Pages

Thursday, January 29, 2015

Jom Santai : 03 - Amverton Cove Golf & Island Resort - Rooms & Facilities

Ayuh tengok bilik dan facilities.

Ini adalah bangunan resort

Ini pulak lakeview villa... cuaca agak mengerikan

Ini villa-nya.....

Memula aku ambik Amverton Villa ni. Dan dekat dalam villa ni ada ni.

Pintu masuk

Ada private pool. Tapi pool dia tak sesuai untuk kanak kanak.. jadi aku tukar dengan kakak aku... Dia orang dok sini dan aku pindah ke blok bangunan depan kids pool

Bilik air di Villa. Villa ni 2 tingkat. So tingkat atas 1 bilik dengan poster king size bed dan large bathroom. Bawah ada 1 queen dan 2 singles. Boleh la sumbat ramai orang.

Dan kat atas ada jacuzzi. Ya aw aw.... tapi villa ni tak leh memasak...

Selain dari garden villa tu..ada jugak lakeview villa. Villa ni tak de pool...

Sebab musabab tukar bilik. Nak duduk depan pool. Senang jer. Bebudak berlari je dan aku boleh tengok dari balkoni. Ambik level paling rendah. Aku recommend ambik bilik 110 - 114... dekat dengan kids pool tu

Bilik kat bawah

Bilik dari arah pool

Okey. Ni bilik aku. Bilik agak luas. Cuma ada double single bed jer.. Redah je lah

Kerusi tak best sebab bukan sofa

Meja.. TV ada astro, kartun dan banyak sport channel

Toilet.. Macam tak best sangat. Nampak buruk

Tapi boleh tahan la besar. Cuma tak de bath tub

Haaa. Ini punca tukar bilik. Sebab nak duduk depan pool dan paling penting dekat dengan kid's pool.

Kids' pool agak happening. Lagi happening sebab dia orang boleh conquer jer..

Keselamatan harus di jaga

Resort dia memang lawa dan tak ramai orang

Pool dia terbaik

Antara aktiviti yang boleh di lakukan. Ada ATV untuk dewasa dan kanak kanak

Kids' Club....

Ada jugak karaoke dan facilities lain

Ni tempat makan. Rabbit Room nama dia. Besar dan bersih tapi makanan selalu tak cukup dan tak sedap

Sompoton Spa

SPA.. .The Sompoton SPA. SPA yang sama macam di Grand Lexis

Macam macam bau bauan kalau nak massage

Dan juga ramuan...

Okey..

5 perkara yang aku suka pasal resort ni.

1. Dekat dengan rumah... Percutian yang tak berapa jauh mana. Dan orang tak berapa ramai.
2. Resort yang bersih dan cantik. Pool kanak kanak yang best. Bilik luas.
3. Padang golf yang menarik
4. Bilik karaoke dia mantap
5. Pekerja dia yang ramah dan tamah.

5 benda yang tak berapa suka.

1. Food sucks !
2. Jalan nak sampai resort ni macam tak berapa elok dan sunyi. Gelap lagi tu... Malam malam agak mengerikan.
3. Rokok  mahal nak mampus ! Siap tax lagi.
4. Toilet macam kotor dan lapuk. Perabut agak lama.
5. Agak bosan untuk sesetengah orang ( tapi bagi aku OK jer)...

Sugesi aku, ambik je bilik biasa.. tak payah nak villa sangat sebab villa tu untuk berkumpul ramai ramai OK la.. tapi tak leh masak. Tapi kalau memang nak private pool, tak perlu ke Grand Lexis dah.. sini pun ada private pool ! Boleh berendam sesuka badak.

Bawak makanan siap siap sebelum sampai sini. Lagi banyak lagi bagus.

Lainnya enjoy saja................. ! Full credit sebab tempat ni memang tak ramai orang so sesuai kalau nak mencari kedamaian dan berehat rehat feel feel artis tak de orang paparazzi !

Oh...

Ni harga bilik.. Kalau nak tau

Anyway percutian yang hebat dan santai. Tak jauh dari kota. Aku berpuas hati !!!

Sebab masa percutian hari tu aku tertengok melodi dan ada cerita pasal Amelina dangdut. 

Katanya Amelina kembali menceriakan dunia hiburan? Like aku kisah? No !

Tapi layan lagu dia neh. 

Ayuh dangdutan yok !!! Asik...........................



Terang bulan malam ini
Kerlipan bintang seribu
Yang ku damba saat ini
Hanyalah engkau yang satu
Didalam hidupku

Teratai di pinggir kali
Mulanya mekar berkembang
Yang ku sebut hari-hari
Hanya namamu seorang
Ku mabuk kepayang

Bila kau jauh terasa sunyi
Resah gelisah sepanjang hari
Seandainya kau ada di sisi
Bahagianya hidupku ini

Kali pertama ku kenal cinta
Baruku sedar ertinya rindu
Jiwa gelora mimpi mengusik
Semakin rindu semakin asyik

Panas panas panasnya mentari
Tak sepanasnya cintaku ini
Kepadamu yang aku kasihi
Hingga akhir hayatku nanti

Bunga-bunga bunganya asmara
Harum dan mekar di dalam dada
Walaupun yang menghalangi
Cintaku pasti

7 comments:

  1. kat mana hotel ni??adehh laaa berminat niii!!

    ReplyDelete
  2. ingat benua manalah tempat ini, kt pulau carey rupanya....dekat tak dari tempat paragliding bukit jugra tu..

    ReplyDelete
  3. tgk harga bilik pastu tgk 5 perkara yg x berapa suka tu rokok excluded so sudahnya meme x mgkin akan ke sana

    ReplyDelete
  4. idzwa : pulau carey lah... dekat dgn jugra tu..


    Nasa : dekat jugak la dengan bukit jugra. tapi kalau ikut skve ada jalan potong ke teluk panglima garang tak garang mana tu.. terus je sampai ke resort


    JM : pegi la.. cuci cuci mata.

    mana tau satu hari nanti JM jadi caddy ker

    ReplyDelete
  5. Amelina nih dah comeback semula kan?

    Dulu dulu zaman duduk kat Malaya, (waktu tuh kita dalam 30 an ), org org yang veteran suka ke Mawar kat PWTC (tak pernah gi) ... and their favorite is Dangdut and rasanya Amelina pun ada buat show sana !!!

    Hahahhahaa

    ReplyDelete
  6. JM : maka itu.. jadi lah gadis payung besar.....

    kena seksi seksi..


    Ghaz : dah dah... tetiba jer..

    mawar kelab dangdut ka?? hahahahah pernah pegi la ni.

    kantoi !!!!!

    sekali sekala layan dangdut ok per... buat senaman.. hahaha

    ReplyDelete