Pages

Monday, December 8, 2014

Jejak Myanmar - 06 - Yangon : Circular Train - Part 2

Masih lagi dalam circular train Yangon.

Sebab aku tak jadi turun dan patah balik, maka aku duduk dalam train tu pose pose kacak. Tapi tak berapa kacak sangat !

Sakit badan la train ni. Kerusi dah le keras, pastu duduk mengadap, nak layan view pun payah.

Pandangan di luar... rumah rumah dan kedai kedai

Tapi dalam train ni boleh la tengok penduduk tempatan turun naik dengan hasil belian. Mostly barang barang dari hasil tani. Dia orang macam selamba je naik turun train ni. Tak tau la kena bayar jugak ke tidak.

Layan gambar dalam train dan kawasan persekitaran.

Kena duduk mengiring macam ni baru boleh tengok view

Dalam train

Boleh juga perhatikan orang especially bila train sampai kat station station yang besar. Ramai orang melepak dan menunggu

Ada juga yang berniaga

Dan melepak atau memang penempatan mereka?

Orang ramai duduk duduk tunggu train agaknya. Rasanya station ni ada pasar tani tu yang ramai orang.

Bergossip riang di lupa jangan

Haaa ni abang kelendan tiket train. Tengah makan sireh la tu... Aku nak duduk seat tu sebab ada dinding kat belakang. Boleh bersandar sebab ni coach paling belakang. Sebab dia halau aku, aku duduk belah sini. Ngeh Ngeh Ngeh. Kalau dia halau jugak, aku humban dia keluar.

So tips nya kalau tak nak sakit badan sangat ambik coach belakang sekali sebab boleh bersandarkan pada kenangan.

Sejam pertama laluan circular train ni agak membosankan sebab kawasan Yangon lagi. So banyak sampah dan rumah rumah setinggan yang di bina di tepi railtrack.

Bila masuk jam ke dua, baru masuk area area kampung. Baru nampak rumah dan kebun. 

Time ni la aku terpaku sekejap sebab gambarannya macam di kampung aku satu ketika dulu. Tak de la sebijik tapi dalam suasana macam ni la jugak aku di besarkan dulu dulu kala.

Terimbau kenangan lama....

Memori yang tak akan pernah pergi jauh dari kotak fikiran.



Bukan untuk yang pertama 
Ku rasakan cinta yang berbunga
Bukan untuk yang pertama 
Ku rasakan rindu yang mengebu

Dan ku berharap 
Semua ini takkan berakhir lagi

Aku akan selalu berada dekat mu
Takkan pernah ku jauh

Dan semoga selalu bersemi di hati
Cinta yang terakhir

Semalam ku memimpikan 
Berdua mengharungi samudera
Saling berbagi bahagia 
Dan berjanji untuk setia

Dan ku berharap
Semua ini takkan berakhir lagi

Rumah dan semak samun

Sekolah agaknya

Kakak kakak bergossip sambil menjamu selera

Jemuran 

Angkat kelapa

Rumah rumah mereka

Perkampungan

Rumah panjang

Sampai di station lain. Ramai orang jual sayur kat sini

Adik merayau dengan bedak tanaka di wajah

Makcik melepak dekat rail ketapi. Kau dah tak de tempat lain ke nak melepak makcik?

Perhatikan betul betul gambar ni.......................... mereka cuba menjual sayur kepada penumpang keretapi sebenarnya...

Kangkung dulu naik sekarang dah turun ............ !

Haaa aku nak suruh tengok makcik ni lah. Apa lah masalah makcik ni. Nak siang sayur pun, duduk la jauh jauh, ni betul betul tepi ketapi lalu. Kang tertanggal lak bedak Tanaka kat muka tu...

Hasil belian penumpang dalam train. Nasib tak de orang bawak ayam

Ini adalah pandangan biasa setiap kali sampai di train station yang besar besar.

Dalam otak aku masih berkira kira benda yang aku nak buat di Yangon ni sebelum aku berlepas ke Bagan nanti.

Nak naik Sakura Tower, nak pegi Scott Market, pastu nak ke Shwedagon Pagoda. Harap semuanya sempat. Kalau tak pun, aku kena langsung ke Shwedagon Pagoda tu je sebab tu adalah tempat wajib di lawati di Yangon ni.

