Pages

Tuesday, April 28, 2015

Trip Sabah 2015 : 15 - Shangri La's Rasa Ria Resort & Spa - Random

Okey. Last last.. Sebab banyak sangat aku ambik gambar kat sini.  

Layan random pix dari Shangri La Rasa Ria, Kota Kinabalu.

Poskad. Aku tak jumpa pun buai tu. Mesti dah jahanam ada gergasi duduk

Laluan ke pantai

Pantai Dalit. Pantai dia sangat luas. Penat nak berjalan. Ada aktiviti menunggang kuda tepi laut kalau nak feel feel macam dalam movie.

Boleh lepak dan santai santai

Anak aku paling riang sebab dapat main pasir

Ada life guard kat situ. Aku bawak rokok tapi lupa bawak lighter.. dekat dia lah aku mengendeng dan meminjam

Princess sangat heaven dengan pasir nya. Yang bestnya pantai dia tak de orang

Ni area water sport

Boleh pilih nak main. Princess mencuba nasib. Hero memang tak de sebab dia tak suka pantai. Dia lebih suka lepak kat pool.

Kalau aku naik ni mesti sesat sampai ke negeri China kot sebab tak reti kemudi

Laluan ke pantai

Ni tempat main kuda pony

Kat Shangri La ni ada pusat penjagaan Orang Utan. Boleh masuk dan tengok Orang Utan kat sini. Ada 2 ekor. Tapi kena bayar lah. Guest RM 55. Orang luar aku tak pasti berapa tapi lagi mahal

Ada walk of fame Orang Utan

Payung payung istirehat dekat Garden Wing

Garden Wing punya reception dan lobby

Ni tempat mainan budak budak

Ada Kid's Club.... ibu bapak tak di benarkan masuk. Boleh tinggal dia orang main main kat sini kalau mak bapak nak buat kerja lain. Berani la anak aku tu nak pegi kalau aku tak der...  Tak mahunya dia

Garden Wing

Kerusi santai tepi pool di Garden Wing

Burung kakaktua yang memekak

Pool kanak kanak di Garden Wing

Ada slide. Tak de orang, anak aku berdua je mandi

Pool dewasa di Garden Wing. Aku pun tak mandi sebab rasa kurang seksi sikit hari tu.

Tempat melepak. 

Santai

Garden Wing

Masa aku melepak lepak kat pool tunggu bebudak mandi, ada mamat Chinese mintak pinjam lighter.

Aku dah la tak de lighter. Aku pun paw budak budak yang kerja kat bar kat pool ni. 

Baik mamat Chinese dari China tu. Dia siap offer aku rokok dia. Kami dok la borak borak jap sementara aku menunggu anak anak aku berenang. Tapi asal aku bercakap je mesti dia potong.

"Stop ! Stop ! Talk slowly please. I dont speak good English"

Terpaksa aku cakap macam siput. Satu satu. Aku offer rokok Dunhill Malaysia kat dia, dia tak nak. Dia kata dia tak selera sebab tengok gambar kat kotak rokok tu. 

Hiks. Dia tanya aku, aku tak rasa apa apa ker. Jawab aku.

"Ada aku kesah ?"

Tapi aku rasa memang ramai Chinese dari mainland datang sini. Nasib baik la dia orang tak buat perangai bukan bukan.

Ni pulak pool di Ocean Wing. Santai di Ocean Wing lebih privacy sebab tak ramai orang. Dan asal aku duduk je ada orang datang bawak air. I felt like a king ! King Kong !!!

Ocean Wing Pool... Budak budak aman damai mandi kat sini sebab tak de budak budak langsung.

Pool di Ocean Wing yang best dan tak de orang. 

In fact.. kat resort ni aku tak jumpa pun guests Melayu. Ramainya mat salleh je lah. Cuma ramai Malay staff kat resort ni dan mereka sangat friendly.

Soalan dia orang sama jer.

"Dari Semenanjung ya Bang?"

Patut aku jawab.

"Tak lah. Dari Italy... Muka je ala ala Jawa sikit !"

Haks...

Tapi dia orang OK lah. Mana pegi dia orang tegur.

Taman di bawah Ocean Wing

Hero dokong Princess sebab Princess tak nak berjalan. Jenuh la hari ni mandi kat pool kat Garden Wing pastu gi balik mandi kat pool Ocean Wing. Pastu naik bilik mandi lagi dalam kolam kecik tu. Kembang budak budak ni dengan air

Overall..

The best hotel ever yang aku pernah stay. Service, room semua benda bagus bagus belaka. Sangat privacy especially untuk artis artis antarabangsa macam aku ni yang tak suka ramai ramai orang.

