Pages

Tuesday, January 20, 2015

Jom Makan : The Sumbs - For Foodie By Foodie, Shah Alam

Haa... Ni kedai yang di war warkan sangat best tu kan?

Nama dia The Sumbs..

Sambal?

Aku pun berpeluang menyibukkan diri ke sana. Masa tu pegi Tesco Shah Alam.. then kami decided nak gi makan kat sini since dah dekat.

Jadi.. ayuh kita ke The Sumbs, Shah Alam.

Ini bukan di Putrajaya. Ini di area Worldwide Business Center, Shah Alam. Di sini lah lokasi kedainya. Agak tersorok dan berada di hujung jalan. Kalau nak senang carik, tuju saja ke GoodHope Hotel. Hopefully tak sesat !

Cemana nak cakap kedai dia ni? Pepandai la cari. Jumpa la kot Insya Allah...

Macam macam ada. JJCM pun dah sampai sini.

Boleh dining di dalam atau pun di luar saja...... seat agak banyak tapi sebab kadang kadang orang ramai so macam ada ruang menunggu. Tapi hari tu aku sampai malam, so ada la seat.

Menu nya. Ada western dan pelbagai jenis makanan

Harga agak OK lah... kedai pun selesa juga... cuma jauh dari hiruk pikuk manusia

Kami tak de plan nak makan dinner pun kat sini. Just nak pegi usha usha je. Sambil sambil tu nak try la makan dan rasai sendiri, apakah sedap beno makanan di sini?

Orang ambik order pastu menunggu.

Hero je nak makan. Dia nak carbonara. Aku ada jamah sikit. Not bad !

Cuma agak pelik sikit sebab food dia served dalam kotak.. so makan la dalam kotak tu.... sudu dan garfu plastik ! Hmmmmmm 

Kopi....

Sambil sambil tu order jugak benda lain sebagai kudapan.

Apa ntah nama dia tapi macam cakoi di makan cicah dengan chocolate. OK lah... nak kudap kudap

Ini mantou dalam ada sambal ikan bilis..... Tak sedap sangat

Dan yang menariknya di sini adalah desserts dia orang yang dibuat oleh Fazley penyanyi tu....

Sucre tu maksudnya Sugar in French.

Nak tengok apa dessert yang ada??

Ini cake dan makaron

OR nak makan ni. Tiramisu Cake kot... packaging tak berapa menarik. Rasapun biasa biasa jer

Ini Princess aku laa kemaruk. Nak cake pastu ada macaron tu. Mahal dowh.. Kat belas belas ringgit yang ni. Chocolate Cake dia biasa jerr .. lalu terngiang ngiang lagu 'chocolate cake' Dr Fazley tu terus rasa turn off nak makan.

Dan Princess jugak la mengaruk nak macaron ni. Siap dia yang pilih kaler. Aku sempat makan satu.. sedap jugak tapi bila diberitahu harga dia sebijik adalah RM 5..... rasa nak keluarkan balik jer... Mahal gila....  ( pada aku laa ) Tapi aku ada baca kat blog Beb hari tu benda alah ni memang mahal pedajal rupanya... Isk.. ni baru local made kalau oversea............?

Pastu nak try Creme Brulee.... dapat la, di hantar dengan kotak ni.

Bukak bukak.. hak ala.. besar ni jer... harga dekat RM 10... tak berbaloi betul....

Dah makan.. bayar je lah. Setakat nak makan kudapan kudapan macam tu pun end up dekat RM 80. Aku rasa mahal lah... !

So aku pun tak tau nak recommend ke tidak kedai ni. 

Makanan dia nampak macam menarik jugak lah... cuma makan dalam kotak jer? Hmmmm harga makanan pun standard macam makan dalam pinggan jugak. 

Desserts dia biasa biasa jer jugak. Dan aku tak leh terima kalau mahal melampau macam ni. Tapi tu lah... nak buat sendiri tak reti... last sekali, kena la beli. Tapi next time beli dessert kat lain je lah. Banyak lagi kedai yang jual desserts sedap dan murah. Tapi food kat sini boleh di cuba.... nampak sedap sedap juga.

The Sumbs, For Foodie By Foodie CafĂ©
7-04-01 Persiaran Alami Pusat Perniagaan Worldwide, 
Shah Alam, Selangor, Malaysia

FB mereka.

Nak letak lagu Chocolate Cake tu aku macam geli.... Cari lagu lain. yang berjenis sikit.



Asmara ini yang hanyutkan kita
Asamar ini yang hanyutkan aku
Biar seribu kali ku ucapkan
Tak kan goyah
Kebenaran
Tiada ku duga
Tiada ku pinta
Semuanya berlalu
Sebegitu saja
Dan kini ku disiksa dalam api ini
Sungguh aku telah mengerti

Takkan ku berlari
Salah kan sesuatu
Agar tak dihantui
Oleh dosa dosa ku
Yang semangnya mudah untuk ku lepaskan
Seandainya ku katakan

Asmara ini yang hanyutkan kita
Asamara ini yang hanyutkan aku
Biar seribu kali ku ucapkan
Takkan goyah oh kebenaran
Asmara ini yang hanyutkan kita
Asamara ini yang hanyutkan aku
Walaupun seabad ku pertahankan
Takkan goyah
Ohh.. Kebenaran

Inilah balasan untuk yang bersalah
Pedihnya kurasakan dan hanya berserah
Cukup dengan sekali
Aku mengotori cinta kita
Hancur sudah
Hancur kini

19 comments:

  1. aritu aku pi siap kena beratur bagai...jadi nya tak koser nak nunggu pi kedai lain je...

    meng, tu bukan cakoi...tu nama dia churros...

