Pages

Saturday, February 7, 2015

Trip Angin Bayu Membawa Diri Ku.....

Nak sambung tajuk lagi.

.................. sepintas lalu ku teringatkan mu.............. Na Na Na Na Ha Ha....

Feminin tak habang?

* tolak kump Feminin masuk kawah gunung berapi

Okey... Baru baru ni ada cuti cuti yang berlaku maka aku pun sesuka hati ambik peluang bercuti lama lama dan angkut budak budak.  

Walaupun aku bukan warga KL dan anak anak sekolah kat Selangor, tapi aku sesuka hati declare cuti untuk mereka memonteng untuk bersantai santai di Kota Kinabalu, Sabah - Negeri Di Bawah Bayu.

See the highlights dulu lah. Mood post holiday adalah malas tahap max !

Penerbangan dari KLIA2 bermasalah. Flight yang kami naiki aircond rosak dan pilot tu boleh peram kita orang dalam flight sejam lebih dan bawak pusing satu KLIA2 dalam keadaan panas macam dalam sauna. Flight yang sepatutnya berlepas jam 5.15 petang tertangguh sehingga 7.30 malam. Shame on you Air Asia !!! * emoh

Kami selamat sampai lewat tengah malam di hotel. Dan ini adalah view awal pagi di KK.. Good Morning Gunung Kinabalu !

Menginap di Gaya Center Hotel KK tapi malangnya aku tak dapat lelapkan mata. Stress !

Check out dan bersiar siar di Gaya Market. Tapi tak lama sebab anak aku mengamuk nak payung !

Makan !! Soft Shell Crab with Oat di Thien Thien Restaurant KK 

Dari KK kami ke Kundasang

Singgah di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Likas

Rumah kilabreT di Tamparuli. Rasa tak berbaloi sangat dengan harganya...

Kundasang dengan cuaca berkabus

Sangat lucky sebab cuaca dari kabus terus bertukar cerah

Petang di Desa Dairy Farm di Mesilau. Lembu lembu pun dah berehat tak nak layan memosing

Senja di Kundasang

Remang merah di puncak Kinabalu

Bermalam di J Residence, Kundasang. Hotel yang sejuk beku dan tak de TV... Kami anak beranak kebosanan tido awal.

Puncak Kinabalu dari Pekan Nabalu

Terus ke Tuaran

Sesat mencari Pantai Dalit

Highlight of the trip. Santai mantai di Shangri La Rasa Ria, Kota Kinabalu

Santai habis habisan 

The best hotel ever. Huge verandah with large day bed and private pool

Sunset yang sangat drastik

Senja yang dasyat

Walaupun hujan renyai renyai

Sotong yang enak di Gayang Seafood

Resort yang cantik

Abaikan budak yang pose pose atas kenu tu

Rasa Ria. Duduk je kat hotel tak keluar keluar ke mana mana...

Malangnya sunset tak selalunya ada

Suasana yang nyaman dan tenang

Ada 5 pools di hotel ni

Jacuzzi pool

Teratai

Kota Kinabalu

Waterfront

Hyatt Regency KK

Masjid Negeri Sabah

Pantai Tanjung Aru

Hari hujan.. bertempiaran lah lari...

Dan begitulah kami sudahi trip ini dengan jaya dan bahagianya.

Trip ni more to santai santai family so tak de la kerah merayap banyak tempat. Lain lainnya budak budak just lepak kat hotel dan mandi manda sampai lebam. Aku pun pose pose bermalas malas jer.

Sebenarnya trip ni nak ambik jiwa sebab bulan ni aku ada trip lain tak bawak dia orang. Heheheh

Apa apa pun masing masing seronok dan bahagia so kira misi tercapai !



Jujur ku mengagumi
Pantas ku beri
Seribu pujian buat kamu

Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenal mu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia

Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia

Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta

Kamu ku yakin tahu
Ku yakin sama
Tujuanmu dengan tujuanku

Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia

Aku tak pernah dengar lagu ni sebelum ni, tapi masa kat KK dengar lagu ni berkali kali masa jalan ke Kundasang. Terbuai buai dengan irama dia dan pemandangan gunung ganang. Ingatkan lagu penyanyi Sabah tapi sebenarnya bukan.

Apa apa pun.. aku memang bukan wanita,. tapi aku terbahagia dengan kesempatan yang ada untuk mengecapi keindahan dunia.

Alhamdulillah. Terima kasih Kota Kinabalu. Terima kasih Sabah. Insya Allah nanti kami datang lagi.....

8 comments:

  1. Lain kali ko crik mv feminin ok...xpun kru...hahaha

    Hamboi ko dh start enjin Yer meng tahun ni...nk kmana tuuuuuuuu....

    ReplyDelete
  2. Kilabret katanya mmg kreatif lah mmg kilabret otak JM apa benda nya lah kilabret nih caberet tahu lah mmg 'mesho' lah

    ReplyDelete
  3. Tetiba aku tengok lawa giler KK ni di lensa kamera ko. Ok x makanan kat Thien Thien. Bab makan kat KK aku failed sebab aku memang jarang JJCM. Hampas kan. Glad u enjoyed KK. Sila kan datang lagi next time.

    ReplyDelete
  4. DJ : heheh ni satu satunya tiket yang aku beli last year.. so dah time.. kena get ready lah..

    dekat dekat jer lah.. cuma tgh fikir nak hop between 2 countries.. tapi mcm tak sempat je. tgk lah cemana.

    tungggu..............


    JM : terbalik tak mata bila baca?

    ke otak jadi terbalik sekejap? hehehehe

    ReplyDelete
  5. BK : nasib baik gak la cuaca okey. aku risau jugak sebab takut hujan.. kalau hujan lagi aku tarik selimut je lah.

    makanan kat situ okeh.. cuma kedai agak bersepah sepah sikit.

    anyway.. ok la dpt makan soft shell crab. Dah lama aku mengidam. Cuma mahal jugak la...

    Insya Allah akan datang lagi.


    Amir : tu lah pengubat selepas duduk terperuk dalam flight dalam keadaan panas meruap ruap....

    ReplyDelete
  6. cantik kan kampung saya...malangnya dah kena buang daerah...wakaka.
    ramai orang komplen pasal bayaran masuk yg tak masuk akal tu...

    ReplyDelete
  7. Nasa : cantik cantik..

    tu la bayaran masuk tu mcm melampau. bukan ada apa sgt pun

    ReplyDelete