Pages

Friday, January 16, 2015

Jom Makan : Restoran Godang - Nasi Padang Asli, Ayer@8

Aku ni dah beberapa kali berhajat nak ke Padang, Indonesia. Dah siap beli tiket berkali kali jugak.. tapi orang kata, rezekinya belum tiba. Asyik tak jadi jer. Bertangguh sampai la ke sekarang ni tak pernah jejak kaki lagi ke Padang nuh. Padang permainan selalu lah.

Tapi, walaupun tak pernah sampai ke Padang... aku tau kat mana nak makan Nasi Padang !

Nak tau? Nak tau? Okey. Aku kasik tau. Pakai cantik cantik meh ikut aku.

Satu hari yang indah dan cerah. Hari tu adalah hari Jumaat sebab aku ada meeting di Putrajaya so lepas solat Jumaat, nak mencari tempat makan bagi mengisi perut yang kekosongan ! Jadi.. aku dan kawan kawan telah pegi ke Ayer@8, tempat makan yang popular di Putrajaya sana.

Misi kali ni adalah nak pekena Nasi Padang !

Aku terbaca kat mana ntah, pasal resto Nasi Padang di buka di sini. Jadi ayuh kita usharina....

Nasi Padang dan Minangkabau.....

Nama kedainya adalah Restoran Godang.  Tak pasti apa maksudnya. Besar kot.

Kedai dia agak baru di buka. Terletak di lokasi Aye@8 bahagian yang mengadap tasik di level paling bawah. Kena turun tangga lah. Dan tempat dia agak hujung... berdekatan dengan Selero Timur dan satu Restoran Arab.

View dia macam ni.

Kami di sambut dengan senyuman tak berapa manis pekerja di situ. Pekerjanya import dari Indo okeh.

Mereka ada set lunch kalau mahu.

Tapi kami memilih untuk makan hidang.... 

Ada lauk pauk yang boleh di pilih di sini....

Setting dalam kedai

Masa aku sampai tu memang belum ada pelanggan. So kira dia layan kami bertiga je lah. Tapi lepas tu sorang demi sorang pelanggan tiba. 

Lauk pauk order di kaunter tu.. cakap je nak makan apa. Pastu duduk dan waiter dia datang bawak menu untuk minuman.

Minumannya

Dan sambungan lagi....

Maka tak lama menunggu, lepas tu satu persatu hidangan kami tiba.

Ayuh lihat.

Lauk pauk untuk 3 orang

Sayur kena lebih sebab nak menjaga kulit wajah dan body.

Begedil kentang kesukaan aku.

Daging Dinding dengan Cili Merah untuk member aku.

Ayam Goreng of chos untuk aku.

Daging Dinding lagi kali ni dengan cili hijau

Avocado Juice... mantap

Sambal hijau tapi tak kick sangat

Air melon apa ntah

Makan Nasi Padang di tepi padang !

OK. Now verdictnya...

Kedai dia agak baru so agak cozy jugak lah. View boleh tahan sebab boleh nampak Masjid Besi dan kawasan tasik.

Layanan bagi aku OK lah... ada gak la terasa macam makan kat Indo sebab pekerja dia rata rata memang Indo. 

Menu dia macam tak banyak. Dan rasa dia bagi aku OK lah.. cuma macam kekurangan something. Sesuatu yang tidak cukup. Tak berapa pedas !! Sambal hijau mahupun merah tu tak membangkitkan rasa pedas langsung. Patut ada cili macam sambal belacan baru ummph dan enak.

Apa apa pun mengenyangkan. Cuma tu la. rasa macam ada yang tak complete sebab kepedasan tak terasa.... tapi kalau pedas sangat aku pulak tak tahan.

Boleh di cuba kalau yang mahu. Not the best Nasi Padang yang aku pernah rasa.. tapi boleh la.......

Harga.. RM 55 tu untuk semua. Tapi orang belanja jadi... aku ok jerrr.