For your info, Shangri La Rasa Ria ni voted number 1 resort in Sabah dan number 5 di Malaysia by Trip Advisor untuk tahun 2014 !

Terima kasih kepada Tokey Gula aka Robert Kuok yang membina empayer Shangri La ni cuma harap harap since dia pun Malaysian dan dia paling kaya kat Malaysia ni, so apa kata dia bagi semua rakyat Malaysia stay free kat mana mana Shangri La seluruh dunia ni. Pastu dapat free sekilo gula. Aci kan doa begitu? Pastu semua kena kencing manis semua salahkan dia ! Hahaha

Aku sangat sangat puas hati dengan hotel ni. Walaupun mahal tapi berbaloi. Aku recommend sesapa yang banyak duit gi la duduk 10 malam pun tak per kat sini. Tapi bagi yang kurang duit macam aku ni, pegi la sekali dalam seumur hidup dan rasai secebis syurga duniawi di sini.

Terima kasih Shangri La Rasa Ria. Kau terindah. Masih Ada. Yang Tercantik. Itu kamu !



Segala yang ku pasti akan aku capai tuk mengambil hati mu
Melepasi angkasa cinta ku
Sesudah aku melafazkan kesemua yang diperlu
Ianya seperti suluhan yang terang

Segala yang kau ragui akan ku padam habis dari hati mu
Mengingkari dalaman akal mu
Takkan puas ku, mengiringi semua tawa dan tangisan mu,
Anggun wajahmu, pelita yg terang

Hatiku mahu mu
Rupa mu
Masih masih masih masih...

Kau terindah
Masih ada
Yang tercantik
Itu Kamu

Tiada mengapa taupun sampai bila kerna cinta enggan kenal mengalah
Memanah masuk hatiku yang reti
Setelah kau nampak tetap ku masih menunjukkan erti hidupku
Yang mahu bersama kau buat selamanya...

bersambung...........

16 comments:

  1. tengah tengok tabung nak merasai secebis syurga duniawi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit sikit lama lama boleh gi haji !

      so .. selamat menabung

      Delete
  2. cantik betul tempat dia..telan liur je la tgk..nak menginap belum mampu..hahahahhaha...

    dah besar rupanya hero ye boleh dukung pinses cmtu..jgn kata pinses and hero kalo daku tu pun berendam lama2 kat pool tu tak nak naik..dh la takde org..lagi la heaven kan..hahahaha..

    cepat la abam Meng,,bila boleh lulus ai punya request nak jadi anok angkat nih..hahahahhaha..

    Hitaly ye...kuikuikui..dah goner la Hitaly muka jawa2?tunjuk sikit..ada brannnnn?????hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada anak angkat dah tak muat bilik. kena ambik bilik extra..

      x pun tidur kat lobby jer.. ahaks....

      hero tu memang membesar bagai resaksa ultron

      Delete
  3. Gitewwww..skali seumor hidup ye bang meng :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza.. sekali cukup la... lain lain simpan duit gi tempat lain pulop

      Delete
  4. kakak is marah
    bcoz...kakak is the kanot see picture here in this blog.

    kakak is mahu baling pc ini ikut tingkap

    (tu sebab dah lama tak komen..sebab tak leh tengok gambo dlm blog nih!!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak kenapa emoh.

      jangan emoh..... duduk di rumah sendiri pun best.. kan???

      gambar kakak pun ok.. cuma belajar2 guna setting slr tu.. semi manual pun buleh as a start

      Delete
  5. Bang..
    Ko tak bawak lastik ke bang.
    Alang alang burong kakak tua tu memekak jer.. bagi se-das bang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak jugak lastik beburung tu. tapi kang tetiba ramai pulak yang lastik aku. hehehe

      Delete
  6. Mmg cun ah tmpt ni...tggu aku tua sikit lg lah..mna tau masa tu gaji besorrr sikit...leh merasai cebisan syurga duniawi nih...hehehe

    Ok baca psl gergasi duk kt buaian tu tetiba aku nk sentap okeh..sbb tbyg aku yg duk kt situ smpi ranap buai tu!hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah.. tak payah tunggu kau. kalau buai tu ada DJ aku pun pegi duduk..

      dah confirm ranap jugak .. hahahahhaa

      * siram diri sendiri dengan air slimming tea

      Delete
  7. Janji hati puas !!! Hahahahhahahaaa

    Hotel Mewah ... Biz Class Travelling ... memang BEST !!!

    Hahahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala encik ghaz... nak kumpul duit gi calgary tak mampu.....

      Delete