Pages

Tuesday, February 10, 2015

Jom Makan : Ben's, KLCC

Ben's at KLCC

Aku ni jarang pegi KLCC sebab aku tak suka orang ramai ramai. Semak dan senak otak.

Tapi berkesempatan cuti cuti di KL, beranikan diri jugak la pegi KLCC walau dah expect mesti akan merosak mood.

Walaupun kat KLCC banyak tempat makan tapi nak memilih tu agak sukar sebabnya.. orang adalah ramai tak tau mereka datang dari mana.

Ben's KLCC

Teringin nak makan kat Ben's ni. Tapi masa sampai tu punya la ramai orang sampai beratur.

Fikir jugak la nak turut sama beratur ke tidak. Tapi bila tengok tempat lain pun sama je orang beratur nak makan maka kami gagahkan diri jugak beratur.

Nasib baik la tak lama then kami di beri meja selepas beratur.

See berapa kali aku sebut 'beratur'?

Menu

Kau nampak tak apa yang aku nampak? Nasi Istimewa berharga RM 42

Takde la aku rasa nak oder nasik memahal macam tu. Letak apa la agaknya ? Aku rasa tak pernah aku jumpa meal nasik semahal ni. Ini record untuk satu meal yang aku pernah jumpa.

Tapi aku ni lapar nasik so aku kena makan makanan asian jer. Sesuai dengan perut yang bolat yang meronta ronta mohon nasik.

So aku order nasik lemak ! Tu pun macam tak leh nak bajet apa dia isi untuk nasi lemak berharga semahal tu. Nasik lemak bungkus aku beli pepagi pun cuma RM 1.50 jer.

Tapi dah sampai, belasah je lah. Kita cuba eh.

Ini ke Ben tu? Yang atuk ke yang cucu? 

One thing for sure resto ni sangat lah cozy ! Siap sofa sofa. 

Hero pun siap tido baring macam kat rumah

Suasana dalam resto agak suram suram jugak. So nak kelebet cabut uban adalah agak impossible

Ini princess punya hp. Mengaruk nak beli hp ni masa isi minyak kat Petronas. Telefon Jenama Samsung Note 4 ( Not for you )

Yang tak tahannya, telefon macam ni dah berapa kali aku beli. Balik rumah kami cabut battery or sorok. Tapi dia tetap nak jugak kalau terjumpa. Aku semak sebab bunyi tone dia yang langsung tak telinga-friendly tu. Bingit tak tentu pasal.

Tapi kalau tak beli nanti budak tu amok.

Ayat memujuk dia kalau nak beli phone mainan ni adalah..

"Adik tak telefon sapa sapa pun. Adik telefon Papa jer"

* pitam

Dan dia kalau bosan bosan kang dia buat buat macam ada orang call dia. Pastu angkat.

"Hello. Haaa. Adik kat kedai ni dengan Papa nak makan"

Masalahnya entiti mana yang telefon dia pun aku tak tau. Paranormal betul kalau every time dapat phone mainan macam ni asyik kata kawan dia telefon. Kawan dari gua mana ntah aku tak pasti.

Tapi dekat Ben's ni ada trick yang hebat.

Ada playing kad. So sesambil menunggu tu, boleh la main main kad. Seperti biasa yang tukang baca adalah Hero. Tukang jawab adalah aku.

Kad

Soalan soalan

Apparently, order order makanan dan makanan tak de la lambat. Maksudnya servis adalah considered cepat walaupun orang agak ramai.

Cuma.............

Nasik lemak yang aku order tu tak der ! Dah abis. So nak tak nak. Aku gantikan dengan Nasi Istimewa RM42 tu.

So teruja tak nak tengok cemana rupa nasi yang mahal macam kapal kargo tu?

Air sampai dulu

Princess punya. Spaghetti Carbonara. Sedap yang ni.

Hero punya spaghetti apa benda ntah. Dia kata tak sedap, aku pun tak rasa. So dia makan tak abis dia pegi belasah Princess punya

Kari Laksa OR punya. Dia kata sedap jugak. Tapi dia pakai vermicelli ala ala Angel's Hair so aku macam kureng sikit nak mengecek. Hirup hirup kuah dia je. OK la not bad

Maka................

Terima lah..................

Nasi Istimewa RM 42.

Jeng Jeng Jeng. Dia letak atas meja.

Pastu aku merenung tajam pada lauk pauk dalam pinggan tu seraya bertanya pada diri sendiri.

"Kat mana yang istimewanya ??"

