Pages

Friday, December 19, 2014

Jejak Myanmar - 15 - Bagan : Bagan - Shwe Sandaw Pagoda (Sunset Pagoda)

Misi seterusnya adalah memburu sunset di Bagan.

Shwesandaw Pagoda atau lebih dikenali sebagai sunset pagoda

Itu lah misi penting aku untuk petang ni. Nak ambik gambar sunset dari situ.

OK. Sebenarnya banyak je pagoda dan temples lain yang boleh jadi tempat ambik gambar sunset ni, tapi Shwe Sandaw Pagoda ni lah paling famous amos !

Dengan ebike aku meredah.

Dah nampak pagoda tu tapi tu la nak sampai tu macam macam jalan nak kena cilok. Lorong berpasir lak tu.

 Shwe Sandaw Pagoda 

The Shwesandaw Pagoda is a Buddhist pagoda located in Bagan, Burma. The pagoda contains a series of five terraces, topped with a cylindrical stupa, which has a bejewelled umbrella. The pagoda was built by King Anawrahta in 1057, and once contained terra cotta tiles depicting scenes from the Jataka. Enshrined within the pagoda are sacred hairs of Gautama Buddha, which were obtained from Thaton.

Nak sampai sini mencabar, dah sampai lagi mencabar.

Cabaran pertama.

Ingat tak USD 15 kita kena bayar sebagai entrance fee masuk ke archaeology zone ni. Maka kat sini ada macam polis akan check samaada pelancong tu bayar atau tidak !!

Kena simpan receipt yang diberi sewaktu pembayaran. Sah sah la aku tak der...

Dan aku pun terleka, tak expect benda nak jadi. So park ebike, aku nonong nonong masuk dalam compound pagoda ni.

"Show me your receipt?"

Cuak !

Aku pandang dia. Dia pandang aku.

* awas.... kandungan selepas ini mengandungi spoiler

"What receipt? Oh.. you mean Bagan entrance ticket???? Yes Yes. Yes. I have. I've paid this morning"

Lakonan kena mantap beb. Awal awal tak leh gelabah dan cuak rabak. Nanti mudah di kesan oleh pihak musuh.

Stand still...buat buat check beg camera. Muka confiden gila walhal tangan dah berpeluh. Buat buat sibuk. Tak de? Okey. check wallet. Mungkin ada dalam wallet ! Tak de jugak? Check dalam poket. Jangan gelabah. Jangan gelabah.

Pastu tenung langit. Kira untuk 5 saat. Buat buat fikir.

"Hmmm where do I put it?"

Buat buat tanya pada diri sendiri. Baru nampak real gelabah tetapi terkawal.

Pastu pandang muka mamat polis checker tu. Simpan rasa macam nak hempuk dia tu dalam diri.

Dan tiba tiba..... buat muka terkejut !

"Oh... I am sorry. I think I left it in my room. I put it on the table. Yeah. It is in my room. I dont have it here with me. Sorry"

Mamat tu terkebil kebil tengok aku. Mesti dia suspect aku cuba berdrama !!!

Memang pun.

"OK. Next time, you bring the receipt with you...."
"Oh. I will. I feel so bad. I am sorry. Thank you Sir"

Hah !

Tu la drama cemana aku boleh terlepas !

* goyang goyang bontot....

Ikut nasib jugak la kot. Maybe mamat checker tu tak strict sangat. Kalau dia berkeras.. memang redha la aku bayar USD 15 tu.

Jadi moralnya di sini, sila bayar entrance fee tu dan simpan receiptnya. Kot kot di minta. Dia orang polis polis Bagan ni akan buat random check untuk memastikan semua orang bayar. Dan tumpuan dia orang adalah di temple temple yang menjadi destinasi pelancong lah macam sunset pagoda ni dan juga pagoda pagoda yang besar. Kalau macam time sunset ni sah sah ramai datang ke sini jadi dia orang gigih la check sorang sorang.

Tepi jalan pun ada checkpoint dia orang ni, jadi kebarangkalian untuk dia orang buat random check tetap ada.

Cabaran kedua !

Sebab tempat ni menjadi tumpuan semua pelancong yang datang ke Bagan untuk datang ke sini, so bila petang jer ramai la orang menjual. Dan budak budak pun sibuk lah nak menjual poskad lah apa lah. Agak merimaskan !