    ReplyDelete
  2. Meng ...orang kampung panggil churros tu kuih belimbing....
    kalau macarons situ dah rm5, Laduree' brand entah berapa agaknya..

    ReplyDelete
  3. mahalnya.. sesekali nk merasa ok la...

    ReplyDelete
  4. cakoi pon boleh..haha churros churros..cer sebuttt

    ReplyDelete
  5. cakoi cicah coklat..hahaha
    abang meng ni kata orang hitaly...

    dr fazley ni mentang2 ada Dr. buat cake ala kadar jual memahal pulak, dasar...

    ReplyDelete
  6. kemain princess order..dia mkn x sudahnyer?? hehe

    ReplyDelete
  7. pernah lepak sini beberapa kali.Makanan biasa biasa je.Macaron dia nak cakap sedap sangat pun tidak.
    Tapi aku suka makan macaron tapi harga la paling sadis sekali

    Tiramisu tu macam kurang skit.Tapi boleh masuk

    Kuih churros tu aku rasa yg dekat bangsar lagi sedap kot.

    ReplyDelete
  8. Cabonara dia kena dgn selera saya..boleh diterima, tiap kali pi sini mesti kena q..full house

    ReplyDelete
  9. Makan kudap kudapan kalau dah RM80, bagi saya mahal la...hahaha..

    Oh ya, kalau Princess suka kan macaron, wife saya dah lama buat macaron, cuma RM2 aja satu...boleh pos ( min order 24)..hihihi..segala macam kek pun ada....Mana lah tau nak order..nakl mai belajar buat macaron pun wife saya dah lama ajar org buat macaron...:)

    http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2015/01/brownies-talam-macaron-cheese-leleh.html

    ReplyDelete
  10. werh kejiii lah.
    bukak kotak, just creme brulee dalam bekas aluminum tu je? pendustaan apakah ini...


    thanks Meng, aku konfem takkan berkunjung. hehe

    ReplyDelete
  11. DJ : hahaha.. abis aku kena kutuk sebab panggil tu cakoi.

    mana la aku tau.. aku tau makan jer.. order pun based on gambar jer..

    memang nampak kerusi dia bubuh2 utk org menunggu. nasib aku baik skit la sebab tak perlu menunggu. maybe sebab pegi dah malam time tu..

    kau host JJCM wajib kena pegi nih !!!


    Nasa : haa laduree tu la yang mahal kot..

    kuih belimbing ka? tapi rasa memang macam cakoi la. saja la tu nak bagi nama glamer2..


    ZF : yup.. sesekali..jangan dua tiga kali

    pokai

    ReplyDelete
  12. Dzu : kau gelakkan aku. x baik arrr

    aku ni dok hitaly tapi belah belah ujung kampung. mana la nak tau sgt nama makanan2 neh..

    * kesat air mata


    An : dia suka tengok.. makan tak sgt.. tapi dua tiga hari nanti dia ingat la makanan dia pilih. dia cari balik dlm peti.


    CC : apa nama kedai di bangsar tu?

    aku nak pi usha cakoi di bangsar pulak

    ReplyDelete
  13. Smile : ya betol. masa try yang hero tu rasa mcm boleh tahan.. tapi sebab kenyang sgt malas nak order..

    jaga body..


    DZ : ya betol. memang menyesal kejap lepas makan. mahal gila hahaha

    good. thank u. nanti see how. boleh aku order macaron tu.. anak aku tu dia suka makanan warna warni jer.. especially kalau warna pink.


    NanaT : dusta kaN?

    dusta mata. nampak mcm besar.. ujung2 mcm telur puyuh jer..

    kau nak pegi boleh. tapi jgn order desserts lah..


    MKL : kenapah?

    ReplyDelete
  14. Dekat jalan Maarof.Kedai tu nama PCLO cafe.Belakang butik nama MODVIER.Aku pergi cafe ni sebab suka shopping kat modvier tu.Tgk je IG cafe tu.

    ReplyDelete
  15. elehh churros, aku buat sedap lagi kot, kalah churros disneyland tokyo sana... keskeskes ;p

    desserts, not my cup of tea... dan aku bersyukur aku tak ada sweet tooth, kalau dak, mesti dah obese... nuuuu! hahah X3

    ReplyDelete
  16. CC : tu kawasan aku nak elak tu.. sebab selalu jem.. tengok la nnati buleh gi riki riki nak makan cakoi sedap di situ...


    Plain : bagus la x suka makan desserts.. mcm mcm dessert ada le nih... boleh membaca kepada kencing manis..

    aku salah sorang peminat benda2 ni. iskkk

    ReplyDelete
  17. itu bukan cakoi lah bang...churros lahh...ada pelbagai perisa.

    kalau serve dlm kotak rasa x habis mkn terus boleh take away kan

    ReplyDelete
  18. JM : adoi.. kena lagi.

    okey okey..

    Churros. Churros. Churros

    * register dlm kepala supaya tak salah sebut lagi.

    btol gak kata JM.. buh dlm kotak boleh tapau terus. tapi kotak tu kertas.. takut rosak sebelum sampai rumah esp kalau jenis2 berkuah2

    ReplyDelete