Pages

Thursday, April 23, 2015

Trip Sabah 2015 : 10 - Shangri La's Rasa Ria Resort & Spa - Ocean Wing

Hahaha cuak badak sebab nama tak de dalam list.

Tapi pak guard tu pun tak de lah kejam mana. Dia suruh je aku masuk dan terus ke lobby !

Okey.. Ayuh bergegas melarikan diri sebelum muka tebal 14 inci menahan malu.

Di pintu masuk

Sebaik saja masuk.. kami di hidangkan dengan pemandangan padang golf. Dalit Golf Course. Ada club house kat situ

Tapi untuk sampai ke resort, kena drive ke dalam lagi....

Pokok teratai melambai lambai kami datang

Tapi bunganya tak banyak. Ada sekuntum dua jer

Bergerak terus membawa kami ke lobby hotel. Tapi ini Garden Wing. Patut la nama aku tak de dalam list sebab pakcik guard tu check dalam list guests untuk Garden Wing.

Tapi sebab aku booking di Ocean Wing so bellboy tu suruh aku pegi ke Ocean Wing kat sebelah. Boleh je nak check in kat Garden Wing tu tapi jauh lak nak kena menapak

Sesampai je kami di sambut oleh 2 orang gadis yang cantik dan seksi !

Memang cantik cantik Sumandak receptionist dia. Dan memang seksi !!!! Ya aw aw....

Tergoda iman kejap.

Benda yang aku suka kalau pegi hotel luxury dan mewah selain dari feeling feeling adalah untuk merasai apa yang membezakan sesebuah hotel tu dengan hotel hotel yang lain. With past experience di Shangs dan Traders aku memang letak expectation yang tinggi untuk Rasa Ria ni.

Of chos aku expect sesuatu yang bagus dan istimewa sebab aku bayar mahal ! Kan? Tak salah kan?

"Welcome Encik Supermeng Malaya to Shangri La Rasa Ria Kota Kinabalu"

Haaaa dan dan tu kau tau nama aku?

Good ! Cemana dia tau? Ntah. Aku rasa dia boleh agak kot dari butir butir booking aku contohnya aku datang dengan 2 orang budak budak resaksa neh.

Kami turunkan barang barang sebelum kereta di park di kawasan parking.  

"As to welcome you to your home, we would like you to hit the gong"

Ini gong nya.

Kalau aku yang pukul mahu terbalik gong tu karang. So kasik Hero yang pukul. Bergema gema jugak lah bunyi. Tapi anak aku tu bukan reti nak bersopan santun. Sekali ketuk macam boleh halau semua burung.

Sebagai simbolik kepulangan ( ke rumah )... kena pukul 3 kali. Bengang jugak la telinga sebab Hero canang kuat macam nak mati.

"Have a seat first Sir... how was your trip?"

Kannn.

Kata manis meracun kalbu. Kadang kadang rasa macam lakonan je dia orang ni. Tapi sebab dia cantik dan muka manis, aku pun ala ala terpedaya.

"Do you like to check in here or in your room Sir?"

Part aku tak suka kalau dia nak mengekor aku sampai ke bilik. Check in kat lobby ni saja sudah.

"Here is fine"

Then tak lama datang sumandak cun sorang lagi sediakan minuman dan tuala basah.

Welcome drink

So ada 3 gadis cantik dan muda dan lawa dan mengiurkan.

Macam Adira. Marsha dan Adel AF. Tu bayangan aku lah tapi macam dia orang ni lawa lagi. Local Sabahan rasanya.

Tapi yang attend aku untuk check in tu tu nama dia Nina.

"Just take your time Sir.. I will be back shortly"

Nasib la dia bagus bagi aku space dan masa nak teguk air sebab dahaga. Dan anak anak aku dah jakun dengan tuala basah dan start berlari lari. Dan aku lagi jakun dan tak sabar nak snappy sana sini.

Layan dulu.

Ruang duduk kat lobby

View lobby di Ocean Wing

Tak lama lepas tu si Nina ni datang semula. Datang dengan wireless credit card reader dan file. Dia check IC aku jap then check butiran card. Aku suka macam ni sebab aku tak payah beratur di meja reception. Aku lepak lepak je, dia yang datang kat aku. Baru la namanya exceptional service. Ye dok?

Deposit bilik adalah RM 700 !

* pengsan kat situ. 

Dia block Debit Card sebab aku memang tak de Credit Card.

