Pages

Monday, March 23, 2015

Trip Xcited Terlebey : 11 - Koh Lanta - Goodbye Koh Lanta

Masa sangat sangat mencemburui kita. Eh.. aku. Jadi aku jalan di Koh Lanta ni kira mana yang sempat jer.

Asal nampak lorong, ada pantai sikit then aku masuk. Lagi lagi kalau boleh bawak motosikal terus ke pantai.

Apa apa pun layan gambar sikit lagi, pantai pantai di Koh Lanta.

Pantai Klong Nin

Ada certain pantai kalau siang memang senyap sunyi, tapi malam ada beach bar dan tempat mereka berdesco dansa boleh 'where you party night !'

Hutan yang tak berapa di simpan

 
Dari area pantai pantai di selatan Koh Lanta... aku bergegas untuk naik ke utara... Tak tau la sempat singgah di Klong Khong dan Long Beach sebab area pantai tu semua lebih panjang

Sebab aku agak rabun dan siang memang malas nak pakai spec walaupun bawak motosikal di tempat orang so aku merempit dan berpandukan pada sign jer. Tu pun kadang kadang terpaksa slow down sebab tak nampak.

Tapi ada satu area tu aku tengah laju.. tetiba nampak pantai tertulis

NUDE BEACH !

Buntang mata aku sekejap ! Tapi kalau tengok dari tepi jalan memang tak nampak pantainya. Nasib baik la ada kat satu selekoh tu boleh intip. So aku pun dengan tak malu nya menjadi paparazi nak skodeng orang berbogel.

Nampak tak?

Zoom !! Kot la nampak. Ada?

Dengan mata kasar aku sah sah la tak nampak. Tapi dengan lense tele kamera pun aku rasa tak de pun orang berbogel.

Cis..

Tipah tertipu. 

Tak puas hati, aku patah balik pegi balik ke sign yang aku perasan tulis Nude Beach tadi tu.

Patah balik dengan motosikal untuk kepastian. 

Memang sah mata aku kerrow. Sebenarnya NUT BEACH !

* gelakkan diri sendiri

Masalah kalau otak kuning kan.. nama ala ala tak betul pun dah teruja !

Tapi sign dia memang dah kabur kabur dah.

Ni salah satu resto tepi cliff

Cool jugak boleh lepak lepak dan menikmati suasana

Sempat singgah di sebuah resort mewah di Klong Khong Beach

Dekat Klong Khong Beach ni pantai dia agak memanjang jugak tapi tak landai.

Ada banyak resort resort di tepi pantai tapi pantai dia memang agak menjunam. Tapi agak havoc jugak la area ni. Ada banyak orang massage massage.

Santai

Lampu lampa

Singgah kejap di Klong Khong dan akhirnya aku ke Pra Ae Beach atau lebih di kenal sebagai Long Beach.

Rasanya pantai ni la paling panjang dan luas dan banyak jugak resort di area ni. Aku rasa ni pantai yang bagus jugak la selepas Klong Dao. Aku still rasa Klong Dao adalah pantai paling best di Koh Lanta ni !!!!

Long Beach yang nampak agak longer

Bar bar di tepi pantai. Kalau siang pekerja pekerja dia tidur je lah

Pra Ae Beach

Pra Ae Beach

Selesai jugak aku terjah semua pantai pantai di Koh Lanta ni dalam masa yang ada. Kira 4 jam mencukupi untuk ke Oldtown Lanta dan jugak pantai pantai di belah barat Koh Lanta ni. Cuma kalau ada lebih masa mungkin boleh bersantai atau singgah mandi manda.

Dah abis semua tu aku cepat cepat balik ke resort semula. Masa dah time.

Tapi.................

Dengan tak malunya aku declare azam aku untuk tidak merokok dan membeli rokok untuk trip ni adalah gagal !

Masa balik tu rasa setengah hari jugak la tak hisap rokok. Rasa kosong.. kosong...

* pimpin Najwa Latip masuk 7 eleven.

Berjaya beli.. Marlboro jer ada... tapi gambar kat kotak tu bukan sakit dah.. mati terus.. lagi ganas !

Balik ke resort aku dah tak banyak masa.

Aku nak kena check out pukul 12. Aku sampai ngam ngam pukul 12. Nak mintak extend tak dapat sebab minah receptionist tu cakap dah ada orang menunggu untuk bilik aku tu.

