Pages

Monday, December 15, 2014

Jejak Myanmar - 11 - Bagan : Arrival

Masa aku bukak mata tu, tetiba terasa diri ini seperti mangsa rogol.

Eh.. ke tak de orang selera nak rogol aku? Hmmm.

Dibiarkan sepi sendiri. Terbaring atas kerusi. Wire ear phone melilit lilit. Bantal bersepah sepah dah jatuh. Selimut pun ntah ke mana hala dan yang paling sadis...

Tak de sorang pun dah dalam bas tu !!

Subuh di Bagan

Cis ! Ini tidak boleh jadi.

Sampai hati dia orang buat aku macam ni. Mamat sebelah aku tu pun satu. Semalam aku dah bagi dia pinjam bahu kasik dia tidur enak enak.. dia pun sama, tak de courtesy nak kejut aku bagitau dah sampai.

Ke sebab aku tidur tak sedar diri dan terhumban sebelah dia dan kacau dia tidur? 

Sebab rasa aku memang tidur mati. Langsung tak sedar apa apa.

Nasib la pintu bas tak di kunci lagi.

Bas yang aku naik dari Yangon ke Bagan

Turun dari bas aku terkebil kebil. Tak tau nak ke mana. Dan masa tu aku nampak macam ada pick up yang bawak semua orang orang ni berlalu pegi. Itu la satu satunya harapan aku untuk naik ke hotel yang aku dah tempah. Now??? Dah tak der. Tak tau berapa lama aku terlelap dalam bas tadi tu. 

Tengah aku termangu mangu hisap rokok dulu tetiba ada sorang mamat ni approach dengan motosikal. Dia tanya aku nak ke mana. Aku bagitau nama hotel aku dan dia kata dia boleh hantar. Dia nak charge aku 10.000 Kyat which is lebih kurang USD 10. Gila... RM 30 lebih.

Memang dasar.

Aku buat tak tau je. Then dia start nego nego, still aku rasa mahal gila. Dia boleh turun to the lowest of 5000 Kyat which aku rasa tak berbaloi ( walaupun aku sendiri tak pasti jauh mana hotel aku tu dari station bas ).

Dan masa melilau lilau kat station bas tu, aku terperasan ada satu booth yang yang mana, setiap penumpang lepas turun dari bas kena pegi beratur kat situ dan bayar Entrance Fee nak masuk Bagan ni dengan harga USD 15.

Masalahnya masa aku tengok, orang tu dah tutup lampu menandakan dah nak tutup. Dah tak de bas lain sampai pagi tu.

Jadi....

Aku rasa aku tak perlu bayar. Dan aku pun rasa macam tak nak bayar !!!

* gelak setan.

Save budget aku USD 15. Maknanya lama jugak la aku tidur dalam bas tadi tu rupanya...

Mamat tu rasanya dia give up sebab segala pujukan dia hanyalah rayuan gombal dan aku lagi keras dan buat tak layan. Tapi... aku sendiri pun cuak sebenarnya.

Mamat tu blah dan aku nampak dia borak borak dengan kawan kawan dia yang lain. Mesti mengumpat kata aku kedekut lah tu. Bila mamat tu hilang dari kelompok muda mudi Bagan tu, tetiba salah sorang daripadanya datang dekat. Dia pun naik motosikal.

Dia tanya nama hotel dan aku jawab...

"Zfreeti !"

Dia angguk tanda tahu dan aku nego harga dengan dia 2,000 Kyat dan dia bersetuju !!

Aku girang ! Aku pegi ke pejabat JJ Bus dulu untuk confirm pick up aku esok petang. JJ Bus menyediakan pick up dari hotel untuk penumpang bas mereka.

Bagan ni ada kawasan kawasan dia tertentu lah iaitu Old Bagan, New Bagan dan Nyaung U. Bus station ni terletak lebih kurang 7 km dari arah Nyaung U ni dan kena tambah few kilometer lagi baru sampai ke area New Bagan dan Old Bagan.

Barang di ingat, temples temples di Bagan ni adalah scattered merata rata di ketiga tiga kawasan ni, jadi susah nak cakap mana satu penginapan yang paling baik sebab, kalau menginap di mana mana pun, still nak tengok temples tu kena jelajah di ke tiga tiga kawasan.

Terpulang kepada individu dan aku ni pulak sebab last minit, ni je hotel yang available dan paling murah !

