Pages

Thursday, November 27, 2014

Senja Di JapaMala - II

Sejarah dan asal usul nama Pulau Tioman.

* muzik caklempong dengan irama syahdu bergema

Di Pulau Tioman dahulu ada satu orang tua yang tidak mempunyai apa-apa pekerjaan selain daripada bermain dengan burung ..............................

Burung?

* krik krik krik

........................ Burung Tiung peliharaannya. Dia sangat sayang akan burung tiung itu kerana suaranya sangat merdu. Sebaik sahaja dia bangun dari tidur orang tua itu akan menjenguk burungnya.

Burung itu juga menarik perhatian penduduk tempatan kerana kemerduan suaranya serta kebolehannya mengucapkan beberapa patah perkataan. Tiap-tiap petang mereka berkunjung ke rumah Pak Tua untuk mendengar suara burung tua itu.

Suatu hari, seperti biasa orang tua itu pergi menjenguk burung tiungnya sebaik sahaja dia bangun dari tidurnya. Orang tua itu terperanjat besar apabila mendapati burung tiung kesayangannya itu sudah tiada di dalam sangkar. Orang tua itu sangat sedih.

Pada sebelah petang hari itu, seperti biasa orang datang untuk mendengar suara burung Pak Tua. Apabila melihat sangkarnya kosong, mereka terus bertanya kepada Pak Tua,

“Ke mana perginya burung itu pak cik?”

Dengan sayu dia menjawab,

“Tiung man dah mati.”

Itulah jawapan orang tua itu setiap kali dia ditanya berkenaan dengan burung tiungnya itu. ‘Man’ dalam loghat daerah pulau itu bermaksud ‘saya’.

Sejak peristiwa itu, pula terus dikenali sebagai Pulau Tiongman. ‘Tiong’ adalah ejaan lama bagi ‘tiung’. Kemudian Tiongman diringkaskan pula menjadi Tioman. Nama itu kekal hingga ke hari ini.

Di Pulau Tioman dijumpai beberapa kesan sejarah. Antaranya ialah Makam Syekh di Juara, batu Nenek Si Mukut, Cula Naga, Batu Carut dan Batu Kambing. Kini Pulau Tioman terus maju sebagai pusat pelancongan yang terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara luar.

Senja di Tioman !

Cubaan kali ke dua.
















Not the best sunset tapi okey la pada takde langsung.

Tak perlu kecewa dan gundah gelana... harapan pastinya masih ada !



Damai hati terang sudah
Perjalanan yang kita
Harung bersama

Pasti engkau kan bertanya
Apakah kita ini dijadi untuk mencari
Erti ikatan yang seakan dijanji

Kita insan yang berharapan
Engkau dan aku kasih dalam gelombang

Derita kuhanya lah semalam
Kau sentuh hatiku dan menggegarkan
Kemarau hiba telah kubendung

Rampaian kasihku didalam hati rindu
Berdendang dan menari lagu kita

10 comments:

  1. oh begitukah asal usul cerita nya..
    thanks berkongsi.. seronok pulak mendengar cerita nya :D

    #pulau lain cane lak.. :P

    ReplyDelete
  2. Ooo... asal burung tiong rupanya. Haram aku tak tahu! Senja nan merah hang cantik jugak Meng. Gigih ko mengejar senja ya, walau kekadang ia muncul tak seperti yang ko dambakan. (mati la puitis sangat)

    ReplyDelete
  3. kali ni geganba lawa skit..hikss

    acaner lah kau tau suma cite neh..
    lama bertapa kat tioman eh? hehe

    ReplyDelete
  4. Bermain dgn burung? Ihhh almost dh imagine ke lain, apalah JM nihh

    Ohh itu ke sejarahnya mana tahu ni. Jap JM nk tanya sama abe goog

    Senja di japamala? Festime dgn nama tempat ni huhuhu sedih sama ko JM, ko ni duduk cerok mana nih :-)

    ReplyDelete
  5. hikayat yang aku tak pernah tahu tapi

    pic cantik

    ReplyDelete
  6. Baru tahu asal usul namanya....

    ReplyDelete
  7. Rajin pi nembak bang.
    Sham suka gak pi nembak tapi tak suka tang bab meng-edit.

    ReplyDelete
  8. TT : oh pulau lain belum pegi berguru lagi.

    nanti kalau gi melawat baru boleh korek rahsia2 dan asal usul nama mereka...


    Ali : ya.. burung tiong... bukan burung kakak tua.... hiks..

    senja ni ikut nasib la kan. kalau dpt tu dapat la.. kalau tak.. melopong la sambil ber airmata....

    * puitis tak ayat aku?


    NanaT : oh.. selain daripada pakcik man pembela burung tiung ni. ada lagi satu pakcik yang tau segalanya..

    pakcik google !

    sila la pegi berkenalan...


    JM : ya la bermain2 dengan burung....

    hiks..




    ReplyDelete
  9. CC : thenfkssss

    * kesat airliur terpercik..


    MrsS : haaaa...

    so lepas ni nak dengar kisah apa pulak??


    Sham : kalau menembang tu ok je. lagi lagi kalau pegi bercuti. tu je la keje nya nak occupykan masa..

    edit tu kena pakai photoscape

    mudah dan tak berpeluh....


    MKL : sedih gak la. tapi mungkin hikmahnya suruh pakcik tu gi bekerja. jangan asyik nak main burung jerrr

    ReplyDelete