Untuk penginapan di Kundasang, aku telah memilih J Residence, Kundasang.
J for Jemah?
J for Jemah?
Terletak berdekatan dengan pintu utama Taman Kinabalu
Laluan masuk. Kena turun ke bawah bukit. Scary jugak la jalan dia tu sebab menjunam
Waktu kami sampai hari dah malam. So dah gelap.
Singgah kat reception ambik kunci. Memang kami je yang belum check in untuk hari tu. Di beri kunci dan kami turun ke bawah di bahagian chalet chalet penginapan yang ada.
Ruang parking agak terhad. Satu chalet cuma di benarkan 1 kereta je. Masa tu memang penuh lah.
Sampai sampai terus load barang dah masuk bilik. Dah gelap. Tak nampak apa pun.
Bilik kami. Dalam bilik ada 1 Queen Size bed dan 1 single bed
Ada LCD kecik.. tapi tak de siaran TV. Cuma di bekalkan DVD player.. dengan 2 keping DVD..
Bilik air terbuka di bahagian atas.. Angin sejuk pun masuk. Nak kumur terus rasa cramp gigi. Nasib shower ada hot water
Tuala dan peralatan yang di bekalkan
Aku tak nak komplain sangat pasal bilik sebab harga dia memang agak murah masa aku book dan aku pun tak tau kenapa aku book tempat ni. Mungkin sebab baca review macam bagus bagus jer
Tapi.. dah la TV tak de siaran. DVD pulak rosak !!!
Jadi bayangkan.. malam tu kami semua mati kutu !!
Anak anak aku tak puas hati je sebab tak leh tengok TV.
Apa yang boleh di buat adalah tenung muka masing masing. Dan masuk selimut sebab kesejukan melampau.
Kami makan KFC dulu sebelum rehat rehat dan bersiap sedia untuk tidur ! Tidur awal malam tu di Kundasang. Pukul 9 masing masing dah naik atas katil. Ruang dah la sempit, cuma muat untuk isi barang dan solat jer.
Princess dok main payung Frozen dia, tup tup terlanggar jatuh dan patah ! Terus jahanam payung Frozen tak sampai sehari !
Princess dok main payung Frozen dia, tup tup terlanggar jatuh dan patah ! Terus jahanam payung Frozen tak sampai sehari !
Lagi yang tak best pasal chalet ni, setiap chalet di semi detached sebelah menyebelah dengan chalet orang lain. Dah la kalau orang nak balik bilik dia, kena lalu depan bilik aku. Pastu dinding dia agaknya nipis gila. Orang sebelah bercakap boleh dengar.
Lagi lagi orang sebelah boleh dengar anak aku berjalan atas lantai kayu macam gergasi bunyinya.
Berkali kali aku terpaksa suruh dia pose pose berjalan macam pakai kimono. Senyap senyap. Memang tak berapa privacy lah tempat ni.
Nasib orang sebelah tak komplain. Tapi dia orang batuk pun kami boleh dengar.
Apa apa pun malam tu memang kami tidur awal. Bahana kesejukkan melampau dan jugak tak tau nak buat apa. Nasib baik jugak la memang mengantuk sebab semalam aku tak cukup tidur. So malam ni kasi tidur kaw kaw punya.
Sedar sedar dah pagi !
J Residence
Dekat chalet kami tu adalah lah macam dapur kat bahagian luar. Konon OR nak masak air la buat kopi ke layan jugak la sejuk sejuk ni minum kopi.
Tapi gas pulak abis !
Pekerja dia semua kat atas kat reception tu. Malas pulak aku nak naik bertanya. Sudahnya tak de la minum kopi pun pagi tu.. Makan lah saki baki KFC semalam.
Makan KFC dan jajan
Kucing pun banyak. Dia orang pun sama belasah makan KFC
One thing about this resort, tempat dia macam lawa la jugak.
So siang tu sempat la usha usha apa yang patut di persekitaran.