Masa aku park ebike aku kat situ belum ramai lagi orang sampai. So aku agak awal lah. 

Then datang la budak budak berkerumun nak jual macam macam benda. Aku buat tak tau je lah. Last sekali sorang budak pompuan ni cakap.

"Are you from Malaysia?"

Hahaha. Terkejut gak aku. Bijak betul meneka walaupun aku adalah seorang Italian kacuk.

* batuk kokol keluar remote astro

Aku senyum je lah tak jawab apa apa.

"Postcard Sir? Very beautiful. Cheap.. cheap !"

Dia sibuk mengoffer. Strategi orang Myanmar ni tak macam di Thailand atau tempat lain. Dia sodok sodok nak jual sekali tu je, bila kita tak nak dia buat tak layan dah. Dia sambung hal dia jer.. 

Tapi budak pompuan tu dia siap tunjuk kat aku dia ada duit syiling Malaysia. Dia tanya berapa Kyatt lah kalau 20 sen tu semua. Jenuh pulak aku nak mengira. 

Budak yang baju hijau tu. Pesanan untuk adik lelaki.. bedak tanaka tak akan membuatkan awak hensem. Sila pegi cuci muka !

So aku terperangkap dengan dia. Tapi tak de la dia push suruh beli poskad pun cuma borak borak jer. Last sekali aku bagi dia duit Seringgit sehelai. Bukan main suka hati lagi. 

Dan yang menjadi bahana...................

Siap dia panggil kawan kawan dia pastu semua kerumun kat aku mintak nak jugak duit kertas Ringgit Malaysia.  

"Souvenir Sir ! Souvenir"

Banyak la kau punya souvenir.

Tapi ada budak kecik pompuan ni English dia fasih gila. Lancar dia bercakap kalau nak banding dengan budak yang lain lain. Atas sebab itu, aku bagi dia duit RM 5.

Dia sangat riang ! Yang lain tak puas hati !

Tapi bagus jugak la melayan budak budak tu, last sekali dia orang bawak aku ke reclining Buddha ni. Tempat ni kalau orang tak tau memang tak akan perasan. 

Tak de la rahsia sangat kan? Dah kalau dia nak membuta lantak dia la....

Misi seterusnya adalah nak naik memanjat di atas Shwe Sandaw  Pagoda ni.

Nanti dari atas sana baru nampak view yang lawa.

Dari kaki tangga ke menara

Sebab macam masih awal. Aku lepak kat gerai bawah minum air kelapa pulak.

Tadi minum air tebu ni air kelapa.. Tapi tak rasa nak terkencing sebab body memang dehydrated dek cuaca yang panas panas sungguh ni.  

Buah kelapa muda

Aku borak dengan kakak kedai air kelapa ni, tanya dia mana dia dapat kelapa ni? Dia cakap kelapa dari belah sungai sana. 

"Far.. far....."

Pastu masa nak bayar dia boleh sound aku.

"Malaysian money.... souvenir. Soevenir"

Cis.. Dia pun sama nak mintak duit Malaysia dengan aku.

Terpedaya tak aku? Hahahaha. Tapi aku blah je la malas layan.

Cabaran ke tiga adalah nak naik ke atas pagoda tu.

Terpongeh jugak la nak daki tangga ni semua.

Nampak macam senang tapi tak senang sangat lah.... 

Aku naik tu pun masa masih belum ramai orang, tapi dah ada jugak yang mula ambik port masing masing siap pasang tripod dan bersiap sedia.

Dan aku pun main snap je merata rata....

Harapan tinggi menggunung, semoga hari ini aku dapat sunset yang indah di Bagan ni.



Kau katakan padaku
Betapa lelahnya dirimu menghadapi aku
Kau katakan padaku
Ingin kau mengakhiri semua ini

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaan ku untukmu

Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasakanku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaanku
Yang hanyalah teruntuk dirimu

Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasa aku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu

Cubalah tu cubalah tuk mengerti aku
Cubalah tuk merasa aku
seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Semua isi hatimu

Bagan kawasan Old Bagan

Golden Pagoda

Ananda Phaya

Kawasan parking di bawah  Shwe Sandaw Temple

Mereka sudah bersiap sedia

Sekitar Bagan

Orang ramai mula berkumpul

Dari sini pemandangan memang lawa sebab temple ni tinggi dan nampak keseluruhan 360 degree kawasan Bagan ni

Makcik ni dia gayat. Tak berani nak naik dah. Dia naik semata mata nak ambik gambar. Siap suruh aku snapkan dekat hp dia. Pastu terus turun bawah semula...

