Pages

Thursday, April 9, 2015

Sri Lanka : Unawatuna Beach | Galle

Seterusnya dari Mirissa Beach aku ke Unawatuna Beach.

Route perjalanan : MIRISSA - UNAWATUNA - GALLE 

Unawatuna adalah satu lagi pantai popular di Selatan Sri Lanka dan menjadi tumpuan pelancong.

Layan gambar dulu.

Unawatuna Beach

Pantai dia agak crowded

Ramai yang bersantai di sini. Unawatuna lebih terkenal sebagai snorkelling dan diving base

Tak de motip

Pantai agak memutih. Ombak kurang besar dari Mirissa. Sesuai untuk mandi manda

Unawatuna Beach.

Aku cuma singgah sekejap je di Unawatuna ni untuk tengok tengok jer.

Dari Mirissa, aku ambik bas yang bergerak ke Galle tapi on the way tu boleh mintak diturunkan di Unawatuna Beach ni. Tambang bas dari Mirissa adalah LKR 60 ( RM 1.60 ) dengan jarak perjalanan sekitar setengah jam. 

Tak de banyak aktiviti boleh di buat di Unawatuna. Sekadar santai santai je. Tapi aku lepak makan tengahari di sini.

Dari Unawatuna aku ambik Tuk Tuk ke Galle. Unawatuna ke Galle jarak dia cuma 5 KM jer. Boleh naik bas kalau mau.. tapi naik Tuk Tuk pun tak mahal mana.

Aku ambik Tuk Tuk dari Unawatuna ke Galle Fort dengan kos LKR 250 ( RM 6.60 ) Senang gak la naik tuk tuk sebab ada beg. Aku mintak diturunkan di Galle Fort. Satu kawasan di Galle yang menjadi tinggalan sejarah Portugis, Belanda dan British yang menjarah Sri Lanka satu ketika dulu.

Layan gambar di Galle. By the way sebutan untuk Galle adalah Goal !

Galle adalah tempat wajib pegi dan lawati. Wajib ! Tanpa dakwa dakwi.



Mimpi tak seindah rupa
Madah tak seindah langkah
Cinta kau permainkan jiwa dan raga
Kejamnya ohh cinta

Mengapa harusku begini
Mengapa harusku jalani
Haruskah kuteruskan atau berhenti
Di tengah jalan ini

Biarlah aku sendiri
Tanpamu ada disisi
Kerna kutahu kau tak perlukanku
Kubisa hidup tanpamu

Pergilah cinta

Mimpi tak seindah rupa
Madah tak seindah langkah
Cinta kau permainkan jiwa dan raga
Kejamnya ohh cinta

Biarlah aku sendiri
Tanpamu ada disisi
Kerna kutahu kau tak perlukanku
Kubisa hidup tanpamu

Pergilah cinta

Salah satu bangunan lama District Court

The old Dutch Entrance yang menjadi sebuah muzium

All Saints Church

Galle Fort Hotel

Galle Fort

Salah sebuah pusat Islam

Lighthouse Galle

Meeran Jumma Mosque

Lighthouse

Old building

Tuk Tuk di Galle Fort

Ceylon

Galle Fort Hotel

Great Church

Galle National Museum

Fort

Clock Tower

Statue

Main entrance Galle Fort

Aku suka Galle Fort ni. Mengimbau sejarah dengan peninggalan peninggalan yang masih di jaga rapi. Lebih kurang tempat ni macam Melaka tapi smaller scale.

Aku spent 2 jam kat dalam ni merayau rayau. Ada tempat makan juga, tempat shopping dan bangunan bangunan lama. Galle Fort adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Tempat ni memang wajib datang kalau ke Sri Lanka.

Dari Galle Fort ni aku terus balik ke Colombo. Malam tu overnight Colombo. 

Dari Galle ke Colombo ada option train dan jugak bus. Hari tu aku nak naik train tapi last train pukul 3.30 petang dari Galle ke Colombo. So check jadual train dulu. Nasib baik la station bus sebelah je so aku opted for private bus dengan aircond untuk ke Colombo. Tambang private bus tu adalah LKR 270 ( RM 7.20 ) dengan jarah perjalanan 3 jam.

Laluan dari Galle ke Colombo baik train atau bas agak scenic sebab lalu tepi ocean. So make sure dapatkan seat tepi tingkap belah pantai.

Masa di Colombo tu drebar bas tu drop aku ntah ke mana mana. Sasau sekejap aku di buatnya malam malam buta.

2 comments:

  1. MKL : sukma pun rengsa kalau crowded..

    pantai dia ok la untuk mandi manda kot

    ReplyDelete