Zfreeti Hotel ni Nyaung U

OK jugak la hotel ni. Lagi lagi kalau sampai subuh subuh hari kita tau la mana nak tuju. Buatnya tak tau.. mengagau baru nak cari hotel memang boleh buang masa. Jadi nasihat aku, pre book hotel di Bagan siap siap sebelum sampai. Lagipun kalau kita dah book, even kita sampai Bagan pukul 6 pagi pun, dia orang akan bagi early check in !

Lawa jugak hotel ni. Siap ada pool

Urusan check in semua smooth. Sedar sedar aku dah di bawa ke bilik penginapan.

Yahoooooooooooooo...

Apa nak buat ni? Of chos la sambung tido !

Katil

Toilet

Toiletries

OK je la hotel dia. Bilik dia pun bersih. Cuma aircond tu macam tak cukup kuat. Panas aku jadi nya. Dah la cuaca di Bagan ni even pagi pun berpeluh peluh dah jadi nya.

Tapi sebab tak cukup tidur, aku bantai tidur dulu demi menjaga tubuh badan dan kelangsingan tubuh.

Sedar sedar terjaga, hampir 2 jam jugak aku tidur. Fuh. Tidur dalam bas sakit tulang belikat, now better sikit bila mendapat tilam yang empuk.

Bangun je aku mandi dan buat apa yang patut. Tak boleh berlama lama menjadi malas. Malas di tanah air sendiri jer tapi di luar negara kita kena rajin.

Itu motto nya  !

Bangkit dan keluar ke lobby hotel.

Berkat beramah tamah dengan budak reception tu aku dapat peta Bagan. Tu je la yang boleh aku rujuk untuk perjalanan aku di kawasan ni nanti. Tapi fikir nak jalan ke mana. Nak tuju ke mana?

Dekat hotel ni ada kemudahan sewa basikal, dia tawarkan harga USD 10 untuk 6 jam. Sehari dia bagi USD 15. Kalau basikal murah sikit. Aku macam buntu so aku fikir macam OK, cuma aku tanya dia mana tempat makan sebab aku nak isi perut dulu.

Lapar.

Tak jauh dari hotel ni ada main street jugak la kat situ banyak kedai kedai makan. 5 minit je menapak dari hotel.

Sampai kat situ memang banyak kedai kedai  termasuk kiosk, warung makan dan macam macam lagi. Ada kedai sewa basikal jugak. Aku tanya e-bike tu sewa dia jauh lebih murah dari harga hotel. Cis. Nasib aku tak tertipu. Kat jalan ni dia orang charge 7.000 Kyat sehari ( USD 7 )... kira OK lah. Kalau nak sewa basikal lagi murah. 1500 Kyat.

Aku rasa settle masalah pasal kenderaan nak bergerak di Bagan ni.

Kebetulan pulak, ada kiosk jual tiket bas, aku tanya mamat tu dia kata ada tiket ke Inle Lake petang ni pukul 3 dan pukul 7 malam. Aku memula macam nak gamble beli tiket perjalanan malam tu, so esoknya bangun aku dah boleh sampai ke Inle Lake sebelum ambik bas balik malam esok ke Yangon semula.

Tapi bila fikir fikir, macam terkejar kejar jer.. Sekarang aku ada 2 hari di Bagan.. malam esok je balik terus ke Yangon.

Berbelah bahagi gak la aku tengok dok fikir.

Tapi tak leh buat keputusan sebab perut lapar. Cari kedai makan dulu.

Kedai jual kraftangan

Jalan utama yang banyak kiosk dan resto di Nyaung U

Puppet

Dalam banyak banyak kedai tu aku terberkenan dekat warung ni. Sebabnya aku nampak ramai local duduk makan makan di sini, jadi aku try je lah.

Pakcik pakcik baru lepas minum kopi beredar

Duduk pastu di layan oleh waiter yang tak pandai cakap English. Nasib la ada menu book so aku just tengok dan order jer Nasik Goreng Vege.

Aku siap pesan kat dia, aku nak pedas sikit, tapi dia tak faham.

Last sekali keluar sorang lagi mamat ni, maybe tokey dia kot so dia yang datang tanya aku.

"Mau pidas?"
"Haaaaaa eh.. pandai cakap Melayu?"
"Malaysia?"

