Pages

Friday, March 27, 2015

Jom Makan : Jibby & Co, Empire Gallery, Subang

Kita ni kan manusia.

Yang mahal mesti cantik.

Yang cantik mesti bagus.

Yang bagus mesti sedap.

Begitu?

Macam ni.. berbaloi baloi ke nak beli? Sebab nak beli? Trend? atau jadi bualan orang kampung sebab mampu pakai Coach?

Itu contoh jer.

Cerita yang aku nak bagitau ni adalah kisah pengalaman aku pegi makan kat Jibby & Co di Empire Gallery Subang ni.

Resto ni dah lama, dan maybe aku antara orang yang paling lewat nak terjah ke sini. Bukan tak nak tapi macam tak layak. Sebagai ornag kampung nak gi makan kat sini kalau ada mood jer nak bersekedudukan dengan golongan mewah.

Pendek kata.. boleh pegi bila ada duit jer.

Jibby & Co

Kenapa nama dia Jibby? Jawapannya sebab owner dia nama Najib ! Tapi ni bukan Najib PM yang punya. Najib lain.

Actually aku pernah datang sini nak makan dulu. Dan tempat ni memang la sangat popular tak tau apa sebabnya. Tapi masa first time aku datang tu, aku dapat kerusi kat atas sebab aku berdua je tapi.. bila duduk tu... aku dengar.

"Pok pek pok pek pok pek......."

Orang meja kiri bercakap.

"Pok pek pok pek pok pek...."

Orang meja sebelah kanan lak bergossif.

Meja dekat dekat so kalau kau duduk, kebarangkalian kau dengar orang sebelah bersembang pasal kucing beranak 8, pasal jiran bergaduh gusti gusti adalah besar.

Aku bukan tak nak dengar gossip gossip orang ni, tapi annoying kalau cerita tak tahap Melodi !

Pernah sekali tu aku duduk then bangun balik sebab aku rasa tak selesa !

Keluar dan pegi makan tempat lain yang lebih aman damai.

Tapi kali ke dua ni nak cuba jugak. Jadi aku kerah OR sekali lagi dan dia mengiyakan jer. Kali ni pegi lewat sikit la dalam pukul 9 malam macam tu dengan harapan orang dah abis dinner.

Dan kami di beri meja di tingkat atas sekali lagi.

Kali ni tak de orang kat meja sebelah. Tapi dia orang meja sana tu borak pun aku boleh dengar. Meja belah satu lagi bergelak ketawa pun aku rasa bernanah tahik telinga menahan. Tak aman !

Tapi kali ni aku tak 'angkat kaki' Sheeda.

Bertahan ! Demi nak jugak try rasa makan kat Jibby & Co ni. Tapi lama la jugak aku duduk macam tak di layan. Lepas angkat tangan berkali kali baru la terhegeh hegeh datang bawak menu.

Menu nya....

Jibby & Co

Sambil sambil tu layan dulu kawasan sekitar.

Pandangan dari atas

Di tingkat atas

Sila ambil maklum.. kalau nak sambut birthday tak leh bawak cake dari luar. Aku dengar citer kalau bawak jugak... kena charge RM 30

Dan kami di hidangkan dengan air dulu

Kopi sampai....

Apa air ntah aku lupa nama nya. Tak sedap mana

Chicken Carbonara.. tak sedap pun

Calamari Goreng... Delicious punya lagi sedap kot

Jibby Platters.... kalau pernah makan kat Serai.. lebih kurang je rasanya.  Aku rasa mamat ni pernah keje kat Serai kot. Lauk lauk biasa je cuma ayam dia berempah dan agak enak

Hidangan makan malam

Yang tak bestnya... baru nak makan datang waitress sorang.

"Sir.. any last order.. we are closing our kitchen now.."
"No"

Tengah aku nak suap makanan, mamat waiter pulak datang sebelah.

"Sorry Sir.. we are closing the counter ...."

Pastu dia letak bil kat meja aku. Aku dah la tengah menyuap dan dan dia buleh berdiri kat situ tak lari lari.

"What? You want me to pay now?"
"Yes Sir"

Motip la... Bagi la aku makan dulu. Letak je la bil kat situ. Ergh.. Terus rasa tak damai ! Terus rasa tak tampan di lihat orang beraksi buruk tengah makan dengan spaghetti terjurai jurai di bibir laksana Mamee sedang melantak rumah !

