Dari Tamparuli kami bergerak terus ke Kundasang.
Kena pecut laju laju. Kalau boleh tak mau sampai malam. Susah pemanduan.
Kena pecut laju laju. Kalau boleh tak mau sampai malam. Susah pemanduan.
Ini bukan jambatan Tamparuli dalam lagu tu.. Ini jambatan lain tapi dekat area Tamparuli
Ada buah nenas besar. Sebelah tu gereja agaknya.
57 km nak sampai ke Kundasang
Perjalanan ke Kundasang agak smooth. Tak banyak kenderaan. Ada la sesekali terpaksa memotong lori lori tapi layan la sambil menikmati suasana pergunungan. Cuma cuaca agak berkabus jugak.
Nak di jadikan cerita ngeri, kereta yang kami sewa tu sebab tak biasa so memula tengok minyak dia macam ada 3 bar so kira OK lagi lah. Tak de nak top up isi minyak.
Tup tup masa mendaki ke Kundasang ni, lampu minyak menyala !
Sudah..
Baru la check balik rupanya meter minyak tu belah lain. Yang kami tengok tu meter temperatue. Hahah patut la duduk tengah tengah je manjang.
"Cemana Yang?"
"Ntah"
"Saya rasa tak de station minyak kat sini. Kalau ada pun maybe kat Kundasang"
Tau tau je la kalau jalan naik bukit, lampu minyak menyala tak padam padam. OR diam je. Dia cuak lah tu. Aku je la dok layan hisap rokok tenangkan hati. Tapi aku sendiri pun cuak badak. Kalau abis minyak tengah jalan dekat kawasan bukit bukit macam ni dengan hutan sekeliling.. masak la kami anak beranak.
Tu pun budak budak tidur kat belakang.
Tawakal je lah.
Gunung ganang berkabus
Laluan naik ke Kundasang
Lagi 13 KM nak sampai.. Lampu minyak memang dah lama menyala... cuak ! cuak ! Berdoa dekat area Pekan Nabalu moga moga ada station minyak. Tapi tak der !!!! Sinalau Bakas berlambak lambak la tepi jalan !
Sebab risau takut kereta mati tengah jalan.. tak berjaya nak menikmati pemandangan
Kawasan berkabus sewaktu kami menghampiri Taman Kinabalu. Sebenarnya penginapan kami dekat area Taman Kinabalu ni je tapi kami decided ke Kundasang terus untuk cari station minyak
Akhirnya kami berjaya jugak sampai ke Pekan Kundasang
Sampai Kundasang terus tanya orang kat mana station minyak.
Satu hal lak nak cari station minyak ni sebab lokasinya agak tersorok. Pusing pusing tanya orang dua tiga kali jugak lah akhirnya berjumpa !
* peluk pam minyak sambil menangis teresak esak
"Please dont die ! Please dont die !"
* peluk pam minyak sambil menangis teresak esak
"Please dont die ! Please dont die !"
Alhamdulillah.... cuak tak abis abis sepanjang jalan
Fuh lega !
Kalau tak de station minyak memang haru la jadi nya. Tak tau nak buat cemana.
Isi minyak penuh penuh !! Jangan alpa lagi.
Baru la bersemangat sikit nak ambik gambar
Kami singgah kat area kedai kedai jualan ni dulu. OR cari barang apa benda ntah
Aku tumpang snappy jer
Madu Kundasang
Sayur mayur
Kerepek mepek
Dah selesai beli beli kat situ sekejap then tak tau nak ke mana.
Cuaca memula agak berkabus. Tak nampak puncak Kinabalu. Tapi kami pusing pusing nak cari makanan sebab nak stock up siap siap nanti dah check in malam malas nak keluar dah.
Cuaca berkabus
Puncak gunung pun tak kelihatan
Tapi tiba tiba langit menjadi cerah
Puncak gunung Kinabalu sudah mula kelihatan perlahan lahan
OR pegi beli KFC
Burung ni sakit tak leh terbang
Dan tiba tiba awan gemawan hilang dan puncak Kinabalu memunculkan diri nya...
Beri laluan ! Kami ingin memandang ! Kami datang dari jauh dengan hajat yang besar ni
Dan doa aku di makbulkan.... Gunung Kinabalu. Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Dan puncak Kinabalu muncul tanpa awan untuk beri kami peluang menatapnya.. Puncak Kinabalu.. macam seorang sumandak yang sedang beradu............ Ke bukan sumandak ?
Syukur Alhamdulillah.
Apa apa pun, sayang Kinabalu !!!!
