat daya, usaha dan tawakal berserta juga dengan pemilihan pakaian yang sesuai maka akhirnya aku membuat kemunculan secara grand nya di puncak Sigiriya Rock !

"Hello.. ! Abam dah sampai ni... Sorry lambat sikit. Jalan jem !!"

* mati lah tak de orang pedulik.

Di kawasan atas Sigiriya Rock ni agak flat dan ada kesan kesan binaan lama dahulu yang masih kekal sehingga kini. 

Layan gambar jap. Aku nak cari tempat teduh jap ambik nafas !

Dikhabarkan dulunya di atas batu ini di bina istana raja

Di pandangan bahagian hujung ke arah pekan Sigiriya

Ni tapak paling tinggi sekali di atas batu ni

Panas. Tapi ada pokok tempat berteduh. Ayuh kita pose pose bawah pokok.

Terdapat jugak kolam di atas Sigiriya Rock ni yang menjadi sumber air bersih ketika dulu

Pandangan ke arah main entrance tempat laluan memula tadi. Hujung sana tempat beli tiket 

Lepak lepak kat bawah pokok tu hisap rokok sebatang dua sambil menikmati keindahan dan di pupuk di belai mesra dengan angin sepoi sepoi bahasa Sinhala then aku bersiap sedia nak turun.

Aku dah lari dari planning asal ni. Konon nak spend dalam 2 jam je kat sini, tapi sebab campur tidur badak tadi tu dah berjam jam rasanya aku kat sini.

Tapi aku rasa aku dah slow, rupanya mamat Mat Salleh yang kencing tu lagi lambat sampai ke atas ni dari aku. Kami bertemu semula kat atas Sigiriya Rock ni dan baru la start borak borak.

Dia travel solo gak, dari German. 5 hari di Sri Lanka lepas tu dia akan ke Singapore.

Budak budak sekolah dah berjaya sampai

So sebelum budak budak sekolah ni turun, baik la aku turun dulu. Lagipun panas atas ni tak de banyak pokok. Lagi macam stress, duduk kat atas tu orang asyik panggil aku jadi tukang ambik gambar jer.

Malas aku melayan.

Tapi view di atas Sigiriya Rock ni memang menawan. Tak sia sia berpenat lelah basah basah celah kangkang mendaki. Dapat juga menyingkap rahsia di sebalik rahsia kota Sigiriya ni.

Di atas ni pemandangan memang lawa. Puas hati ! 

Pemandangan indah macam ni senang je membangkitkan mood jiwang karant !



Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci

Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan...

Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan

Tersesat kita dalam perjalanan
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

Laluan turun

Kat tepi batu ni ada sarang tebuan. 

Dekat tempat tiket tu dia dah bagitau siap siap, kalau tebuan ni mengamuk, pelawat tidak di benarkan mendaki ke puncak dan wang tidak akan di kembalikan.

Jadi.. Sarang tebuan jangan di jolok !

Aku berjalan turun dengan Mat Salleh tadi tu, dia pun overnight Kandy jugak malam ni so memula dia ajak balik ke Dambulla sama sama tapi aku cakap aku nak pegi Muzium dulu sebab aku tak sempat pegi tadi. 

So kami terpisah sebab dia ikut exit belah kiri ke arah tempat kami memula datang tadi manakala aku terus ke main entrance jer.

By the way, kalau nak naik bas memang kena exit belah tepi sebab bas cuma ikut laluan jalan kat tepi kompleks Sigiriya ni.

Aku memandang dengan kepuasan yang maksimum ! Sigiriya Rock sudah berjaya aku tawan. * kembang hidung tanda riak walhal orang naik 2 jam, aku naik 3 jam ! Hehehe

Nak turun dari Sigiriya Rock ni sebenarnya kejap jer sebab tangga turun ikut belah lain dan tak de kena jalan tepi tepi batu tu lagi.

Aku keluar ke main entrance dan terus ke Muzium Sigiriya. Masa nak keluar tu ramai lagi orang baru sampai. Aku nasihatkan kalau nak datang sini elok lah datang pagi. Kalau petang takut hujan ke apa membantutkan perjalana sebab tangga licin.

Buang masa je. Patutnya aku singgah masa datang tadi

Menariknya muzium ni di bina di atas paya

Bangunan muzium

Dalam muzium

Paparan dalam muzium ni adalah berkenaan dengan Sigiriya Rock tu. Ada model binaan yang di buat di dalam muzium tapi sebab tak leh nak ambik gambar so aku pun tak de gambar tu. Kalau masuk muzium dulu baru panjat Sigiriya Rock tu lebih baik sebenarnya sebab di muzium ni boleh nampak gambaran sebenar kota dan istana sewaktu ianya masih wujud dahulu kala.