Memang aku agak bengang. Bukan begang sebab kena bayar sebelum abis makan. Aku bengang sebab dia tak sabor sabor nak suruh aku settlekan bil. Isk. Hilang mood. Terus makan tak abis !

Then kami turun je lah. Dah bayar pun. Makan je tak abis

Overall makanan below average tapi kedai dia lawa. Ambience tak berapa bagus sangat sebab crowded.

Sorry Jibby. Aku tak recommend !

Sesungguhnya.. yang ramai orang tak semestinya sedap. Yang cantik tak semestinya lazat. Yang lawa tak semestinya bagus dan mengiurkan.

Maybe sebab aku hanya customer cabuk, Siapalah aku ni. Malas panjang cerita. Cukup sekali saja. Malas aku nak laburkan duit di sini lagi. By the way cost dia dalam RM 105.

Apa apa pun kalau Cita Citata ni memang lawa..... confirm mengiurkan ! Hahaha

Nah. Lagu untuk Jibby.



Aku mah apa atuh cuma selingkuhan kamu
Aku mah apa atuh cuma pacar gelap mu

sakit hatiku kau acuhkan aku
kau tak peduli dengan ku
kau bagi cintamu
kau permainkan ku
kau berbuat semaumu

Aku mah apa atuh cuma selingkuhan kamu
Aku mah apa atuh cuma pacar gelap mu

Aku mah apa atuh cuma selingkuhan kamu
Aku mah apa atuh cuma cadangan mu

Aku mah apa

sakit hatiku kau acuhkan aku
kau tak peduli dengan ku
kau bagi cintamu
kau permainkan ku
kau berbuat semaumu

Aku mah apa atuh cuma selingkuhan kamu
Aku mah apa atuh cuma pacar gelap mu

Aku mah apa atuh cuma selingkuhan kamu
Aku mah apa atuh cuma pacar gelap mu

Aku mah apa atuh cuma selingkuhan kamu
Aku mah apa atuh cuma pacar gelap mu

Aku mah apa atuh cuma selingkuhan kamu
Aku mah apa atuh cuma cadangan mu

26 comments:

  1. So berapa kos kerosakan dekat Jibby ni bang ?

    ReplyDelete
  2. Pantang tol kalu sedap2 nak makan tp mai hantar bil n tunggu utk dsuruh bayar.macam nak halau makan cepat2 n blah dari kedai ja...

    ReplyDelete
  3. tempat org hipster ni meng. hahaha nampaknya mmg indah khabar dr rupa la. mahal tak makan tu?

    ReplyDelete
  4. Retis ramai jugak lepak sini.Ko pergi waktu yang salah.Softshell crab burger kat situ aku suka.Desert pun boleh tahan.

    ReplyDelete
  5. mase mula2 org dok sebut Jibby & Co, aku mati2 ingat kedai jewelleries macam Tiffany & Co

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi satu cafe dik... Namanya twenty &CO.,Shah alam... Lagi hampeh...PEROSAK MAJLIS HARI LAHIR JE....makanan termasuk steak, lasagna semua hidang da sjuk...msk utk sorg dua or wak in pun lmbt....Apakah lagi nk buat event...

      Delete
    2. amboi marah nya kak... sabar sabar....

      Delete
  6. adik saya ckp Jibby ni ialah ketua chef/ owner Serai gitulah..
    belum menjejak lagi sini, rasanya konsep café ni kot buat orang rasa nak datang jugak ambik gambar stok i.g hehehe

    ReplyDelete
  7. hoho..indah khabar dari rupa lar nie..crowded maybe sbb terpengaruh ngan IG lettew..sume pakat boh pic cam best jer mkn kt sini..kot

    thanks bang meng utk review yg jujur ;)

    ReplyDelete
  8. Lawa gak resto ni tau. Aku kena kelentong ngan kawan aku haritu pasal kedai ni ah. Dia kata PM yang punya & aku yang lurus macam pembaris mati2 percaya.

    ReplyDelete
  9. Bang..
    RM105 tapi tak abis makan.. tak sedap pulak.. errrr..

    ReplyDelete
  10. meja mmg dkt2 kan...tp sbb aku lepak tak lama sgt, takde la terasa annoying...hehehe tp aku suka deco kedai ni..cantik...

    makanan dia, aku mcm salah order aritu taksedap...tp aku teringin nak try burger soft shell crab dia...ramai gak ckp sodap...hehehe tapi sbb jauh, smpai skng tak smapi2 lagi...hehehe

    ReplyDelete
  11. Hazwan : 105.... harga kira oke la.. tak de la mahal sgt. standard dgn kedai..