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru biru hujung Kinabalu
Tengok dari jauh
Hati saya rindu
Kinabalu dekat di Kundasang
Banyak sayur boleh pilih pilih
Apa guna pergi luar negeri
Naik Kinabalu
Hati saya rindu
Sumandak sumandak pun ramai menunggu
Menari-nari lenggang sumazau
Sekali melihat melepak kulitnya
Saya jatuh cinta
Saya sayang sayang Kinabalu
Kaamatan pesta bulan lima
Sayang sayang kita pergi tamu
Jalan Tamparuli
Hati saya rindu
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru biru hujung Kinabalu
Tengok dari jauh
Hati saya rindu
Kinabalu dekat di Kundasang
Banyak sayur boleh pilih pilih
Apa guna pergi luar negeri
Naik Kinabalu
Hati saya rindu
Sanak ragupun pun ramai menunggu
Menari-nari lenggang sumazau
Sekali melihat melepak kulitnya
Saya jatuh cinta
Saya sayang sayang Kinabalu
Kaamatan pesta bulan lima
Sayang sayang kita pergi tamu
Jalan Tamparuli
Hati saya rindu
Sayang sayang kita pergi tamu
Jalan Tamparuli
Hati saya rindu
Tak sia sia perjalanan kami sejauh ni. Dapat jugak la tengok puncak Kinabalu walaupun masa awal awal sampai tadi awan berkabus menutupi kawasan.
Seronok pun ada.
Tetiba datang idea. Instead of pegi check in hotel, aku decided nak merayap dulu.
"Jom kita gi naik atas lagi...."
Sepatutnya aku plan nak ke Mesilau tu esok pagi, tapi alang alang cuaca nampak macam okey je, baik aku pegi sekarang.
Esok belum tentu cuaca sebagus ini.
bersambung.....................
Terima kasih lagu sayang kinabalu...best lagu tu.
ReplyDeletebest kan? sila sila la menari
DeleteSedap lagu Sayang Kinabalu tuh !!! Hehehhee
ReplyDeleteAlhamdullilah .... nasib baik selamat sampai Kundasang dan dapat isi minyak ... kalau tak naya .... !!!!
kalau x.. tak tau la apa nak cakap... nangis tepi jalan la kot. hehehe
DeleteRindu nye Sabah ni. Selalunya kalau on the way ke Kundasang mesti akan pasang lagu Sayang Kinabalu ni. Mood dieeeee wow!
ReplyDeleteheee... abis kalau otw ke LA lagu apa???? LA BAMBA?? hehehe
Deletesyok lak aku baca cerita LA cik pora britney
Meng tak teringin ker nak mendaki sampai puncak tu?....
ReplyDeletesnappy atas tu lagi cantik...
Meng mampu pose2 sendu je nak sampai ke puncak Kinabalu tu..hikhikhik..
Deleteopsss abam meng,jangan marah eh..nanti kena jual..hahahha
laku ke kalo kena jual????
terguris hati dan perasaan aku MJ.
Deletebernanah terus hempedu... mengalir darah kelukaan. sampai hati mu. walau sukar untuk aku mengiyakan tapi sebenarnya.. aku pun rasa macam tu !
* nenges di kaki gunung kinabalu
teringin la nasa. tapi...................
Deletedah la. kau pun tau jawapannya
kikiki..i know u la abam meng..hahahaha..
Deletetakpe takpe..jangan nanges..nanti terkejut hero ng pinses tgk papa dia nanges..
kita kan nak sewa heli naik atas tu..huhuhuhu
tu la.. jangan heli pun rejek tak nak bawak sudah.. hehehe
Deletekalau nak pergi mendaki....roger2 nak jugak mengulangi kisah2 20 tahun dulu berjaya hingga puncak, sekarang hanya mampu pandang dari jauh jer....bolehlah praktis dr sekarang tiap2 hari guna tangga naik tingkat 10...
Deletekalau dah pernah tu kira oke la. sekali seumur hidup...
Deletetapi rasanya dalam kes aku ni.. sekali seumur hidup pun tak ! hehehe
Serunding bunga kantan yg dorang jual kt kg.luanti mcm x bole telan.erkkk..
ReplyDeletemakan serunding daging je sudah kan.....
DeleteAaaww rindu sabah..sayng kinabalu!
ReplyDeletejom bang meng daki kinabalu haha :P
kau ajak aku ke nak tinggalkan aku ni?
Deletesaja la tu membakar....... tak pe tak pe
Ni yang teringin balik kg halaman naik kinabalu. Anak jati sabah tp xpernah naik kinabalu tu, lalu tepi je. kihkihh
ReplyDeleteHaaa... adat la tu kalau kampung sendiri tak berapa nak ambik pedulik.
Deletecepat gi terjah sebelum semuanya berubah
Sinalau bakass.! hahahah.. sabhaar saja laa.
ReplyDeletemengidam kaaa?
Delete