Pages

Wednesday, February 18, 2015

Jom Makan : Nasi Kandar Yaseem, Jalan TAR

Orang kata kalau nak pekena Nasi Kandar piaww kena pegi Penang !

Orang yang kata.. aku tak kata pun. Hiks.

Tapi sebenarnya Nasi Kandar ni merata rata dah ada dan ada jugak tempat tempat yang enak rasanya dah tak perlu lagi kita ke Penang untuk menikmatinya sampai buntang mata.

Salah satu Restoran Nasi Kandar yang lazimnya menjadi tumpuan warga kota di kotaraya ni adalah Nasi Kandar Mohd Yaseem !

Pernah dengar?

Tetap dia claim Nasi Kandar Pulau Pinang

Sebenarnya first choice nak makan di Restoran Kudu Bin Abdul ni... terletak sebelah je dengan Yaseem tu tapi hari tu tutup pulak.

So we opted for Yaseem lah pada kebulur tak dapat makan.

Terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman... dekat dekat dengan Tune Hotel KL tu. Ada bus stop tu so tak de la nampak orang beratur

Tapi... memang ada orang beratur nak beli makanan !

Maksudnya apa tu? 

Kalau orang sanggup beratur panjang ni confirmed la sedap kot !

Nak tau sedap ke tidak, kita kena lah beratur sama !

Boleh pilih nak makan di resto atau bungkus. Kami memilih untuk tapau jer...Kedai dia ada 2 lot so belah satu lagi tu ada ekon

Beratur kat 20 minit then tiba la giliran. Masa ni kiranya tengahari tu yang orang agak ramai kot. Cer teka apabenda yang terjulur ke bawah tu?

Pilihan lauk pauk mengikut selera masing masing

Dan harga agak berpatutan jugak lah

Cili dan sambal. Dia orang punya resepi rahsia kot

Order untuk bungkus

Waktu peniaga? Buka 24 jam so kalau dapat malam tak de la kena beratur kot

Tu restoran Kudu dan jugak Tune Hotel

Okey dah beli beli... ayuh la kita balik dan makan di rumah !

Kalau makan kat rumah boleh betul betulkan perut ikut keselesaan kan? Jadi makan pun lebih nikmat dan lazat.

Sayur mayur

Ayam dan sotong

Telur Masin dan Telur Dadar

Kuah campur

Ayam masak madu

Ambik mood macam makan kat kedai, makan nasi dalam kertas surat khabar. 

Pekena dengan air sirap yang sejuk dan segar

Wefie gambar makanan

Okey Verdict !

Boleh tahan la sedapnya. Tak kurang tak lebih. Ngam ngam. Tak payah la sampai nak drive ke Penang untuk makan Nasi Kandar sedap macam ni. Tapi tak tau la selera masing masing, kalau lagi panjang beratur macam kat Line Clear atau Nasi Kandar Beratur lagi kick kot. Hehehe.

Apa apa pun, boleh lah di cuba kalau mencari nasi kandar Penang yang enak dan lazat tapi bukan di Penang !

Recommended !

Tapi aku prefer jugak Nasi Kandar dekat Pelita, Jalan Ampang tu.



Namun ku menanti dengan hati yang terbuka
Walau pun aku kau kecewakan
Kaulah pelita yang menerangi hidupku
Tanpamu hidup tak beerti

Kaulah pelita yang menerangi hidupku
Tanpamu hidup tak beerti
Apakan daya ku insan biasa
Takdir menentukan semua
Perpisahan itu pedih ku rasakan
Seolah kehilanagn tanpa pegangan

Namun ku menanti dengan hati yang terbuka
Walau pun aku kau kecewakan
Kaulah pelita yang menerangi hidupku
Tanpamu hidup tak beerti

Kaulah pelita yang menerangi hidupku
Tanpamu hidup tak beerti
Kaulah pelita yang menerangi hidupku
Tanpamu hidup tak beerti

13 comments:

  1. PELITA is the best !!!

    Satu yang ada kat kedai Mamak/Nasi Kandar yang tak ada kat tempat lain .... services yang PANTAS !!!

    Tengok Nasi Kandar terus lapar !!!! Sedapnya kauh campur campur tuh !!!

    Ayam madu !!!!

    Melilih air liiur

    ReplyDelete
  2. aku baru pi makan smalam, tak sesia la berpeluh celah bedah beratur sbb rasa tak menghampakan.

    ReplyDelete
  3. sedapnya yang terjulur keluar tuuuuu...

    ReplyDelete
  4. gara-gara makan sini la aritu, kene keracunan makanan...sebenarnya dah rasa ayam tu x sedap tp telan gak sbb hantu nasi kandar......sudahnya merana 2 hari 2malam ciritbirit muntah2....wawawa

    tapi....kudu lg win berbanding yaseem ni.....kalau rindu nasi kandar layan sini = kudu/yaseem je kan

    ReplyDelete
  5. sampai terjulur-julur teloq ikan dia..

    ReplyDelete
  6. Ghaz : mamak memang pantas.. tu yang best. tak payah tunggu lama lama.. kan?

    tapi kebersihan kdg kdg di ragui jugak. cuma melepak kat mamak ni syok skit..

    ayam madu pelita tu memang sedap...


    LH : kau memang bijak bestari.


    Farikh : kan kan kan.

    sedap jugak la kan?

    ReplyDelete
  7. Mya : kau suka ya normaya telur telur ikan neh.

    aku x makan. so aku x berapa nak ambik pot.


    ETK : kat sini ke keracunan tu? hmm tu la masalah kedai mamak ni.. kita pun x tau dia masak lauk tu bila..

    nanti try kudu pulak lah.

    ReplyDelete
  8. MKL : sedap memang sedap.


    Nasa : hahahaha.. tu la.. mcm mengerikan pun ada.

    ReplyDelete
  9. JM tahu sgt apa benda yg terjuntai tu, tapi jika pandang dgn high imagination JM dah terbayang 'benda' lain hahaha

    Mkn sorang ke bang semua lauk pauk tu?

    ReplyDelete
  10. JM : kalau makan sorang tu namanya haloba tahap melampau.

    makan ramai ramai la.. abis juga. boleh tahan la.. janji kenyang.

    oh JM dah pandai skrg.. suka yang berjuntai2

    ReplyDelete
  11. habang meng!!! ahaah....tetiba terpikir nama tempat 'batang berjuntai'

    ReplyDelete