"Okey.. we are done. Let me show you your room"

Nak jugak dia hantor tuh. Aku ni tak gemar sebenornya. Biar aku gi sendiri lah. Tapi nak tak nak terpaksa akur sebab dia bermanis muka dan berskirt seksi.

Laluan ke lif

Bilik aku di tingkat 4. Aku memang mintak tingkat yang tinggi. Ocean Wing ni 5 tingkat je sebenarnya

Ocean Wing

Pintu 

Sampai sampai je si Nina ni terus je lah.

"Welcome home Mr Supermeng Malaya"

Home lah ! Kau ingat aku mampu nak ada rumah macam ni? Aku mampu duduk sehari dua jer pastu nangis kumpul duit nak merasa untuk duduk lagi !

Dan dia pun bukak semua suis lampu, tunjuk apa yang patut. Anak aku dah menjerit jerit dah. Aku pun excited jugak tapi Nina ni tak blah blah. Aku kena lah control macho.

So tugas di Nina ni bagitau suiz kat sini.. apa kat sini.. apa apa la.. Like aku kisah? Tak sangat pun. Dalam hati berdoa cepat cepat dia beramssss !

Last sekali dia blah jugak. Yahooo !

Katil yang inzal

Ruang yang luas.... siap ada closet area

Bilik air besar gila gila

Dan yang paling bestnya yang buat anak anak aku menjerit tak sabar sabar adalah sebab bilik ni ada private jacuzi kat balcony !

Walla !

Dan verandah dia memang besar

Day bed dia sangat besar dan cozy tahap tak payah tidur kat katil dalam bilik !

Pemandangan dari balkoni ke arah kanan

Arah depan

Dan belah kiri. Opss.. ada pembinaan !

Sebenarnya Ocean Wing ni baru di buka dan belum pun siap sepenuhnya. 

Dan aku memang ambik Ocean Wing sebab private jacuzi dan verandah yang luas terbentang tadi tu. Garden Wing tak de benda benda tu dan aku rasa kalau Garden wing sama je macam dekat Shangri La Tanjung Aru.

Tu yang aku jadi excited. 

Dan budak budak terus excited nak mandi kolam.

Jadi layan dulu gambar gambar sekitar Ocean Wing, Shangri La Rasa Ria, Kota Kinabalu ni.

Ocean Wing. Bilik kami kat atas tu

View dia memang mengadap pool dan laut

Yang bestnya.. Guest Ocean Wing boleh pegi ke Garden Wing dan guna facilities di sana tapi guest Garden Wing tak boleh datang ke Ocean Wing. So.. Ocean Wing ni memang untuk tetamu Ocean Wing sahaja.

Jacuzi pool hanya untuk Ocean Wing sahaja

Ocean Wing

Ocean Wing ada pool sendiri. Ada 3 pool. Cuma pool kanak kanak dia tak de slide. Slide kena pegi Garden Wing

Restoran The Coast berdekatan dengan Ocean Wing tempat breakfast lunch dan dinner.

Laluan ke pantai

Pantai Dalit

Pantai dia sangat la luas

Kawasan resort mengadap ke pantai

Dah check in dan dapat bilik, budak budak terus histeria mandi kat jacuzzi.

Dan aku pun pose pose sendu kat daybed yang besar tu melabuhkan mata...

OR .... aku tanya dia.

"OK tak Yang hotel ni?"
"Saya OK jer. tak kisah pun mana mana"

Kann?

Dia memang macam tu. Benda benda duniawi ni dia tak heran mana. Lagi lagi sebab dia memang tak suka travel travel ni. Bagi dia mana mana sama jer. Dan aku pun OK jer. Tak de la salahkan dia. Dia tak minat travel tapi dia tak halang aku travel. Tu paling penting !

Aku dengan budak budak je yang jakun terlebih.

Tak pe lah.. dan yang terpaling penting..anak anak aku gembira !

"Anak anak ku, ayuh kita buat gaya kuak lentang."

Budak budak berkubang dalam kolam. Aku kuak lentang atas katil.

Kali ni betul betul rasa selesa................ sedar sedar dah nak maghrib dah.



Hati Ini Menginginkan Cinta
Yang hadirnya Mendampingi Jiwa
Dikau Jauh Jasadmu Disana
Tapi Hadirmu Ada Di Sini.

