Pages

Monday, January 5, 2015

Port Dickson 2014 - V2.0 : Grand Lexis, Port Dickson - 01 | Resort

Heret aktiviti 2014 ke tahun ni. Tanda rajin menjelma senada dengan cuaca.

Citer skit pasal Grand Lexis ni. Maybe boleh bagi idea sesapa yang nak gi bercuti kat sini nanti.

Kalau dari KL... ikut Port Dickson highway tu.. boleh exit ikut Lukut instead of PD.. boleh cut short jalannya... Nanti ikut je signage dan akan berjumpa.....

Ini Hotel Lexis....

Ini baru la Grand Lexis. Sebelah sebelah je bangunan dia...

Ini lobby. Tempat breakfast kat dalam sana.. ada restoran kat situ

Reception area...

Check in pukul 4 petang !

Kalau sampai awal ikut nasib la.. kalau boleh check in. Tapi selalu hotel ni memang fully booked manjang. Aku pun hari tu.. book awal sikit. Kalau nak booking, try website hotel dulu. Harga dia lebih murah daripada agoda.. booking.com etc.

Ini jenis jenis bilik nya...

Ini tower building. Aku nak book skyvilla atas ni tapi dia upgrade ke bilik lain. 3 tingkat bawah tu adalah parking.

Selain daripada atas tower tu,... ada jugak yang atas laut...

Dan kalau jenis takut laut.. takut tinggi.... ada jugak yang garden punya

Ada setingkat dan ada yang 2 tingkat...

Kalau bilik atas air.. mostly bilik tak de view... so tertutup macam tu

Tapi ada panel glass boleh tengok laut kat bawah. Jangan ngada ngada nak mancing. 

Katil

Yang atas air

Ni pantai dia. Cononet jer.. tapi most of the time.. tutup... So anggap je resort ni takde pantai.

Ini laluan dari chalet ke chalet. Buggy akan hantar ke bilik.. tapi kalau slow sangat jalan kaki je la senang

View resort

Laluan between chalets

Ni bilik paling hujung kot dan Selat Melaka

Ada tenpat santai kat hujung.. Sini boleh nak mancing.

Bilik yang belah ni je ada view sikit...

Nampak resort sebelah

Hotel Lexis. Sama je design dia.. cuma tak de pool dalam bilik

Lampu

So bayangkan kau pegi bercuti di resort tepi pantai tapi tak de pantai? Bilik tepi laut tapi view tertutup? Tu yang tak bestnya chalet chalet kat sini except few villas.

Tu lah yang pedih sikit pasal hotel ni. Jap nak cari lagu pedih.



Ku sisip janjimu
Di tabir waktu yang terbuka
Lalu diterpa misteri dusta
Kasih cinta yang terbina

Dan di waktu ini
Dikau masih ku cari
Di dalam penantian
Bayangmu semakin kelam..

Mengapakah engkau biarkan
Janji layu dalam harapan
Kepastian terbenam dikaki hatiku
Mana harga cinta dan sayangmu

Seribu duka yang tiba
Pilu hatiku..

Keranamu tinggallah aku
Dalam padah bicara bibirmu
Keranamu betapalah aku
Mendalamkan pedih memanjangkan kasih

Oh tolong lah.. ku terluka..

Dan di waktu ini
Dikau masih ku cari
Di dalam penantian
Bayangmu semakin kelam..

Mengapakah engkau biarkan
Janji layu dalam harapan
Kepastian terbenam dikaki hatiku
Mana harga cinta dan sayangmu

Seribu duka yang tiba
Pilu hatiku..

Keranamu tinggallah aku
Dalam padah bicara bibirmu
Keranamu betapalah aku
Mendalamkan pedih memanjangkan kasih

Keranamu tinggallah aku
Dalam padah bicara bibirmu
Keranamu betapalah aku
Mendalamkan pedih memanjangkan kasih

Tapi pool dia memang boleh memanjangkan kasih.

Tak pe lah. Kalau tak dapat sky villa pung... boleh naik kat tempat parking di tingkat 5 dan layan view dari tower building....

Kalau ada rezeki buleh tengok sunset

View Grand Lexis dari atas. Pool dan Garden Villa..

Bagi yang takut duduk atas air atau tempat tinggi. Tapi kalau mandi.. orang leh nampak

View sebelah kampung sana. "Hoi orang kampung !!!". Jerit sampai serak.

Lagi pool pool di Garden Villa

Watervilla

Ni belah Hotel Lexis...

Ni bakal design baru.. The Hibiscus kot naaa dia..

Nanti kita sambung lagi.

bersambung........

10 comments:

  1. Rasa2 nak pi sana hujung bulan..Thanks for the review...hi2

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. grand lexis ni yg ada pool sendiri tu eh..? slalu gak usha kat matta fair tp still mahal ...:(

    ReplyDelete
  4. sebelum saya ikuti family day anjuran pihak syarikat, saya rujuk blog saudara untuk lebih info
    terima kasih

    *skema giler cara komen kali nih*
    hehe

    PS; pi dua hari sblm cuti natal aritu

    ReplyDelete
  5. duduk pantai tp xde pantai, tepi laut tapi tak nampak....macam tu try duduk dekat hotel kontena plak....

    ReplyDelete
  6. idzwa : dah time la tu nak suruh repeat....


    MKL : silakan. enjoice..


    Sya : cantik tu tak sangat la kot.

    cuma sebab ada kolam tu rasa best jer la sikit

    ReplyDelete
  7. Farikica : ya.. yang ada pool dlm villa..

    paling murah room dia 550 kot. yang biasa biasa tu. tapi ada pool juga.

    cuba check website dia. kdg kdg dpt la harga tu..


    K Anash : saya harap saudari enjoice sewaktu berada di sana...

    * duduk sopan sambil tangan di atas riba

    ReplyDelete
  8. Nasa : eh kau ke yang pegi kontena hotel tu?

    yang dekat jeram tu kan kan kan?

    aku nak pi la nanti.. cuma takut lagi lemas dok dlm kontena

    ReplyDelete