Boleh di cuba.

Untuk ambik mood layan lagu padang yang tak de kena mengena dengan Nasi Padang.



Langit telah pudar
menutup bumi
Cinta yang dulu ada
antara berlari
Ketika impian dikatakan igauan
Peperangan yang ngeri
kita di dalam
derita
Dalam padang lalang
Medan asmara
Cinta jadi bunga memutih warna
Dan bagai resmi lalang
kau tunduk membisu
Di sini tergugur sikembang cina

Ditimbus sakura
Bunga lalang merah
sepi
Menjerit cinta hampa
menangis hiba
terhampar tenang padang lalang
Terbang ditiup angin
Putus tangkai mu
Dan lalang itu tunduk
tanpa pengorbanan

18 comments:

  1. Byk jenis jus buah..jus nangka mcm menarik..

    ReplyDelete
  2. Air kosong pun dah 50 sen....fuyohhh

    ReplyDelete
  3. tak pedas tak nasi padang lar bang meng..hihi.

    dap eh jus alpukat @ avocado tue bang? leh try nie. susah nk dpt yg sedap kat sini :)

    ReplyDelete
  4. banyak juga tempat makan best2 kat putrajaya ni rupanya..baru tahu.. makanya nak kena khatam lagi pasni

    ReplyDelete
  5. Kecur air liur tgk lauk pauknya... Ayer@8 here I come!

    ReplyDelete
  6. godang tu samo ngan bosar maksud eh...contoh eh 'osah godang amek ekau ni DJ...mano tak eh, asik melantak yooo kojo ekau'...haaa gituuu pembelajaran bahasa spain hari ni...hahaha

    aku pi padang dulu sampai nak muntah makan nasi padang!sekali sekala ngadap ok la kan, tp kalo hari2 mau kembang tekak aku....huhuhu

    ReplyDelete
  7. sesat aku beb time cari ayer8 neh. huhuhu. terus cancel plan nk try cafe2 yg ko review

    ReplyDelete
  8. Nohas : tu la.. sempat try avocado dengan melon tu jer..

    nanti boleh try yang lain lain..



    pB : hahaha x perasan lak aku..



    MKL : nasi padang ok lagi. awek minang yang tak menahan kalau di goda2

    ahaks

    ReplyDelete
  9. An : btol. susah nak dpt avocad yang sedap. yang kat sini boleh tahan...


    Smile : kalau sesat kat ayeer8 ni confirm la tak lapar. nak kena ada duit je la.. hahaha


    Ashani : sila sila...


    DJ : aik host JJCM dah bertukar watak. dah jadi cikgu pulak dah.

    ahaks....

    sekali sekala boleh la kan DJ.. selalu sgt.. poket pun buleh jadi padang jarak padang tekukur...


    Agip : alaaa cemana leh sesat tu.. waze tak de ka?

    tak pe.. maksudnya dia suruh repeat lagi tu ke sana....

    pastikan jaya grocer !

    ReplyDelete
  10. Smlm g area saba cyberjaya..ternampak dpulze shopping complex ke apa ntah..hihi..ayat tetiba xde kena mengena ngan godang.huhu.ayer 8 ni view cantik byk kedai mkn dan butik baju n tudung..hihi.

    ReplyDelete
  11. Ciku : situ memang port makan kot.. kedai kedai lain x pernah usha la pulak..

    ReplyDelete
  12. setuju! sayur perlu lebih utk jaga kecantikan body tapi kalau dh msk lemak camtu mmg betul body terjaga ahahahah

    Licin!!! senang nk cucu :-) ehh..senang nk cuci

    ReplyDelete
  13. JM : lapar kot.. tu yang belasah abis makan...

    sambil2 tengok view lawa2

    ReplyDelete
  14. andek kauw, padang kebondo eh? Mano jangek? Mano otak sapi? Mano poghuik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah la Nak.. aku pun tak tau....

      aku makan apa adanya jer...

      Delete