Laluan ke atas tu untuk ke lobby dan jugak keluar. Mencanak jugak la nak naik bukit tu
Ada tempat gathering kalau untuk rombongan yang ramai. Boleh BBQ
View dia biasa biasa jer. Tak nampak Kinabalu pun.. cuma ada mountain view jer
Pokok pokok
Bunga bunga
Buah buah
Pepokok
Chalet kami.. ada 2 unit tu sebelah menyebelah
Pokok pokok lain
View
Pemandangan
Kawasan persekitaran
Ni macam untuk sepasukan
Ni 2 unit kami duduk. Tak privacy sangat
Unit ni agak privacy tapi fully booked
Suasana nyaman
Overall, aku tak berapa nak recommend sangat tempat ni untuk family. Kalau untuk group muda mudi OK lah. Boleh lepak lepak BBQ dan borak sampai pagi.
Kalau couple yang bercinta cintun pun tak recommend sangat sebab bilik dia tu boleh dengar orang sebelah berbual bual unless ambik yang private unit tu.
Lokasi dia agak private dari segi jauh dari resort resort lain. Tapi aku rasa banyak lagi resort lain yang private dan bagus daripada ni.
Aku tak berapa recommend. Terutamanya sebab TV tak de siaran dan DVD pun setakat pose pose je atas almari tapi tak leh di guna. Kalau datang semata mata nak membuta boleh lah.
Kasih.. maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu
Kasih.. engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya
Tiga malam tanpa bintang
Dan diriku dihimpit penyesalan
Arah tuju kian fana
Kerna hilangnya manira
Bagaikan siang diselubung gerhana
Kembalikan senda tawa
Pulangkanlah manis disenyum manja
Ku pahatkan keinsafan
Dan patrikan kesetiaan
Sehingga nadi menafikan nyawa
Kasih.. maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu
Kasih.. engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya
Kasih…
Dan sebab cuaca sejuk.. aku sambung membuta siangnya sampai la pukul 11 pagi sebab kami dah nak kena check out ! Sejuk sejuk memang boleh bikin bertambah malas.
Bye bye Kundasang. Cancel semua plan nak merayau di Kundasang pagi ni. Nasib baik dah pegi semalam ke Desa Farm.
Lepas check out, kami terus turun dari Kundasang untuk menuju ke Tuaran.
bersambung...............
If i'm not mistaken, I was there in Sabah masa your trip tue. And we stayed at J-Residence as well. Kami amik bilik yang atas bukit tue (gambar dua last). Dua2 bilik yang sebelah kiri. Yeap, one of the setback, takder siaran TV. Sudahnya, kitaorang layan DVD yang dia bagi sampai tengah malam. Kalau amik dua2 bilik okla kot.
ReplyDeleteya ke zara.. but betul la yang chalet tepi tu privacy skit. kita org punya ni macam tak privacy pun.
Deletedgn tv tak de. dvd rosak.. hmm main teka teki la dalam gelap
x nmpk kinabalu?? ok cancel dok sini! hehe..
ReplyDeletekat sini memang tak nampak.... view dia mengadap ke arah lain
DeleteAku pernah baca kat mana ntah, J Residence ni selalu yang duduk adalah budak2 yang nak mendaki awal pagi esoknye. Sebab dekat sangat ngan entrance National Park tu. Kalau ko nak view lawa pepagi, kena book dekat2 area Desa Farm tu. Tu pun kalau ada 'repeat Sabah' ah. Hihi.
ReplyDeletelogik gak tu.
Deleteaku nak duk kilim tu. tapi penuh pulak. tu yang tersadai di sini.. x tau la ada repeat lagi ke tak.. insya allah kalau sampai seru kan.
atau mana tau tetiba dtg seru nak memanjat kinabalu ker..
which aku rasa kau pun doubtful kan? hahaha
tempat ni macam sendu je.
ReplyDeleteBilik tu bukan setakat bercakap boleh dengar kentut pun boleh dengar aku rasa.
betul. kalau kentut macam alihkan perabut confirm orang sebelah buat rusuhan kaum
Delete