    Cik Nun : tu la pasal.

    macam tak di anggap je kan?? padahal org nak makan kot... bukan nya dia tutup la la tu je...


    John : tu la.. aku tak cukup hipster.. org hipster ok je la kot duduk bersesak sesak mcm ni..

    harga tu 105.

    ReplyDelete
  12. CC : dah 2 kali aku pergi. tak tau la waktu yang mana yang paling sesuai..

    time dia baru nak bukak la kot? awal pagi????


    Azra : dulu aku ingat kedai roti !

    hehehehe..

    tu yang tak berapa ambik pot memula



    Dzu : yes yes yes. dia bekas chef serai.. Oz grad or pernah jadi chef kat Oz rasanya...

    ReplyDelete
  13. An : jujur sejujur jujurnya..

    walaupun begitu ayam berempah tu macam oke jugak.

    mungkin ada makanan lain yang oke kot..

    tapi crowded betul.. x aman damai..



    BK : kau kena ingat pulak lepas ni Madam Kwan tu adalah Micheal Kwan Olympian dari USA tu punya..

    kau percaya????

    hehehehe


    Sham : tawar hati terus dah kena mcm tu.

    nak suap pun dah tak lalu.... mcm org halau je suruh cepat2

    ReplyDelete
  14. MKL : maybe taste utk org muda muda belia kot.

    kita dah generasi suram ni.. x berapa sesuai.. hiks..



    DJ : sebagai host JJCM kau kena terjah sekali lagi.

    jangan lupa marah waiter tu kalau dia suruh settle bil cepat2.. heheheh

    ReplyDelete
  15. Nasib baik kite tak besenggolan kat sini bersesak2 abang meng oii. Haha... mmg full manjang... Tapi mmg so so je lah.. Sobs. And quite pricey sikit.

    Any last order tu mmg kita pun kena ok...

    ReplyDelete
  16. Meng ...

    I siap google translate nak tau apa makna selingkuh !!! Tapi memang suka ler lagu dangdut nih !!! Hahahahhahahahaa

    Sebab tuh ler dalam Bisnis 101 - CUSTOMER SERVICES Numero Uno gitu !!!!!!

    ReplyDelete
  17. resto hipster macam ni biasa meja sebelah menyebelah agak dekat-dekat intim gitu. tak senang nak berbual ~

    ReplyDelete
  18. Etika peramusaji atau standard diorang memang dah tetapkan macam tu....duduk kedai mamak pun takde suruh2 cepat bayar...cisssh.

    ReplyDelete
  19. kalau dh layanan begitu..nak ambil order pun punya lah seksa..bising pastu meal camtu je RM105..hurmm...maybe x masuklah kedai nih

    ReplyDelete
  20. FJ : tu lah....

    baru nak feel feel mewah sikit dan macam kena halau...

    sedih jer..

    * sedar diri....



    Ghaz : maybe dia org penat jugak la kot.. tapi tu la customer kan always right..

    jadi kita pun betul jugak. kan??

    selingkuh means menyundal.. hahahaha.. paling tepat !

    suka dangdut eh? ini disco dangdut... syok gak layan tu..

    asik asik... !

    ReplyDelete
  21. nanaT : tu la pasal..

    apa org sebelah gebang buleh dengar. tu belum dia orang gelak mcm langsuir lagi...

    boleh terangkat meja jadi nya..

    tak sesuai utk family.. kalau jenis duduk bercakap mcm dlm selimut tu boleh lah.....


    Nasa : tu la pasal..

    kuciwa diri ku ini. Tak pe. tunggu sejuk hati baru boleh pegi can check menu lain pulak..


    JM : JM boleh masuk.... ambik ambik gambar.. duduk. pastu waiter dtg.. buat buat tengok menu. pastu smash sekali.

    "Sorry.. menu dia nampak tak menarik la. tak sesuai utk blogger tersohor macam JM neh"

    agak agak lepas tu kena hempuk dgn dulang tak??

    ReplyDelete
  22. ahaahhah...bang Meng...komen x menahan...gelak berdekah JM nih...ahaha..mmg benjol kepala lah lepas tu...

    ReplyDelete