Dia tanya aku. Aku angguk. Macam jumpa sedara je tetiba rasa gembira sebab ada orang faham Bahasa Melayu. Rupanya mamat tu adalah Abang Myanmar yang pernah datang bekerja di Penang so dia boleh la cakap Melayu sikit. Tapi sikit sangat..... aku pun kadang kadang tak faham bila dia borak.

"Abang mau tulur?"
"Haaaa.. Telur goreng.. atas itu nasik. Nasik kasi pedas sikit, boleh?"
"Boleh.. Boleh.."

Hahahaaha. Seronok lak tetiba.

Memula order kuih ni.. Sedap jugak. Dalam ada inti kacang merah. Minum dengan chinese tea. Chinese tea tu FOC. Mamat tu kata kuih dia buat sendiri... tapi memang sedap

Nasik Goreng Vege dah sampai... tak sedap sangat tapi boleh la mengisi perut yang kelaparan

Depan sana tu Indian Restaurant tapi siang nampak macam tutup

Kuda menanti kalau ada passenger nak naik pusing pusing Bagan.

Abis makan then bayar dengan harga yang agak murah jugak lah, then aku bergerak nak pegi sewa e bike. Aku dah borak dengan mamat kedai tu, dia cakap naik ebike je senang.

Dia sempat bagi aku sireh. Dia suruh makan. 

"Abang.. cuba... sedap"

Sedap la sangat. Aku kunyah dua kali pastu aku imagine gigi aku merah. Silap silap kalau lembu nampak aku sengeh nanti aku bakal kena kejar.

Bila dia blah, cepat cepat aku buang !

Aku lupa nama dia apa, tapi dia cerita, dia dulu pernah keje angkut beras hantar kat sekolah sekolah di Penang. Dia mintak naik gaji, tapi boss dia tak bagi so dia pun balik dan bukak restorant di Bagan ni..

Tu la alkisah mamat tu....

Dah dapat e-bike yang aku sewa seharian hari ni, aku pun mula bergerak. Masalahnya peta tu memang menipu sampai aku sendiri pun tak tau aku berada di ceruk mana. Dah la jalan raya tak de sign. Aku main belasah je ikut arus lalu lintas dalam misi melawat temple temple dan pagoda yang banyak di Bagan ni.

Ni temple pertama yang aku jumpa. Kecik je. Main snap dari atas ebike jer

Pastu aku sampai ke jalan besar. Tak susah sangat nak menyesuaikan diri dengan e bike tu. Ia macam motosikal tapi sebenarnya basikal yang bergerak dengan menggunakan kuasa battery. Kalau sewa tu kautim siap siap nanti nak hantar pukul berapa pastu cari yang condition OK sikit. Battery dia biasa kalau baru charged boleh bertahan kira kira 8 jam. Biasanya seat dia macam keras sebab nak duduk lama sepanjang perjalanan kena cari yang elok elok juga. 

Kalau tak, pedih la bontot kang.

Seawal perjalanan aku sampai kat tempat yang aku rasa bukan tourist spot. Semua manusia tempatan sibuk pegi pasar apa semua. Pelik jugak. Memang peta tu betul betul tak membantu.

Last sekali aku tanya orang, cemana nak pegi ke temple dan pagoda tu... dah memang sah, aku ikut jalan yang lain.

Jalan ke Old Bagan dan semua tempat tempat tourist selalu pegi belah kiri tapi aku pegi ke belah kanan.

Tak tau mana arah di Nyaung U area

Lepas tanya orang tu dah tau sikit lah.

Papan tanda jalan memang tak de nampak, tapi kalau pagoda yang besar besar tu ada la signboard dia, so kena hati hati sebab kadang kadang terlindung.

Binaan yang ada. Memula aku tak berapa tau kenapa banyak bangunan macam ni, tapi lepas tu dah tau lah. Ini sebenarnya bangunan kedai. Dalam bangunan tu ada kiosk kiosk jualan. Biasa ada di tourist spot area

Dah tau mana arah peta, tempat pertama aku tuju adalah di Shwezigon Paya. Paya tu maksud dia adalah pagoda. Nama kuih ni Shwezigon sama macam kuil besar di Yangon yang aku pegi semalam tu dan sememangnya binaannya sebijik bijik sama juga. Cuma saiz dia je kecik sikit di sini.

