Pages

Tuesday, December 23, 2014

Jejak Myanmar - 17 - Bagan : Bagan - Muzium Tanaka | Dhamayangi Temple | Sulaimani Guphaya Temple

Cut story short.

Aku kerengsaan dek kerana bahana sakit perut. Gila babeng memulas. Tak tau berapa puluh kali aku berak. Start dari berlari tinggalkan cafe masa breakfast, pastu keluar jap.. baring atas katil.. then berak lagi..dan lagi... Belum kira yang semalam tu tapi pagi ni lagi teruk.

Fuh.

Boleh kurus aku jadi nya !!

Dah tak de keluar apa. Air jer pun. Makanan semua dah tak der. Aku syak aku makan lauk pauk dekat kedai semalam tu. Konon nak pedas sangat. Sudahnya maybe cili tak cukup masak ke apa... tapi aku di bayangi kesengsaraan yang tak sudah.

Letih berBFF dengan mangkuk tandas !

Siap terlelap lelap tidur menahan kerengsaan. Nasiblah lepas bangun dari terlelap tu baru ok sikit.

Sampai lah tengahari. Aku kena check out. Aku dah mintak nak check out lewat tapi kena additional charge pulak. Malas la aku nak bayar. Kang aku duduk berak je pun. Naik menyampah dah aku tengok mangkuk tandas tu.

Sudahnya lepas check out tengahari tu, aku simpan beg kat lobby tu. Tengah fikir nak ke mana tapi since basikal aku yang pagi tadi masih belum di pulangkan. Aku sewa je la terus sampai petang sebab bus cuma akan meninggalkan Bagan ni nanti jam 8 dan pick up datang pukul 7 petang..

Layan kawasan sekitar hotel Zfreeti ni.

Zfreeti Hotel

Pool

Block hotel

Lobby

Duduk kat lobby berfikir sejenak. Ni hiasan atas meja

Bumbung di ruang lobby

Hippo kayu yang menguap. Ngantuk la tu. Tengok dia aku pun jadi mengantuk

Reception hotel

Lepak lepak tak tau nak buat apa, akhirnya aku ambik keputusan untuk merayap.

Nasib la perut dah OK sikit.

Keluar ke jalan besar. Intai intai apa yang patut. Memang tak jadi nak pulangkan ebike tu. Tak pe lah, aku gi merayau jap. Mana tau ada yang menarik.

Kereta kuda untuk di sewa

Salah satu rumah penduduk di Bagan

Salah satu resto

Kedai cenderamata

Basikal dan e Bike... banyak kiosk kiosk yang seumpama ni bagi sewa.. pepandai la tawar

Dalam aku melilau tanpa arah, tetiba terperasan satu bangunan dekat dengan persimpangan jalan tak jauh dari hotel aku tu.

Usha lebih kurang. Tengok tengok macam masuk free.

Bagi berlindung dek panas.. aku pun tebal muka masuk dalam tu.

Muzium Tanaka.... 

Bangunan dalam kawasan muzium.

Masuk dalam.

Kat sini ada menceritakan asal usul kayu Tanaka yang di tempek oleh kaum wanita warga Myanmar di sini

Tempat ni memang muzium. Ada satu building tu memang mempamerkan sejarah pembuatan bedak Tanaka ni dari asal berbentuk kayu dan pokok lagi sehingga lah ia di jual sebagai produk kecantikan.

Dalam tu ada gadis gadis jaga muzium ni tapi sebab aku jantan mereka tak nak layan sangat,

"Cepat... kalau betul tanaka boleh bagi saya kacak..... lumurkan segera di wajah saya !!!"

* mati la bagi arahan orang tak faham.

"Tak Nak Ka? Tak nak sudah !!!"

Kayu Tanaka. Gonyoh satu dahan tu kat muka.. elok nak cantik jadi calar balar....

Tapi masa aku borak dengan budak budak kat kuil sunset semalam, aku tanya dia orang kenapa pakai bedak Tanaka tu, dia orang cakap untuk elak sun burn. 

Satu lagi aku perhatikan dekat Yangon.. kalau perempuan Muslim.. pakai tudung, tak de nya dia nak selet muka dia dengan bedak Tanaka ni. Warga Myanmar yang bukan muslim je yang tak kesah muka comot comot macam baru lepas balik perang !

Di sini ada juga la jualan kalau nak beli. Minah minah tadi tu nak menjual jugak sebenarnya, tapi biasalah aku malas ambik port. 

Lepas abis berlegar legar di kawasan Muzium Tanaka di Bagan tu, aku tak tau nak gi mana. Cuaca masih panas. Kalau nak makan pun boleh, dah tengahari tapi aku takut kalau aku makan kang tercirit lagi. Aku minum air je.

Dah la rugi breakfast tak sempat nak abiskan pagi tadi. Lapar memang la lapar.. tapi aku kena bertahan dulu lah....