Moga moga semuanya sempat.

So abis jam ke 2. Ada 1 jam lagi untuk sampai semula ke Yangon Station dan complete lah train ni circle around Yangon.

Aku rasa leg ni OK sikit. Tak berapa membosankan sangat sebab boleh tengok view. Tapi train tu bukan laju pun. Rasa macam lambatnya masa berlalu.

Dan...................... aku sebenarnya kelaparan !!!!!!

Krek krek krok..

* perut berbunyi.....

Dan tekak pun rasa dahaga dengan cuaca yang panas panas sebegini..

Perlu ke aku hijack train ni dan pecut laju laju? Errr.. sambil kunyah sireh dan buat muka brutal?

bersambung........

11 comments:

  1. Hoorrraaayyyy

    Dah ada sambungan ...

    Rindu dengan bedak Tanaka dan ludahan sireh !!!

    Hahahahhaa

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum En Meng,

    Saya ada mintak advise Meng sebelum ke Myanmar hari tu. Saya pegi bulan 10 selama seminggu. Dan, kat hostel 30th Corner tu, saya pun stay kat bilik single tersebut. hahaha.

    Alhamdullilah, saya masih hidup sampai sekarang walaupun saya travel sensorang ke sana. Saya juga naik circular train ni & sempat tgk wayg 2x di Yangon (ticket price for 3D movie is RM 4 only).

    Sempat juga cover ke Bagan & Inle Lake. Mandalay tak sempat pegi sebab saya demam di hari ke 5, perut dah rindu nasi lemak. hahaha.

    Btw, thank you for your advise yeahhh.

    Regards,
    Aini

    ReplyDelete
  3. Bang Meng, macam best plak travel mcm ni..dapat tengok aktiviti harian dan cara hidup masyarakat lain..
    Mereka susah payah cari rezeki nak sara hidup..kadang-kadang boleh menginsafkan kita kan..thank you Abg Meng.

    ReplyDelete
  4. Ghaz : itu yang di rindukannya??

    Haaa. try la bedak Tanaka tu.. untung2 boleh business kat sana..

    hahahaha..


    MW : alhamdulillah. berjaya pegi dan berjaya pulang dengan selamat.

    Lama tu seminggu.. memang boleh terjah sana sini.. lagi lagi kalau boleh tengok movie 2 kali tu.. memang banyak masa..

    Anyway.. sama sama...


    Has : betul tu...

    jangan sedih sedih..

    * hulur tisu.

    Travel ni kan masa untuk insap menginsapi sambil mengenang nasib diri.. yang baik jadikan pedoman dan telada. yang penting kena selalu bersyukur.

    dok gitu?

    bak sini balik tisu tu...!

    ReplyDelete
  5. Makcik kat area ke dalam, maju ah. Bergosip siap ada kerusi & meja. Lengkap untuk mesyuarat dah tu.

    ReplyDelete
  6. selamberrr jer makcik duk atas rail beralaskan selipar!hahaha nasib ketapi slow, kot shinkansen lalu ni, dah terobang dah makcik, dgn tanaka2 skali...

    amboi baca kesah MW tu membuat jiwa meronta plak nakpi Myanmar...hehehe

    ReplyDelete
  7. BK : hahahaa.. advance tuh.

    aku rasa sebab banyak sgt acara gossipan terus kena ada meja siap siap..


    DJ : kau tak agak agak nak letak shinkansen situ..

    berdesup terus makcik tu terpelanting celah semak.. yang penting tanaka tetap melekat di muka.

    ReplyDelete
  8. Meng,

    Hebat betul berjemuran tepi track keretapi tu.

    Sorry nak tanya ko pakai kamera & lens apa? Hebat gambar ko

    ReplyDelete
  9. BKamp : aku pakai canon 550D.. camera cabok yang dah lama.

    lense pun canon tapi 55-200mm berat skit la

    ReplyDelete
  10. ada hikmahnya nengok kedaifan org len kannnn.. selain dpt mengenang jaman membeso dulu.. dpt timbulkan aura keinsfan dan memanjat kesyukuran dgn nikmat hidup kita arini #nanges

    ReplyDelete