Ntah ntah menipu jer kot. Tapi tak pe lah. Aku mintak excuse 20 minit untuk mandi manda kejap sebelum bersiap dan aku kembali ke lobby semula untuk menunggu pick datang !

Eh. Chop ! Aku rasa aku tak mandi !! Sebab dah mandi pagi tadi.. ni kira tak sempat lah. Lantak lah badan berpeluh peluh. Bukan ada orang nak ciom pun.

Lanta Island Resort, Klong Dao Beach

Menikmati persekitaran pantai buat kali terakhir sebelum blah

Overall, aku rasa resort ni agak OK lah. Aku bagi 3/5. Tak de la best sangat dan tak de la chokia pun. Sebab aku pilih resort ni pun sebab harga dia paling murah di area Klong Dao ni. Kalau booking cepat cepat ada banyak lagi options penginapan di sini.

Tapi aku still syorkan kalau nak memilih penginapan, pilih la area Klong Dao ni sebab dekat dengan Ban Saladan dan banyak jugak kedai kedai makan halal dekat area ni.

Cuma ada satu perkara je berlaku yang aku bengang sikit lah.

Dekat resort ni, restaurant dia maybe managed by orang lain. Nampak macam mat salleh lah. So ada sekali aku duduk lepak kat meja meja dia sebab dok guna wifi. Ada minah waitress datang nak ambik order, aku cakap aku tak nak apa apa, tumpang jer.

Tak puas hati lepas tu boss dia lak datang halau.

Kot ya pun, aku duduk je bukan aku nak makan pun kat situ. Aku tak bawak makanan luar pun. 

Berkira betul. Padahal restorant dia tu kosong se kosong kosongnya !

* tolak Najwa Latip terjun laut

Kedekut betul.

Chucky sapa la ni dah hilang kaki

Adalah dekat setengah jam menunggu. Seperti yang di janjikan oleh mamat kat kiosk tempat aku beli tiket kelmarin tu, pick up akan datang ambik aku dan bawak ke Ban Saladan.

Di sana aku akan ambik ferry untuk ke Aonang.

Pick up datang. Aku first yang naik

Pick up sempat singgah kat 2 tempat je ambik orang, pastu terus sampai ke Ban Saladan. 

Jetty Saladan

Orang agak ramai masa tu kat jetty. Ada yang baru sampai dan ada yang nak bergerak meninggalkan Koh Lanta.

Tapi memang ramai mat salleh lah kat pulau ni. 

Dari Ban Saladan ni, ada ferry ke Phuket, Phi Phi dan jugak Aonang. Kalau ke Krabi tu kena naik van lah. Yang lain lain tu naik ferry jer.

Jadual ferrty. Tengok la dia eja langkawi tu cemana

Tempat makan seafood di tepi jetty Saladan

Sebaik saja sampai di jetty tu, kami di arahkan masuk dan menunggu. Masa tu ada ferry baru sampai dan ada ferry yang sudah mula bergerak.

Orang memang ramai so kena bersesak sesak sikit la kat jetty ni. Awas kalau bumper besar, tersadung orang kang ada yang jatuh dalam laut.

Apa apa pun, aku dah puas hati sebab berjaya sampai ke Koh Lanta ni. Nak recommend sangat pun tak jugak. Kalau orang yang tak kisah dengan destinasi macam aku ni, boleh je redah dan terjah. Tapi kalau memang mencari destinasi percutian ala ala pulau yang cantik dan indah dan romantik...lebih baik je pegi ke Boracay !

Memang Boracay 10 kali ganda lah kalau nak compared dengan Koh Lanta ni.. tapi again.... tak salah pun kalau nak terjah ke sini dan tak elok aku nak banding bandingkan tentang kejelitaan masing masing sebab setiap destinasi yang kita tujui itu adalah unik dan tersendiri.

Bye bye Koh Lanta...

bersambung................

4 comments:

  1. Isap vapor la Meng

    -hannan-
    -www.kembaraanakmuda.com-

    ReplyDelete
  2. sejak baca entry ke boracay tu memang nak sangat pergi sana abg meng....tapi sejak kes lahad datu bos terus bekukan perjalanan ke sana..sedih...

    so tebus la dengan pergi koh samui je awal april ni...tu pon refer entry abang meng jugakss..hiksss!

    ReplyDelete
  3. Hannan : vapor aku tak buleh la..

    rasa mcm tahik !

    hahahahah


    MKL : sila pegi !


    Ena : Koh Samui pun best...

    have fun. pegi mana mana pun ok asal fun ....

    samui pun lawa...

    ReplyDelete