Pages

Wednesday, March 4, 2015

Bagan Lalang 2015 - Hotel Seri Malaysia

Aku sebenarnya dah lama teringin nak duduk Seri Malaysia Bagan Lalang ni. Dah beberapa kali mencuba nak mendapatkan bilik tapi biasanya fully booked.

Biasalah sebab plan biasa datang last minit. Bila call asyik penuh jer.

Lagipun dekat Bagan Lalang ni, hotel agak limited. Nak duduk di Avani tu macam tak berbaloi je rasa. Dua kali dah aku stayed situ rasa macam tak menarik. Harap mahal jer.

So kali ni kita stay kat Seri Malaysia pulak. 

Nak tau okey ke tak hotel ni.. Jom !

Seri Malaysia Bagan Lalang

Masa kami sampai dah petang nak menjelang malam. Memang tak plan nak berlama lama di sini pun sebab ingat nak tidur satu malam je dalam misi ke Bagan Lalang untuk makan seafood di sini.

Sebenarnya aku terfikir kalau makan seafood kat Bagan Lalang ni biasanya lama.. so based on pengalmaan lalu aku rasa baik je aku bermalam kat sini jadi tak de la malam malam buta nak balik rumah lagi.

Entrance Seri Malaysia 

Pihak hotel dan berkali kali called sebab kami tak sampai sampai lagi. Tapi kira okey la sebab aku booking pun thru phone jer dan bilik memang dia orang simpan.

Bangunan lobby

Lobby

Urusan check in pantas gak la sebab aku memang sampai dah petang. Kena bagi deposit RM150

Kami di beri kunci dan remote. Kena pulang dalam beg ni jugak nanti

Harga bilik penginapan adalah RM 190 semalam dengan 2 pass breakfast. Bagi aku kira OK la sebab nak tidur je pun bukan nak santai mana.

Dapat kunci dan terus kami ke bilik.

Bangunan hotel Seri Malaysia ni ada 2  blok.. Kami dapat di blok belakang. Tak de la juah mana cuma agak jauh dari lobby dan kolam renang.

Laluan ke bilik

Apa yang aku suka pasal hotel ni sebab dia macam resort style.

Ada banyak pokok pokok dan suasanya agak tenang dan damai. Tak de bising bising sangat. Cuma !

Nyamuk pun boleh tahan banyak !

Jom tengok apa yang ada dalam bilik !

Katil ada 2. 1 single dan 1 Queen size bed. Not bad untuk family !

Bilik tak besar mana tapi selesa la untuk short trip

Ada ASTRO.. Jarang hotel ada ASTRO Ria.. tapi sini ada !

Kelengkapan minum minum

Bilik air simple. Anak aku masuk masuk je pastu menjerit

"Papa !! Bilik air dia kecik ! Tak de kolam !!"

Hahahaa.. 

Tu la.. terbiasa sangat duduk hotel mewah. Hari ni korang duduk hotel murah pulak !! Belajar belajar skit. Hiks. Dia orang cuma terkejut je la sebab selalu hotel bilik air besar besar ada bath tub semua.

Toiletries

Tapi bagi aku memadai. Sesuai dengan harga yang di bayar

Pemandangan dari bilik. Bilik kami di tingkat bawah. Tu block satu lagi dekat dengan lobby

Budak budak asal ada kartun dia orang OK jer

Cuma masa sampai tu Princess dah start demam... dia baring je la. Tak bermaya

Tapi nasib baik kami dah bekalkan ubat dia siap siap. Dia makan ubat terus tertido

Budak yang demam

Yang tak demam boleh makan

Ada yang sempat makan maggie

Yang aku suka. sejadah apa semua cukup

Yang aku tak suka coverage phone teruk ! Wifi pun slow gilaaaaaaa !

Now kita pegi ke persekitaran hotel ni pulak.

 
Pokok ni paling banyak. Apa nama pokok ni? Langsuir?

Dinding hotel

Okey. Breakfast dia so so... tak menarik mana

Tapi tak de extra charge untuk budak budak.. 