Seriously aku rasa tak istimewa mana pun. Ada ayam goreng, keropok, sambal, sayur dan daging !

Dah la aku tak makan daging !

Maka.............. tak habis pun aku makan. Keistimewaannya tak berjaya menggoda selera aku ni. 

Aku proceed dengan dessert jer

Nasi Istimewa tak abis. Ke consider abis ni?

Dessert pun tak berapa nak abis.

Semua orang kenyang.

Overall, food bagi aku biasa biasa jer. Memula nak try soft shell crab carbonara tapi banyak makanan dalam buku menu tu dah abis. Tu yang settle down dengan menu asal boleh tu jer.

Taste biasa biasa jer lah. Tapi aku suka environment dalam resto ni. Walaupun orang ramai. Pack. Tapi sebab suram suram sepi rasa macam tak ramai orang. Tempat duduk pun cozy dan agak romatika di amor.

Boleh la nak revisit, tapi kena gi baca kat blog orang lain dan find out apa benda makanan paling lazat kat sini kot baru boleh order. Ya la makanan agak pricey so kalau order yang tak sedap, lagi boleh bikin mood merudum dan bersimpang siur........

Boleh di cuba ! 

Balik hotel dengan perut kenyang walaupun tido malam letak tangan atas dahi mengenangkan nasi istimewa RM 42 tu.

Nah. Layan lagu ni. Rasanya tak de kena mengena dengan Ben's KLCC kot.



Ku nyanyikan lagu syahdu
Bila teringatkan mu
Yang masih bertakhta di hatiku

Ku nyanyikan lagu rindu
Itu yang ku tahu
Agar terluah resah membeku

Kini... hanya impian yang nyata
Tiada menjanjikan bahagia
Segumpal harapan cita apakan sia-sia
Namun ku masih meniti harapan

Berarak awan kelabu
Di pinggir penantian ku
Namun derita jua yang menjelma

Serak alunan suara
Nyanyian rindu ku
Rindu yang menggigit di jiwa ku

Kini... berpelangi wajah duka
Dan sepi bertamukan airmata
Luka yang ada kau biarkan sahaja
Sedangkan aku sakit menderita

24 comments:

  1. macam cozy sangat tempat ni.. bole cuba nanti.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Istimewa sebab harganya RM42 barangkali?

    -Tak penah makan kat Ben's.-

    ReplyDelete
  3. tempat yg sesuaaaii utk berdating nih

    ReplyDelete
  4. istimewa betul Nasik tu..

    haritu masa p KLCC mmg niat nak makan kat ben's ni sebab katanya dessert sedap gila. salah timing pergi hari jumaat lunch hour, tengok jelah dari escalator

    ReplyDelete
  5. adoii tercekik tgk harga nasi istimewa tue..huhu

    ReplyDelete
  6. hahahaha....pitammm mengenang nasi istimewa rm42..

    ~watie79~

    ReplyDelete
  7. ok
    lagu ben nathan is killing me

    softly
    hahah
    (patut komen menu makanan..tp pi komen lagu?)


    ReplyDelete
  8. Aku selalu juga tea time kat sini kalau weekend.Tapi makanan bapak mahal tak masuk akal.Sandwiches pun puluh puluh harga.Tapi pad thai seafood apa benda ntah aku pernah makan boleh tahan sedap

    ReplyDelete
  9. mungkin istimewanya nasi tu bila orang order mesti tak habis..huuu..kekadang suspen nk g resto mcm ni sbb tak tau ape yg best, pastu klu ter order yg tak best, penyesalan ya amat..lg menyesal time nk membayarnya..dah mcm ni gaya reviewnye, mmg tak la nk pegi..haha

    ReplyDelete
  10. Pada saya harga nasi tu jer yg istimewa,,,,tp nampak biasa2 jer, kalau ada sate ker..

    ReplyDelete
  11. eh Ben's kat sana tak macam kat Bangsar ke?

    Ada macam kitchen dan food display of salads and stuff.

    Kalau order roasted chicken bleh pilih2 salad kat food display tu.

    Aku kalau gi Ben's ni, dok horder roasted chicken je la...sebab big portion ! *gosok-gosok perut

    ReplyDelete
  12. Ko mmg sukar di jangka. Ko bedal jgk nsik tu???? Heeee! Mahei! Mahei tu x kesah sgt tp mcm mkn kenduri je aku tgk. Kot ade ayam terbang atas tu ok la gak. Heh.

    Tp ok la. Ko bole tdo baring bagai kn? Ibarat ko sewa hotel ikot hour la ni. Tp hi5 dgn princess. Aku mmg ske die nye cabonara. bens nye tersenarai dlm no 2 cabonara tersedap slepas italiannies. Tekak aku le.