Dan di muzium ni jugak ada lukisan dinding macam kat atas tadi. Tapi yang ni tiruan la kot

Aku spent sekejap je dalam muzium tu. Agak bosan jugak kat dalam, tapi dah alang alang sampai, aku pegi la jugak.

Keluar dari muzium kena patah balik ke main entrance pastu belok balik ikut laluan aku memula sampai pagi tadi. Jauh tu !! Dah la jalan tanah merah dan tak de kenderaan lalu lalang. 

Tapi akhirnya membawa aku semula ke tepi jalan tempat aku turun bas tadi.

Sigiriya Rock dari kejauhan

Bagi aku Sigiriya Rock ni adalah wajib datang kalau ke Sri Lanka. 

Kena mendaki la walaupun memang tak fit macam aku ni. Dan aku pun paksa diri datang sini dan mendaki. Kalau ikutkan aku, panjat memanjat ni memang aku tak masuk dalam itinerary aku. Lagi lagi kalau nak panjat Adam's Peak. Tapi Sigiriya ni kira a must do.

Terpongeh cemana pun, slow slow lah. Anda pasti berjaya menuju puncak !

* shuffle tarian Cikgu Linda Jasmine.

Masa aku lepak tunggu bas kat tepi jalan tu, nampak ada orang naik gajah. So port tu la memang dia orang ambik gambar. Sempat la aku tumpang snappy.

Aku kesian kat gajah ni. Tempatnya bukan di sini.. dia kena hidup bebas di hutan !

* mati la tetiba jadi pencinta haiwan tahap tegar

Dalam pada aku menunggu bas tu, tiba tiba nampak Tuk Tuk berhenti. Aku dah siap siapkan diri malas nak melayan pujuk rayu dia orang ni. Tak per, aku tunggu je bas balik ke Dambulla ni.

"Hello Sir.. How are you?"

Dia cuba tegur. Aku senyum je lah. Senyum sikit je buat syarat.

"Where are you from Sir?"
"Why dont you take a wild guess?"
"Japan. Are you from Japan? Yes ! I Know you are from Japan !!!"

* rebah tepi kaki gajah !

Kau gila ke apa? Tak pernah tengok orang Jepun ke? Kalau aku yang berkerak ni dikatakan orang Jepun. Kalau jumpa orang Jepun betul mesti dia ingat orang tu albino kot.

Apa apa pun, 10 markah sebab konfiden level dia tinggi mengatakan aku adalah dari Jepun !

* pose pose jalan pakai Kimono, pekup mulut sambil senyum sampai ke telinga

"Koniciwa......"

Kalau tau jawapan sebenarnya mesti dia kecewa !

bersambung.................

32 comments:

  1. Ohaiyo Meng san, gambar dlm muzium xdok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de. Tak leh ambik gambar...

      ada replika sigiriya rock dengan barang barang yang di simpan dari zaman dulu yang di temui di kawasan kota purba ni. ada mahkota permaisuri, alat alat senjata dan alatan memasak....

      dalam muzium dia kecik je pun...

      Delete
    2. ada pak guard mengekor. tapi dia ok la.. tukang cerita

      Delete
  2. sib bek tak kena pijak gajah... masa rebaH tu... hehehee

    eyhh.. lupa lak... Assalamualaikum tuan rumah....

    singgah komen kat siniii...

    beliak2 bijik mata tengok gambar2 dia... :) ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam......

      kalau kena pijak dgn gajah bangun balik sebab seronok org cakap org jepun... hahahahaa

      selamat datang dan teruskan melepak di sini... tq

      Delete
  3. hahahaa sri lankan ngan jepun jauh beza tu.Ada masalah mata agaknya orang tu kari ngan sushi pun tak kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan.. kot ya pun nak start the conversation dan ambik hati aku.. biar la logik sikit... ni.. aku pun boleh jadi buntu nak menerima kenyataan hidup

      Delete
  4. Aku rasa dieorang kalao tak tahu orang tu dari mana dieorang kata Jepun je, aku pon kena camtu, tetibe kata Konichiwa dengan aku. Meng, gambormirror wall takde ke? Jenuh aku nak faham konsep pantulan tu kat internet semalam, dop jupe.