Orang jual jual. Kena lalu kawasan ni dulu sebelum sampai ke pagoda

Shwezigon Paya, Bagan

Panas kaki sebab tak leh pakai selipar...

Aku just pusing pusing area ni ambik gambar sambil berteduh bawah pokok 2-3 kali sebab kaki kepanasan

The golden Shwezigon Paya in Bagan is one of the most significant religious buildings in Myanmar, for it served as a prototype for later stupas built throughout the country and marked an important development in the relationship between traditional Burmese religion and Theravada Buddhism.

Untuk bacaan lanjut sila refer :  Shwezigon Pagoda Bagan

Bagi aku tempat ni biasa biasa jer. Masa aku pegi tu tak de pulak ramai orang maybe sebab tengah tengah hari berdiri... panas berdeting

Buku buku mengenai Myanmar dan Bagan di jual

Monks

Jalanraya di Bagan

Lepas pusing pusing lebih kurang di kawasan Shwezigon Pagoda ni, aku bergerak ke arah Old Bagan... 

Bermula la perjalanan dalam cuaca terik berdiri melihat keajaiban dunia dan sejarah lama kerajaan Bagan di bumi Myanmar ini...

Tetiba rasa berada di zaman purbawara dan aku memiliki kuasa sakti.............



Cinta datang
Tanpa diundang
Seumur masa tercipta

Dia datang bagai sakti
Bagai menyaksi mekar
Kembang pagi

Cinta datang
Dengan senyuman
Panasnya membakar mentari

Wajah yang tergambar
Tak akan terpudar
Dari hati insan yang fana ini
Fana ini

Tak mungkin mentari
Akan terus sembunyi
Tiada sempadan
Tak bisa ku lewati

Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan ragaku
Menantimu walau sengsara
Jika ini ketentuannya
Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan raga
Jika ini ketentuannya
Kau kan jadi milikku jua

Terasa sakti bila bergerak naik e bike ! Tak perlu kayuh kayuh lagi..... ya aribaaaaaa

* buat effek angin memukul mukul ke wajah sambil memotong orang kayuh basikal.

e-bike aku berwarna pink. :-) Ada macam basikal ketua penyamun tak?

bersambung.............

22 comments:

  1. sebijik cam dlm cite p.ramlee..

    ebike tu nak sewa kena bg apa? (ie passport / lesen?) pastu nak parking tgl je mana2 ke? ke ada port jugak.

    takde org check ke kalau tak byr usd15 tu? tak mcm siem reap, ada checker?

    sekian soklan sy..

    ReplyDelete
  2. Hahahahahahahaa ....

    Boleh tak sedar yaaa

    Namun ada hikmahnya kan ... selamat Entrance Fee !!!

    Hahahaha

    Nice hotel !

    ReplyDelete
  3. haha. first sentence buat aku gelak satu opis pepagi neh.. adehh meng2..

    ReplyDelete
  4. haha...kelakar teruk! truly freshen up my monday blues :p

    ReplyDelete
  5. hahaha..kesian betui ko pas bangun tue tido tue bang. Nasib ko terer bawa diri..hihiks

    ReplyDelete
  6. begitu bersungguh ko tidur dalam bas

    puppet tu comel tapi macam menyeramkan

    e-bike tu comel dan bila ko yg bawak mesti comelnya berganda hahahahah

    ReplyDelete
  7. nasib mangsa rogol dalam bas ekspress, di dapati dengan wire berbelit-belit...ahaks.

    ReplyDelete
  8. mula-mula baca ingatkan baca cerita mona gersang la tadi...

    -hannan-
    -www.kembaraanakmuda.com-

    ReplyDelete
  9. tetiba keluar berita kat metro..
    'seorang rakyat malaysia dilaporkan telah dirogol di dalam bas di mynmar. mangsa juga didapati dibiarkan keseorangan bersama2 dengan wayar ipod yang terbelit dileher yang dipercayai kepunyaan mangsa sendiri'

    adeweyyyy......hilang stress aku sekejap....tq meng..

    ReplyDelete
  10. Dah lupa... Gi sana ni bulan brp ek? Klu nk gi time cuaca xpanas sgt bulan brp ek?