Gerai gerai makan di jalan utama di Nyaung U

Jalan punya jalan tanpa arah tujuan. membawa aku ke Old Bagan semula. 

Kat situ, aku just usha je mana mana kuil yang nampak menarik dan boleh pegi untuk ambik gambar. Cuaca panas.. orang lain duduk dalam rumah dan hotel masing masing kot. Aku je la gigih merayap tengah tengahari berdiri macam ni.

Persimpangan jalan

 
Misi seterusnya melawat pagoda no 17 - 19

Dhamayangi Temple

Dhamayangi Temple ni antara temple yang terbesar di Bagan ni.

Aku just park kejap dan masuk. Tak de apa yang menarik. Sama je macam kuil kuil yang lain.

Di dalam bangunan

Rata rata bangunan kuil macam ni, ada je orang melepak dan tidur. Sambil sambil yang dok berjual kat depan tu lah. 

Tapi dia orang ni tak pushy sangat so tak kisah lah. Cuma kalau masuk kuil kuil ni, ada je yang bergelimpangan tidur dan berteduh.

 Temple Gate Dhamayangi

Masa keluar dari temple ni, ternampak orang jual mangga.

Pagoda semalam yang aku naik nak tengok sunset.

Belah belah dalam macam ni, jalanraya dia tak berturap. Tapi tu je la access ke certain certain temple yang terletak jauh di bahagian dalam kawasan padang pasir.

Kalau nak pegi memang kena ada map dan tau temple mana yang nak di terjah. Macam aku ada few times jugak la tanya makcik makcik yang menjual tu.

Aku nak ke Pyathada Pagoda.

Pyathada Pagoda ni adalah salah satu lagi temple untuk tengok sunset. Sebab semalam aku dah pegi ke pagoda lain, so aku ingat aku nak terjah ke sini la tengok sunset hari ni.

Harap harap sempat lah. Aku tak pasti jugak sebab aku kena balik hotel untuk pick up naik bas ke Yangon pukul 7 petang.

e Bike aku yang berwarna ungu

Gerai gerai jual makanan dan minuman

Jalan access ke bahagian dalam dalam 

Salah satu papan tanda pagoda di Bagan

Di perjalanan singgah pulak pagoda Sulaimani Guphaya Temple.

Sulaimani Guphaya Temple

The Sulamani (occasionally Sulamuni) Guphaya, or Pahto, is one of Bagan's premier temple attractions. The name itself means 'Crowning Jewel' or 'Small Ruby.' Paul Strachan, one of the leading modern authorities on the Bagan archeological plain, calls it "the grandiloquent gesture of an empire at its meridian". It was actually more than a temple, for the complex originally contained a large number of associated buildings, including a lecture and ordination hall, cells for the monks and a library,

Sulamani was the first and most important temple of the late period (1170-1300) of Bagan monument building. It was one of many temples and stupas built by Sithu II (or Narapatisithu) (1174-12ll), probably as atonement for some of his many misdeeds. It was a direct model for the Htilominlo. It majestically combines the massive verticality of the Thatbyinnyu with the horizontalism and monumentality of the Dhammayangyi.

The red brick temple is step pyramidal on a square base and is oriented to the east. There are two major levels with porches at each of the cardinal points and prominent eastward-facing doorways. Each of the ascending squares has pilasters in the form of stupas at the corners and a beautifully wrought sikhara, restored since the devastating earthquake of July 1975, crowns the entire complex. Each of the major levels has inner ambulatories running along the perimeter with niches for Buddhas. Ascent to the second story and upper levels is now prohibited here as it is with most Bagan temples.

Important features of the Sulamani include its fine brickwork and use of stone in both load-bearing areas as well as on vulnerable external corner elements. The numerous original unique glazed roundels and panels along the plinth and terrace moldings add joy and exuberance to the exterior, while the rich frescoes on the stuccoed interior ambulatory(from the 12th to 19th centuries)—though damaged—with their lively depiction of both the sublime and the grotesque reflect a constant interplay of the physical and mythical light and darkness. The first story ambulatory is lit well enough from its doorways and windows to permit available light photographs of the frescoes. A wall with elaborate entries in the four cardinal directions surrounds the complex.

Jualan. Aku sempat singgah beli air.. bekalan hilangkan dahaga.

Koleksi cenderamata

Lepas usha apa yang patut, aku rasa sampai la masa aku nak pegi cari Pyathada Paya Temple. Walaupun masih awal untuk tunggu sunset tapi aku dah takde hala tuju, jadi ini lah destinasi terakhir aku di Bagan ni.

Nak cari tempat ni memang payah sebab letaknya di tengah tengah padang pasir. Ada jugak la masa aku jumpa orang sebab tak tau nak tuju belah mana.

"Pyathada Paya?"

Ada je yang tunjuk. 

Yang kelakarnya aku main laung jer.. kejap bunyi Phatada .. kejap Phataya.. aku pun tak pasti apa nama sebetulnya.. main belasah jer. Nasib tak sebut Nasi Goreng Patayya. Orang yang aku tanya tu macam tahu je.. semua tunjuk jalan terus lagi.