    -hannan-
    -www.kembaraanakmuda.com-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dah tambar dalam entry semalam...

      http://supermengmalaya.blogspot.com/2015/05/jelajah-bumi-ceylon-03-sigiriya-rock.html

      Mirror wall tu macam dinding yang berkaca.. asalnya ada grafitti dan tulisan2 dia orang zaman dulu yang di preserved. Kalau tengok kat batu tu dari bawah nampak garisan kaler orang macam tampalan di dinding ... tu la mirror wall tu... tapi masa hari tu laluan tu panas gila.. nak stay lama lama pun tak tahan.

      dan dinding tu tak leh di sentuh. kena lalu tepi dia je... dan tulisan/lukisan tu tak berapa nampak sgt

      Delete
    2. Hmm, ok Meng, terime kaseh. dapat la sket gambaran nya.

      -hannan-
      -www.kembaraanakmuda.com-

      Delete
  5. Replies
    1. Tu lah. kesian dia. tapi kat sri lanka ni gajah memang banyak

      Delete
  6. Gajah menanges siapa yg tahu..huhu. Kesian gajah ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dpt makan tebu banyak kot lepas buat keje angkut orang. hehehehe

      Delete
  7. org jepun sudahnya, tapi much more better la dari minah ingat ko lokal tu
    hahaha *gelak sambil tarik telinga gajah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... kalau di tuduh local tapi dpt tiket murah tak pe jugak kan??

      Delete
  8. Meng, ntah2 tahap dengkuran ko menakutkan orang sekeliling untuk baling batu..hahaha..ko dah tido mana ko sedarkan...hehe...anyway, aku mmg takkan naik gajah2 ni..bukan sbb takut, tapi sbb kesian, kesian sampai tahap kalau aku kayo, akan ku bela nasib gajah2 tu semua...gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengkur tu tak jugak la kot sebab tidur tidur ayam je.. tido sambil peluk beg takut org curik kamera ke apa...

      tapi atas tu bising dan aku dok jauh jauh skit dari orang.

      bagus la kalau kau nak bela nasib nasib gajah ni... hehehe

      Delete
  9. Meng, Org yg bwk kamera memang orang selalu mintak tlg ambik kn gambar...dh sah2 gambar cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. tapi takut jugak kdg kdg ambik gambar dia org ni ada je yang tak puas hati.....

      Delete
  10. tapi memang sedap agaknya tidur kat situ kan....
    bila dah berada di atas puncak tu...ada tak berangan macam king bagi ucapan pada rakyat jelata kat bawah?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bagi ucapan org tak dengar. angin kuat.. suara pun tersepit sebab tekak kering !

      air dah abis !!! hehehehe

      Delete
  11. terfikir jg mcmana mereka bina istana atas batu tu..tak nampak foundation pun..angin kuat lak tu, memang terror akitek/engineer zaman dulu...

    tengok budak2 sekolah berbaju putih, seluar putih..teringat budak 'koleg' MCKK pergi outing..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. zaman dulu2 semua kekurangan tapi ok je dia org survive.

      tapi dia org dulu bina sebab kesetiaan pd pemerintah. so bina betul2. skrg ni semua sebab nak duit

      Delete
    2. hahah zaman aku form 1 masih pakai short putih... malu giler

      Delete
  12. Orang lelaki ni senang tidur kan? Letak kepala je terus lena.
    Kalau perempuan ni payah sikit. Eh ke aku sorang je taktau la.
    Kau boleh tidur kat situ memang kagum jugak la hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang tak senang. kalau tak mengantuk.. cepat je hanyut... hehehe

      Delete
  13. mampukah aku naik batu tu...sigh...bonda gemuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aku mampu. bonda esah apatah lagi. baca mantera kasi terbang terus sampai kat atas.. hahahhaa

      slow slow beb.. bisa aja !

      Delete
  14. meng..
    kalaulah saya terpongeh..
    setakat sampai ke kaki lion tu je..
    dan tunggu di kaki lion tu je ..
    bolehkah saya berjumpa dengan geng geng lain [yang kekononnya gagah perkasa dan sampai ke atas ] tu di kaki lion ini ?
    atau mereka akan turun ikut jalan lain?
    sekian soalan saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh !!!

      jalan nak sampai ke kaki lion tu ada 2 ... biasanya satu naik ( ikut mirror wall ) dan turun terus ke bawah..

      tapi dari kaki lion tu.. jalan naik dan turun akan lalu kat kaki lion tu je. so pasti berrtemu.

      tapi alang alang dah sampai lion gate tu.. naik je la. dari bawah je terpongeh skit. naik tangga dari lion gate tu dah oke

      Delete