Pool just okey

Cuma orang agak ramai. Baik di pool dewasa maupun pool budak budak. Anak anak aku jadi segan nak mandi. Tak berapa seronok la tu

Pool budak budak

Ada jugak kelengkapan riadah yang lain

Tempat BBQ

Bagi yang berminat ada sewa basikal di sediakan. Aku tak pasti harganya

Dan walaupun hotel ni tidak terletak di tepi pantai, tapi ada laluan belakang untuk terus ke pantai

Rumah rehat lain

Aku jalan kaki ke pantai Bagan Lalang dari hotel time budak budak berkubang. Senyap senyap kalau tak dia orang nak ikut

Suasana di pantai

Jarak pantai ke hotel Seri Malaysia dalam 200 meter

Kat pantai Bagan Lalang ada orang jual jual. Tapi masa ni masih pagi

Tak de apa aktiviti

Layan ombak yang lesu

Pantai Bagan Lalang yang masih sunyi di pagi hari

Overall, Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang agak OK untuk short stay. 

We got what we paid for lah. Tak leh nak expect bulan dan bintang. Apa yang penting.. selesa.. bersih dan service masih di tahap acceptable. Pros and cons biasa biasa lah mana mana pun.... Kalau nak selesa duduk rumah sendiri ye dok?

Boleh jadi option bagi yang mencari penginapan di Bagan Lalang. Kalau nak lagi challenging, berkhemah je tepi pantai tu..  Apa yang penting, ada tempat berteduh.



Selagi ada hayatku dikandung badan
Hanay dirimu yang teramat ku kasihi
Kerna bagiku kini kaulah segalanya
Ku kira kau juga begitu

Tapi mengapa terkadang kau menyisihkan
Sedangkan kita saling sayang menyayangi
Tiada ku terniat untuk melukai
Maafkan andainya salahku

Oh sukar benar menyakinkan
Cinta yang tulus dan suci
Padamu yang ku kasihi
Oh apa lagi disangsikan
Cintaku sebenar cinta
Walaupun kau kedaifan

Tidak pernah ku menyesali
Walau sekelumit hatiku
Tanpamu siapalah aku
Yang melahirkan rindu
Kaulah kekasihku selamanya
Ku teduhanmu

Oh sukar benar menyakinkan
Cinta yang tulus dan suci
Padamu yang ku kasihi
Oh apa lagi disangsikan
Cintaku sebenar cinta
Walaupun kau kedaifan

Tidak pernah ku menyesali
Walau sekelumit hatiku
Tanpamu siapalah aku
Yang melahirkan rindu
Kaulah kekasihku selamanya
Ku teduhanmu

Oo oo ku teduhanmu
Oo oo ku teduhanmu

bersambung........

7 comments:

  1. I pernah berkampung seminggu kat sini bang, short trip ok la kot, seminggu memang boleh merosakkan jiwa hehe..banyak nyamuk

    ReplyDelete
  2. festime tgk kuah lontong warna HIJAU..se hijau blog abang!

    ReplyDelete
  3. ingat menjerit sebab apa..sebab takde bath tub rupa..

    hero,pinses mai rumah hakak MJ..rumah hakak MJ ada bath tub..hahahahha

    ok la seri mesia..hotel pilihan jugak..hikhikhik..bese stay seri mesia kuantan je..

    ReplyDelete
  4. Dzu : kalau seminggu bontot pun naik kematu.. x leh lama lama.. ya nyamuk bermaharajalelamanja..


    JM : hijau kekuningan tu....tapi rasa tetap tak sedap. hiks.


    MKL : alhamdulillah.

    dah melompat2 dah pun..


    MJ : dia orang tu memang mcm tu. sebab selalu hotel ada bath tub. padahal kat rumah ada besen je pun

    ReplyDelete
  5. mesti besen besaq boleh muat abam meng ng OR..hikhikhik

    tak kisah la..bila family holiday harussss lah nak tgk anak2 bergumbira..

    daku mengerti perasaan anak2 itu..hahahahha

    ReplyDelete