Lepak menunggu senja.

Senja yang kelabu

Orang ramai especially pelancong dah mula membanjiri tempat ni

Tapi orang datang sini mostly nak tengok sunset tapi pakcik Jepun sekelamin ni datang untuk berdoa. Bersungguh sungguh dia berdoa. Aku tau sebab dia duduk sebelah aku.

Senja yang tak kunjung tiba

Masing masing hampa

Tapi ada je yang sibuk berphotography diri sendiri

Thatbyinnyu Temple dari sudut sini lak. Nampak kereta kereta kuda datang angkut orang nak tengok sunset

Malangnya... sunset tak der... Memang tak der. Matahari lesap awal awal lagi....

Cuma meninggalkan balam balam cahaya

Yang menyinari kawasan sekitarnya

Masing masing dah siap siap nak meneropong

Tips nak datang tempat ni, kena datang awal. Sebab atas tu agak sempit kawasan dia dan kalau orang ramai memang semua nak ambik port paling cun. Tapi sebenarnya banyak banyak level tu view lebih kurang jer. Cuma nak naik tu tangga dia agak steep. Kena hati hati.

Orang dah mula berkurangan dan meninggalkan tempat ni. Aku lepak lepak kejap sambil berborak dengan pasangan Holland. Dia orang stay Bagan 5 hari. Hari tu hari ke dua dia orang... dan dua dua hari tanpa beautiful sunset di Bagan.

Mereka kecewa. Tapi aku lagi kecewa. Dia orang banyak masa tapi aku cuma ada hari ni, esok petang pun kalau sempat boleh la tumpang skodeng kejap, tapi aku kena blah awal esok sebelum matahari tenggelam nak ambik bas balik ke Yangon semula.

Tapi dapat la capture gambar gambar menjelang malam di Bagan.....

Senja di Bagan

Indah juga bercahaya....

Seolah olah sinaran sang mutiara di tengah tengah padang yang luas ini... * pengsan ayat

So kalau berani tunggu la kejap sampai malam sebab ada temple temple tu akan bercahaya ketika malam. Bolehlah jadi ubat walau tak dapat sunset yang lawa.

Agak agak dah gelap aku turun dan tinggalkan tempat ni. Semua orang pun dah blah.

Kat Bagan ni nak bawak basikal ke ebike malam malam kena hati hati sikit sebab jalan tak de lampu !

bersambung.............

17 comments:

  1. design pogoda tu sama je semua sekali pandang..mcm mana abg nk tahu which one is shwesandaw Pagoda. Hamooii JM ber 'abg' lah pulak..x sedar siri nko tu dh tua..ekeke...ala bgi lah peluagn kat JM..JM ni kan anak pertana x de abg dan kakak so berilah peluang nk bermanja hahahah...

    ahahaaha...boleh jadi pelakon neh...nk selamat nye pasal..harap2 tak ramai yg buat camtu kalau x nanti dia akan 'perasan'

    Budak baju hijau? budak lagi ke..nampak seperti mak kepada budak lelaki tu...ahaha...muka celoreng dgn bedak TANAKA sekali pandang AVATAR ke nih

    dgn pelbagai rintangan dan godaan akhirnya x dpt sunset tu x pelah x de rezeki kan

    ReplyDelete
  2. dah banyak bulan skodeng blog neh gara gara femes di forum cari..ehh

    ReplyDelete
  3. mantap lakonan

    baiknya ko siap bagi duit kat bebudak tu.

    kakak jual air kelapa tu orang dah bayar siap mintak souvenir lagi.Tetiba aku rasa macam nak tunjal je kepala kakak tu.

    cantik bila malam temple tu

    ReplyDelete
  4. mantap lakonan abg meng..sesilap ada jugak yg folo "modus operandi" nie..hihi

    hati tisu gak supermeng rupanya..mau gak layan bebdk tue..tp tang bedak tanaka tue mmg x leh blah..hahaha:)

    at the end xde sunset..maka bertabah lar.