Tuhan Dekatkanlah Aku Kepadanya
Khabarkanlah Aku Yang Aku Rindu
Mungkin Kau Merasa Apa Yang Ku Rasa
Engkau Yang Ku Mahu Tiada Yang Sepertimu.

Cinta Ini Hanyalah Untukmu
Terimalah Aku Seadanya
Moga Takdir Menyatukan Kita
Dan Bercinta Untuk Selama-lamanya.

bersambung...........

24 comments:

  1. Cantik gambar awan tu bang.. big WIN..
    Memang puas ati kalau layan menembak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik.. the second day ok.. hari hari lain semua mendung kelabu jer.. syok berkelubung dlm selimut

      Delete
  2. Cantik dan menarik sekali resort nih ... and of course reganya pun menawan hahahahahaa

    Paling suka ialah restaurant for bfast dia ... sebab open and banyak burung pipit datang !

    ReplyDelete
    Replies
    1. burung pipit ? heheheh.. burung kakak tua ada banyak. memekak tak tentu pasal. tak tau apa masalah dia...

      Delete
  3. Wahhh memang fefeling mewah ler kalu dok sini..hahaha

    tp paling win is gamba langit membiru tue bang meng..super awesome!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. rezeki gak dpt langit bru. kalau tak nangis la nak kuis kuis awan kasik gambar clear

      Delete

  4. ada jacuzzi & daybed kat verandah. damnson ! nak meracun laki aku ke sini lah nanti ~ tapi kat reception tu aku nk blindfold dia jap. ngeheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh. rugi kalau blindfold.. kasi dia tengok la.. tenang je jiwa sekejap.. pastu kalau turun lif rasa mcm nak gi cilok ke lobby jap tengok sumandak2 nih

      hahahahhaha

      saja nak tanya APA KHABARRRRRRRRRRRRRRRRRR

      Delete
  5. aku bayangkan OR mesti jenis yang tak kisah kan.
    jenis boleh dibawa bincang, senang dibawa ke tengah ke tepi.
    bukan tipikal perempuan/wife yang mulut potpet hehe..
    untung kau meng :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah nak bayangkan sangat la normaya. dia manusia biasa. ada hari dia ok. ada hari aku tutup telinga dengan bantal x nak dengar...

      cuma kena banyak nego skit la. give and take.. apa yang penting.. aku buat apa yang aku kena buat dan dia buat apa yang dia perlu buat...

      Delete
  6. berbakul bakul meng memuji amoi shangri la cantik.Takde pic ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... sebab memang cun weh.... rugi lak kalau tak puji. hiks...

      pic.. xde la. x sempat nak snap sebab terpegun.. hahahaha

      Delete
  7. Gitu. Dulu aku kerja situ gak tapi sebab muka sendu & bukan macam Sumandak so kena campak gi laundry je. Sobs. Tapi memang lawa view dia. Aku suka kalau time sunset. Layan feeling habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. kan. aku rasa kau kena pakai seksi seksi baru dia buh kat depan tu BK... hehehe

      Delete
  8. tang jakuzi kat verandah tu memang inzal abes la meng...terus aku check baki akaunnn berangan nakpi tidoq sini...kehkehkeh BK, ko ex staff situ tak de dapat diskaonnn ker...hehehehe!

    hamboi ko kemain muji sumandak tu eh...kena luku dengan OR kat sebelah tu baru tau...hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala puji je... sebab memang cantik.. hotel lain pun cun cun gak tapi kat sini lagi cun.. siap pakai chongsam kain senteng lagi.

      mana la aku tak teruja

      Delete
  9. Suasana resort macam yang di karambunai...ker yang karambuai tu under sheng jugak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak. karambunai under nexus rasanya...

      bangunan dia maybe lebih kurang sama.kot

      Delete
  10. Replies
    1. silakan............. jangan lupa gi makan kat gayang

      Delete
  11. untung la ko meng OR x minat travel.. tp dia x halang.. kalau aku harus la mengekor je. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung jugak la.. hehehee dia tu nak ikut dan tak nak ikut sama banyak.. pastu banyak la hal dia. ayam itik tak makan la... mcm petani moden je banyak ternakan

      Delete
  12. Bercuti 2 minggu dan marathon entry Sabah ni. Best nya la hotel ni. Mmg syurga duniawi nih. Boleh reserved utk anniversary nanti. Tapi, entah anniv yg ke berapa lah. Haha.
    Tapi Sabah mmg best dan cantik!

    ReplyDelete