    ReplyDelete
  11. Jea : ebike tu sewa tak de mintak apa apa pun.. dia cuma tanya duk kat hotel mana jer.. no passport required.

    parking ebike biasanya ada special parking kat each pagodas.. tapi parking bawah pokok pun oke je.. banyak sgt ebike dan basikal. tak de org ambik pot.

    entrance fees tu... ada checker !!!!

    hahahahaa.. tunggu..


    Ghaz : hotel tu oke la.. harga pun agak murah. sebab last minit susah nak dpt area old bagan but again.. mana mana area pun okeh...


    Agip : nasib aku x tulis..

    sedar sedar je leher t shirt terlondeh dan penampakkan bahagian bahu....

    yuhuuuuuuuuuuuu.. mesti kau muntah kan?

    ReplyDelete
  12. JJ : Hihihi...

    usually when i reread these entries mesti fikir balik..

    aku ke yang tulis ni? hahahaha

    selalu hilang pedoman bila menaip. sorry.



    An : abis tu kau nak suruh aku menangis kat tangga bas tu sambil tunjuk2 bahu??

    hahahaha

    ReplyDelete
  13. CC : tu la aku rasa penat sangat sebab seharian merayap kat yangon. tidur pun jadi tak sedar.

    puppet tu memang scary jugak. siap ada show merata..

    ebike tu banyak membantu aku tu. aku berterima kasih kepada ebike nih. kalau ada kat malaysia aku nak beli satu bawak pegi keje..


    Nasa : tu la. nasib tak tercekik leher...

    dan sebab gaduh gaduh bangun.. tertanggal getah earplug tu sebelah.

    nasib ada spare.

    ReplyDelete
  14. Hannan : siot la ko.

    aku buleh buat lagi tragis tapi nanti kang semua org muntah.. hahahha..


    Liza : nasib baik sedar2 atas kerusi. buatnya dah kat lantai?? lagi haru kot..



    Amir : bulan 5. awal bulan 5. time tu memang musim panas.

    paling oke pegi bulan june - sept... cuaca just nice

    ReplyDelete
  15. abam meng jadi mangsa rogol?..then dah x suci lagi lah ni..itulah hensem sgt..ramai yg tergoda!!!

    Tulur? ahahaha...ammah...tulur satu!

    ReplyDelete
  16. JM : mamat tu ingat ingat lupa nak cakap melayu. sikit2 buleh la..

    ReplyDelete
  17. Gelak sakan aku baca post ni. Mesti berat nahu orang sebelah pangku kepala ko Meng. Sebab tulah dia marah sampai malas nak kejutkan ko.

    ReplyDelete
  18. BuK : maybe la.. sebab aku pun tak sedar.

    ntah ntah aku lagi lasak kacau dia. tu yang dia tak kejut aku

    ReplyDelete
  19. salam.. abam meng.
    bulan 3 ni akan ke Yangon. plannya yangon-bagan-inle lake. 6 hari. kalau abam dapat share iti myanmar sgt2lah awesome sekali. and JJ bus tu ada tiket online. beli online atau beli kat booth mana lagi murah? and.. buat visa pun boleh online. tapi abam buat kat agency. so yg mana lebih berbaloi?
    Harap dilayanlah peminat abam yg satu ini... mekasih.

    ReplyDelete
  20. Kal Edd : itinerary aku tak de..

    tapi kau cuba tengok ni..

    http://supermengmalaya.blogspot.com/2014/05/mingalabar-myanmar-highlight-itinerary.html

    Harap buleh membantu..

    6 hari kau nak pegi tu ok.. cukup masa nak cover semua tempat tu.

    JJ bus tu kena beli kat kaunter.. online aku x pasti. harga nya sama jer...

    aku x pasti boleh buat visa online ke tidak. rasanya utk business je buleh kot. kalau tourist kena gi agent. kau cuba la.. mana mana yg memudahkan kau tu la yang paling senang..

    tapi kdg kdg .. mudah tu maksud dia kena bayar lebih sikit...

    Have fun and take care !

    ReplyDelete
  21. Banyak input dari blog ni...nak pegi Bagan lusa ..bole dapat gambaran awal keadaan di sana kalau baca blog ni ..btw kalau e bike tu habis bateri tgh jalan..ape solution dia eh?

    ReplyDelete
  22. PK : pastikan pilih ebike yang baru.. biasanya new battery after recharged boleh tahan for 8 hr or so..

    kalau x.. hmm tolak je la.. hihihi

    ReplyDelete