Pages

Saturday, January 31, 2015

Jom Ngopi : MTLatte - Coffee At Work

Jom minum kopi.

Kata je nak lepak kedai kopi, tapi tak minum pun kopi.

MTLatte - Coffee at work

Aku terjumpa kedai ni secara tak sengaja. Ada pergi servis keta sebab ada problem sikit dengan kenderaan rasmi aku tu... so sementara bengkel buat keje, aku terpaksa menunggu dalam sejam jugak. So tak tau nak buat apa, usha usha nampak kedai ni.

Perut agak berkeroncong. Hari lak nak hujan. Ingat memula nak minum kopi, tapi digoda oleh waitress kedai tu akhirnya aku terpesona nak makan.

That day set meal

Nice and cozy cafe tapi terletak di tengah tengah tempat banyak bengkel kereta

Pintu keluar kecemasan sebelah je dengan pintu masuk

Hajat nak minum kopi memula then terlekat lepak makan pulak.

Lagipun masa menunggu tu agak lama, tengok kedai agak best untuk lepak. Orang pun tak ramai. Duduk je dan di beri menu.

Tapi aku settled down dengan set menu special that day tu

Lepak.. ada bantal. Boleh bersandarkan pada kenangan

Tunggu makan yang di order

Aku order Wow Fried Chicken Spaghetti with Bolognese Sauce. Set dia dapat air percuma. Aku pun tak tau air apa, tapi waitress tu yang suggest, aku on jer.

Air sampai dulu. Macam tea with something punch. Tapi tawar. Sedut sedut gula tak hancur... bergelumang kat bawah

Wow Fried Chicken pun datang. Tengok spaghetti with bolognese sause tu macam okey, tapi bila tengok fried chicken.. wow ! wow !

Wow ! Wow ! Wow !

Tu begedil ke ayam goreng?

Kalau ayam goreng kenapa macam tukul besi orang buat baling sebagai lontar peluru di padang balapan?

Musykil aku.

Tengok sekali lagi...

Wow ! Fried chicken dia memang wow

Wau wau bulan. Wau bulan teraju tiga !

Even aku ni jarang masak kat dapur apatah lagi goreng ayam... tapi aku rasa kalau aku goreng tak rupa macam tu kot? Atau ayam semalam? Atau pakai minyak lama? Atau apa saja.,

Tapi...tak sedap. Dan spoilt the whole meal. 

Agak kecewa gak la. Aku makan tak abis pun.

Food memang mengecewakan. Tapi aku suka ambiance kedai ni. Walaupun kecik tapi selesa.



Sebab letak dekat dengan banyak bengkel kereta. Mungkin dia cater for orang orang keje bengkel kot.

Apa apa pun, masih ada ruang untuk improvement. Ada set set lain jugak dan aku tak try. Not fair aku nak nyahkan terus kedai ni. Maybe orang lain boleh cuba try test. Tapi based pada ayam wow tu.. macam tak berapa nak wow sangat.

Check mereka di FB

Mungkin a good place to lepak for coffee with friends

Tapi aku pun maybe kena keji jugak.

Dok makan lepak lepak, aku tak sedar dalam wallet ada RM 10 jer. Nasib la tak order banyak banyak. Gelabah kejap. Terpaksa buat tebal muka.

"Wait for a while.. I need to get something in my car"

Terpaksa pegi ke kereta korek korek kot ada duit lebih. Cost makan semua RM 12.90.

Nasib baik la jumpa sisa sisa duit kecik. Kalau tak? Aku maybe kena basuh pinggan kat sini.

Nak repeat. No !

Hari pun dah petang

Keta pun dah siap.

Give them sedikit masa. Kot mereka terbaca entry ni.. cepat improve makanan.. moga perniagaan maju dan berkembang !

15 comments:

  1. Cun gler keta wei...hahaha wow sgt ayam goreng dia!

    ReplyDelete
  2. tergoda dengan waitress? kira abg ni mudah di goda lah ye...aahahha...JM nk try boleh ahaha..teruklah mati kena langgar

    apa? makanan tak sedap..itu lah bang lain kali jgn mudah tergoda ihihih

    alalalala...peminat hijau nihh..kereta mini tu pun hijo...so sweet...sape ckp abg gemok...jika betul mana mungkin nak muat masuk kereta mini tu

    ReplyDelete
  3. Ada kereta rasmi, kereta x rasmi tuuuuu

    ReplyDelete
  4. DJ : illustrasi sahaja.

    aku x muat nak masuk kereta sebesar tu.. hahaha


    JM : tergoda bukan sebab dia seksi. tapi sebab harga murah..

    tapi tak sedap..

    ReplyDelete
  5. Coffee at work ...itu yang best...suka lepak kat kopitiam...

    ReplyDelete
  6. pB : haks.....


    MKL : good good.. minum kopi memang menyegarkan. tapi kopi kat luar mahal2

    kena tanam pokok kopi sendiri

    ReplyDelete
  7. uish.. bestnya konsep cafe ni...

    ReplyDelete
  8. Nice car , but tak super la......antik ....

    ReplyDelete
  9. Ayam dia sah sah guna minyak lama atau goreng dua tiga kali hahahhahahahahahahahhahaa

    ReplyDelete
  10. wooo...mini cooper...my dream car...ni yg aku jeles nih...hehehe

    ReplyDelete
  11. kau muat ke masuk Mini tu Meng???

    *sorok blakang pomen sado

    ReplyDelete
  12. Anil : concept nya bagus.. tapi makanan kena la menarik jugak.

    kan kan kan..

    dah la tempat mcm kurang strategik..


    Ab : belum cukup bajet nak beli supercar..

    supercar banyak terbakar skrg ni.. x payah la kan?



    Ghaz : tu la pasal nya..

    kecewa betul


    ReplyDelete
  13. Hayati : tak payah jeles..

    kalau asyik rosak bosan gak kan... abis duit jer nak maintain.


    NanaT : hahahahaha

    bagus soalan kau tu. sebab tu la aku kata keta tu ilustrasi saja. tak sesaiz dgn aku..

    pomen sado tak do... tido...

    ReplyDelete