    ReplyDelete
  5. bang meng, upload la gambar ni dlm i.g, pastu tag @worldplaces ke @anewbreedoftraveller ke...
    nnti kot2 featured, (tak dapat duit pun la tapinya)

    kelass eh semua gambar sunset kat bagan ni...

    ReplyDelete
  6. cun lah gambo dr atas kuil tuh....gambar mcm ni la yg aku selalu tgk kat tenet....hehehe cuma yang ni tanpa sunset jer laaaa....hehehe

    kemain ko kelentong polis tu yer!hahaha eh polis pakai tanaka tak?hahaha

    ReplyDelete
  7. rajin betoi melayan kanak2 tu ya...ha..ha.. byrn usd15 tu mcm mahal ja...sekali masuk ke atau berkali2 blh kluar masok..?
    kes hilang tiket ni baru terjadi kat anak aku masa di tokyo masa nak ke airport...selama ni papa pegang tiket, tibe kali ni die gatai nak pegang..walhal beberapa minit je tiket tu die pegang..dan2 die kata tiket die jatuh kat celah escalator... aku pon citer lah kat mat jepon yg jaga tmpt tiket tu, citer yg sama.. ntah macam mana, die kesian kat bdk kecik ni kot..die bg lepas..selamat 1000 yen...

    ReplyDelete
  8. tinggi juga nak naik ke atas..tapi berbaloi, view menarik..

    ReplyDelete
  9. Malam-malam boleh lepak sini ke?

    -hannan-
    -www.kembaraanakmuda.com-

    ReplyDelete
  10. JM : memang susah nak cam kecuali yang besar besar. kena ada map la baru leh tau mana dah pegi mana perlu pegi..

    Baju hijau tu sebab dia join dgn budak2 so dia nampak budak2 jugak.

    kalau dia join kakak jual air kelapa. dia mungkin baya baya kakak tu..

    tapi .. hmmmm dah ranum jugak nampak..


    MKL : tak kot. org gi bagan ni kalau bukan utk beribadah adalah utk view keunikan dia yang memang banyak tempple

    enjoy the architecture dan binaan...dan view jer..

    ReplyDelete
  11. JJ : tenung langit dan kira dalam hati..

    5 seconds tau.. tapi sebenarnya cari idea apa nak buat lepas ni. heheheh..


    WR : korang ngumpat aku eh. aku ada detect banyak dari situ .. tapi aku xde access tak leh nak baca..

    baik baik mengumpat aku. jangan sampai tersedak kena karate...


    CC : sebenarnya aku dok borak2 dgn bebudak tu tanya dia org sekolah ke tidak apa ke semua. so dia org pun baik melayan..

    tak pe la bagi duit singgit2... sedekah

    ReplyDelete
  12. An : okey je nak follow cuma harap2 bukan polis yang sama la kot. haks..

    hati tisu tu kena ada.. tapi hati pampers pun kena ada sama. walau terkena cecair.. tetap utuh dan tidak bocor..

    haahahha.. kena tgk suasana..

    Sunset memang tak der... terlebih tabah la..

    * berlalu sambil sorong ebike..


    Dzu : thanks.. akan di cuba tapi mcm tak berapa nak rajin...

    malas nak start. nanti poyo la jadinya


    DJ : kakau polis pakai tanaka.. awal awal dia tahan aku dah terbarai gelak. hiks.

    tak de la.. lelaki tak pakai pun.. malu kot

    ReplyDelete
  13. F : USD15 tu sekali masuk ... valid for 5 days. mcm kat siem reap jugak la..

    cuma pass dia tak de la bagak beno nak kena pakai.. kena simpan resit jer..


    Nohas : tinggi gak la.. tangga dia steep dan x lebar. kena hati2 skit.

    tapi kalau naik atas lebih kurang je view dia..


    Hannan : aku rasa boleh sebab tak de gated pun tempat2 ni..

    cuma bawak la torch light. sebab memang tak de lampu2 pun kecuali ada few pagoda yang bercahaya di waktu malam2 tu

    ReplyDelete
  14. cantek la at least ada lampu...kalo cambo n india takde lampu menyinari benda2 cenggini kan...hoi best la plak!

    ReplyDelete
  15. Biq : maybe sebab Siem Reap tu berhutan hutan.

    sini padang pasir so boleh tengok view jauh jauh...

    ReplyDelete