    Kayo supermeng mesia ni ha. Skali mkn dh 200. Pergh

    ReplyDelete
  13. Ben Nathan !!!! Aiiyyyooooooo very nostalgic !!!! Mengimbau zaman zaman PILIHAN KHAS di FM kul 9 malam ... (Sambil kesat kesat air mata ... )

    RM 42 utk nasik istimewa ... O M G !!!! Memang mahal !!!! Orang Malaya dah kaya kaya !!!

    ReplyDelete
  14. Slalu gak lepak sni.should try pad thai+lasagna+carrot cake

    ReplyDelete
  15. hahaha...kiter pun tanjat ngan nasi istemewa tu....dah mcm rega 1 dulang nasik....

    sesekali merasa bayor bill mahei apa salahnya kaannn...

    agak2 kalau order nasi lemak tu...mesti tanjat jugak..sebab dier bagi nasi lemak daun pisang jerk...hahaha...

    ReplyDelete
  16. MKL : baring buleh.. tido kang.. sedar sedar org dah campak tepi kolam kat depan klcc tu. so kena tidur tidur ayam jer..


    Anil : ya.. cozy. walaupun org ramai tapi sebab suasana redup tak nampak ramai sgt orang..


    Mya : begitu la gamaknya.... istimewa sebab akan di ingati sebagai nasi paling mahal pernah di makan

    ReplyDelete
  17. idzwa : bukan gigil lagi.. migrain terus.... hehehe

    sekali sekala can lor...


    Azra : betul.. ramai yang dating jugak di sini... tapi tetiba meja sebelah anak menangis..

    how?? kacau mood gak..


    Dzuli : dessert aku makan tu pun rekommended by waiter tu.. tapi sebab kenyang kot .. tak abis nak makan.. tak de pulak org lain nak ngecek ..


    An : heheheh tercekik tak per.. jgn terpengsan depan kedai

    ReplyDelete
  18. Watie : sekali seumur hidup boleh la.. lagi boleh kalau org belanja.. heheheh


    kak Anash : peminat ben nathan kah?? aiyooooo


    CC : okey.. tapi phad thai pun aku macam tak minat sangat.

    aku skip la kedai ni kot lain kali.. makan kat lain je lah..

    kalau special occasion buleh la. sekali sekala..


    Yayarahman : betul.

    sebab tu sebelum pegi kena google dulu blog org tengok apa org order..

    tu yang nak try banyak dah abis.. merasa la makan nasi istimewa punya mahal..


    Nasa : tu la.. ingat mcm tu jugak.. tapi tak pe lah.. sekali terkena dah lah

    ReplyDelete
  19. NanaT : aku tak tau.. mungkin boleh tapi sebab dlm resto ni mcm gelap semacam je. so tak nampak part part lain...

    kat publika ada satu.. tapi rasanya Ben ni satu company dengan Plan B.. so makanan dia lebih kurang je lah...


    Beb : sekali sekala sebab dah outing keluar.. kira part of cuti cuti lah...

    kalau tekak nak try.. makan je lah. setakat makan tak de masalah. yang kenyang pun diri sendiri jugak.

    italianese memang sedap. tapi nak gak la try yang lain2 gak kan..

    cepat bagitau aku lagi mana yang sedap... boleh aku bawak anak dara aku ni yang gila carbonara nih

    ReplyDelete
  20. Ghaz : pilihan bersama lah..

    dulu dulu kan list lagu keluar dlm paper. so dah siap tape awal awal sebab nak record.. paling haru kalau lagu tak abis DJ mengada nak bercakap.

    potong jer....

    zaman le ni dah tak de pilihan bersama tu. radio muzik pun dah berkubur...


    Wanny : thank u wanny.. nanti org lain boleh try.

    aku sendiri tak tau la bila leh repeat. nak gi KLCC tu malas..


    Azu : agaknya kalau nasik lemak tu dia letak sabut dgn tempurung kepala kat sebelah..

    lemak tu dtg dari kelapa ni.. dia kata !

    ReplyDelete
  21. teringat first time makan kat sini....sekali sebelah rupanya dato ct ngan dato k...wahhh apa lagi selfie lah! rejeki2 jumpa retis femes...=P

    ReplyDelete
  22. Qis : huntong laaaaaaaaaaaaa

    aku makan kat mamak.. ada siti lalu sebelah.. buat tak heran je..

    sitikus

    ReplyDelete