Dan laluan agak sukar untuk sampai ke sana. Tiada jalan raya yang proper... cuma ada pokok pokok renek dan bekas bekas laluan kenderaan lain selain dari laluan berpasir. Tawakal je lah. Cuak jugak padang pasir macam ni, tetiba aku terbayangkan ada ular ke apa muncul dan sergah..

Tengah meredah jalan berpasir tu... tiba tiba.....................

Gedebush....................... !

Tempat kejadian....

Agak agak aku landing cemana? Bersimpuh atau terjelepuk hina? 

Nasib la tak de orang. Kalau ada... nescaya aku terus buat persembahan dikir barat kat tengah tengah padang pasir tu bagi mengkever malu........

Sempat ambik gambo dulu....

Now Kak Ani ......!!! Let's ...........



Bermohon sembah sembah berhajat
Hajat berasal kayangan puri
Hamba puteri imbas berempat
Turun bermalam serata negeri

Bermohon sembah sembah berhajat
Hajat berasal kayangan puri
Tuan puteri imbas berempat
Turun bermalam serata negeri

Sungguh terdengar bukan igauan
Antan bertingkah sahut-sahutan
Si anak muda pandang-pandangan
Tua melarang dalam senyuman

Malam mengemping terang cahaya
Riuh sekampung asyik bersenda
Walaupun datang dalam bayangan
Diri memandang minta berteman

Satu rumpun satulah kata
Dua hati berpadulah jiwa
Tiga temu setia memangku
Empat pula sudah bersimpul mati

Mari adik mari abang (2 x)
Kecil besar tua muda (2 x)
Mari sama kasih sayang (2 x)
Moga hidup kan bahagia

Walau jauh walau dekat (2 x)
Sama-sama muafakat (2 x)
Datangnya sementara
Entah esok lusa kembali semula
Kembali semula

bersambung...............

15 comments:

  1. Hahahahahhahaa

    Alhamdullilah tak cedera .... tapi memang kelakar !!!

    So ada beli tak bedak TANAKA?

    ReplyDelete
  2. kayu tanaka tu jual ke ?

    E-bike pun tak sudi ngan mung hahahah

    cedera tak ?

    ReplyDelete
  3. hahaha..dah jatuh pon dan lagi nk amik gamba..hehe. steady lar bang :)

    ReplyDelete
  4. bayangkkan duk belakang semak, pastu ada orang jatuh gedubuk...mau saya gelak sampai cirit...hahaha.

    ReplyDelete
  5. hahaha aku kalo pape pun, mesti amik gambar dulu! hahahaha!

    well, sekupang kat cambo minum air tebu, ha sakit perut ceri beri tak benti. aku kat india, ceri beri tak benti. tapiiiiii harus la kurus turun brapa kg ok! terpaksa pegi lagi hahaha...

    ReplyDelete
  6. hari ini Fazura dah jumpe abe meng yang Fazura suke. Fazura kasi lime bintangggggg

    -hannan-
    -www.kembaraanakmuda.com-

    ReplyDelete
  7. Gambar cantik sangat, mak jemah sukaaaa menjamu mata dengan gambar2. Jemput ke blog http://mummyfiras.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Ghaz : sempat lompat la.. tapi tak sempat terbang. heheh

    x beli pung....tanaka tanaka ni..

    memang tak nak..

    hehehe



    CC : ada di jual dari kayu sampai la dah pakej lawa lawa..

    tapi bedak tanaka tu kat 7eleven pun ada jual.. bersepah...

    alhamdulillah berkat melompat dan merayap masa kecik.. aku tak cedera masa kat sini


    ReplyDelete
  9. JJ : standard la drama kan..

    padahal xde apa apa pung...


    An : itu mesti..

    bukti tuh.. nasib tak berdarah ke apa..



    Nasa : kalau aku dgr tetiba ada org gelak. aku bertempiaran lari laaaaa

    ReplyDelete
  10. MKL : semua sakit org tak suka.

    ada ke org suka sakit?


    Biq : kurus saja tak per. tapi kalau kurus hilang tenaga. semua dah tak leh buat..

    tu memang haru biru..


    Hannan : tak payah nak berfazura sangat ko.

    cepat update blog bercelaru tu.. !


    NMM : mak jemah tu ada serve jemout2 dgn kopi panas kat rumah dia tak?

    ReplyDelete
  11. tanaka..mcm bedak tanaka yang pernah famous dulu

    ReplyDelete
  12. comel e-bike tu.. lalu tmpt bepasir kuat ke dia?

    ReplyDelete
  13. ZF : bedak tanaka yang sama la kot. ada lagi ke yang lain?


    Shin : kuat la jugak. tapi berantakan la gigi atas bawah.. boleh sengal sengal gak la ponggong

    ReplyDelete